Buat Duit Dengan Idea Mudah
Antara ‘produk mini’ saya adalah Sistem DPP dan juga Sistem EZSurvey.
===
Sistem DPP adalah satu sistem ringkas untuk melindungi page download produk digital dan Sistem EZSurvey pula adalah satu sistem survey simple untuk melakukan survey ringkas dengan satu soalan.
Kedua-dua produk ini terhasil daripada idea spontan saya dan idea-idea ini dicatat dalam satu buku idea saya sebelum ia direalisasikan:


Sebahagian bukti hasil jualan (Sistem DPP):

Harga Personal Use Sistem ini adalah RM15.00. Jika 10 jualan hasilnya RM150.00, jika 20 jualan hasilnya RM300.00. Dan begitulah seterusnya..
Lihat. Idea mudah, atas satu muka surat buku catatan kecil, memberikan hasil ratusan bahkan ribuan ringgit tanpa perlu mengeluarkan peluh.
Produk informasi adalah produk yang terbaik untuk anda cuba dan ceburi terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil sekarang kerana kosnya yang amat rendah.
Sebagai contoh produk Sistem DPP di atas, kosnya hanyalah:
1. Masa untuk develop sistem dan panduan penggunaan (dokumentasi)
2. Masa untuk menulis surat jualan (saya biasanya ambil masa paling kurang satu malam sahaja untuk satu surat jualan).
3. Bayaran untuk design imej produk (ecover). Untuk sistem DPP, kos design hanya RM50.00 sahaja sebab saya hanya tempah design ecover produk sahaja. Lain-lain imej saya gunakan imej / template yang dibeli dari internet.
Itu sahaja modalnya. Untuk hasilkan sistem tersebut, saya hanya guna perisian NotePad sahaja untuk lakukan programming PHP yang simple. PHP adalah open source dan tidak perlukan lesen. Begitu juga banyak perisian NotePad yang percuma boleh didapatkan di internet.
Domain dan hosting pula saya gunakan subdirektori sahaja dan hosting sedia ada sahaja:
http://malaysiasoho.com/sistemdpp
Jadi kos untuk projek Sistem DPP adalah kurang daripada RM100.00.
Pelajaran yang dapat disimpulkan daripada artikel kali ini:
1. Jangan perlekehkan idea yang kecil, mudah dan remeh. Ramai yang fikirkan projek besar dan mega, tapi hasil pun tak ada. Mulakanlah dari projek-projek kecil dan setapak demi setapak hasilkan projek yang lebih besar.
Katakan anda ada 10 ‘produk mini’ dan setiap satu memberikan hasil RM100.00 sebulan. Jumlah pendapatan daripada semua produk mini itu untuk sebulan adalah RM1000.00. Ok lah kan? Rezeki tu. Tak baik tak bersyukur. Orang lain kerja siang malam nak dapatkan RM1000, kita yang mudah dapat duit sebanyak tu pun tak reti-reti nak bersyukur. Jangan terasa nooo..
2. Catat apa saja idea yang spontan. Rujuk balik idea itu di masa terluang kelak.
3. Produk informasi terbukti produk yang rendah kosnya dan besar margin keuntungannya.
4. Just do it! Saya yakin ramai yang memiliki idea dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar idea. Namun akibat takut untuk mencuba dan lemah untuk bertindak, maka idea hanya tinggal idea. Anda tidak perlukan motivasi pun untuk bermula. Sebaliknya anda hanya perlu lakukan sahaja (ya, sudah pasti perlukan ilmu dan perancangan).
5. Guna apa saja yang ada. Lihat saja produk Sistem DPP yang menggunakan subdirektori dan domain sedia ada sahaja tetapi mampu menghasilkan jualan tanpa perlu menggunakan domain yang khas.
6. Jangan fokus pada kesempurnaan (no perfection), tetapi utamakan kepada TINDAKAN. Tak ada benda yang sempurna di muka bumi ini termasuk diri kita sendiri! Kalau kita dah tak sempurna, apatah lagi benda yang kita hasilkan / reka. Kita hanyalah makhluk biasa. Yang sempurna hanyalah ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala sahaja.
Penting: Kualiti dan Kesempurnaan adalah dua perkara yang AMAT BERBEZA. Tidak sempurna bukanlah bermaksud tidak berkualiti. Kita mesti berusaha untuk hasilkan produk yang berkualiti / yang boleh digunapakai / yang bermanfaat. Harap dapat bezakan dua perkara tersebut.
Sekarang, saya harap anda semakin yakin, bersemangat dan berminat untuk melakukan perniagaan produk digital / informasi di internet. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Jangan, jangan, jangan sesekali beralasan. Cuba fikirkan “apa yang patut aku lakukan sekarang?”.
Belajar, buat, belajar dan buat sampai berhasil. Mulakan dengan belajar dan kemudian lakukan tanpa rasa berputus-asa. Sesungguhnya tiada jalan pintas untuk berjaya, namun ada jalan untuk memudahkan kejayaan dicapai. Hanya dengan ilmu yang betul dan usaha yang tidak putus-asa dapat membawa kita ke arah keberhasilan sesuatu usaha.
“Kejayaan bukan satu kebetulan!”.
ps. Saya ada puluhan idea yang saya catat di dalam buku catatan idea saya. Satu persatu akan saya realisasikan. Ingin tahu apa fungsi buku sebegini selain mencatat idea? Sila baca artikel Bagaimana Untuk Fokus di sini. Bacalah artikel itu yang mungkin akan merubah sedikit hidup anda sepertimana ia telah membantu saya di dalam perniagaan internet.
pps. Lepas tulis artikel ni, dapat pula satu idea spontan. Oh!
-









Bro nie dah macam penulis lirik aja
idea spontan terus aja karang
last dah dapat hasilkan produk
yang pnting
xmo tangguh2
betuk zul?
Assalamualaikum,
Betul cakap en zul tu, cuma kadang-kadang rase idea bisnes kite nih terlalu remeh utk diketengahkan dan diniage kan…but anyway..thanks for the info
rasanya ramai di kalangan semua boleh mengeluarkan idea-idea yg power2 tp rasanya tak semua yang boleh tukar menjadi realiti. Hopefully kita semua boleh jadikannya realiti..
Keep it up..
betul kata saudara zul…
idea walaupun kecil, kadang2 impaknya lagi besar
dari yg kita sangka…
Thanks for sharing bro.. Nice info n tips.. Boleh dipraktikkan kelak..
Kadang-kadang idea yang spontan inilah yang menghasilkan keuntungan lumayan berbanding dari projek yang dirancang sekian lama..
Salam bro zul…tahniah atas kejayaan bro tue..walaupun pada bro produk yg bro hasilkan tue adalah yang simple@mini tapi besar impaknye kalo di praktikkan..ramai org yg x ambil kisah ngan bende2 yg simple nie..tapi yg simple nie lah yg boleh membawa kejayaan seseorang tuh kan..pe pon nice info..
Salam,
Satu tips yang wajar di praktiskan… Saya ada terbaca dalam blog Tips Satu Minit milik Irfan Khairi mengenai kepentingan untuk mencatat apa jua idea yang terlintas agar kita dapat rujuk kembali. Manalah tahu idea spontan ni mampu menjadi idea terhebat suatu hari nanti…
emm betul tu apa sahaja idea kita catat dan cuba garapkan dengan baik insyallah ada yang beli kalau kita guna teknik marketing yang baik….biar orang kenal kita dulu
salam,
Idea merupakan tool yang penting.melalui idea tercipta produk hebat dan hot. betul tak?
Salam.
Idea yg mantap. Memang simple. Nice work. Betul ckp En. Zul, kena ingat kalo dh dapat untung jgn lupa bersyukur, kalo dak Allah S.W.T tarik balik nikmat tu dr kita.
Thx banyak2 bro sebab sedarkan saya pasal bisnes d internet ni..
idea yang baik bro zul.. sy belajar beberapa perkara dari artikel ini. dapat idea terus tulis walalupun ia tidak lengkap..
tidak perlu mementingkan kesempurnaan tetapi tindakan yang lebih utama.
thanks bro!
memang nampak simple. Tapi itu jika kita tahu caranya. Jika tak tahu, banyak benda kene buat. Sebab tu kene belajar dulu macam-macma..
Bro, kedua2 produk2 tu memang cool!
& thanks for nasihat di atas..
Terima kasih saudara Saharol.