6 Cara Buat Duit Dengan Ebook Percuma

1. Cari penaja (pengiklan) untuk meletak iklan mereka dalam ebook percuma itu. Saya telah banyak kali lakukan cara ini. Pendapatan biasanya sekali sahaja melalui bayaran iklan itu.

2. Affiliate. Letak link affiliate dalam ebook. Tetapi pastikan content ebook haruslah terbaik walaupun ebook itu adalah percuma. Apabila pembaca klik link affiliate dan membeli produk di laman web produk itu, kita akan dapat komisen.

3. Promosi produk sendiri. Letakkan link ataupun iklan untuk produk / perkhidmatan perniagaan sendiri.

4. Ambil emel. Jangan berikan ebook percuma begitu saja. Wajibkan pembaca mendaftarkan nama dan emel mereka terlebih dahulu dan kemudian baru dapat download. Kita boleh “buat duit” kemudian dengan menghubungi mereka melalui emel. Ada juga sistem SMS yang boleh lakukan sebegitu. Mereka subscribe no telefon mereka dan akan mendapat link download ebook melalui emel. Kemudian kita boleh SMS mereka untuk promosikan apa-apa produk.

ebook percuma

5. Upsell. Letak ebook percuma di bahagian depan website utama. Selepas mereka mengisi nama dan emel pada ‘borang optin’, mereka akan dibawa ke satu page terima kasih dan di page itu, mereka akan ditawarkan dengan “special offer” / “on time offer”.

*Cara 4 & 5 sedikit teknikal dan memerlukan kemahiran domain, hosting, FTP dan lain-lain.

6. Sebahagian. Jangan berikan content yang “lengkap”. Biasanya ebook percuma akan dipandang sepi begitu saja. Sukar dihargai. Jadi berikan sebahagian maklumat dan “ilmu” sahaja. Selebihnya secara berbayar sama ada ebook versi berbayar, kursus dan sebagainya. Jadi dalam ebook percuma itu, promosikan ebook versi berbayar ataupun kursus yang diadakan (jika ada).

Namun tidak semua penerima ebook percuma tidak menghargai. Contohnya, saya terkejut seorang “follower” saya mencetak (print) sebahagian besar ebook-ebook percuma yang pernah saya hasilkan dulu. Mereka “binding” dan simpan elok-elok untuk rujukan. Jadi bagi saya, daripada memikirkan mereka yang tidak menghargai, lebih baik kita fokus kepada mereka yang menghargai pemberian kita. Hati kita akan lebih seronok dan terus mahu berkongsi.

Diringkaskan cerita, dalam perniagaan dan pemasaran, ebook percuma biasanya lebih kepada membina kredibiliti, membina “engagement” dengan follower / prospek dan sebagai strategi pemasaran. Jika dilakukan dengan strategi yang baik, ia mampu memberikan impak yang besar terhadap perniagaan. Saya juga dulu sejak tahun 2006 banyak berikan ebook percuma, dan dari situ jenama “smartzul” dan “smartusaha” bertapak sedikit demi sedikit.

ps. Download ebook percuma “Idea Perniagaan” terus ke smartphone anda. Rujuk di sini:Β http://blog.smartusaha.com/senarai-idea-perniagaan-ebook-percuma/

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

6 thoughts on “6 Cara Buat Duit Dengan Ebook Percuma

  1. Saya suka dengan perkongsian sifu Zul ini. Menulis sebuah ebook mungkin adalah kesukaran ramai individu. Sekali lagi saya teringat buah ilmu yang dikongsikan oleh sifu Zul iaitu “Jangan menulis Al-Quran yang kedua”. Terima kasih sifu, saya banyak belajar πŸ™‚

  2. Saudara Zul, terima kasih atas tips yang amat berguna ini terutama bagi saya yang baru berjinak di dalam dunia blogging. Trying hard to monetize my blog. Keep up on providing useful contents dengan niat untuk memandaikan anak bangsa..

  3. Salam tuan zul, terima kasih atas tip yang dikongsikan,

    Satu lagi ilmu baru saya dapat belajar untuk dapatkn prospek.

    Penerangan tuan ringkas sahaja, tapi saya jelas dan faham.

    Saya hargainya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *