Duit: Berapa Banyak Yang Anda Mahu?

Hari ini tak ada tip atau artikel. Tapi kali ini saya inginkan pendapat anda semua pembaca blog ini.

Ramai yang berniaga di internet mahukan wang lebih, banyak atau dalam istilah yang lain, kekayaan. Soalnya, banyak mana tu?

Sejuta? Berjuta-juta? Beratus ribu? Berpuluh ribu? Atau berapa?

buat duitApakah jumlah sebenar yang perlu dimiliki atau dihasilkan?

Atau soalan lainnya, berapa banyak yang anda mahu?

Saya bertanya sebab rata-rata kebanyakan orang mahukan sejuta atau lebih. Setiap kali ditanya, mereka akan jawab, “saya nak jadi jutawan”. Kenapa tidak ratus ribu dan kenapa sejuta? Siapakah yang memandai-mandai cipta ‘budaya wajib jadi jutawan’ ini? Adakah ia wajib bagi semua orang?

Dan ada juga prinsip “ala, cukup makan pun jadi laa”. Ini pun entah siapa yang memandai-mandai cipta hukum dan kepercayaan sebegini. :D

Soalnya, banyak mana duit yang anda mahu? Atau dalam soalan yang lebih tepat ialah, sebanyak mana yang anda perlukan?

Ini adalah soalan cepu panas emas dan saya yakin setiap orang ada pendirian masing-masing.

Jom berikan pendapat anda.

Terima kasih.

ps. Dapatkan panduan percuma buat duit dengan Adsense.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

34 thoughts on “Duit: Berapa Banyak Yang Anda Mahu?

  1. Pada saya, duit itu sebagai ukuran sahaja.

    Kempen kerjaan, keusahawanan sebagai kerjaya. Dan itu
    saya setuju. Saya anggap bisnes bukan semata-mata
    dari sudut wang, tetapi passion. Business+teknologi
    buat saya excited (itu yang tak boleh tido lagi pagi2 ni, banyak
    idea yang keluar); Ia yang
    keep things going and spirit high. Business ni beri saya
    satu mean and purpose untuk achieve dalam life.

    Bila dia beri purpose, kejayaan business juga saya ukur
    dari aspek apa yang business kita capai. Berapa besar
    saiz dia jadi dari kosong saya buat dan apa benefit
    dia kepada orang sekeliling.

    Ada bangunan sendiri ke, ada menang award ke,
    ada reka something untuk negara ke. Ada pergi oversea
    achieve something untuk negara ke. Ada program spesifik
    yang berjaya bantu orang kurang bernasib baik ke.

    Apa2 aje yang boleh buat orang kenang dan doakan kita
    time kita dah tak ada.

    Pada waktu itu, barulah saya leh stop dan puas hati kot
    dan kata saya dah capai apa yang saya nak capai.

    Tetapi of course, duit itu penting juga.

    Pada saya duit tu sebagai imbuhan yang cukup untuk survival,
    plan masa depan dan sedikit back up just nice lah tu sementara
    nak capai cita2 dengan bisnes kita tu.

    Itu pandangan saya. :)

    Sabri

    p/s: Lama Zul tak menulis. Rindu nak bagi komen nih… hehe

    1. Thanks Sabri. Komen yang cukup bernas.

      Saya sependapat dengan Sabri.

      p.s. Kat kampung lagi ni. Ni cuti terpanjang saya. Awal Jun ni balik JB. :p

  2. lain orang mempunyai lain impian dan pandangan. Ada yang hanya ingin mencari pendapatan sampingan jadi terciptalah ayat “ala-kadar”.

    Ada nak jadi jutawan dan tertipu dengan skim cepat kaya. Mungkin diperlukan sejuta ringgit sebab hutang cecah juta ringgit gak. hehehe

    Apa-apa pun lain org mempunyai kehendak dan keperluan yang berbeza menyebabkan impian mereka turut berbeza. hehe

    p/s: Ini hanyalah satu pandangan “luar biasa” dari saya

  3. Mungkin perkataan juta itu satu ukuran yang menunjukkan banyak…bla ditanya memang kita semua nak jadi jutawan….

    Apakah itu satu matlamat….mungkin itu sebahagian dari satu matlamat dan cita-cita, namun yang penting kita berusaha dan terus berusaha untuk berjaya.

    Kejayaan itu sebenarnya jumlah yang harus kita perolehi, berapa ukuran banyaknya wang yang kita ada dari kejayaan itu, setiap orang ada pendapat masing-masing. Mungkin ratus ribu atau mungkin juta. Atau mungkin pendapatan tetap puluhan ribu setiap bulan.

    Apa pun kita harus terus mencari duit dan kejayaan itu.

  4. Bila dijadikan jutawan nampak lebih banyak 0 ye.. tu yang ramai buat impian camtu…

    Pada saya, jika berjaya berehat awal dari kerja-kerja yang penuh stress adalah impian.. Mungkin jika mendapat pendapatan lebih 5 angka
    AMIN..

  5. Kekayaan itu sesuatu yang subjektif…

    Mereka yang dulunya tinggal di Rumah Flat, tapi kini dah boleh tinggal di Rumah teres dua tingkat sudah merasakan diri mereka kaya…

    Mereka yang dulunya hanya mampu bermotosikal tetapi kini dah mampu membeli kereta mungkin juga merasakan mereka kaya…

    Mereka yang ada simpanan RM200,000 mungkin juga sudah merasakan diri mereka kaya berbanding orang lain yang tiada simpanan…

    Wang atau duit hanyalah satu alat yang digunakan untuk memudahkan urusan kehidupan kita di dunia.

    Namun ianya banyak memberi kesan kepada kehidupan manusia sejagat.

    Ada yang menjadikan wang sebagai pendorong untuk mereka berjaya..sebaliknya ada juga yang membuat tanggapan wang sebagai punca segala kejahatan.

    Sebenarnya yang menjadikan sesuatu baik atau buruk bukanlah wang tetapi INDIVIDU itu sendiri…mereka yang tamak akan menjadikan wang sebagai alat untuk menghalalkan kerakusan mereka.

    Manakala yang beriman menjadikan wang sebagai keperluan untuk melakukan ibadat.

    Salam Kekayaan

    THINKERICH

    Motivasi : Kekayaan, Kewangan & Peribadi

  6. huis…susah nak jawab soalan ni nih…
    bagi saya duit takde apa pun…
    disebabkan nak barang diimpikan tu lah menyebabkan kita perlukan duit…
    saya nak bahagia dlm hidup saya, so saya perlukan duit untuk buat hidup ni jadi bahagia…hehe

    1. Tak cukup hanya sekadar cukup. Tapi kalau boleh nak langsaikan hutang jugak. Hutang ni lah yg selalu meresahkan hati betul tak? InsyaAllah, baru betul2 bahagia bila dah takde hutang atau hutang tu sikit. :D

      1. hehe…zul,
        setakat ni saya tak hutang orang lagi…
        tambah2 saya memang tak suka hutang…
        saya lebih sgp susah dari berhutang…
        ;)

        Han

  7. “Berapa banyak yang anda mahu?”

    maka jawab saya :
    “Saya mahu seberapa banyak yang boleh!!”
    sejuta…2 juta….3 juta….
    lagi banyak, lagi saya suka.

    hakikatnya…
    manusia tak pernah puas.
    dapat sejuta, nak sejuta lagi.
    kalau dapat 2 juta, nak lebih lagi…dan lagi…dan lagi.

    itulah fitrah semulajadi manusia.

    pokoknya…
    apakah/siapakah yang dapat mengawal/membentuk fitrah itu selaras dengan kehendak Robb sekalian alam??

  8. kekayaan bagi saya ialah saya mempunyai duit yang cukup untuk makan, minum dan membayar segala keperluan lain ketika saya tidak mampu lagi bekerja.

    1. Satu jawapan yang bagus juga. Kiranya duit bukan hanya untuk sekarang kan? Duit tu juga perlu mampu menampung keperluan kita kelak (hari tua especially) atau di saat yg amat memerlukan.

  9. duit tak pernah cukup…yg jutawan tetap bekerja keras utk cari lebih banyak…yang miskin berusaha untuk jadi kaya….hakikatnya semua orang kejar duit…Bill Gates pun sama…tetapi perbezaan org yg berjaya & gagal ialah ‘akal fikiran’…bagaimana mereka menggunakan akal fikiran masing2…..

    1. Ramai jutawan bekerja keras untuk mencari duit bukan sebab tak cukup tetapi passion mereka terhadap perniagaan mereka terlalu kuat.

      Warren Buffet bekerja keras untuk mencari wang kerana beliau mempunyai keghairahan yang tinggi terhadap perniagaan beliau. Tetapi selepas dapat duit tersebut, beliau mendermakan berbillion-billion dolar untuk buat amal.

  10. Ditanya, berapa matlamat untuk jadi kaya sejuta? berjuta-juta? beratus ribu? berpuluh ribu? Atau berapa…?

    Pada saya, jumlah berapa yang perlu diperoleh bukan target sebenar untuk hidup mewah. Yang penting, saya nak jadi SENANG. Senang segala-galanya… Bila senang dapat wang, senang pula beribadah, senang juga berbuat kebajikan, senang sesenang senangnya….! Doaku pada yang Esa. Amin.

  11. Jutawan bagi saya adalah sebagai suatu cabaran ,untukl berusaha+cabarkan diri sendiri dalam bidang business jadi saya menetapkan kejayaan adalah sampai jadi jutawan…

  12. 1) Sebab kita dah ada jutawan internet,
    2) kita ada buku jutawan internet terbongkar,
    3) Dah ada yang jadi jutawan dengan perniaagaan internet.
    4) Ada bnyak lagi sebab…

    Kadangkala kita sentiasa memikirkan buruk tentang sesuatu perkara, kenapa nak jadi jutawan? kenapa kena ada duit banyak? kenapa kita mesti kaya? kalo jadi kaya kita akan jadi macam ni? kalo jadi kaya kita akan jadi jahat? sbb sebelum ni tak penah dapat duit bnyak dan macam macam lagi….

    Adakah salah berfikiran macam tu? anda TIDAK salah. Jadi adakah salah berfikiran mahu menjadi jutawan TIDAK SALAH juga. Apa yang anda fikirkan tidak salah dan juga betul…ianya terpulang kepada kehendak anda. So anda nak jadi jutawan so go ahead tak der masalah kalo anda pilih tak nak jadi jutawan itu pilhan juga. Tak der sapa yang marah!!!

    Ar lu pikirlah sendiri :cool:

  13. Apa yang saya mahukan adalah menjadi salah seorang yang bertanggungjawab dalam perkembangan arus dunia. Selain itu dapat memberi manfaat kepada orang ramai. Saya ingin menjadi terkenal sebagai seorang pencetus perubahan dan antara orang terkaya dunia. Bukan untuk berlagak atau menunjuk-nunjuk, tetapi sebagai seorang ISLAM dan khalifah yang bertanggungjawab dalam memartabatkan ISLAM di mata dunia.

    Tiada istilah cukup makan atau sekadar bebas kewangan bagi diri saya. Yang ada hanyalah perjuangan dan tanggungjawab untuk membantu insan lain. Namun, saya perlu bantu diri sendiri dahulu..saya perlu banyak belajar…insyallah…

  14. Emmm, semua orang nak jadi kaya. Kalau tanya anak-anak saya (3 & 4 tahun) pun, nak jadi kaya (banyak duit) boleh beli banyak toys :) Kalau tanya diri saya sendiri, memanglah nak jadi kaya tapi bukan sahaja kaya duit sahaja, tapi kaya ilmu dan kaya budi perketi dan yang paling penting ialah kaya kebahagiaan. Ramai orang kaya yang tak bahagia, tapi disebabkan kemewahan yang mereka ada, orang ramai beranggapan mereka bahagia dengan kemewahan mereka. Yang penting sekali ialah, tak salah nak jadi kaya raya, tapi caranya kena betul dan tanggungjawab sebagai orang Islam dijalankan dengan sebaik mungkin, InsyAllah kita akan dianugerahkan dengan kemewahan dunia dan akhirat.

    http://www.resumeweassist.com/blog
    Tips for effective career marketing

  15. Soalan : sebanyak mana yang anda perlukan?
    Jawapan : Sebanyak yang mungkin yang boleh diperolehi. Kita pilih jalan untuk menjadi salah seorang usahawan internet adalah kerana kita ingin hidup gaya seperti ini.

    Tetapi ada dua perbezaan kategori golongan peniaga/usahawan internet ini iaitu : orang yang buat duit sahaja dan orang yang membina perniagaan di internet.

    Yang fokus buat duit sahaja mungkin aim untuk dapat 1Juta dari internet dan dah rasa berjaya.. then rata – rata mereka ni mungkin ada yang buat duit senyap – senyap.

    Tapi yang aim untuk membina perniagaan, golongan ini akan ada impian yang lagi besar iaitu seperti memiliki organisasi sendiri untuk empayar perniagaan di internet, syarikat sendiri, consultation, pelbagai rangkaian produk dan services, dikenali ramai dan sebagainya.

    Jadi, target seberapa banyak “duit” tu tak ada. Saya setuju dengan Sabri Saifulsham tentang dapat kepuasan dalam mencapai sesuatu penganugerahan, kejayaan yang besar yang menjadi ingatan kepada ramai pihak. Ini seharusnya menjadi impian setiap daripada kita dan harus dicapai supaya impian menjadi kenyataan. :D

  16. Manusia memang tak pernah rasa puas dan cukup dengan apa yang dia miliki. Ini fitrah manusia. Yang kaya…nak kaya lagi. Yang miskin…berhempas pulas nak jadi kaya.

    Dunia sekarang ‘dunia duit’. Kalau takde duit memang tak boleh nak buat apa, dan orang pandang sebelah mata jer. Kalau orang tanya saya “u nak duit banyak mana ?” Pasti saya akan jawab “saya nak 500 billion !”

  17. Pingback: ^_^ Ro.botys.com » Blog Archive » Harga ro.botys.com usd 6k. Berapakah harga blog anda? | Malaysia Web Design and SEO blog
  18. Duit adalah salah satu asbab maslahah duniawi.
    Pokok pangkalnya ketaqwaan/keimanan yg padu walau sejauh mana kita berada.

  19. saya mahukan duit sponsorship untuk program ke china..universiti hanya provide RM6 ribu tp program ni memakan RM10ribu..macam mane nak hidup kalau xde duit..huhu
    desperate mode: ON!

  20. apart from redha, kerja untuk duit perlu sampai certain level (maybe RM 1 juta?). lepas tu bebas kerja untuk kepuasan diri (sambil membantu orang susah). of cos la tak payah tunggu RM1 juta baru nak tolong orang susah kan?

Berikan Komen Anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.