Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Tujuh Idea Mudah Perkhidmatan di Internet – Siri 1

Salah satu model perniagaan Internet ialah perkhidmatan. Contoh perkhidmatan di Internet ialah seperti khidmat rekabentuk banner, grafik web, pembangunan laman web, penulisan artikel, penterjemahan dan sebagainya.

Pada kali ini, saya ingin berkongsikan tujuh idea perniagaan internet khas untuk model perkhidmatan ini. Mungkin idea-idea ini amat mudah bagi seseorang, tapi ketahuilah, kebanyakan usahawan internet yang berjaya bermula dengan servis-servis kecil sebegini.

Apa yang saya perhatikan, inilah hakikat yang nyata iaitu bermula dengan mudah dan kemudian sedikit demi sedikit mengubah strategi perniagaan dan keusahawanan. Saya dulu pun bermula dengan perkhidmatan yang mudah-mudah sahaja dan kemudian sedikit demi sedikit mengubah ‘paradigma’ perusahaan perniagaan saya.

Ingin saya ingatkan kepada mereka yang baru mahu bermula, JANGAN TERLALU mahu pendapatan yang besar-besar di awal usaha anda. Bermulalah dari kecil dan apabila sudah mendapat ‘rentak’, tambah atau ubahlah mana yang patut. Mulakan dahulu mendapatkan RM1.00 anda di Internet dan kemudian barulah fikir lebih daripada itu.

Baiklah, kita teruskan dengan tujuh idea mudah perkhidmatan di Internet. Dalam siri 1 ini, saya hanya senaraikan 4 idea sahaja dahulu:

1. Khidmat Pengiklanan

Sebelum anda salah sangka, ini bukanlah menyediakan laman web iklan. Bukan. Tapi anda memberikan khidmat mengiklankan laman web atau produk seseorang atau usahawan internet.

Anda cari, analisis, kaji atau kenalpasti laman web pengiklanan yang mempunyai trafik yang tinggi, sesuai dengan produk yang mahu diiklankan dan ada menyediakan ruang pengiklanan. Tugas anda ialah membantu mana-mana usahawan Internet mempromosikan produk atau laman web mereka.

Maksudnya di sini, khidmat anda ialah memudahkan para usahawan internet mempromosikan laman web atau produk mereka. Saya belum jumpa lagi orang yang melakukan khidmat ini. Kalau ada, insyaAllah saya upah sahaja anda sebab saya tidak mahu pening-pening melakukan sendiri perkara yang tidak saya tahu atau memerlukan masa yang banyak.

Contohnya, katakan saya mempunyai satu produk yang mahu dipromosikan. Disebabkan masa saya amat terhad dan saya tidak mahu mengkaji dan mencari sendiri laman web yang sesuai untuk mengiklankan produk saya, maka saya upah anda sahaja dan anda melakukan semuanya untuk saya.

Namun begitu, anda mestilah faham asas-asas pengiklanan dan bukan main buat sahaja. Maksudnya, anda perlu faham bidang servis anda itu. Barulah pelanggan anda akan percaya kepada anda.

Selain itu, anda juga perlu mempunyai senarai laman web yang sesuai untuk pengiklanan iaitu tempat iklan akan diletakkan. Dan perlu anda tahu, tidak semua laman web sesuai untuk semua produk. Kalau produk yang akan diiklankan itu adalah ubat jerawat, maka kurang sesuai anda mengiklankan di laman web berkaitan komputer. Jadi, anda perlu bijak menyenaraikan laman web untuk produk client anda itu.

Kesimpulannya, kerja anda secara mudah ialah meletakkan iklan banner atau apa sahaja jenis bentuk iklan di laman-laman web tertentu yang menyediakan ruang iklan.

*Jika anda ingin tahu asas-asas pengiklanan banner, nantikan Ebook percuma yang akan saya lancarkan kelak.

2. Khidmat Nasihat

Siapa kata anda memerlukan diploma, sijil atau ijazah untuk melakukan khidmat sebegini? Yang perlu ialah anda mampu membantu orang lain menyelesaikan sesuatu masalah atau persoalan mereka. Sekali lagi, sudah semestinya anda perlu tahu apa yang akan disampaikan tersebut.

Tidak perlu menunggu sesuatu khidmat yang besar untuk dilakukan sebab ada mereka yang perkara yang mudah pun memerlukan bantuan daripada anda. Khidmat nasihat ini boleh dilakukan melalui Emel, forum tertutup, Instant Messenger ataupun telefon.

Contoh Mudah: Seorang bakal usahawan internet ini tidak faham-faham mengenai domain name dan hosting. Keliru dan susah nak faham. Maka, anda pun menawarkan khidmat nasihat untuk menerangkan asas yang penting mengenai domain dan hosting. Apa itu domain name, hosting, apa fungsinya, bagaimana nak beli dan sebagainya.

Jangan ketawakan idea ini kerana lain lain orang, lain tahap pemahaman dan keperluan mereka. Anda yang sudah tahu, jangan memperlekehkan idea yang mudah ini.

Kenakan caj dengan kadar berpatutan untuk menjawab apa-apa persoalan atau untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Kadar caj biasanya diukur berdasarkan masa. Kalau sejam memberikan khidmat nasihat, mungkin RM100 katakan. Kadar caj juga bergantung kepada jenis bahan yang disampaikan. Semakin sukar dan teknikal, maka mungkin tinggi sedikit.

*Kepada anda yang mempunyai diploma, ijazah dan sebagainya, nilai masa sejam anda boleh mencecah ratusan untuk kerja khidmat nasihat.

**Jangan sesekali mengaku atau mengklaim diri anda adalah seorang pakar atau penasihat profesional. Sebaliknya, anda hanyalah ‘pemberi nasihat’ sahaja. Lainlah jika anda mempunyai ‘kelulusan profesional’ dalam bidang berkaitan.

3. Optimize laman web atau blog sedia ada (Web/Blog Optimizer)

Cuba anda perhatikan. Sekarang begitu ramai orang yang sudah memiliki laman web sendiri dan juga blog. Namun begitu, tidak semua laman web atau blog mereka dioptimasasikan (optimize) dengan maksimum sama ada dari segi SEO, design, trafik dan juga penjenamaan.

Tugas atau khidmat anda di sini ialah, menambah-baikkan laman web atau blog mereka itu. Contohnya, jika design laman web sedia ada mereka tidak bagus, tambah-baikkan lagi agar nilai ‘conversion rate’ jualan lebih tinggi.

Ada juga blog yang tidak tahu hala tuju mereka sehingga hidup segan mati tidak mahu. Maka dengan ‘kepakaran’ yang anda ada, sediakanlah khidmat menganalisis blog mereka: apa yang patut ditulis oleh mereka, apa yang patut dilakukan agar blog sentiasa ‘hidup’, strategi yang perlu ada dan sebagainya. Pendek kata, sediakan mereka satu ‘master plan’ agar blog mereka terus ‘hidup’.

Contoh lain pula, mungkin anda boleh masukkan apa-apa perkara ke blog mereka itu agar blog mereka dioptimizekan dengan lebih baik. Kalau mereka tidak guna RSS, masukkan penggunaan RSS ke blog mereka agar blog mereka mempunyai RSS subscribers sendiri.

Sekali lagi, jangan meremehkan idea-idea ini. Jangan disangka idea-idea yang kecil tidak memberikan hasil yang lumayan.

4. Sewakan Ruang di Signature Forum

Jika anda aktif di mana-mana forum (lagi banyak forum lagi bagus), anda boleh “sewakan” ruang ‘signature’ di setiap post yang anda lakukan di forum-forum tersebut. Contoh signature:

wangcyber sig

Maksudnya, anda sediakan ruang di bahagian signature anda itu untuk sesiapa yang berminat. Syaratnya di sini ialah, anda mesti aktif di forum tersebut. Jika tidak aktif, jangan lakukan khidmat ini.

Jika mahu melakukan khidmat ini, berikut adalah beberapa strategi yang boleh anda lakukan:

1. Jangan caj berdasarkan hari, tetapi caj berdasarkan kepada bulanan. Satu bulan, berapa RM? Tujuan caj bulanan ini agar anda tidak menyusahkan diri untuk menguruskan link-link di signature tersebut dan yang membeli ruang link itu pula tidak perlu berulang-ulang membayar kepada anda. Maka, bayar sekali untuk sebulan itu lebih efektif.

Katakan satu link anda caj RM15.00 untuk satu bulan dan anda buka kepada 4 link sahaja. Bermaksud, dalam bulan itu anda sudah mendapat RM60.00. TAPI, itu baru untuk satu forum. Bagaimana pula jika anda aktif di banyak forum? Kalau lima forum dan jika semua ruang link signature itu ditempah habis, bermaksud RM300 untuk satu bulan.

Ya, kira-kira memang mudah. :D Namun bagi saya, jadikan ia sebagai ‘side service’ sahaja, bukan khidmat utama anda. Dan sebelum saya terlupa, kadar caj untuk satu link akan menjadi lebih tinggi jika anda mempunyai kredibiliti dan amat aktif di forum tersebut.

2. Syarat kedua untuk khidmat ini ialah, anda perlu aktif di forum tersebut. Bukan setakat aktif, tapi ahli forum ‘mengenali’ diri anda. Dan bukan setakat aktif dan dikenali, tapi anda adalah seorang ahli forum yang tidak membuat spam, “flaming” (bergaduh dengan ahli-ahli forum) dan banyak membuat post-post yang positif dan menjaga adab.

3. Dan syarat ketiga ini juga tidak kurang penting. Forum yang anda aktif itu juga perlulah ramai ahli. Barulah orang berminat untuk menyewa ruang signature link anda itu. Banyak ahli, maka semakin tinggilah kadar kemungkinan untuk link mereka diklik.

Tip 1: Salah satu cara promosi mudah untuk khidmat ini ialah, nyatakan pada bahagian signature anda itu. Contohnya: <ruang link untuk disewakan dengan kadar RM15.00 sebulan. Sila PM saya jika berminat>.

Tip 2: Nyatakan kepada bakal pembeli ruang link itu berapakah kadar purata post anda dalam sehari atau seminggu. Lagi tinggi kadar anda melakukan ‘post’ di forum itu, maka lagi mudah untuk anda mendapat pelanggan.

Awas: Rujuk pihak admin forum dahulu untuk memastikan yang anda boleh jual ruang signature di forum tersebut. Namun, kebanyakan forum-forum luar negara tiada masalah untuk perkara ini.

Bersambung ke siri kedua esok…

ps. Sebenarnya ramai orang-orang kita yang buat duit dengan idea-idea simple ni. Cuma mereka ‘diam’ dan tak bising-bising sahaja. Pendek kata, ada 1001 (macam-macam) cara nak buat duit di Internet. Amat sesuai bagi anda yang mahukan ‘quick cash’ dan hanya mahu menambah pendapatan sahaja.

pps. Tahukah anda, saya mula buat duit di internet tanpa sebarang modal? Bekalan saya ketika itu hanyalah emel percuma, hosting free, domain free dan forum sahaja. Dapat duit, cukup modal, domain name SmartUsaha.com pun dibeli. Dan tahukah anda lagi, saya memikirkan nama domain SmartUsaha.com ini setahun sebelum saya membelinya. Inilah sejarah saya. Namun, anda tidak semestinya bermula sepertimana saya bermula..

ppps. Selain perkhidmatan, anda boleh menjana pendapatan di Internet melalui dua cara iaitu blog dan juga produk digital. Jika anda mahu mengetahui bagaimana melakukannya, anda boleh dapatkan panduan secara praktikal di sini:

http://www.pasaranlumayan.com

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) memulakan perniagaan Internet sejak tahun 2005. Fokus beliau lebih kepada penghasilan produk informasi seperti ebook, video dan audio. Selain mengurus perniagaannya sendiri, beliau juga membimbing individu lain melalui kursus, konsultasi, coaching dan seminar yang memfokus kepada memulakan perniagaan Internet, bisnes produk informasi dan "Wordpress Blogging". Hubungi beliau untuk maklumat lanjut.

Incoming search terms:

  • Perkhidmatan asas internet
  • contoh perkhidmatan internet
  • contoh perkhidmatan intenert
  • contoh perkhidmatan syarikat
  • perkhidmatan internet asas
  • 101-idea-pernigaan-internet tk
  • flaming internet contoh
  • idea perniagaan perkhidmatan
  • perikhamatan asas internet


24 Responses to “Tujuh Idea Mudah Perkhidmatan di Internet – Siri 1”

  1. Encik Dlie says:

    Best la idea ni zul.. ada juga saya terfikir nk sediakan khidmat pengiklanan, tapi saya masih buat kajian mengenai konsep yang hendak saya gunakan..

    p/s : idea esok mesti best… :razz:

  2. koibito says:

    idea yang baik….untuk memberi perkhidmatan tu mungkin belum masanya lagi….tapi tips yang di berikan itu boleh digunakan untuk meningkatkan lagi kebolehan diri masing-masing….

    kalu orang dah kenal dan tahu tentang kemampuan kita ini , tentu ramai yang akan menggunakan perkhidmatan kita…
    mcm ZUL lah..

  3. Raymond says:

    Teknik ini sesuai bagi mereka yang belum ada produk sendiri tetapi sudah ada kepakaran dari segi yang lain.

  4. Han says:

    huh…tak terfikir pun mengambil bayar utk signature utk forum…
    memang bagus ni…
    tapi kalau ada produk sendiri, takkan nak iklan kan produk orang…hehe

    han

  5. idea sewa iklan kat signature 2 saya blum terfikir lagi…
    taksngka gak boleh buat duit kat situ…
    thansk zul..memang menarikidea2 tu

    • smartzul says:

      Syed, benda ni dah lama. Cuma mereka yg tahu menggunakan peluang ini sebaiknya sahaja akan buat side income. Ada yg caj satu link about $10/month. Kalau 4 link, dia dah dapat $40/month dan kalau convert ke RM, dia dapat RM120. Tapi better guna duit tu untuk beli2 apa for our bisnes. :)

    • titan says:

      Aku selalu buat. Selalu dapat $5-$10 usd untuk 1 minggu. Kalau sebulan aku caj $20 dekat 4 buah forum. Okla tu. Forum luar la. Forum local, jangan harapla ada orang nak beli signiture kita..

  6. Dik Mal says:

    idea sewa sig tu memang bagus… sesuai tuk mereka yang aktif kat byk forum… as pendapatansampingan… as for me… ku kat forum selalu baca… jarang lak nk reply2.. so tk dpt la nk sewa signature ku.. kiki :D

  7. Raymond says:

    Saya tak sewa ruang tandatangan saya. Tapi saya promote produk affiliate yang berkaitan dalam forum.

    Boleh untung lebih banyak.

    Tip: Jangan promotkan benda yang sama je. Tukarlah kepada produk-produk yang lain selepas sebulan dua.

    Harap ia membantu untuk pembaca=pembaca sekalian.

  8. randavi says:

    hello bro zul, idea yang anda kemukakan cukup bernas. tahniah.

  9. kuasadua says:

    Thanks Zul sebab bagi idea2 yang menarik..Idea2 tu memang praktikal dan saya pun tak terfikir sebelum ni..Kalau ada idea, kongsikan lagi yer.. :smile:

  10. titan says:

    Mostly cara yang zul cakap. aku ada buat. Macam biasala. Memang ramai orang kata, bagi nasihat pun kene bayar ke? Takkan caj RM10 untuk jawab soalan-soalan maut pun berkira. Aku lulusan universiti tu..kalau nak main kira-kira. Meh cari kalkulator..

    Pendek cerita. Buat apa je janji tak kacau orang lain. Semua yg zul bagitau antara cara IM-IM buat duit sebelum diorang ada Nama kat dunia internet ni..

    • Raymond says:

      Wah! Ada mahasiswa kat sini pula.

      Cakap pasal matematik ini, kalau tambah tolak, aku tahulah. Selebihnya, aku kena cari kamus. :grin:

      Nombor pun aku belum pandai lagi. Kehidupan harian aku pakai nombor 0 dan nombor 1 je. Yang lain tu, saya kenalah tunggu kuliah yang akan datang.

      Lapang nanti, minta tunjuk ajar boleh?

      • titan says:

        Moh cari kamus sama-sama..aku lemah sikit bab2 math. Sebab tu aku suh cari kalkulator..

        Insya-Allah kalau sama2 ada masa.. Lagipun, apa yg Zul cakap tu. semua tu benar2 belaka. Amik satu service, tapi korang fokus. Kalau boleh biar orang lain tak leh buat service kita. So, kita sorang je wat service tu..So, orang akan cari kita punyela..kekadang sampai tak cukup stok dibuatnya..

        • smartzul says:

          Yup, itulah “rahsianya titan. Apa yg saya perhatikan, orang yg buat duit di forum biasanya menawarkan satu produk/servis yg tak ada pada orang lain. Hebat! :)

        • titan says:

          Aku terpakse setuju sebab aku pun buat service yg kadang2 orang lain tak buat. Tu yg diorang pelik. Mana aku dpt supply..Hehe..

      • smartzul says:

        Well, me too. Saya pun mahasiswa juga. :D

        Kalau saya ada buat servis yg caj ratus2 nanti, jangan ada pula yg ngomen-ngomen. Hehe..

        • titan says:

          BUat je Zul. Janji servis tu dapat cover modal dan keuntungan kita. Nilai titik peluh mahal tu..

          Bukan apa. Kekadang, kalau bagi servis free. Diorang cepat lupa balik. So, at least ada yg ingat bila kita caj..

          “Oh..aku bayar. Rugi kalau aku wak derk je..”

          Ratus2? Kalau kene dgn servicenya. Takde masalah tu.. :twisted:

        • Raymond says:

          Banyak mahasiswa kat sini. Syabas. Untungnya aku.

          Aku pernah bagi servis free, ajar tusyen free. Tapi memang tidak dihargai. Suka-suka, datang, suka-suka, tak datang.

          Susah nak ikut perancangan ni. Akhirnya saya caj. Kehadiran penuh setiap hari. :)

  11. asmid says:

    Pernah juga terfikir nak buat macam tu! Belum sempat buat zul dah beritahu semua nie. Apa-apapun nie satu idea yang baik juga.

    Terima kasih.

  12. Zas says:

    ada hadiah dari santa claus. Free sehingga 31 Januari 2008. http://www.santasal.com/?rid=31422
    Jangan lepaskan peluang ini….
    http://www.santasal.com/?rid=31422

Trackbacks/Pingbacks

  1. Tujuh Idea Mudah Perkhidmatan di Internet – Siri 2 | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)