Buat Duit Dengan Ebook Percuma
Artikel ringkas berikut saya petik daripada komuniti (Page) SmartUsaha.com di Facebook. Anda dijemput sama untuk menyertai saya di sana andaikata anda aktif di Facebook. Selain menulis di blog ini, saya juga menulis tip-tip ringkas di sana..
http://facebook.com/smartusaha/
Tajuk Artikel: Buat Duit Dengan Ebook Percuma
Menghasilkan ebook percuma amat berguna kepada mereka yang berminat untuk membaca. Informasi yang diberikan biasanya pelbagai iaitu bergantung kepada topik utama.
Untuk menampung kos atau memberi sedikit ‘upah’ kepada usaha murni anda itu, anda sebenarnya boleh membuat duit daripada ebook percuma tersebut.
Terdapat beberapa cara untuk buat duit dengan ebook percuma. Antaranya:
1. Mencadangkan sesuatu produk berkaitan yang boleh membantu pembaca. Produk itu mestilah ada menyediakan program affiliate yang boleh anda sertai. Letakkan link affiliate di dalam penerangan cadangan anda tersebut.
2. Selain produk orang lain, anda juga boleh mencadangkan produk anda sendiri jika ada. Seboleh yang mungkin, biarlah produk yang berkaitan dengan isi kandungan ebook percuma itu.
3. Membuka ruangan iklan kepada usahawan atau individu yang berminat untuk mengiklankan produk mereka. Caj iklan berdasarkan kepada kemahuan anda atau pada jenis iklan. Contohnya size imej atau sekadar iklan teks ada caj yang tersendiri. Iklan ini biasanya diletakkan di akhir ebook atau di pengakhiran setiap bab dalam ebook.
Cara ketiga ini adalah cara yang tercepat untuk anda buat duit kerana mereka perlu bayar dahulu sebelum anda meletak iklan mereka di dalam ebook tersebut. Ramai yang berminat untuk meletak iklan di dalam ebook kerana ebook percuma biasanya akan teredar secara viral tanpa henti (viral marketing).
Itulah tiga cara yang boleh anda lakukan kesemuanya sekaligus untuk satu ebook percuma, atau anda lakukan salah satu cara sahaja.
Tambahan:
Ebook percuma boleh disebarkan secara viral dengan cepat jika ebook tersebut boleh dimasukkan link affiliate para pembaca. Asasnya begini:
1. Anda perlu ada produk sendiri dan laman web jualan dipasang dengan sistem affiliate.
2. Pembaca ebook perlu daftarkan diri untuk dapatkan link affiliate.
3. Bersama ebook disertakan dengan satu perisian PDF Brander. Anda boleh cari di Google dengan menaip pdf brander. Jika anda berminat untuk membeli, pesan saya hati-hati kerana tidak semua pdf brander berkualiti. Nanti saya tulis satu artikel review mengenai perisian sebegini.
4. Pembaca akan rebrand ebook tersebut dengan link affiliate mereka. Kemudian mereka akan kongsikan ebook tersebut dengan orang lain.
Kaedah ini amat berkesan kerana mereka akan mendapat komisen dengan mengedarkan ebook percuma tersebut jika ada pembaca yang membeli melalui link affiliate mereka. Selain anda mendapat jualan, mereka juga akan mendapat bayaran komisen.
Selamat mencuba.









Saya setuju dengan bro zul mengenai e-book percuma ini kerana saya sendiri sudah merasa buat duit dengan e-book percuma.
Tetapi jika kita mempunyai niat untuk buat duit. Saya pasti ianya xkan menjadi. Kita perlu memberikan informasi yang diperlukan oleh pembaca. Secara tidak sedar, jualan secara tiba-tiba akan terhasil.
Yup, betul. Sudah semestinya kita perlu berikan informasi terbaik. Buat duit tu hanya sampingan. Boleh lah buat tampung kos Internet, hosting dan lain-lain.
Satu info yang sangat berguna. Thanks saudara Zul, ia sangat membantu.
Terima kasih.
point taken..mcmana nk buat program affiliate tu
Salam Zul, saya ada idea buat ebook percuma tu tapi xtau camne nak gunakan cara di atas. Bolehkah minta bantuan Zul?
InsyaAllah saya akan tulis satu artikel atau tutorial berkaitan..
Sekarang ini kalau nak buat ebook percuma untuk dipsarkan cukup setup PPL dan lancarkannya
walaupun menggunakan modal
tapi sebenarnya cukup berkesan
Yup, PPL pun ok juga.
mmm nampaknya banyak lagi yang saya kena belajar
InsyaAllah, belajar sikit-sikit lama-lama semakin tahu.
Salam bro smartzul..
memang timing bro smartzul keluarkan post ni mmg kena pada masanya..hehehehe..saya pun dalam proses siapkan ebook percuma saya..igt nak gunakan teknik PPL utk promosi tp kena cukupkan modal dulu..
saya sgt berbesar hati kalau bro smartzul boleh kasi komen pada ebook saya nnt..hehehe..
ebook percuma dan duit datang melalui iklan? good idea
Yup, dah ramai yang melakukannya..
Nice info.. anda telah membuka mata saya tentang bisnes internet..
salam..saya masih sangsi tentang bisness e-book nie sbbnyer orang boleh copy dan jual semula. org malaysia masih tidak peduli ttg akta hakcipta.
Lakukan saja. Soal cetak rompak tu, lain cerita.
a’kum en zul,
sy berminat nak buat ebook…tp x tau apa nak start buat dulu….
leh bg tau apa step by step yg perlu sy lakukan ..
salam suadara zul
sy pnyai psoalan bkaitan daftar perniagaan
apa yg diperlukn untuk dftar biz scara online ni?
tq
Pendaftaran adalah sama seperti perniagaan lain. Pada borang pendaftaran, tulis jenis perniagaan yang dilakukan seperti perniagaan pakaian, perkhidmatan laman web… Tidak perlu nyatakan yang saudara melakukan perniagaan internet.
Pendaftaran boleh dilakukan di mana-mana cawangan SSM berdekatan:
http://www.ssm.com.my
bro,kalau pakai jer nama company bapak aku boleh ke?
Boleh.