Tujuh Idea Mudah Perkhidmatan di Internet – Siri 2

Siri 2 Artikel 7 Idea Mudah Perkhidmatan di Internet…

Jika anda belum membaca siri 1, sila klik di sini untuk membacanya.

5. Review (Ulasan)

Jika anda mempunyai blog, sediakan khidmat mengulas (review) apa-apa produk atau laman web orang lain. Contohnya, saya mahu anda lakukan review Ebook saya. Dan untuk sekali review, anda cajkan dengan kadar yang tertentu.

Strategi:

1. Client anda itu perlu memberikan satu salinan produk mereka dan membuat bayaran untuk review tersebut. Atau jika produk mereka ialah laman web, minta mereka berikan URL laman web atau blog itu untuk anda reviewkan.

Jadi, khidmat anda di sini ialah mengulas mengenai sesebuah produk atau laman web di blog anda. Cuma syarat terpenting di sini, blog anda mestilah mempunyai trafik yang memuaskan. Tak guna kalau trafik hanya seorang dua sebulan, maka khidmat ini kurang sesuai untuk anda..

Apa yang perlu anda ulaskan?

Sudah semestinya kebaikan dan kelebihan produk tersebut. Review ini tidak jauh beza dengan iklan, cuma sahaja ia lebih mudah ‘dipercayai’ sebab ia dinilai secara ‘jujur’ oleh anda. Gunakan formula ini: Nyatakan beberapa kebaikan produk itu dan nyatakan juga satu kekurangan yang ada padanya. Atau, mungkin berikan cadangan/komen agar produk itu bertambah nilai dan kelebihannya.

Note kepada pelanggan servis sebegini: Jika produk anda adalah Ebook, ‘watermark’kan Ebook anda atau tetapkan syarat-syarat tertentu kepada mereka yang menyediakan khidmat review tersebut. Mereka tiada apa-apa hak terhadap produk anda, sebaliknya hanya layak untuk mengulas mengenai produk sahaja.

6. Ruang Iklan di blog atau laman web

Idea ini mudah sahaja. Anda sediakan ruang iklan di blog atau laman web anda. Cuma syaratnya juga seperti di atas, blog anda mesti mempunyai kadar bilangan trafik/pelawat/pembaca yang ramai, selain anda sentiasa aktif mengemaskini blog atau laman web anda tersebut.

Saya tidak mahu bercakap banyak mengenai idea ini, sebab anda boleh menonton video mengenai hal ini di sini:

>> Video Buat Duit Dengan Blog <<

7. Menulis Artikel dan Servis Copywriting

Idea yang terakhir ialah anda menyediakan khidmat copywriting. Copywriting ini maksudnya seperti ayat-ayat untuk iklan, ayat-ayat untuk laman web jualan dan juga slogan. Jangan menghadkan copywriting ini untuk sales letter laman web sahaja, tapi ia lebih daripada itu.

Slogan-slogan seperti “minum milo anda jadi sihat dan kuat”, “Dekat di hati” untuk TV9 dan “sehingga menjilat jari” untuk KFC adalah beberapa contoh ayat ‘simple’ yang terhasil daripada proses copywriting.

Anda jangan ‘memperlekehkan’ kerja sebegini sebab ada satu kerjaya tersendiri yang dipanggil ‘copywriter’. Kerja-kerja mereka ialah memikirkan apakah ayat-ayat yang sesuatu untuk sesuatu produk, iklan, individu ataupun sesebuah perniagaan.

Berkait dengan copywriting untuk ‘sales letter’ laman web pula (terutama minisite), usahawan-usahawan internet yang berjaya biasanya tidak menulisnya sendiri. Tetapi mereka mengupah copywriter dengan caj mencecah ribuan ringgit.

Sebagai contoh, sales letter untuk satu laman web jualan milik John Reese yang telah memberikan hasil satu juta dalam 24 jam adalah ditulis oleh Michel Fortin, bukan oleh John Reese sendiri. Agak-agaknya, berapalah John Reese membayar Michel untuk kerja tersebut ya?

Namun begitu, bukanlah saya mahu anda menjadi pakar dalam bidang ini, tapi jika anda mahu, menuntut dan belajarlah sehingga pakar mengenai bidang ini. Buat masa sekarang, tawarkanlah apa-apa servis yang berkaitan dari sekecil memikirkan ayat-ayat ‘slogan’ yang sebaris sehinggalah kepada servis menulis sales letter.

*Apa itu sales letter? Kepada yang tidak tahu, ia adalah ayat-ayat yang digunakan dalam laman web jualan. Contoh: Ayat-ayat di http://www.ftpcaramudah.com ialah ‘sales letter’. Dalam bahasa Melayunya dipanggil sebagai ‘surat jualan’.

Strategi Penting Perkhidmatan:

Jika disebut perniagaan, maka ia tidak boleh dilakukan sambil lewa atau begitu sahaja. Mesti ada perancangan dan strategi juga. Antaranya:

1. Ada laman web sendiri yang menyatakan perkhidmatan yang anda lakukan.

2. Ada blog sendiri (digalakkan blog dot com). Anda boleh menggantikan laman web statik dengan blog. Blog sahaja sudah memadai untuk anda menyatakan khidmat-khidmat anda.

3. Pada blog atau laman web anda, letakkan ‘portfolio’. Portfolio ini ialah senarai hasil kerja yang telah anda lakukan atau senarai pelanggan yang telah menggunakan khidmat anda. Jangan lupa juga meletakkan testimoni mereka di laman web tersebut.

4. Ada emel khas untuk perkhidmatan anda. Be profesional.

5. Servis yang memuaskan (underpromise, overdeliver). Berikan servis yang merangkumi skop anda sahaja, jangan lakukan di luar daripada khidmat anda. Apabila buat servis, kita bermain dengan masa sebenarnya. Peruntukan sejam untuk satu servis, boleh sampai 3 jam jika tak kena cara.

6. Caj perkhidmatan: Lihat kepada jenis servis. Semakin rumit dan memerlukan masa yang banyak, maka caj akan semakin tinggi. Jika mudah dan simple, caj biasanya akan rendah.

7. Ada ‘master plan’ atau dokumentasi. Rancang dan dokumenkan apa yang perlu anda buat untuk satu-satu servis. JANGAN hanya simpan di kepala. Sediakan juga apa-apa dokumen (dalam bentuk ebook pdf) kepada client anda jika perlu.

8. Promosikan khidmat anda. Tak guna syok sendiri. Orang tidak akan tahu anda ada sediakan sesuatu perkhidmatan jika anda tidak mempromosikannya. Antara cara promosi ialah, umumkan di blog anda, buat satu laman web khas dan buat iklan mengenai khidmat anda ini.

Perkara terakhir kenapa anda digalakkan melakukan servis…?

Ia tidak memerlukan modal yang banyak, malah boleh bermula dengan tanpa modal pun! Saya berkata bukan hanya berkata, tapi di awal-awal dahulu tatkala baru bermula, saya bermula dengan servis yang tidak memerlukan modal sesen pun. Sebaliknya, saya gunakan kepakarandan pengetahuan yang saya ada. Anda tiada apa-apa pengetahuan? Belajarlah atau buat kajian. Kemudian wujudkan satu perkhidmatan yang berkaitan.

Saya tawarkan servis dan kemudian mendapat upah. Daripada upah itu, saya buat pula projek yang lain sama ada produk atau perkhidmatan. Dan satu demi satu saya belajar dan sehinggalah sekarang mesti sahaja ada anjakan kepada perkara yang lebih baik. Inilah yang dikatakan ‘internet business journey’. Jangan terlalu terkejar-kejar.

Akhir kata, saya lebih sukakan idea-idea yang mudah dan tidak suka mempersulitkan sesuatu. Lebih-lebih lagi apabila saya berbicara dengan orang yang baru mahu bermula. Bermulalah dengan usaha yang kecil-kecil dan akhirilah dengan kejayaan yang besar.

Satu lagi pesan saya, elakkan diri anda daripada ‘politik internet marketing’. Dalam bidang ini juga ada ‘politik’ dan permainan tersendiri. Kalau anda terjebak, masa, energy, emosi dan usaha anda pasti terganggu. Mungkin saya akan kongsikan di lain masa. Cuma ringkasnya, “keep it simple” dan jangan mudah terpedaya dengan berita-berita yang panas dan kontroversi. Kebanyakannya ada kepentingan sebelah pihak sahaja.

Keep it simple and do the best!

Semoga bermanfaat.

Tip Blogging:

1. Dapatkan panduan simple mengenai Social Bookmarking di sini.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

13 thoughts on “Tujuh Idea Mudah Perkhidmatan di Internet – Siri 2

  1. Yap. Kalau blog ada niche. Service kita pun mesti ada niche. Pilih 1 service yg korang rasa takde sorang pun leh buat. Make sure korang kuasai serba sedikit info dan tips + trick tentang service tu. So, senang nk jawab klu customer tanya.

    Review? Ehm, ini antara side income aku yang no.3 paling best. Selalu gak dapat offer untuk review blog orang atau produk. Aku buat 1 blog khas untuk keje review2 nih. Tapi make sure, blog korang mesti PR2 ke atas. Kalau bawah dr tu, jarang advertiser nak..

    Tu je pendapat aku..

    1. Kerja review ini banyak memakan masa saya. Datang ni bukan satu ebook tapi satu pakej yang mengandungi berpuluh-puluh ebook, audio dan perisian.

      Belum review habis datang lagi beberapa email yang minta review. Ada yang sampai kena tangguh sampai tahun depan.

      1. La. AKu pilih review yang berbayar je. Diorang tak bayar aku. Aku tak review punya. Melainkan review tu ada bagi faedah untuk kita cam traffic atau kebaikan content kita. Kalau tak, aku tak buat punya..

        1. Saya tak caj untuk review.

          Jika produk itu benar-benar baik, aku akan reviewkan dan jadi affiliatenya.

          Kalau produk tu tak baik, lupakan je lah. Banyak lagi produk yang hebat. Kenape nak jual yang “sampah” punya. πŸ™‚

        2. Slalunya aku tak caj. Mostly diorang datang cari aku, suruh review blog diorang. Kekadang aku dpt offer review dr sesebuah program atau company. Paling tinggi aku penah dapat $100 untuk 1 review. Itupun lepas 3-4 kali edit selama 3 hari berturut-turut. Cerita pasal penyakit..artikel dekat 1-2 ribu patah perkataan. Naik gila aku dibuatnya. Tapi senyum bila esok dpt duit kt paypal. Terus angkat HP sony ericsson.. :mrgreen:

  2. Zul, terima kasih atas idea bisnes yang zul bagi tu.. insyAllah saya akan cuba berikan servis yang baik kepada pelanggan saya kelak.. πŸ˜€

      1. Err … saya tak kata John Reese bayar $25k.

        Saya cuma kata Jo Han Mok dan Brett McFall caj jumlah itu untuk pelanggan mereka.

        Maaf ye kalau penjelasan saya tadi kurang jelas. πŸ™‚

  3. banyak kelebihan servis ni ek..
    selain daripada tak perlukan modal, kitagak tak perlukan bnyak masa dan tenaga nak memjalankannya…
    takde terkejar2 sangat… πŸ˜€

    1. Betul.. servis ni biasanya perkara yang kita suka buat.. so, kita terima servis ni dengan hati yang terbuka dan heppy.. buat pun heppy.. x la tensen maner.. πŸ˜†

  4. Betul apa yang Zul tuliskan tu…

    Walaupun di awalnya kita tak banyak mendapat tempahan atau income, pastikan kita teruskan dengan internet biz journey kita ni. InsyaAllah, suatu hari nanti berkat usaha boleh menandingi Zul ni atau mungkin overtake. Yang pasti mesti istiqomah dan rajin berusaha.

    Tak gitu Smartzul… πŸ™‚

    Dah nak masuk tahun baru ni, berkorbanlah demi masa depan anda dan keluarga anda. Selamat Hari Raya Korban.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *