Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Buat duit dengan adsense + 1 kesalahan fatal..

Siapa yang tak kenal Google, sebuah enjin carian yang gah di persada dunia internet di samping Yahoo! Kini (dah lama pun), sudah ramai yang membuat duit dengan mudah hanya dengan menggunakan program simple yang disediakan oleh Google. Ia dikenali sebagai Adsense.

Program ini secara mudahnya ialah, anda akan dibayar dengan nilai tertentu pada setiap iklan yang di-klik pada laman web anda. Umpama anda adalah agen bagi sebuah syarikat pengiklanan dan membantu mereka mengiklankan produk-produk atau servis syarikat lain. Cara bekerjanya amat mudah, anda hanya perlu meletakkan iklan yang disediakan oleh google pada laman web anda. Itu sahaja!

NAMUN, tidak semudah yang disangka.. Satu kesalahan utama atau fatal yang sering dilakukan di dalam meletak iklan adalah “iklan tersebut nampak seperti iklan”. :D Sebab itu google memberikan pilihan kepada kita untuk memilih warna dan bentuk mengikut kehendak kita. Maksud ‘iklan adalah iklan’ ialah pelawat laman web anda tidak akan klik iklan itu kerana biasanya tidak ramai pengguna yang mahu klik iklan. Kerana apa? Sebab pada hakikat biasanya, pelayar laman web tidak mahu meng-klik iklan. Betul? Bahkan diri kita sendiri pun tidak mahu meng-klik iklan kan? Maka, pastikan anda mempelajari tips & triks yang berkesan terutama bagaimana memastikan iklan adsense anda itu akan di-klik.

Namun, kekadang kita akan klik juga iklan itu disebabkan ada daya tarikan pada ‘iklan’ tersebut. Satu, kerana ia tidak nampak seperti iklan dan kedua ia amat menarik.. Bagaimana caranya? Saya juga baru mahu mencubanya.. Barulah saya tahu antara kesilapan saya selama ini.. :D Sebagai satu contoh trik di dalam meletak iklan adalah, jika warna latar belakang laman web anda adalah putih, maka pilihlah warna iklan yg semuanya putih, kecuali teksnya berwarna hitam atau selainnya yang sesuai. Kedua, pilihlah rekabentuk iklan yang sesuai dengan bahagian yang anda ingin meletaknya. Ketiga, posisi iklan yang berkesan dan 98% pasti akan diklik oleh pembaca laman web anda.

Mungkin kepada yang ‘zero’ atau kosong tidak faham mengenai apa itu adsense, nantikan artikel bersiri mengenainya di lain-lain masa. Dan seorang kawan saya yang juga ‘internet marketer’ di dalam proses untuk menyiapkan tulisannya mengenai google adsense ini. Blog beliau boleh di-akses melalui link ini (perlu daftar dahulu) : http://passive-income-guide.com/

Dan ketahuilah salah seorang yang telah membuat wang melalui ‘program’ ini. Beliau masih muda namun telah mendapat income TANPA MODAL iaitu sebanyak RM11,000 setahun, bahkan sehingga kini masih lagi mendapat cek pada setiap bulan. Tidak percaya?? Baca laporan khas dari beliau di sini untuk ketahui rahsia dan sedikit pesanan ikhlas daripada beliau. Anda boleh akses di http://wangcyber.com/google/index.html

Satu pesanan ikhlas daripada saya, JANGAN KLIK SENDIRI atau menyuruh sahabat anda bantu klik. Buatlah dengan ‘jujur’ dan dan teknik yang betul, insyaAllah anda dapat hasilnya. Di kala saya menulis ini, akaun adsense saya baru mencecah USD13.00. Tidak banyak dan saya menulis mengenai hal ini hanya untuk berkongsi peluang yang ada ini. Ingat, modal adalah sifar! Tidak perlu melabur atau melayari internet.. :D
Sekian.

p/s: Tidak mustahil lagi anda boleh buat duit TANPA MODAL! Mulakan sekarang!!

Untuk mendaftar, sila klik imej Google Adsense di bahagian menu kanan blog ini.

Facebook comments:

11 Responses to “Buat duit dengan adsense + 1 kesalahan fatal..”

  1. Zul,

    Laman web suffian redirect ke Maskahwin?

    Link passive income tu tolong cek ye…

  2. asfaniz says:

    betul tu,, kita mesti ikhlas baru berkat,,
    http://hair-loss-hair.blogspot.com

  3. mirul says:

    best topik nie..

    jika dilihat secara umum, program google adsense nampak sangat mudah untuk buat duit.. maknanya, kita cuma perlu letak google ads kat website @ blog.. then, tunggu pelawat klik ;-)

    sebenarnya, tak semudah itu.. melalui kajian ringkas yang saya lakukan.. terdapat beberapa sebab mudah yang menyebabkan google ads kita tak diklik:

    1. pelawat yang datang mempunyai pengetahuan yang baik dalam ebiz (termasuk program google ads), so dia pasti takkan klik mana2 google ads yang kita paparkan (sebab dia tahu kalau dia klik, tuan empunya website dapat duit.. hehehe);
    2. website kita kurang promosi – so takde pelawat datang & takde klik (ini kes sedih nie);
    3. kedudukan google ads tak strategik;
    4. google ads kat website kita tu terlalu menonjol sebagai iklan;
    5. rekabentuk dan kombinasi warna google ads berbanding website kita tak serasi;
    6. dan macam2 problem lagi.. (lepas nie nak tanya RajaAdsense kat forum lak.. hehe)

    akibat daripada google ads kita tak diklik, so macam2 cara yang tipu yang telah dilakukan untuk mendapatkan klik.. tapi AWAS! google mempunyai kepakaran untuk mengenali klik original & klik palsu!

    so, pelajarilah teknik efektif untuk mengoptimasikan google ads dan bersikap jujurlah dalam bisnes internet ini.. InsyaAllah, moga rezeki kita dipermudahkan.

  4. ijoi7007 says:

    Betul tu…rezeki yang dicari mesti lar halal lagi bersih…baru lar berkat.

    Pasal teknik iklan yg disebutkan tu memang patut newbie terima terus. Biler iklan serasi dgn website, baru lar pelawat teringin utk click..

  5. pyan says:

    maknanya letak iklan supaya tak nampak macam iklan. Google yang tentukan format iklan, boleh ubah ke format di tu :neutral:

  6. Han says:

    saya rasa kalau kita ubah google adsense, google boleh ban kita…
    itu lah yang saya tahu…
    dan kalau klik sendri sudah semesti nya kena ban…
    kalau letak gambar di tepi google ads pun salah rasanya…kalau tak silap saya…

    kalau salah apa yang saya nyatakan ni, tolong btl kan ye…

    han

  7. abdfatah says:

    kalo dah kena ban dah tentunya menangis tak berlagu dibuatnya. terlarang untuk selama2nya jika melakukan kesilapan yang tak sepatutnya…

    silap langkah dah tentunya akan kerugian yang teramat sangat…

  8. Han says:

    peraturan google memang ketat…
    google jaga sepenuhnya untuk pelanggan dia…
    kalau nak buat pay per click, pilih lah google adword…
    mesti tak rugi…
    tapi kena tahu cara dia laaa…
    kalau tak rugi besar nanti…

    han

  9. NICK says:

    huhu.. rakan baru, cam best jer biler ader ads ni… tapi tak berapa paham, tapi tu semua boleh belajar… hahaha

  10. Zainun Mat Deris says:

    Menarik juga sumber pendapatan ini ya, Zul. Nanti, selepas fasa fokus sekarang saya ni, insyaAllah saya akan menceburi adsense nanti… :)

    - Usahawan, Zainun Mat Deris

Trackbacks/Pingbacks

  1. Buat Duit Dengan Google Adsense ’at’ Blog Usahawan Internet

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)