Buat Duit Melalui ReviewMe.Com
ReviewMe.Com
Kepada mereka yang memiliki blog, kini tiba lagi satu peluang untuk anda. Namun, ingin saya nyatakan awal-awal, blog yang masih berusia muda, amat susah untuk mendapat ‘kelulusan’ bagi program ini. Sebaliknya, jika anda memiliki blog yang mempunyai trafik yang tinggi, mempunyai content yang baik, nilai PR tinggi satu ciri kelebihan, maka blog anda biasanya akan diterima untuk ‘program’ reviewMe ini.
Bagaimanakah Program Ini Dilakukan?
Mudah sahaja, daftarkan blog anda di http://www.reviewme.com dan jika blog anda diterima, tugas anda tamat di situ sahaja. Tunggu pihak advertiser memilih blog anda untuk membuat ulasan (review) mengenai produk mereka. Itu sahaja. Ulasan mestilah sekurang-kurangnya 200 perkataan atau lebih.
Bayaran?
Secara purata, bayaran adalah di antara $20 hingga $200 bergantung kepada keadaan tertentu seperti ‘nilai’ blog anda. Jika blog anda mempunyai ciri-ciri yang baik seperti yang saya nyatakan sebelum ini, nilai bayaran mungkin lebih tinggi untuk anda dapatkan. Bayaran pula akan dilakukan sebulan sekali, samada melalui check atau paypal.
Dalam Bahasa Inggeris?
Tidak semestinya. Salah satu blog yang saya submit adalah di dalam bahasa Melayu dan mereka menerimanya. Kata mereka, buat review di dalam bahasa yang anda gunakan pada blog.
Itu sahaja yang dapat saya kongsikan pada kali ini dan insyaAllah saya akan update mengenai program ini dari semasa ke semasa.
Sponsored Post by ReviewMe.Com















kesemua blog saya diterima..tapi paid blog jela..lagipun dia benarkan 6 blog saja bagi setiap orang… Alang dah pun dapat $300 dlm masa 24 jam.. Satu advantage pada dia sebab hampir semua site dia tentang review…
review tu macam mana ek??
kalu blh, saya pun nk cuba ni.
review=ulasan, buatla blog ulasan tentang kamera ke, handphone ke…apa apa yang sesuai asalkan bende-bende yang orang suka
jadi bila buat ulasan tentang kamera, review me tu akan paparkan iklan kamera lah ke?
em…kalau mcm tu kena tahu benda yang kita nak buat ulasan lah…
kena cari topik yang sesuai ni…
han
Hmm.. Lambat lagi la blog saya nak diterima. Kena ejas benda lain dulu la..
Menarik tu.. sham kata paib blog ajer.. macam saya punya ni takder peluang lah yer?
Ya, blog sahaja. Review lah macam mana cara pun, pihak advertiser akan pilih blog anda. Then tulislah apa-apa pun, then submit link url review anda tu ke sistem reviewme.com. Merekan akan check dan approvekan.
Salah satunya macam yang saya tulis kat atas tu. Ia adalah salah satu review dan nilainya $30, saya akan dapat awal bulan depan.
Pihak reviewme memberikan peluang untuk mencuba program ini dan meletakkan nilai blog saya ini bernilai $30 untuk satu review.
wahahaaa…. dapat 30 usd sekali review tu… kalo saya buat review dah tentunya dapat 10 usd sahaja.. wuahahaaa…
kalau tak reti nak review memamng tak dipilihlah…
isk kesian betul yang tak dipilih tu…hehe
han
Kalo blog guna Joomla bole ke?
tq for info, blog saya masih baru, maklumat pun kurang. anyway, bila dah banyak maklumat dan layak utk diterima oleh reviewme.com kelak, baru saya apply. ok tak zul?
Blog joomla? Saya tak pasti, tapi cubalah dulu. Sebab dia kata blog jer..
Yo..kan bagus kalo semua program accept bm camnie..
btw, aku dah dapat $30…
waaaaaaaaaa huhu… nak daftar jugak ler nak tengok amcam mana rasa dapatnya… selamat maju jaya. dan tahniah apda yang berjaya.
free blog macam wordpress blogspot blogdrive boleh ka?
Nak join jugak lah
aku dah terai dan memang dah masuk paypal aku. Korang terailah, aku recommend jugak bende nih..
Pendek kata, hari2 ada offer diorang kat 4blog yg aku submit kt reviewme.com
wah… dapat duit dengan review me. namun saya belum try lagi citer pasal review me nih. nak review apa? apa-apa yang menarik laa berkenaan blog zul nih…
belum cuba lagi ni…
adsense pun belum berjaya sepenuhnya lagi…
kena buat adsense berjaya dulu baru boleh buat review me pula…
han
kena review dengan bahsa english laa. english broken boleh laa. kalo bahsa melayu boleh jugak agaknya… nak try cuba laa kalo ada hasil yang luamayan… muahahahahahaaaa
bahasa engliash ni yang susah sikit ni…
tambah lagi nak review bagi orang tengok…
nanti salah faham pula…hehe
han
Apa bisa di approve kalo pake bhs indonesia..??
rasanya bahasa apa pun boleh…
zul hantar semua bahasa malaysia…
zul juga diterima…30USD utk satu review zul dapat…
han