Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Berjaya Buat Blog Sendiri Dalam Dua Hari

Seorang lagi pembeli Panduan Kit Blogger berjaya membina blog dot com sendiri walaupun katanya tidak tahu apa-apa sebelum ini. Sebaik sahaja dapat panduan, beliau terus ikut panduan yang diberikan satu persatu. Katanya, beliau dah tak sabar nak buat blog sendiri.

Saya terkejut juga dengan keterujaan dia itu. Nanti putus-asa pula kalau tak jadi. Namun, anggapan saya salah. Dalam dua hari sahaja, beliau berjaya membina blog dot com-nya sendiri.

buat-blog1

Walau hasilnya adalah asas, namun kira Ok lah. Sekarang beliau sedang memulakan kempen promosi untuk blog beliau di samping meneruskan pembelajaran.

Secara mudah, Panduan Kit Blogger menunjukkan langkah demi langkah bagaimana membina blog dot com sendiri dengan bahasa yang mudah difahami.

Namun syaratnya tetap ada iaitu:

1. Tahu asas penggunaan komputer dan internet

2. SABAR – yang ni ramai yang tak ada. :)

3. Modal RM54.00 untuk beli domain name dan hosting

Bagi anda yang mahu buat blog sendiri, dapatkan Pakej Kit Blogger. Ia telah banyak membantu ramai individu (pelbagai latar belakang, kerjaya dan umur) untuk membina blog dot com mereka sendiri.

Sumber: Blog Tip & Panduan Blogging Wordpress

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

14 Responses to “Berjaya Buat Blog Sendiri Dalam Dua Hari”

  1. drInspirasi says:

    Saya setuju dengan email yang telah dihantar. Pada mulanya saya juga agak asing dnegan dunia blog.Tetapi setelah memberanikan diri untuk membeli Pakej Kit Blogger, ianya telah mengubah hidup saya. daripada sifar tentang coding, saya kini mula memahami kod html sedikit demi sedikit dan banyak belajar. Teruskan usaha anda. :-P

  2. Faz says:

    saya pun sama. saya tak penah sangka saya akan ada domain.com yg saya idamkan selama ni. tapi Pakej Kit Blogger dah menunjukkan saya boleh ada domain saya sendiri. tentang basic blog tu biasalah. mula-mula kene merangkak. kita yang kene explore utk jadikan blog kita makin menarik. pengalaman dan usaha masing2.

  3. ecards says:

    Saya pun sama . Beli ebook Zul pada awal 2007 , awal 2008 baru beli domain & hosting , baru buat blog sendiri ikut e book tu. Tapi pada pertengahan 2008 , blog tu hilang dan saya tak boleh akses ke hosting. Beli lagi hosting dan ebook ‘testi’ Kodin. Bina blog lagi ikut ebook Zul. Dan sekarang sudah 5 bulan blog saya beroperasi dan fokus kepada grafik dan e kad.

    Terima kasih Zul atas ilmu dari e book tersebut.

  4. JimieRay says:

    Dengan ‘Pakej Kit Blogger’ saya dapat melahir blog pertama JimieRay dot Com, blog ke-2, blog Jaga Kesihatan. Kini dalam proses untuk blog ke-3 dalam bulan July nanti. Blog dah siap, cuma tunggu nak launching jer…

  5. setria says:

    Assalammualikum,

    Saya juga berjaya membuat blog berbayar pertama menggunakan panduan yang di hasilkan oleh saudara Zulfadli. Panduan beliau begitu mudah di fahami dan jelas.

  6. emm satu produk yg bagus dan mudah untuk diiikuti…terima kasih kerana menghasilkan produk yang membantu

  7. jai@jaigoku says:

    Salam Zul dan rakan2!

    Tiada lagi kesangsian untuk produk/perkhidmatan dari Zul.

    Tahniah Zul! :)

    http://glowglokal.com/blog

  8. ijamidayu says:

    sALAM..

    Yerghh.. Dengan pakej kit blogger. saya paham bahasa teknikal. Maka, wujudlah First Full Earn dot com.. Thanks bro…

  9. Aleem The Kid says:

    Tahniah atas produk yang berjaya membantu ramai orang. Blog ni pun best untuk diikuti!

  10. Saya pun mula-mula buat blog berpandukan ebook Pakej Kit Blogger..

    Sekarang ni pun nak buat blog lagi kena rujuk balik..maklumlah mudah lupa :D

  11. rohaizad says:

    Yup, memang ebook ko cukup bagus Zul. Sebab itulah aku rekomenkan ebook ko ni dalam blog aku (klik kat personal Coaching).

    Apa pun, aku tetap sokong usahawan IM kita ke peringkat yang lebih tinggi. InsyaAllah.

  12. KampungBoy says:

    tak rugi ada blog sendiri
    pak menteri dah ada blog
    xkan kita xde kan
    hehe

  13. Abdul Rahman says:

    Cakap pasal sabar, saya teringat membaca satu artikel yang ditulis oleh super affiliate.

    Dia bercakap tentang betapa ramai affiliate rugi kerana tidak sabar dalam membuat kempen mereka.

    … Tidak sabar dalam mengedit landing page mereka
    … Tidak sabar dalam memilih keywords yang membunuh
    … Tidak sabar dalam memilih offer yang membunuh…

    Ianya seperti “the missing ingredient” dalam affiliate marketing.

    - Abdul Rahman

    • Wah… tip hebat daripada Abdul Rahman… Terima kasih ya! :)

      Wah… hebatnya dia tu ya. Dapat menghasilkan blog dalam masa yang singkat.

      Harap-harap, dapatlah adakan blog dot com sendiri nanti… Sedang buat draft kepada apa nak dimatlamatkan dan segala macam itu ini (yang asas-asas dahulu) dengan sebaiknya. Doakan ya… :)

      - Usahawanita Internet, Zainun Mat Deris

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 
| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)