Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Buat Duit Dengan Kepakaran

Pada artikel sebelum ini, saya ada menyatakan pentingnya kita mempunyai kepakaran yang khusus. Banyak sekali kelebihan-kelebihannya seperti kita mudah untuk lebih mahir dengan bidang / topik tersebut dan dapat fokus dengan baik di dalam menjalankan perniagaan.

Pada artikel kali ini, saya akan menyatakan seringkas mungkin bagaimana kita boleh menjana pendapatan atau membina sebuah perniagaan dengan kepakaran kita tersebut.

Langkah Pertama:

Kenal pasti bidang kepakaran anda.

Contoh – Internet Marketing

Sesuaikan dengan diri anda. Mungkin bidang kewangan, kesihatan, motivasi dan sebagainya.

Langkah Kedua:

Kenal pasti Pengkhususuan utama anda dalam bidang tesebut.

Contoh – Pay Per Click (PPC) Marketing

Kalau bidang anda adalah kewangan sebagai contoh, mungkin lebih fokus kepada pengurusan kewangan peribadi, atau pengurusan kewangan perniagaan, atau lebih kepada terus teknik yang khusus atau sebagainya…

Langkah Ketiga:

Kenal pasti target market anda. Siapa? Mungkin individu? Perniagaan kecil dan sederhana? Usahawan? Atau mungkin mengikut kategori atau kumpulan kerjaya. Mempunyai target market tersendiri adalah agar anda lebih mudah untuk menyampaikan maklumat yang lebih sesuai dan tepat kepada mereka.

Target market boleh pelbagai dan sekurang-kurangnya satu.

Langkah Empat:

Wujudkan USP untuk diri anda dan perniagaan anda. Mungkin artikel di sini boleh memberikan sedikit idea. Keunikan (USP) amat penting di dalam perniagaan agar kita ada perbezaan dengan perniagaan atau usahawan lain.

Langkah Lima:

Hasilkan pendapatan dengan beberapa kaedah dengan menggunakan kepakaran anda tersebut. Di antaranya adalah:

1. Produk informasi (ebook, video, audio, manual, modul pelajaran)

2. Personal Coaching / Consulting

3. Menulis / menerbit Buku

4. Mengadakan seminar, workshop atau ceramah

5. Membership site (laman keahlian berbayar)

Banyak bukan? Buatlah satu-satu. Kalau dapat buat beberapa cara di atas, anda akan memiliki sumber pendapatan yang pelbagai. Jangan sesekali bergantung pada satu cara sahaja.

Kita dapat lihat di sini bahawa dengan hanya satu kepakaran sahaja pun kita sudah boleh dapatkan hasil dengan pelbagai kaedah.

Langkah Enam:

Lakukan promosi, pemasaran dan lain-lain perkara yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan. Saya yakin anda tahu cara untuk melakukan pemasaran sama ada secara Online ataupun Offline. Boleh rujuk mana-mana panduan yang berkaitan.

Cuma tip saya di sini, buat permulaan atau sebagai keutamaan, pilih beberapa strategi dan teknik sahaja yang boleh dilakukan secara konsisten. Kefahaman dan keberkesanan itu lebih utama berbanding buat banyak cara promosi tapi hasil tidak begitu memuaskan.

Jika anda melakukan pemasaran melalui internet, ‘visible’kan diri anda. Antara caranya adalah dengan membina profile dengan aplikasi percuma seperti Linkedin, Facebook dan Google Profile. Dan buat juga blog untuk bisnes anda.

Kepentingan men-visible-kan diri adalah agar orang boleh mencari anda di Internet dan yang lebih utama adalah anda tidak menyembunyikan identiti anda. Maka prospek akan lebih yakin dengan anda kerana anda tidak merahsiakan diri anda. Tiada keraguan yang timbul..

Antara alat promosi yang paling mudah adalah kad bisnes. Yang ini wajib. Kalau anda pergi ke mana-mana, jika ada orang berminat mahu tahu mengenai bisnes yang anda dilakukan, kad bisnes boleh membantu. Malah kita pun akan nampak lebih profesional.

Kesimpulan

Ini hanya nota ringkas saya sahaja. Tambah mana yang perlu. Apabila kita merancang, kita akan nampak dengan jelas apa yang perlu kita lakukan walaupun dengan hanya satu kepakaran.

Buatlah satu simple business plan yang menyenaraikan beberapa perkara di atas. Kalau ada perancangan, kita lebih mudah untuk fokus. Kita hanya perlu ikut apa yang kita rancang itu sahaja atau customize jika perlu.

Buat duit atau membina sebuah perniagaan dengan menggunakan kepakaran adalah salah satu cara yang termudah, malah menggunakan modal permulaan yang amat rendah. RM100 pun sudah cukup biasanya. Yang pasti, modalnya tidak mencecah beribu-ribu. Dan untuk melakukannya, bermula dari rumah pun boleh. Menarik bukan?

Saya adalah salah seorang di antara ramai lagi usahawan yang menggunakan pengetahuan atau kepakaran yang dimiliki untuk menjana pendapatan. Sebagai contoh saya lebih kepada bidang internet dan komputer. Lihat sahaja produk informasi saya, ia lebih kepada teknikal dan internet seperti Pakej Kit Blogger, Panduan Mudah FTP, Sistem EZSurvey dan beberapa lagi.

Dalam masa yang sama juga, saya kadang-kadang memberikan nasihat sama ada secara percuma atau berbayar mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang saya tersebut. Semuanya saya lakukan hanya dari rumah secara Online atau jika perlu bertemu, tempat dan masa adalah fleksibel.

Akhir sekali sebagai penutup artikel ini, sila tonton video berikut (Selling Online Expertise) yang menunjukkan bagaimana ‘Menjual Kepakaran Secara Online’:

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=0l1xQpCsMV0[/youtube]

Jika video tidak terpapar di atas, sila klik link berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=0l1xQpCsMV0

Wassalam.

Facebook comments:

22 Responses to “Buat Duit Dengan Kepakaran”

  1. Fazli says:

    setakat ni saya tak dapat pastikan lagi apakah bidang kepakaran saya. info yang sangat bagus. terima kasih.

  2. aizat kamal says:

    informasi yg sgt berguna…
    membantu pin point target…
    :)

  3. Terima kasih. Harap dihalalkan ilmu tuan.. :)

  4. Azahari Waid says:

    yup…dengan 1 bidang saja pun boleh jadikan kita berpendapatan mewah…. tapi yang penting expert la.. kalau general ramai lagi yang tahu selain kita…

  5. Norfazli says:

    Setuju dengan post daripada saudara zul

    Saya pun buat duit dengan kepakaran saya pada waktu ini

    Nasihat saya ialah kalau boleh pastikan kita boleh luaskan pasaran untuk menjual kepakaran kita tersebut

    Contohnya produk saya sekarang ini, saya sedang dalam proses alih bahasa dari bahasa Malaysia ke bahasa inggeris untuk meluaskan pasarannya.

    Produk dalam bahasa Malaysia kita boleh jual dan produk dalam bahasa inggeris pun kita boleh jual.

    Pastikan kepakaran kita itu kita boleh gunakan untuk membantu orang atau membantu menyelesaikan masalah orang

  6. faizal says:

    kebiasaannya,seseorang yang pakar akan di sanjung oleh orang lain. lihat sahaja mereka-mereka yang ada title “dr”,”prof” dan sebagainya. mereka menggunakan kepakaran yang ada untuk menyumbang kepada masyarakat.

    Bagi mereka yang nampak peluang, inilah masa untuk membuat duit :) . Tetapi saya yakin,mereka melakukan ini semua bukan sekadar nak duit, tetapi lebih kepada kepuasan memberi sumbangan atas apa yang mereka jual. :wink: .

    saya masih menjalankan kajian, masih mencari bidang yang saya betul-netul boleh kuasai sepenuhnya dan buat duit dari bidang yang saya pakar tersebut :wink:

  7. JimieRay says:

    Salam Zul & pengunjung blog.

    Satu pesanan & tip yang cukup membantu. Kadang2 ramai orang yg terlepas pandang dalam bab ini.

    Salam Ramadhan & selamat menyambut Aidilfitri. Maaf Zahir batin dari JimieRay dot Com. Kepada yang akan pulang berhari raya di kampung, selamat memandu & bersopan di jalanraya. Jangan jadikan diri anda sebahagian dari statistik kemalangan maut di musim perayaan tahun ini. Jom baca pesanan saya untuk anda yg akan pulang ke kampung, sila selusuri blog saya ini :

    http://www.tinyurl.com/pesanraya

  8. adrenal says:

    salam bro smartzul..satu post yg cukup menarik hati saya..err bro..mcmana kita nak tentukan kepakaran yg kita ada?saya masih tercari2 kepakaran apa yg ada pada diri saya ni..harap bro smartzul dapat bg idea..=) hehehehe

  9. abgzol says:

    Terima kasih Zul atas quote ini..

    “Apabila kita merancang, kita akan nampak dengan jelas apa yang perlu kita lakukan walaupun dengan hanya satu kepakaran.”

    Ini ler kesilapan aku sebelum ni..tiada perancangan yang teliti & ia menjadi punca aku sendiri mula keliru apa yang sedang aku lakukan!

  10. smartzul says:

    Tak apa tu abgzol. Kesilapan adalah pelajaran terbaik agar kelak tidak akan silap lagi. :)

  11. smartzul says:

    Ada dua jenis bidang kepakaran:

    1. Yang hanya berguna untuk kita atau sekelompok orang sahaja. Ini kurang profitable.

    2. Kepakaran yang mempunyai market yang besar dan tanpa henti. Keperluan sentiasa ada.

    Pertama sekali tentukan apakah kekuatan kita. Kemudian sesuaikan kekuatan diri kita itu dengan bidang kepakaran yang sesuai.

    Contoh: Pandai bercakap. Maka boleh buat khidmat konsultasi, ceramah, coaching dan lain-lain.

  12. Adney says:

    saye masih mencari ape kepakaran saye yg sebenar….. :)

  13. Mits says:

    bila dah banyak peluang, tu yang tak boleh nak fokus.. :D

  14. dollah oamar says:

    salam,ada betulnya juga kata abg zul tu,cumanya tak dapat nak fokos sepenuhnya…nak kata pakar tak juga cumanya kita rasa ini boleh lepas tu itu pula boleh…so last sekali semua tak jadi…
    ini cuma pendapat saya

Trackbacks/Pingbacks

  1. 101 Idea dan Tip Perniagaan Internet 2010. « Myyunusasri's Blog
  2. Formula Kejayaan Usahawan Internet | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)