Bonus Kepada Produk: Perlu Atau Tidak?

Seperti yang saya janjikan sebelum ini, saya akan menulis sedikit pandangan saya mengenai bonus.

Bonus dalam maksud yang lain ialah hadiah atau pemberian percuma terhadap pembelian produk utama. Katakan anda menjual satu produk A, maka untuk menggalakkan orang membeli produk utama tersebut, maka anda menyediakan bonus (hadiah) tertentu.

Saya yakin, paling kurang anda pasti menemui sekurang-kurangnya sekali tawaran bonus di mana-mana laman web jualan, tak kisah ebook atau apa jenis produk pun.

Apakah Pro dan Kontra Bonus?

Walaupun bonus bagus untuk meningkatkan jualan, namun ada juga kontranya. Sepertimana kata Alang (yang saya nyatakan di artikel sebelum ini), beliau tidak meletak bonus kepada jualan ebook Rahsia Zango kerana tidak mahu pembeli kecewa atau ‘tidak bersuara’ semata-mata kerana telah ‘disuap’ dengan bonus. Saya setuju dengan pendapat Alang.

Jika dilihat secara asasnya, seolah-olah meletak bonus adalah semata-mata untuk menutup kekurangan produk utama. Pernyataan ini ada betulnya hanya apabila produk utama ada kekurangan. Jika produk bagus dan bonus pun bernilai, maka pembeli pasti berpuas hati berkali-kali ganda berbanding hanya mendapat produk utama sahaja.

Kontra meletak bonus hanya akan berlaku jika produk utama amat kurang nilainya berbanding bonus yang diberikan. Kesimpulan pertama di sini ialah, pastikan produk utama anda lebih bagus daripada bonus yang diberikan. Jika kurang yakin, jual sahaja dulu produk utama untuk mendapat maklum balas pembeli.

Manakala kelebihan dengan memberikan bonus ialah, sudah pasti jumlah jualan akan naik mencanak. Nisbah antara meletak bonus dengan tidak meletak bonus mungkin sedikit berbeza. Ini kerana lumrah manusia yang sukakan sesuatu secara percuma.

Tapi awas! Tak ada gunanya memberikan hadiah jika produk utama tak seperti yang digambar dan dijanjikan di laman web jualan. Jangan sesekali jejaskan ‘maruah’ produk utama akibat kerana ‘rasuah’ bonus.

Jika anda ingin memberi bonus kepada produk utama anda, ada beberapa tip yang boleh diamalkan:

1. Pastikan ia unik dan berkualiti. Jika bonus tersebut turut diberikan oleh pihak lain, maka kekuatan bonus itu mungkin menurun. Bagaimana inginkan bonus yang unik? Salah satu caranya ialah dengan menyediakan bonus yang dihasilkan sendiri.

2. Bonus yang berkaitan dengan produk. Ramai yang lakukan kesilapan besar dalam pemberian bonus. Contohnya mereka menjual produk berkaitan kesihatan, tapi bonusnya yang bernilai ribuan ringgit adalah berkaitan dengan Internet Marketing yang langsung tak berkait dengan kesihatan. Cara ini kurang berkesan. Sebaliknya, berikanlah bonus yang berkaitan dengan produk utama.

Contohnya, jika anda menjual produk menurunkan berat badan, mungkin anda boleh berikan bonus carta pemakanan seimbang dan juga contoh jadual pemakanan seharian. Bonus sebeginilah yang amat digalakkan kerana ia menambahkan lagi nilai dan kekuatan produk utama.

3. Bonus yang boleh digunakan. Jangan bagi bonus yang bernilai ribuan ringgit, tapi ia tak boleh digunakan sebaik mungkin. Berikan bonus yang bermanfaat dan bernilai kepada pembeli. Biar mereka puas hati. Jangan sekadar untuk mengaburkan mata mereka semata-mata.

4. Biar logik dan masuk akal di fikiran pembeli. Saya ingat lagi tip yang diberikan oleh Osman Affan dalam bukunya Menjual Perkhidmatan di Internet. Katanya, mungkin ada ‘something wrong’ dengan produk yang berharga sekian, tapi diberikan bonus yang berpuluh kali ganda daripada harga produk utama.

Pelik tapi benar. Bayangkan, anda perlu bayar RM100 sahaja, tapi diberikan bonus bernilai RM2000. Mesti ada sesuatu yang tak kena. Mungkin produk utama tak berkualiti sangat, atau mungkin bonus itu hanya indah khabar dari rupa. Jangan buatkan pembeli rasa ada sesuatu yang tak kena (ada kurang).

Jadi, kalau nak letak nilai bonus, biar berpada-pada. Jangan over dan ekstrem sangat. Seperti yang anda pernah lalui, ramai IM jika jual apa-apa produk dan kata akan bagi bonus bernilai ribuan ringgit, biasanya kita dah dapat agak apa bonus tersebut (terutama produk digital). Biasanya ia adalah himpunan ebook atau produk digital yang dah ketinggalan zaman, hype dan sudah tak boleh dipakai lagi.

Hakikat

Jika ada bakal pembeli bertanya “ada bonus tak kalau saya beli produk kamu ni?”, maka itu tandanya pembeli tu tak ada masalah kalau kita bagi hadiah kepada mereka. Bahkan sampai satu tahap, kalau kita tak bagi hadiah, mereka tak akan membeli produk kita.

Memanglah kita mahu menjual produk utama sahaja, tapi dalam masa yang sama, kita juga mahu menjual kepada mereka yang suka kepada bonus. Mereka ini adalah jenis yang tak kisah. Kalau ada kekurangan pada produk utama pun, mereka tak kisah. Janji mereka dapat bonus di samping produk utama.

Strategi

Saya ada beberapa cadangan strategi yang boleh digunakan untuk tingkatkan hasil jualan di laman web jualan:

1. Janjikan pemberian item percuma dari masa ke semasa. Jadi, mereka akan membeli produk utama dahulu. Pemberian percuma pula anda boleh bagi pada bila-bila masa untuk menambah-baikkan lagi hubungan anda dengan mereka. Tapi, jangan sekadar janji kosong. Kalau tak mampu, jangan buat cara ni.

2. Jadikan produk bonus sebagai back-end. Saya panggil cara ni sebagai teknik “reverse” iaitu di mana kita tak jadikan ia sebagai bonus terus dengan satu jualan. Sebaliknya, kita bagi pilihan kepada pembeli nak beli produk utama sahaja atau pakej back-end. Dengan cara ini, tak ada istilah bonus dah sebab kita dah buat dua pakej.

Saya amat sarankan cara kedua ini sebab seperti yang saya katakan sebelum ni, pembeli ni banyak jenis. Ada yang tak suka bonus dan ada yang suka. Jadi, buat dua pilihan pembelian (produk utama dan jualan back end).

Dengan menggunakan strategi back-end ini, anda akan buat keuntungan lebih jika ada yang membeli pakej back-end. Berbanding dengan hanya menjual produk utama sahaja, saya rasa lebih bagus jika buat dua pakej sebegini. Back-end ni bukan ‘janji manis’ seperti bonus, tapi ia adalah sebagai pilihan kepada pembeli.

Terserah kepada anda nak panggil cara ni sebagai back-end ke apa, asasnya ialah sediakan satu tawaran khas kepada pembeli selain produk utama.

Pelbagai Jenis Harga

Jika anda pernah perasan, ada Internet Marketer yang buat pelbagai jenis harga. Pakej A harga sekian, Pakej B harga sekian dan Pakej C harga sekian. Saya bagi contoh (cadangan) untuk produk Alang:

Pakej A (RM30.00) : Ebook Rahsia Zango + Forum Support

Pakej B (RM65.00) : Ebook Rahsia Zango + Forum Support + Konsultasi 1 jam di YM 1-to-1

Pakej C (RM135.00) : Ebook Rahsia Zango + Forum Support + Konsultasi 1 jam YM + Servis Website

Kesimpulan

1. Berikan bonus yang berkualiti, unik dan berguna kepada pembeli.

2. Jangan jadikan bonus semata-mata untuk mengumpan sahaja. Mengumpan dan betul-betul memberikan hadiah amat berbeza sekali. Hadiah seperti yang kita fahami adalah sesuatu yang boleh dihargai dan berharga. Jadi berikan sesuatu yang bernilai, bukan yang “sampah”.

3. “Convert” bonus kepada kaedah/strategi lain seperti back-end atau pelbagai pakej (harga). Maksimakan keuntungan jualan di laman web jualan dengan kaedah-kaedah sebegini. Kaedah ini bukan mengumpan, tapi kita sediakan pilihan kepada pembeli untuk memilih sesuatu yang mereka mahu. Berbeza dengan meletak bonus dengan satu harga, ia seolah-olah sogokan dan paksaan kerana tiada pilihan lagi untuk mereka.

Sekian.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

14 thoughts on “Bonus Kepada Produk: Perlu Atau Tidak?

  1. Satu lagi artikel dan kupasan yg menarik zul. Terima kasih kerana menjadikan produk saya sebagai cth dan ini membuatkan saya lebih memahami industri produk digital di Malaysia

  2. Daripada kursus Brett Mcfall dan Jo Han Mok yang saya beli, saya pelajari bahawa bonus merupakan salah satu unsur yang wajib diberikan dalam proses penjualan.

    Tak ramai pembeli yang akan fikirkan bonus sebagai penutup kekurangan produk. Ini adalah kerana produk yang baik akan menghasilkan mouth to mouth viral marketing yang akan membina momentum jualan.

    Selain itu, bonus dapat mengasingkan diri kita daripada pesaing yang lain.

    Itu pandangan saya. 🙂

  3. tak dinafikan pemberian bonus itu dapat menarik pembeli.

    Cuma kita kene fikir, kalau pemberian bonus itu melebih 10 bonus yang terang-terang macam percuma dan bonus yang tak masuk akal. Nampak sangat produk killer tu ada kekurangang yang ketara..

    nak bagi bonus. 3-4 bonus sudah la. Kalau banyak2, menyampah pun ada.

    Nak wat macam mana, tapi itulah yang aku nampak sekarang..:)

    1. Saya kurang bersetuju dengan pandangan titan.

      Saya pernah menerima undangan untuk menyumbangkan bonus saya kepada product seorang penulis yang terkenal. Produk beliau disertakan dengan berpuluh-puluh bonus yang berkualiti (yang dijual dengan harga yang tinggi dalam pasaran)

      Keputusannya, pelancaran produk beliau mendapat kedudukan pertama dalam amazon dan saya menerima beratus-ratus subscriber daripada sumbangan bonus saya.

      1. raymond chua. macam aku cakap, tak dinafikan bagi bonus tu dapat tarik perhatian pembeli. itu satu faktor kuat yang memang dapat tarik pembeli untuk dapatkan sesebuah produk. dari satu segi, ianya adalah sangat bagus.

        tapi, jika you perasan, orang membeli dan dapat produk atau bonus yang dah basi dan kebanyakkan produk itu tiada hak bagi bonus atau hak jual semula ataupun apa-apa hak…kalau you selidik betul- betul. ada produk yang ntah mana diorang dapat yang selamba badak je diorang masukkan dalam promosi diorang sebagai bonus. Lum lagi yang diorang declare sebagai produk Misteri..

        dan ada gak bonus yang langsung tak ada kaitan dengan produk yang dilancarkan itu. citer pasal minyak. tapi bagi bonus pasal ubat-ubatan..

        kalau bonus itu memang fresh dan berkualiti. Itu takde masalah. Yang aku perasan, produk yang dah 2-3 tahun lepas yang memang dah tak fresh diletakkan sebagai bonus dan ada dari bonus itu adalah download dari mana2 forum atau dari rapidshare..jika salah satu produk you kat dalam bonus tu dan dijual tanpa pengetahuan you. apa you rasa?

        Bukan apa..aku selalu nampak banyak produk IM lokal atau IM bersepah kat forum2 underground sejak 2-3 tahun lepas..

        Aku sendiri mengakui. jika bonus yang diberikan itu menarik. Aku sendiri nak beli. Tapi jika terlalu melampau menarik dan terlalu banyak bonus sampai lebih dari 100 e-book atau software dan tools yang kene download..uih. penat nak baca tu. Korang baca ke semua bonus-bonus tu??

        Ps: Tapi Raymond, apa yang ko cakap tu bagi aku tak salah. Cuma kalau kes terlalu banyak atau terlalu melampau. Aku berani cakap 70% tak baca semua bonus yang diorang dapat jika diorang dapat melebihi 10 bonus jenis ebook atau produk ke atas. Lagi2 kalau diterjemahkan dalam bahasa english.

        1. Oh gitu.

          Aku ingatkan you nak beri penekanan erhadap bilangan bonus.

          Rupa-rupanya you nak beri penekanan terhadap kualiti serta hak bonus.

          Terima kasih atas penjelasan panjang lebar anda. 🙂

  4. Seperti yang diperkatakan oleh Zul, Ada orang yang suka bonus dan ada yang tak suka. Bagi saya apa yang penting ialah bonus tu mestilah berkualiti dan berkaitan dengan produk utama.

    Pandangan dari newbie.

  5. Sebenarnya pokok2 pangkalnya. apa kriteria anda perlukan bagi membeli mahupun mendapat bonus. Kalau produk bonus yang diberikan percuma, pe salahnya kita menerimanya, bukankah itu satu “bonus”untuk kita semasa membeli produk yang ditawarkan.

    Bisnes TDTone
    http://bisnesTdTone.com/khairul
    “Teknik Paling Mewah & Mudah Jana Wang”

  6. Sebenarnya kita sebagai penjual kena tahu atas alasan apakah mereka membeli sesuatu produk.. Untuk mengetahuinya selain survey, kita kena tempatkan diri kita sbg pembeli dan bertanya kpd diri sendiri
    “Mengapakah aku mesti memiliki produk ini..”

    Secara seriusnya (pengakuan eksklusif).. Saya membeli kerana bonus yang ditawarkan bersama produk.. Pendek kata syarat untuk saya beli sesuatu ialah ada produk hebat (yg merupakan keperluan) dan ada bonus yg berkualiti, bernilai dan bonus yg melengkapkan lagi produk.. 😉

  7. pada pendapat sy jika produk berkualiti tak bagi bonus pun tak pe, org akan berpuas hati. tp jika produk berkualiti dan dpt pula bonus yg tidak kurang pula kualitinya lagi lah baik.

  8. Bonus bagi newbie macam saya memang sangat diperlukan…produk utama memang matlamat utama, tapi bonus ni kita tambah nilai yang boleh saya dapat. tapi ada jugak saya jumpa penjual ebook malaysia, nak dapat join forum support pun kena bayar tambahan lagi..kalau tak bayar, takkan tak boleh nak dapat support kot..sebab apa yang saya faham, bila ada forum support,lebih cepat dapat support dari penulis…

    kurang setuju bila forum support tidak disertakan sekali dengan ebook yang dihasilkan..sekadar pandangan ikhlas saya..

  9. Bonus ni adalah value added utk buat marketing. Kalau produk yg nak jual tu ada value atau kualiti, pastinya pembeli akan membelinya. Sekiranya barang yg berkualiti tersebut didatangkan sekali bonus, saya rasa pembeli tersebut akan terus membeli.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *