Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Buat Duit Dengan Adsense : Raja Adsense

Mungkin sudah ramai yang sudah berjinak-jinak dengan program google Adsense bukan? Ia adalah salah satu cara mudah dan tidak perlukan modal untuk bermula.

Tapi, tahukah anda rahsia mereka yang telah berjaya? Adakah semudah 1, 2 dan 3? Adakah perlu letak begitu sahaja iklan adsense di web anda? Tahukah anda apakah cara praktikal untuk memperolehi pendapatan yang lumayan melalui adsense? Dan banyak lagi persoalan yang boleh disoalkan di sini. Dan mungkin anda juga terduduk bertanyakan diri sendiri bukan?

Jawapannya, ia mudah tetapi tidak senang. Ya, anda perlu belajar satu persatu perkara yang penting di dalam usaha menjana wang melalui adsense ini. Ia mudah sebenarnya, tetapi tidak kena cara, ia akan menjadi susah. Cara mudah untuk mendapat klik adalah dengan klik sendiri.. Ops, tunggu!! haha, itu adalah cara salah di sisi peraturan google dan silap hari bulan akaun adsense anda akan di-terminate-kan serta merta tanpa banyak soal!! Sekali lagi, JANGAN KLIK SENDIRI. Ada banyak cara untuk mendapat klik.

Baiklah, anda perlu tahu bahawa untuk mendapat klik yang banyak, trafik yang banyak juga diperlukan untuk web anda. Dan sudah semestinya, keyword dan content juga memainkan peranan yang penting. Ermm, ada lagi beberapa faktor yang akan memastikan income adsense anda meingkat dengan mendadak.

Saya tidaklah pakar mengenai hal ini kerana ia merupakan usaha sampingan saya sebab ia adalah program. Saya lebih utamakan bisnes saya. Namun kata orang, peluang di depan mata, tak perlu modal, rugi jika tak buat.

Sebagai saranan dan cadangan, dapatkan satu salinan ebook Panduan Raja Adsense, yang ditulis oleh Mohd Shamsuriyadi bin Mamat. Haha, jangan takut, itu nama sebenar dia dan saya telah pun membaca ebook tersebut. Dia menulis apa yang dibuat dan berdasarkan pengalaman. Tidak cukup dengan itu, anda sebagai pembeli akan diberi bimbingan berterusan melalui blog dan forum yang beliau kendalikan sendiri. Apa? Kalau tak puas hati dengan ebook tu? Jangan risau, jaminan wang dipulangkan diberikan kepada anda selama 30 hari dengan syarat anda mencuba apa yang diajarkan..

Untuk ke laman web ebook tersebut, sila KLIK imej ebook di bawah. InsyaAllah, tulisan seterusnya saya akan review / ulas ebook ini dengan lebih lengkap lagi.

ATAU KLIK LINK INI: http://adsense.smartusaha.com

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

16 Responses to “Buat Duit Dengan Adsense : Raja Adsense”

  1. Shah says:

    Assalamualaikum Saudara Sham dan Semua,

    Google Adsense membuka peluang yang amat baik untuk dieksploitasikan bagi menjana pendapatan sampingan secara ‘tidur’. Kita hanya buat sekali kerja yang lengkap dan kemudian boleh concentrate pada perkara-perkara lain. Keuntungan akan diperolehi setiap kali ada pelawat yang klik pada iklan adsense yang dipaparkan.

    Strateginya ialah anda hanya perlu gabungkan article dan content2 yang bersesuaian dengan sesuatu topik (yang berkaitan dgn domain name anda)dan kemudian publish ke internet dalam bentuk yang penuh informasi.

    Kejayaannya bergantung cara paparan pengiklanan yg betul (jgn bagi nampak macam iklan).. hmm, boleh guna blog ataupun, tripod (mana-mana free website), gabungkan dengan system affliate yang lain. maknanya kita multiply keuntungan dgn saluran-saluran affliate lain. seperti amazon associate, linkshares dan sebagainya..

    Selamat Mencuba kepada yang ingin berjaya dengan Adsense!

    ~ Shah

  2. cikguonline says:

    kat mana imej nyer takde pun

  3. smartzul says:

    hmm? Ada cikgu.. Maybe browser cikgu bermasalah kot.. Pastikan imej tak diblok atau firewall ker… Ok jer ni.. :)

    Xper, saya letakkan link.. untuk memudahkan..

  4. hazani says:

    ello..saya bdk bru.camne nk join?x tau crenye.

  5. smartzul says:

    hazani, jom join http://wangcyber.com/forum. Ramai kat sana yg sedang bincang benda ni… :)

  6. vision2020 says:

    Seorang rakan saya (rakyat Malaysia) kini memperolehi pendapatan purata sebanyak USD10/hari bagi setiap laman web adsensenya. Dengar-dengar dia ada lebih kurang 20 web adsense….dikira jumlah pendapatan bulanannya ialah melebihi RM20,000 sebulan. Bila ditanya rahsia, beliau katakan content web memainkan peranan SANGAT PENTING untuk mendapat ranking terbaik dalam search engine. Dan dia juga menyatakan bahawa nilai bid satu2 iklan adsense yg ditawarkan oleh pengiklan amat penting dalam meningkatkan pendapatan….dan disini juga peranan ‘keywords’ untuk menjana iklan-iklan adsense yang ‘mahal’.

  7. naz says:

    adakah buku ni e-book???

  8. smartzul says:

    ya, ebook. Tapi berbaloi.. :)

  9. naz says:

    BOLEH X BUAT DALAM BUKU BIASA..

  10. smartzul says:

    Apa maksud naz? Sekarang dalam ebook. Maybe satu masa nanti akan dibukukan..

  11. em..bagus gak dibukukan..tapi tengoklah pada yg wat ebook ini..sebenarnya tak ramai yg tau apa itu ebook..tak caya tanyalah..budak universiti pun lum tentu tau..apa tah lagi adsense..terutamanya budak universiti aku..lagi lah taktau..biarlah..harap satu hari diorang tau..tapi truely..ebook raja adsense tu bagus..

  12. Loli says:

    Terimakasih infonya

    salam,
    Loli
    car insurance

  13. abdfatah says:

    hahaa… kita tunggu saat rajaadsense akan dibukukan nanti. citer pasal adsense nih takder laa banyak sangat income yang dapat diperolehi dengan segera dan mudah. dengan adanya buku panduan sebegini akan memudahkan lebih ramai mereka yang baru nak bermula boleh mulakannya dari sekarang…

    • Han says:

      kenapa nak dibukukan…
      ebook pun ok kan…

      kalau siapa yang takde komputer tu, buat apa beli ebook adsense…
      kalau beli pun, bukan nya mereka boleh buat…
      kalau nak buat kena pergi cyber cafe la…(kalau nak juga la)

      han

  14. abdfatah says:

    sekurang-kurangnya buku rajaadsense ada di pasaran untuk mereka yang mahu mendapatkannya secara dalam bentuk fizikalnya… dengan penampilan yang lebih mantap atau secara asasnya sahaja…

  15. kassim says:

    Mcm2 bisnes bleh buat dlm internet. adsense memang satu sumber duit lah. anyway good luck for you guys.

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 
| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)