Buat Duit Dengan Blog Bukan Perkara Mitos!
30 08 2007Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Saya sekarang lebih fokus kepada perniagaan Internet bermodelkan kepada Ebook yang banyak cabang dan strateginya. Siapa kata Ebook itu hanya untuk untung semata-mata? Ia bukan hanya berkaitan dengan duit semata-mata, tetapi ia lebih dari itu, jika kita mahu memahami.
Namun, saya juga minat dengan ‘blogging’. Buat masa sekarang, saya lebih fokus kepada blog ini dan juga satu blog lagi mengenai blogging dan Wordpress. Tahukah anda (dah tahu pun!), ramai yang menjana pendapatan beribu-ribu ringgit sebulan sama ada RM atau USD dengan hanya menguruskan blog sahaja.
Tidak kisahlah mereka gunakan teknik penulisan ke, video ke, imej ke atau apa sahaja cara, dengan usaha hanya di Internet, setiap bulan mereka mendapat income yang kadang-kadang melebihi gaji bulanan mereka. Sehinggakan kepada satu masa, mereka berhenti daripada kerja makan gaji.
Kalau tak nak berhenti kerja pun tak apa sepertimana yang saudara Shuth kita lakukan. Kerja makan gaji + pendapatan dari Internet yang pelbagai cara dan cabangnya.
Saya sendiri paling kurang pun RM100 sebulan melalui blog ini. Sikit? Memang pun. Sebab blog ini bukan untuk buat duit, tapi ia untuk bisnes saya dan juga wadah perkongsian ilmu. Dalam arena blogging, ada dua cabang iaitu ‘blogging for business’ dan ‘making money blog’. Jadi, saya dari dulu lebih kepada bisnes, bukan buat duit melalui blog.
Tapi insyaAllah, saya akan optimize blog ini jika perlu untuk meningkatkan hasilnya atau membina blog lain… Namun, dua hari lepas saya telah menjana lebih kurang $30.00 (sekitar RM110.00) melalui blog ini. Itu belum lagi dikira dengan hasil jualan produk melalui teknik ‘blogging’ yang digunakan.
Pada Post kali ini, saya akan letakkan link ke artikel yang menceritakan kejayaan-kejayaan mengenai mereka yang telah merasai hasil usaha mereka melalui bidang blogging atau webmaster.
Adalah amat rugi, jika anda menangguh dari hari ke hari di dalam membina blog untuk menjana pendapatan di Internet. Mahu, tapi tiada tindakan. Tak tahu, tapi tak cuba untuk belajar… Bermulalah secepat mungkin agar anda juga mendapat pendapatan dari Internet.
Biarlah pendapatan pertama anda hanya 1 sen. Tapi dalam jangka panjang, anda akan dapat rentak dan sedikit demi sedikit hasil akan bertambah. Sesiapa pun boleh melakukannya, itupun jika ada KEMAHUAN yang kuat.
Kisah 1:

Saya rasa anda semua kenal orang kita ni, saudara Alang. Beliau mula berkecimpung dalam bidang webmaster sejak tahun 2003 semasa masih berjawatan sebagai juruaduit, dan kemudian melakukannya secara sepenuh masa pada tahun 2005.
Anda boleh baca di blog beliau mengenai kisahnya:
http://www.szab.net/blog/2007/05/11/kisah-saya-di-nst/
Kisah 2:

*sumber: FastCompany.com
Ashley Qualls, 17 tahun, menjana pendapatan lebih daripada 70K sebulan melalui laman webnya di whateverlife.com. Anda boleh membaca case study yang dibuat oleh blog doshdosh.com ini:
http://www.doshdosh.com/case-study-of-teenage-millionaire-ashley-qualls/
Case study itu bukan hanya cerita mengenai kejayaan Ashley, malah turut mengulas sebahagian strategi yang digunakannya.
Dan ini sumber cerita yang asal:
http://www.fastcompany.com/magazine/118/girl-power.html
Alang juga ada mengulas secara ringkas di blognya mengenai Ashley ini:
http://www.szab.net/blog/2007/08/23/satu-lagi-bukti/
Kisah 3:

$10,000 sehari! Markus Frind menjana lebih kurang $10k sehari melalui laman webnya Plentyoffish.com iaitu sebuah ‘dating site’. Sumber pendapatan utamanya adalah melalui Google Adsense.
Anda boleh mendengar podcast (audio) interview bersama dengannya selama 30 minit di sini: Klik link berikut.
Juga boleh membaca interview di sini:
http://www.workhappy.net/2006/06/interview_with_.html
Dan ini pula dia kongsikan, bagaimana dia bermula:
https://plentyoffish.wordpress.com/2006/06/14/how-i-started-an-empire/
Anda boleh cari lain-lain artikel atau interview mengenainya di Google.
Kisah 4:

*sumber: problogger.net
David Wilkinson, seorang kanak-kanak 12 tahun menjana paling kurang $500 sebulan! Kira ok lah tu kan? Baru 12 tahun… Blognya adalah http://www.techzi.net.
Boleh baca interview penuh bersama beliau di sini:
http://markeseremet.blogspot.com
Kisah 5:
Mohd Zulfadli (smartzul). Hmm? InsyaAllah akan datang.
Lain-lain:
Di antara para blogger Malaysia yang saya tidak tahu berapa income yang mereka dapat pada setiap bulan atau hari:

LiewCF (full time blogger): http://www.liewcf.com/blog/

Sham RajaAdsens: http://rajaadsense.com/blog

MenJ: http://www.menj.org
(jangkaan hasil tahunan MenJ: sekitar $14k)
Dan ramai lagi yang tak terjangka untuk saya senaraikan di sini. Tambahan, ramai orang Malaysia yang agak low profile.
.
Kesimpulan
Terbukti, sesiapa pun boleh memperolehi pendapatan di Internet melalui blog selagi ada kemahuan yang kuat untuk belajar dan berusaha. Mengapa blog? Sebab ia mudah untuk digunakan tanpa perlu banyak perkara teknikal yang perlu dilakukan.
Anda boleh buat apa sahaja topik terutama yang anda pakar (tahu) atau anda boleh lakukan ‘research’ untuk menentukan topik yang profitable. Kemudian, anda tentukanlah bagaimana cara untuk anda sampaikan kandungan mesej topik tersebut. Biasanya adalah dengan menulis.
Bagaimana menghasilkan duit dengan blog?
Biasanya adalah melalui program pengiklanan seperti Google Adsense, review, text link, program affiliate dan banyak lagi cara lain. Anda boleh buat satu atau lebih cara. Sila tonton video saya di sini untuk tahu 3 cara buat duit dengan blog:
http://www.metacafe.com/watch/755794/buat_duit_dengan_blog/
Kemudian, kena buat promosi. Inilah perkara paling penting sebenarnya selain optimizekan strategi blogging dan monetizing blog anda…
Langkah Pertama…
Ramai yang mahu, tetapi tidak tahu. Apakah langkah pertama untuk saya jadi seperti mereka? Langkah pertama adalah sesuaikan diri dengan asas teknikal blog. Tanpa pemahaman asas ini, anda sukar untuk bergerak maju ke depan.
Mulakan langkah pertama yang betul dengan Panduan Kit Blogger. Fast Track To Start Your Blogging Career. Klik di sini jika anda serius!
Atau, anda boleh cuba-cuba dengan platform percuma dahulu untuk selesakan diri. Boleh rujuk di sini.
Rujukan Tambahan:
Lihat Mereka Buat Duit Dengan Blog
Popularity: 68%
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Beritahu Artikel Ini Kepada Kawan Anda. Klik Di Sini.
Vote Artikel Ini:
Artikel Berkaitan:



(1 votes, average: 4 out of 5)



Blog ini memang hebat sebenarnya terutamanya dengan ciri-ciri web 2.0 nya.
Tapi ramai yang tak tahu. Ia amat mudah disenaraikan dalam search engine sekiranya dilakukan dengan betul.
Tambahan pula, dengan kewujudan social bookmarking dan social networking, semuanya menjadi lebih mudah.
Blog saya telah menjana ribuan ringgit dalam bulan August ini manakala salah seorang team member saya telah berjaya menjana $7000 (USD) dalam masa kurang daripada 1 bulan (mulakan blog pada pertengahan bulan ini dan bermula dari kos sifar serta tiada pengiklanan).
Tergaman saya mendengarnya. Namun saya faham yang ianya tidak mustahil dan logik.
Mungkin pendapatan Zul telah jauh mengatasinya
Siapa tahu?
Salam mesra.
berapa banyak blog yang boleh diwujudkan sekiranya ada modal yang banyak. maka bermulalah dengan satu blog terlebih dahulu dan kemudian diperluakan kepada perniagaan yang lain pulak sebagai tambahan modal di samping memajukan blog yang sedia ada…
Pendapat saya:
Kejayaan mereka bukan pada blog tersebut sahaja. Saya percaya ada banyak faktor behind the scene yang membantu dalam menyumbangkan kejayaan ini.
Cabarannya, apakah fartor-faktor tersebut?
Zul,
sebenarnya saya nak sangat menulis blog…
tp tak tahu nak tulis tentang apa… pakej blogger kit dah beli… no idea!!
saya minat internet marketing tapi dah ramai dan saya sendiri pun tak berapa mahir dlm IM ni… nak bagi tips ke panduan ke takut salah kan… baru mula buat ebiz…
han
buatlah idea yang diluar dari skop ebiz pulak yang boleh menarik lebih ramai pengunjung dan permintaannya juga tinggi…
sebelum ni ade juga buat blog di bloger tp buat-buat tinggal sebab tak de idea nak menulis apa lagi… kalau kira google index dah dengan keyword tertentu…
yang peningnya bila nak menulis… nak tulis apa pun tak tahu…
kekeringan idea…
Bile Zul kata dapat menjana pendapatan RM100 melalui blog ini tanpa jualan pun saya sudah agak terkejut.. Sebab selain ebook Zul sendiri yang lain2 saya tak nampak lagi saya sendiri masih terkapai-kapai mencari sumber pendapatan..
Namun saya yakin akan mampu juga mendapatkan pendapatan sampingan melalui blog….
Hi Han,
Janganlah kecewa kerana tak dapat menulis di blog.
Rileks, En Zul dan rakan2 kita kan ada untuk membantu.
Emm, saya pernah alami masalah seperti Han, tak da idea. Tapi bila difikirkan, adalah lebih baik saya berblog mengenai apa yang saya mahir/suka seperti perkara2 yang berkaitan motivasi.
Kalau tentang IM pula saya sharekan apa yang saya lakukan dengan komuniti (visitor) saya. Terus-terang saya bagitau yang saya memang tak expert bab2 IM ni. Kita sharekan saja tak kiralah ilmu tu ramai dah tahu atau tidak .
Kaedah itu boleh digunakan sebagai satu platform untuk anda berkomunikasi dengan orang lain yang melawat blog anda. Insyallah…
Thanks Johari,
Saya memang nak sangat berblog tu, tapi idea ni takde…
tapi tunggu lah…tak lama lagi pasti ada timbul blog yang baru…hehe..
han
Hi Han,
Mungkin Han memang sangat memerlukan Attraction Accelerator saya untuk jana idea ni. Boleh hubungi saya kalau ada hati.
*** Maaf ye, Zul. Bukan nak jadikan tempat ni platform bisnes. Cuma nak bantu Han je. Kesian. Dulu saya macam Han juga.
Uik..saya ada jugak..
Untuk berjaya kene lain dari yang lain.. Saya jumpa satu niche yang orang tak ramai ceburi & permintaan besar kalo tengok pada carian setiap bulan.. Site yang ranking adalah site biasa je..
Saya dapat idea ni lepas pi tengok expo peladang semalam, balk tu terus buat research..
Kalo anda boleh JV buat mcm paul tan untuk industri kereta..anda boleh guna cara yang sama dalam niche ni.. Cuma anda perlu korek & interview pengusaha benda ni..
niche dia “ikan & aquarium”–kecilkan skop dia la ye..tu topik besar.. Saya bagitau je.. Saya boleh nak buat tapi tak larat nak buat.. lebih baik saya fokus niche sedia ada je..
Kalo orang lain ingin cuba, boleh wat research topik tu.. Kat SERP yang ranking dalah site biasa je…
memang menarik jugak niche ikan dan akuarium nih. bleh jugak buat citer pasal tempahan akuarium yang kecik atau yang besar. permintaan untuk akuarium dah tentu seiring dengan ikan hiasan yang ingin dibeli… ikan hiasan dan akuarium blog.
Attraction Accelerator ni apa Raymond???
tak faham BI…hehe…sory…
boleh terangkan tak?
han
erkk, budak umur 12 tahun camgitu pon buat duit, umur ala2 cyber boyz..mmg power org barat nih dlm bab2 internet.
p/s: sham, ikan dan aquarium erkk..takkan nak jual ikan kot. ker batu karang dlm aquarium tu, rumah ikan.
Wah!! rakan² kita membaincangkan pasal aidea..

huhu susah tu
sebab pengalaman saya nak tulis satu artical tak sampai separuh pun dah mengambil masa setengah jam..
huhu tensyen
Han.
Boleh tak hantar email kepada saya. Pergi blog saya dan cari butang contact us.
Hai Hamid,
Belakang parang kalau diasah lagikan tajam.
Saya tulis satu artikel pun pakai masa yang lama juga.
Kadang-kadang boleh tulis 3 artikel dalam masa 2 jam, kadang-kadang 3 jam pun tak dapat tulis satu artikel pun (kalau saya baca dan tak suka isinya, saya akan delete terus)
Saya sedar bahawa perkara ini memang perlu dilatih dan saya masih berlatih lagi.
teruskan berlatih setiap hari untuk memantapkan skill penulisan anda dngan jayanya.
Yaa… InsyaAllah saya akan cuba
kalo tak tau berniaga macam mana nak dapat duit dengan blog. takkan nak buat blog dan memblog semata-mata tanpa income tambahan dari blog tersebut… tak gitu?
ada blog dah tentunya ada perniagaan.
ada perniagaan dah tentu ada blog.
kalo dua2 takder?
Yes,
saya setuju bole buat duit dengan blog, anda ada blog, anda boleh buat duit. Statement itu memang nampak senang, namun hakikatnya bagaimana anda mambuat blog positioning anda di search engines, guna teknik SEO dan potential keyword, tool-toolss lain yg berkaitan tu penting, sebab ini adalah GAP yang mesti anda lepas bagi memastikan blog anda di kenali ramai.
Syabas kepada Zul, URL beliau di search engine memang BERLAMBAK, buatlah carian keyword apa2 sekalipun (kaitan internet & perniagaan)..sudah tentu URL nya tersenarai di top 10 positions..
Cuma saya mahu kongsikan di sini, saya juga berjinak dengan pemasaran internet dari tahun 2000 lagi dan berjaya memperolehi pendapatan melebihi 500K (dari tahun 2000- kini) hasil dari usaha saya membuat perniagaan MLM melalui internet, opss.. MLM, tapi 70% aktiviti adalah dari internet.. cuma apa yang anda perlu tahu MLM ada pasang surut dan dalam masa 7 tahun itu saya telah menceburi 3 MLM dan berjaya membina rangkaian yang besar, kini selepas 2 MLM saya gagal ( walaupun dah dapat melebihi 450K), saya buat MLM yang ketiga dan ianya lebih senang kerana saya mempunyai database yang besar.. saya kecewa juga dengan 2 MLM tersebut, banyak hal yang tak perlu saya ceritakan, salah saya, salah syarikat dan salah rangkaian saya…semuanya berkaitan dengan SALAH dan GAGAL… tak payah cerita lebih lah kan..dah nama GAGAL..
kenapa saya kata GAGAL, sebab MILESTONE saya bukan di tahap itu..biasalah.. kita belajar dari kesilapan untuk mencapai matlamat kita.
Namun, kesimpulannya, di Internet ini bukan melalui blog sahaja yg boleh anda buat duit, banyak peluang perniagaan di luar sana yang boleh anda usahakan di samping penggunaan blog, saya percaya bahawa ramai lagi yang berjaya menggunakan kaedah internet ini dalam memajukan perniagaan mereka.
Salam sukses..
blog adalah salah satu pilihan untuk anda membuat duit dan membuat promosi berkaitan dengan produk yang anda miliki dan blog sebagai jalan untuk anda mengasah minda dengan menulis dan membuat post secara tetap dan mencari idea berkaitan dengan bidang kemahiran anda.
ia adalah asas untuk anda menceburi dan membuka minda membina perniagaan anda yang lain… gagal adalah pengalaman yang bermakna. tanpa kegagalan tiada makna kejayaan anda…
Salam,
Setelah saya membaca serba sedikit tentang perniagaan internet dan boleh menjana perniagaan melalui internet, minda saya mula terbuka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pengurusan blog dan bagaimana ia mampu menjana pendapatan. sesuatu yang menarik. terus terang saya katakan saya tidak mempunyai banyak maklumat tentang blog an apa saja yang berkaitan dengannya.
Saya juga ingin mengetahui bagaimana cara hendak mendapatkan buku saudara.
kalo gitu… jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja. dapatkannya segera dan bermula dengan segera.namun jangan tergesa-gesa…
i realy not understand about BLOG
Ape itu sebenarnye BLOG?
Dan bagaimana kite boleh dapat income melalui BLOG.
Jawapan anda > mungking jadikan saya untuk memebeli EBook.
Dan adakah WORPRESS itu adalah sw.
Bolehkah saya create webpage tanpe WORDPRESS
TY
Semangat betul bila baca artikel di atas. Langkah pertama sudah bermula. Sedang memikirkan langkah kedua dan seterusnya.. Malu pulak dengan budakkecil yang dah mampu jana duit dengan blog…
amer, belajar lah perlahan2…
lama2 jadi lah tu…
jangan gopoh…
sekejap buat ni sekajp buat tu…
budak kecil pun boleh buat duit di internet…
han
bermula dengan yang percuma dan bergerak ke arah blog berbayar dan hasilnya saya dapat jugak sikit2 income tambahan walau tak banyak dan yang paling banyak sekali dapat adalah pengalaman yang cukup berharga dalam usaha membangunkan blog dan mencari duit dengan blog… pengalaman lebih bermakna kalo dah dapat duit dengan blog yang anda bina tersebut…
Malu?? eh eh jangan
(eh eh dia boleh takkan aku tak boleh)
Jadikan ia sebagai motivasi diri.
betul tu hamid…
dia boleh takkan kita tak boleh…
kena lah berusaha utk jadi mcm dia…
han
sudah semestinya kita boleh untuk berjaya sebagaimana mereka yang telah berjaya. cuma kita takleh nak jadi mereka aje. jadilah diri sendiri…
sudah terbukti dan bukti ini mempunyai dalilnya yang tersendiri kenapa anda perlu mmbangunkan blog anda sendiri dan menjana pendapatan melalui blog secara sambilan atau sepenuh masa.
meh sini kita pakat2 buat duit dengan blog.
buat duit dengan blog…
jangan lepas kan peluang ni betul abdfatah??
budak pun boleh takkan kita tak boleh…
han
yeaa sudah tentunya kena belajar barulah dapat bina blog untuk buat duit…
Hi hi
kena la cukup ilmu dulu baru leh dapat hasil yang lumayan
kena lah slow2 belajar…
jangan lupa curi skill otai2 kita tu…hehe…
jangan curi otai2 tu sudah lah…
han
Ye,
Belajar dan terus belajar
Yang penting Fokus k
ramai lagi yang tertanya2 boleh buat duit ke dengan blog nih? menulis blog dan dapat duit dengan jayanya? dan ternyata memang dah ramai yang membuktikannya secara sambilan atau sepenuh masa…
Sebenarnya ramai lagi blogger malaysia yang dapat duit beratus2 daripada blogging..
cuma taknak dedahakan diri je
tak penah lak terlintas difikiran saya ada seorang budak umo 12 tahun boleh dapat duit sebyk 2 drpd internet..
mmg hebat..
ni bukti jelas yang sesiapapun boleh dapat duit daripda internet kalau berusaha bersungguh2..=)
LIVE!!! UNTUK JIMAT MINYAK
Program Yang Mesti Didengar MXB INTERNATIONAL HOLDING SDN BHD.
KINI TELAH TIBA… UNTUK JIMAT MINYAK
Program Menjana MXB INTERNATIONAL HOLDING SDN BHD.
”SIDE INCOME HARIAN” Secara Sambilan.
Tunggu KEMUNCULANNYA!!!
Anda akan DIDEDAHKAN dengan RAHSIA….. MXB
Bagaimana ANDA BOLEH mendapat SIDE INCOME RM20,000 ~ RM100,000 SETIAP BULAN dengan CEPAT.
Bagaimana ANDA BOLEH menyelesaikan masalah KEWANGAN anda dengan CEPAT….??
Bagaimana ORANGKAYA bertambah KAYA…?? dan banyak lagi….
Anda dijemput hadir dan mendengar sendiri di :
HOTEL SRI MALAYSIA BAYAN BARU
Tiap-tiap minggu hari Jumaat 8.45 mlm
”MASUK PERCUMA”
016-4717020
Program yang ”TERBUKTI” telah mengubah kehidupan ramai orang, Kini…RAHSIANYA akan terbongkar di PULAU PINANG….
http://i-charge.net/nathan/