Buat Bisnes Dengan Blog Bahasa Melayu

Jika dahulu, mungkin sedikit sukar untuk menjual melalui blog yang menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu. Tetapi kini, segalanya semakin mudah.

Berikut adalah beberapa tip menjual menggunakan blog berbahasa Melayu:

  • Tulis dengan menggunakan penulisan yang betul, mudah dan difahami. Elakkan bahasa Melayu yang singkat dan bahasa loghat ataupun pasar.
  • Jika anda menggunakan Wordprss, gunakan Page untuk promosikan produk, termasuklah promosi jangka pendek.
  • Boleh juga gunakan Post untuk promosikan produk. Post itu boleh dijadikan ‘sticky post’ agar ia sentiasa berada di atas.
  • Kongsikan tip, maklumat dan panduan secara konsisten.
  • Setkan setiap post jualan produk dengan label (kategori) agar mudah untuk kita urus. Contoh kategori: Produk

Kelebihan menjual produk melalui blog adalah, jualan kita lebih mensasar kepada pembeli yang membuat carian melalui laman web carian seperti Google.com. Tidak semua orang mencari produk melalui Facebook dan suka menerima promosi melalui emel. Mereka lebih selesa menggunakan enjin carian dan akhirnya menemui blog yang menjual produk yang mereka mahukan.

Saya telah menjana banyak jualan melalui blog SmartUsaha.com ini, sambil saya berkongsi tip dan panduan. Membuat bisnes dan jualan melalui blog berbahasa Melayu bukan lagi satu mimpi.

Anda sudah ada blog? Jika belum, dapatkan panduan di sini.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *