Buat Duit Tanpa Produk Sendiri?
Salah satu cara untuk menjana pendapatan di internet adalah dengan menjual produk orang lain. Ia bukan program affiliate, tetapi dikenali sebagai Resell Right (RR), Master Resell Right (MRR) dan satu lagi adalah Private Label Right (PLR). Ketiga-tiga cara ini memerlukan ‘pelaburan’ sekali sahaja untuk mendapatkan produk tersebut, tetapi kemudian menjadi milik anda untuk mendapat income 100% daripadanya.
Dengan RR atau MRR, kita boleh menjual produk itu dan mendapatkan hasil 100% tanpa perlu berkongsi dengan pihak lain. ‘Master’ di sini bermaksud, kita juga boleh memberikan hak yang sama kepada pembeli kita. Private Label Right pula bermaksud, kita boleh mengubah kandungan produk itu samada ia artikel, ebook ataupun perisian, dan meletak nama kita.
Inilah dikatakan menghasilkan produk digital dengan cepat.
Saranan saya, anda tetap perlu melakukan kajian pasaran sebelum melaburkan wang untuk membeli pakej MRR atau PLR tersebut. Tentukan topik atau permintaan di internet dan kemudian baru mencari produk yang berkaitan untuk dipasarkan. Juga, anda perlu pelajari lebih lanjut mengenai RR, MRR dan PLR ini. Ramai yang membeli produk sebegini tetapi tidak berbuat apa-apa.
Di dalam perniagaan internet, begitu banyak bidang atau model. Tak perlu saya ulangi lagi akan hal ini. Cuma anda perlu menentukan apakah yang sesuai untuk anda. Affiliate? produk sendiri? Servis? MRR? PLR? ……?
Bagaimana Mendapatkan Produk Sebegini?
Mudah sahaja, gunakan google.
Carilah produk digital yang berkaitan dengan bidang tertentu yang anda mahukan. Contohnya, “internet marketing resell right ebook“. Akan keluar banyak hasil dan anda perlu memilih mana yang terbaik. Pastikan produk yang ditawarkan mereka masih relevan, bukan produk ‘ketinggalan zaman’, atau dijual semata-mata untuk keuntungan semata-mata tetapi kualitinya tiada.
Anda perlu tahu, tidak semestinya produk tersebut berkaitan dengan internet marketing semata-mata sepertimana yang saya katakan sebelum ini. Banyak lagi bidang lain (niche) yang boleh kita ceburi contohnya. Yang penting adalah kajian pasaran.
Jadi, itulah dia, antara cara ‘mudah’ bagaimana untuk memulakan perniagaan internet sendiri tanpa perlu bersusah-payah mengeluarkan produk sendiri yang memakan masa yang lama. Apa yang saya tulis di sini adalah secara kasar sahaja dan jika anda berminat, kajilah bidang ini kerana ia adalah cara tersendiri untuk berjaya.
PS. Yang mana masih kabur, anda dipersilakan untuk menyertai seminar kami. Klik di sini.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!







Betul tu produk Resell Right ni memang mudah untuk di jual semula terutamanya yang menyediakan lamanweb sekali.
zul,
tq for info today.
utk masa terdekat ni, saya hanya tumpukan affiliate zul dulu. bila dah ok dan stabil, barulah saya buat apa yg zul tulis hari ni.
Antara tip RR, MRR atau PLR:
1. Pastikan anda yang terawal membelinya ATAU produk tersebut belum tepu lagi. Maksudnya, belum ramai orang yang menjual produk tersebut.
2. Pastikan produk tersebut ada kualiti dan laman web jualan yang diberikan juga berkualiti (ada conversion rate tinggi)
Good luck!
En Zulsmart. Saya ada buat satu website master-resell untuk awak review aka comment jika En Zul ada kelapangan.
http://tinyurl.com/yh8rfw
tq
Saya dah cuba cara ini dan hasilnya WOW hehe kira berjayalah jugak
saya amat sarankan gunakan cara ini.
1) Anda hendaklah mendapatkan produk RR secepat mungkin!!
hehe tu jer lah tip dier