Case Study: Buat Duit Dengan FB Group

Bagaimana “buat duit” dengan FB Group

Nama Group: PLR SmartUsaha.com
Fungsi: Menjual produk-produk PLR seperti ebook, artikel dan video.
URL: https://www.facebook.com/groups/plrsmartusaha/

Tarikh mula: 6 Mei 2012
Jumlah ahli setakat ini: 105 orang (kebanyakan adalah Internet Marketer)

Hasil setakat ini: Hampir RM 2000 dan terus meningkat

Kos Pemasaran: Tiada (Percuma)

Contoh produk yang dijual:

1. 15 buah artikel dijual dengan harga RM37 dan RM47.
2. Video PLR dengan harga RM87.

Tip Penting:

  1. Group sesuai untuk satu-satu tujuan yang spesifik.
  2. ‘Add’ dan invite mereka yang berminat sahaja.
  3. Berikan maklumat percuma di samping menjual. Ahli akan sayang untuk remove-kan diri mereka jika kita ada berkongsi maklumat atau produk yang freemium.
  4. Berinteraksi (engage) dengan ahli-ahli group seperti bertanya khabar dan bertanya soalan.
  5. Perlu maklumkan di bahagian penerangan group bahawa di group ini kita akan membuat jualan dari masa ke masa.
  6. Tulis polisi berkaitan seperti hanya kita yang boleh menjual. Ahli lain tidak boleh melainkan diizinkan.
  7. FB Group tidak semestinya untuk menjual, tapi boleh digunakan untuk memberikan sokongan pelanggan ataupun latihan kepada staf dan rakan perniagaan.

Boleh join group di atas untuk melihat saya ‘beraksi’ di sana dan untuk tahu apa itu “PLR”. 🙂

–> https://www.facebook.com/groups/plrsmartusaha/

.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

One thought on “Case Study: Buat Duit Dengan FB Group

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *