Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak di'endorse' oleh kami.

Ore Kelate, Ni Rahsia Perniagaan Yang Masih Belum Diteroka!

26 06 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Khas untuk ore Kelate, atau kepada mereka yang berminat, maklumat ini mungkin yang anda nanti-nantikan selama ini.

——————–

Anda pernah dengar bagaimana Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) boleh menghasilkan pendapatan kepada anda? Saya ingin berkongsi satu peluang perniagaan yang boleh anda bina melalui sistem SMS.

Kalau kita lihat persekitaran masyarakat pada hari ini, rata-rata di antara mereka tidak mengira peringkat umur pasti memiliki sekurang-kurangnya satu telefon bimbit sebagai alat perhubungan suara dan SMS.

Yang lebih menariknya, hasil kajian mendapati Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai pemilikan telefon bimbit paling tinggi dan penggunaan sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) juga paling tinggi. Ini adalah satu peluang yang patut kita rebut!

Sebenarnya, teknologi SMS telah lebih sedekad berada di pasaran Malaysia, saban hari pasti kita terlihat iklan-iklan di majalah dan juga surat khabar menawarkan pelbagai khidmat menggunakan teknologi SMS.

Tetapi, berapa ramai dari kita yang mengambil kesempatan kepada teknologi ini? Saya pasti ramai yang telah tahu mengenai peluang perniagaan ini tetapi ramai juga yang masih belum tahu bagaimana hendak memulakan Perniagaan SMS ini?

Secara umumnya, perniagaan SMS boleh dikatakan juga sebagai satu perniagaan online yang dijana melalui komputer dan internet. Jika anda adalah seorang usahawan internet, tidak menjadi masalah besar kepada anda untuk memulakan perniagaan SMS ini kerana sistem perniagaan ini adalah lebih kepada aplikasi web, dan juga tidak menjadi masalah besar kepada mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan online kerana aplikasi yang disediakan adalah mesra pengguna.

Analoginya, jika anda boleh dan tahu menggunakan aplikasi emel seperti Yahoo atau Gmail, anda sudah boleh memulakan perniagaan SMS! Macam senang jer bunyi kan?

Jom kita tengok bagaimana SMS boleh menghasilkan pendapatan pula. Perniagaan SMS secara umumnya boleh dijana melalui beberapa bidang atau aplikasi seperti berikut :

1. SMS IOD
2. SMS PAGES
3. SMS VOTE
4. SMS SUBSCRIBE

Saya cuma senaraikan 4 sahaja diatas. Sebenarnya terdapat pelbagai lagi aplikasi SMS yang boleh dijana bagi menghasilkan pendapatan kepada kita. Cukuplah saya katakan, jika anda berjaya menjana satu sahaja aplikasi SMS di atas, anda telah boleh tersenyum setiap hari melihat hasil pendapatan anda!

Untuk memulakan apa-apa pun kita mesti berguru kan? Begitu juga dengan Perniagaan SMS ni. Anda pernah dengar nama Irwan Dahnil? Beliau dikenali sebagai ‘Guru Perniagaan SMS’ di Malaysia dan merupakan Penulis Buku terlaris – Buat Duit Dengan SMS.

Jika anda berminat untuk mempelajari ilmu Perniagaan SMS yang menjanjikan satu peluang perniagaan kepada anda. Saya ingin menjemput anda semua menyertai ‘Seminar Perniagaan SMS‘ yang bakal diadakan pada 05 Julai 2008 ini bertempat di Sutera Inn Hotel, Kota Bharu Kelantan.

Seminar ini julung-julung kali diadakan di Pantai Timur! So, rebutlah peluang ini!

Sekali lagi, berikut adalah maklumat Seminar Perniagaan SMS tersebut:

Tarikh Seminar : 05 Julai 2008
Tempat : Sutera Inn Hotel
Masa : 8.30 am - 5.00 pm
Speaker : En. Irwan Dahnil

Klik di sini untuk maklumat lanjut!

perniagaan usahawan SMS

Popularity: 33%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Beritahu Artikel Ini Kepada Kawan Anda. Klik Di Sini. Beritahu Artikel Ini Kepada Kawan Anda. Klik Di Sini.


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5 out of 5)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Peluang Perniagaan Internet di Malaysia..
  • Pasaran Tempatan Vs Pasaran Global
  • Mencuba Lebih Baik Daripada Tak Buat Apa-Apa
  • Serikandi Usahawan Internet Malaysia
  • Kenapa SAYA Tumpu Pasaran Malaysia.. SAYA, bukan ANDA :)
  • Giliran Anda Pula Menulis!!
  • MotivasiUsahawan.com: “Promo Video”
  • Hakikat Extra 1: Kenapa Tak Ramai Orang Malaysia Membeli Produk Anda?
  • Kesibukan..
  • Usahawan: Fokus Pada Usaha Anda!

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    Ada 11 Pendapat Bernas »

    Pendapat oleh mazlie nadzri
    2008-06-26 19:06:12

    Salam..

    Kawe suko, tapi kawe jauh…heheheheh…untung oghe kelate..pakat-pakat g la oghe kelate…

    p/s : maaf orang kelantan kalau salah cakap..saya suka loghat kelate ni..:)

     
    Pendapat oleh zool
    2008-06-27 10:10:25

    Kawe bukan orang kelantan..
    tak dapat nak gi seminar tu..

     
    Pendapat oleh olie
    2008-06-27 10:31:17

    Saya ada menjalankan perniagaan berkonsepkan SMS iaitu jual prepaid topup dengan SMS disamping membina jaringan pengguna. Untung bleh tahan juga. Ianya amat MUDAH dan segala urusan adalah secara online dan hanya menggunakan sistem SMS.

    Seminar yang dianjurkan oleh En. Irwan ni mungkin berlainan sedikit konsepnya dengan bisnes SMS saya tetapi yang pasti adalah menggunakan teknologi SMS.

    Rasa macam nak pergi juga…tapi jauh sangatlah.

     
    Pendapat oleh TopUp
    2008-06-27 12:36:14

    Assalamualaikum,
    Prepaid topup salah satu perniagaan berasaskan sms, saya amat bersetuju dengan Olie. Ianya amat mudah dan segala urusan dilakukan secara online dan menggunakan sistem SMS…

     
    Pendapat oleh pakar clickbank
    2008-06-27 15:54:50

    Aku memang ada minat juga,kerana sekarang sudah full time perniagaan di internet,memang seronok tu,kebebasan masa ,tetapi kursus ni jauhlah ,aku di Sabah.

     
    Pendapat oleh nuwa
    2008-06-28 10:43:50

    Pakar Clickbank-baru2 nie pada 22 jun 2008 en irwan ada anjurkan seminar sms kat Sabah.. rugi la u x dtg..hehe..

    By the way, saya pernah ikuti seminar yg dianjurkn oleh en irwan nie. Beliau mengupas secara keseluruhan bagaimana untuk menjana pendapatan dari SMS nie. Dan sekarang, saya dah pun berjaya create perniagaan SMS sendiri.

    Melalui SMS juga, kita dapat kembangkan perniagaan yg sedia ada dengan menjadikan SMS sebagai satu senjata pemasaran.

    Saya cadangkan kepada mereka yg masih tercari2 bentuk perniagaan yg ingin dijalankan.. joint this seminar..byk info dan ilmu cari duit kat sini.. :-)

     
    Pendapat oleh amirulcyber
    2008-06-30 16:09:38

    artikel ni khas utk ore klate ke zul,hehe

     
    Pendapat oleh AmmarZahar
    2008-07-01 01:17:35

    Bila agaknya nk dibuat di Seremban pulak ye? :)

     
    Pendapat oleh copernicus
    2008-07-01 04:50:25

    terima kasih Zul kerana berkongsi info ini. :)

     
    Pendapat oleh Abdul Rashid Basar
    2008-07-02 18:53:44

    Orang kelate je ke?……ARB Dagang

     
    Pendapat oleh Nur Syuhada Abdul Wahab
    2008-07-04 16:30:14

    salam.. seminar tu wat esok… pastu, camna ni? sy baru jer taw.. alos la.. melopeh den.. yuran kono bayar 10 hari b4 start.. alos.. sy baru jer terlintas nk cuba2 teroka camna nk wat bisnes mll internet.. nk poi kek tompek lain den da x do maso.. leh x sy join seminar ni esk n sy byr on d spot???

     
    Name (required)
    E-mail (required - never shown publicly)
    URI
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong> in your comment.



    Terbaik Untuk Anda:


    Pakej Web Jualan Evolusi