Boleh ‘Bantu’ Sahabat Saya Ini?

Saya mempunyai seorang sahabat baik. Semasa di kampus Universiti, kami sering bersama. Makan bersama-sama. Susah pun bersama-sama. Pendek cerita, sebahagian sejarah hidup saya adalah bersama dengannya. πŸ™‚ Pahit, manis dan gembira, kami bersama-sama.

Kami mempunyai minat yang sama: BISNES. Cita-cita kami sama: USAHAWAN. Kami melalui manis dan getir dalam mengejar impian bisnes kami walau masih belajar.

Tapi kasihan si sahabat saya ini, keinginannya, kemahuannya, cita-citanya, impiannya seolah-olah sukar dicapai kerana ahli keluarga dan saudara-maranya asyik bertanya dan menekan, “kau kerja apa sekarang?”. Di sebelah yang lain pula berkata, “Sia-sia je lah kau dapat anugerah itu dan ini semasa study kat U tu kalau tak cari keje yang baik-baik”. Saya berkata ini sebab saya sendiri mendengar ahli keluarganya berkata begitu.

Sahabat saya ini amat menghormati kehendak keluarganya. Makan gaji, cari kerja. Setiap hari beliau di’ceramah’ agar pergi mencari kerja… Beliau hanya mengikut. Tetapi jiwanya memberontak. Tidak tahan dengan bekerja. Jiwanya bukan di situ! Jiwanya adalah berniaga, berusahawan!

Tatkala saya bertemu dengan dia baru-baru ini, saya menceritakan akan perkembangan saya yang terkini.

“Macam mana perkembangan ebiz sekarang zuL?”, tanya dia.

“Ok jer”. Saya menjawab sambil menunjukkan beberapa item yang saya beli sendiri hasil daripada bisnes internet yang saya lakukan.

Saya tambah dengan berseloroh, “Duit dalam poket asyik tebal jer!”. Bukanlah bermaksud saya kaya dan dah bebas kewangan, TIDAK. Tapi saya ‘menunjuk-nunjuk’ dan berkata begitu untuk menyuntik kembali semangat usahawan dalam diri dia! Untuk membuat beliau bersemangat, saya bagitahu lagi, “Sekarang ni, aku dah beli set komputer baru dan perabot sikit untuk ruang SOHO…”.

Malah kata saya lagi, “setiap bulan ada la juga sikit hantar wang belanja kat mak ayah dan famili kat kampung tu..”. Ternyata, dia tak tahan mendengar kata-kata saya dan setelah membandingkan kerjanya yang siang malam tapi gaji tetap sama, dia terus ingin berhenti kerja. πŸ˜‰ Perbandingannya memang ajar, semasa dia buat bisnes dengan saya dulu, dia boleh menyara hidupnya tanpa menyusahkan keluarga dan saudara mara, tetapi selepas makan gaji, kini dia telah bertukar kerja dua tiga kali!

Erti kejayaan itu bagi saya bukan pada harta benda semata-mata, tapi yang utama adalah, kita gembira apa yang kita buat. Itulah kebebasan yang sebenar bagi saya. Masalah sekarang adalah, sahabat saya itu terkongkong antara impian sendiri dan kehendak (tekanan) keluarganya. Kini, beliau ingin kembali membuat perniagaan termasuk perniagaan Internet. InsyaAllah, saya akan membantunya, tetapi dia perlulah ‘membebaskan’ diri daripada cengkaman ahli keluarganya yang tidak memahami erti bisnes dan keusahawanan.

Sama kes dengan saya. Saya jarang balik ke kampung semata-mata tidak mahu berlakunya pertelingkahan antara saya dan keluarga/saudara-mara. Kalau saya balik, mulalah bertalu-talu soalan “kau kerja apa?”, “kenapa tak cari kerja?”. Samalah juga dengan jiran dan orang sekampung… Hanya soalan pasal makan gaji sahaja dipersoalkan! Kalau saya tanya mereka balik, “Berdosa ke aku buat bisnes?”, saya yakin mereka kelu untuk menjawabnya. Mereka tak bersalah, tetapi mentaliti makan gaji dari turun-temurun diwarisi, maka itulah mentaliti mereka. Makan gaji tak salah, tapi kalau bila seseorang itu minat bisnes, BERIKANLAH GALAKAN dan motivasi! Bukan menghalang!

Saya juga berkata kepada sahabat saya itu, “Sebenarnya, keluarga kita ni bukan tak nak kita jadi usahawan. Mereka ni sayangkan kita. So, sebab tu mereka tak nak kita jadikan usahawan sebagai kerjaya utama agar kita ni tak gagal dan susah. Mereka takut kita bankrap nanti kononnya…”.

Mereka sayang dan tak mahu kita susah, tapi mereka tak sedar, mereka dalam proses merosakkan masa depan anak mereka sendiri! Mereka membunuh impian dan bakat usahawan yang ada. Mengapa mereka tidak menyokong? Mengapa asyik menekan dan memaksa? Mereka tak rasa bersalah ke melakukan hal sedemikian?

Saya tambah lagi kepadanya, “Bisnes yang kita buat sekarang adalah, small business. Modal kecil, tapi untung besar. Tak perlu pinjam-pinjam dengan bank untuk buat bisnes kecil ni. Kita sekarang ni guna prinsip start small, finish big. Hasil bisnes kita tu kita simpan sikit-sikit dan sampai masa, barulah kita buka empayar bisnes yang besar lagi”. Itulah bisnes yang tak perlu berhutang untuk bermula.

Sahabat saya bertambah semangat. Dan saya harap semangatnya berterusan dan tidak menangguh lagi keinginannya untuk berjaya dalam bisnes. Saya kenal sangat sahabat saya itu. Setiap kali bersama dengan dia, saya tak dapat lupakan kisah-kisah lepas semasa berada di kampus universiti. Banyak betul ujian, rintangan, suka dan duka kami berdua. Orang lain sibuk mengejar sekeping ijazah, kami sibuk membuat bisnes. Bahkan dalam kelas, rasanya hanya kami berdua sahaja yang minat bisnes! Student lain hanya menguap kebosanan apabila kami membuka topik perniagaan dan bisnes. πŸ˜‰

Jika ingin menulis mengenai cerita-cerita sebegini, panjang tak sudah. Itulah dikatakan, pengalaman begitu manis walaupun ia pahit. Amat bernilai! Berbalik kepada sahabat saya tadi, saya mahukan pendapat anda. Ini adalah cerita benar. Bukan rekaan.

Apakah pendapat anda mengenai sahabat saya ini? Apa yang perlu beliau lakukan?

Salahkah tidak mengikut kehendak keluarga kita sendiri dalam melakukan sesuatu TETAPI kita terseksa dan tidak suka apa yang dilakukan itu?

Jika saya yang menjawab, “Saya akan buat kehendak saya sampai berjaya dan tak akan pedulikan tekanan yang saya terima. Bakat dan jiwa keusahawanan adalah untuk berbisnes, BUKAN makan gaji. Jangan rosakkan masa depan saya!”.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

43 thoughts on “Boleh ‘Bantu’ Sahabat Saya Ini?

  1. Saya juga seperti anda berdua, tekanan untuk kerja.

    tapi saya tetap dengan pendirian untuk jadi usahawan, dan dulu kawan kawan yang gelak, yang senyum sinis, yang memburuk buruk kan kerjaya saya .. mula buka mata.

    So, bagi saya, saya akan teruskan minat saya dan teruskan apa yang telah saya rancangkan.

    Insyaallah berjaya!

  2. Assalamualaikum,

    Inilah realiti kehidupan masyarakat pada hari ini, anggapan mereka bekerja ‘makan gaji’ merupakan kerja yang sebenar dan boleh menjamin masa depan, selain daripada itu akan dianggap sebagai kerja yang tidak boleh menjamin masa depan. Apatah lagi Perniagaan Internet ni pejabatnya kat umah dan tak ada pejabat khusus.

    Macam kawan Zul di atas, berlaku pertelingkahan dalam diri beliau antara menurut kehendak keluarga dengan kehendak dan minat kita sendiri. Boleh sakit jiwa tu.

    Mungkin bagi yang boleh memekakkan telinga akan mampu mengharungi semua tu tetapi bagaimana bagi yang tidak boleh, tentu kesihan mereka ni. Kerja yang dibuat dengan penuh minat akan mewujudkan sifat ikhlas dalam melakukan sesuatu kerja itu dan hasil kerja yang dilakukan dengan keikhlasan itu akan lebih bermutu.

    Mungkin sahabat Zul tu boleh buat part-time dulu, sehingga berjaya menghasilkan kejayaan dan boleh tunjukkan bukti kepada keluarganya, ketika itu mereka akan mengakui bahawa PERNIAGAAN itu menjanjikan kesenangan yang tidak disangka-sangka.

  3. Salam Zul πŸ™‚

    Saya juga menghadapi tekanan yang sama dari keluarga dan dari kawan-kawan tempat kerja lama. Saya di tindas dan di pandang sinis lantaran hanya duduk di depan komputer dan mencari-cari peluang bisnes di internet ni.

    Tentang kawan-kawan, saya tidak memandangnya sebagai sesuatu yang negatif, tetapi sesuatu yang positif. Itulah cabaran yang perlu saya tempuhi dengan berani sebelum saya berjaya di masa depan! Jika saya berjaya mengambilnya sebagai sesuatu yang positif, itu juga adalah satu kejayaan peribadi untuk saya! πŸ™‚

    Bagi keluarga pula, mereka risaukan kita. Benar seperti kata Zul, takutkan kita gagal nanti, susah kita! Tapi secara senyap-senyap, saya aturkan strategi agar ibu bapa memahami. Saya katakan, saya tidak boleh bekerja di pejabat, makan gaji sebab saya tidak rasa bebas. Rasa terkongkong segala perbuatan saya….Mujurlah sikit sebanyak ayah faham. Bahkan saya ajak ayah duduk tengok kerja-kerja saya, blog-blog saya, artikel-artikel yang saya tulis,saya minta ayah ulang baca untung mendapatkan pandangan beliau. Kini, ibu dan ayah semakin memahami bahawa saya melakukan perniagaan internet. Walaupun masih belum ada produk, saya dalam perancangan ke sana πŸ™‚

    Thanks Zul for the great info! Have a nice day πŸ™‚

    Dik Mal,
    Ampang, Selangor.

  4. Assalamualaikum zul…
    satu kisah yang menarik dalam kehidupan manusia..

    Itulah realiti kehidupan manusia, ada suka ada duka, ada cabaran dan dugaan.
    Memang menjadi tekanan bila cita-cita dihalang oleh sesuatu yang penting dalam hidup kita iaitu keluarga.

    Bagi saya keluarga itu penting, tapi cita-cita besar itu lagi penting. Oleh itu, jika yang lebih penting itu menjamin masa depan yang lebih, jangan diabaikan – teruskan sahaja.

    Walaupun saya baru bermula dan pelbagai pandangan dan kritikan diterima, cita-cita tetap diteruskan juga.

    Berfikiran bijak dalam menentukan tindakan.

  5. Bagi pendapat K.lin , jika sekarang ni kawan zul sedang bekerja, buat dulu bisnesas a part time. Kerja untuk jaga hati keluarga, bisnes untuk penuhi kinginan sendiri. Bila income biz dah bagus, dah boleh sara diri..masa inilah yang terbaik untuk fokus sepenuhnya pada biz.

    Satu pengalaman yang k.lin tak blh lupa. Apabila K.lin beritahu hajat K.Lin pada nenek untuk brniaga, pada hari itu juga, keempat-empat makcik K.Lin call, sound k.lin fikir dua kali, suruh lupakan hasrat untuk berniaga..Bukan apa diorang risau K.Lin tak boleh survive dalam bisnes. Takut K.Lin hidup susah. .Lagi pun dalam keadaan K.lin sebatang kara, kat KL, siapa yang akan ambil tahu kalau k.lin hidup susah. Ibu bapa jauh sekali..(dari kecil dijaga nenek).

    So disebabkan nak jaga hati diorang, K.Lin still kerja sambil tu buat bisnes as part time. Alhamdulillah rezeki dah ada..So target hujung tahun dah boleh fulltime biz.
    Apa yang K.lin buat untuk meyakinkan mereka. Setiap cek yang K.lin dapat daripada Adsense atau pun apa -apa program , K.lin alamatkan ke kampung. Bila terima cek, suruh diorang buka surat, kononnya pastikan apa yang ada kat dalam, walaupun dah tahu kat dalam ada check. πŸ˜€ Saja nak suruh diorang tgk sendiri.
    Lagi satu K.Lin selalu ajak anak-anak mereka datang KL setiap cuti sekolah , adakalanya makcik k.lin sendiri yang datang bila dia tgk K.lin mampu sewa rumah harga RM700 sebulan, siap dengan perabot dan lain-lain diorang dah mula tanya, bisnes apa yang K.Lin buat, dan suruh K.lin ajar anak-anak diorang.

    Kesimpulan yang k.lin boleh berikan, yakinkan mereka secara perlahan-lahan. InsyaALLAH bila diorang dah tgk kemajuan yang kita perolehi dari perniagaan, persepsi mereka akan berubah. πŸ˜€

  6. Assalamulaikum Zul,

    Saya sungguh seronok mengikuti perkembangan usahawan2 internet kita. Saban hari jika ada masa terluang saya selalu membaca news letter yg dihantar oleh rahsia internet/mohd tazilan ibrahim. Tapi saya tak tahu macamana nak mulakannya… Ketabahan dan kesungguhan anda semua membuat saya teruja dalam bidang ini..Anyway selamat berjaya kepada anda semua…

  7. Mentaliti makan gaji.. Lagi teruk kalau kata kena keje gomen baru maknanya keje makan gaji.. Sebab tuh berpusu-pusu nak keje gomen..

    Saya rasa sesiapapun yang berasal dari keluarga bukan peniaga, akan mengalami keadaan macam ni.. Siap boleh kata “Keluarga kita bukan peniaga, tak ada bakat”. Hmmm.. ingat menyanyi jer perlu bakat, berniaga pun nak kena ada bakat.. πŸ™„

    Saya sokong cadangan K.Linn.. Mungkin itu adalah jalan yang terbaik untuk menjaga hati keluarga dan menyabarkan hati sendiri..

    Tapi saya tidak mengambil jalan yang sama.. Sebabnya saya rasa berdosa bila pergi keje tapi hati saya tak ada disitu.. Rasa macam makan gaji buta.. πŸ˜₯ Mungkin sebab saya tak boleh concentrate pada keje dan hati/ fikiran asik ingat bisnes jer.. Lagi pulak saya ada kemampuan untuk berniaga tanpa perlu menyusahkan orang lain..

    Masa nak berhenti hanya discuss ngan suami. Suami bagi green light, saya berhenti. Tak cerita pun dengan parents dan family. Sure tahu dorang akan marah. Ntah dari mana mak saya tahu cerita, dia call saya.. Dia kata jangan panggil dia mak kalau saya tak pegi keje semula. Jangan balik rumah kalau saya tak ada keje.. πŸ˜₯

    Tapi suami saya kata buat derk aje.. Teruskan dengan apa yang saya nak lakukan.. Walau ambil masa bertahun-tahun pun suami akan beri sokongan. Dan saya balik jer rumah macam biasa.. Bila orang nak bukak cerita jer, saya terus tukar cerita bisnes.. Lantaklah nak dengar ke tak nak dengar..

    Agaknya kena tunggu sampai saya drive Merc kot baru orang akan kata bagus berniaga ni.. 😈 Tapi bagi saya yang penting saya puas hati… Walaupun sikit atau banyak yang dapat saya tahu ianya hasil usaha dan penat lelah saya – ewah macam bertanam padi plak..

    Buat kawan Zul, selamat berjaya walau apa pun pilihannya..

    1. mereka mahukan bukti baru boleh percaya dengan keupayaan kita. kalo takleh cara terangan menderang. kena usahalah secara sambilan… kerjalah seperti biasa dan lakukan apa yang kita kehendaki mengikut masa yang sesuai… dah stabil nanti terus aje berhenti dari kerja yang kita tak minat tersebut… yang pasti setelah kita berjaya dengan bisness kita barulah kita tunjukkan bukti tersebut dengan memberikan duit raya ke akaun ibu bapa kita. biar mereka terkejut sakan…

  8. Assalamualaikum…Hi, Din Beramboi di sini.. πŸ˜€

    Bagi saya, inilah mentaliti MELAYU sejak dulu lagi yang perlu di kikis sedikit demi sedikit. Bagi mereka, makan gaji kehidupan lebih terjamin sebab setiap hujung bulan gaji akan masyuk…hehe. Tapi mereka tak sedar, golongan makan gaji juga merupakan golongan kaya di hujung bulan sahaja (bila gaji dah masuk…hujung bulan dah kering.)

    Senario org melayu juga begini : “hanya dengan belajar, hidup akan sonang”.. betul, saya tak salahkan belajar…belajar itu tuntutan dalam islam juga. Tapi kita kena faham, org melayu mendifinisikan “belajar” tu cara lain. Walaupun anak dia bongak, dia tetap suruh anak dia belajar…last2 sekali, timbulnya tekanan. Ini tak berlaku pd org cina.. (bukan saya nak agungkan orang cina, tp perkara positif tak salah kita ambik). Bg org cina, bila anak mereka dah tak boleh belajar…nampak mcm bengap jer, diorang akan suruh anak diorang berniaga. ” Chong, mama mau lu peligi keleja itu bengkel moto, lepas 1 taun mama mau tgk lu bukak sendili lu punya bengkel moto.. ”

    Eh, panjang plk…hehe. Ok, itu pandangan saya…klu salah tolong tegur. Buat kwn Zul, lupakan yg lepas…dan berniagalah. Saya sangat suka tgk org melayu berniaga.

    Ikhlas,
    Org Melayu Sejati..

  9. kalau orang tua tak suka dengan istilah BISNES INTERNET, kita tukarkan kan istilah jer, kita cakap kat dia buat bisnes PERDAGANGAN ker,atau aper-aper istilah untuk menyedapkan hati mereka(hati org tua kena jaga,baru berkat).. baru dia tak kata buat bisnes yg haram tu..

    keluarga sebenarnya tak menghalang buat bisnes, tetapi tak yakin kita boleh berjaya. Ada antara mereka berkata, “mung tak payah buat bisnes la, mu tak ada bakat, biar aku jer buat bisnes”.. “mung lemah semangat,tak leh jadi bisnesman”….. biarlah dia nak katakan, impian kita mesti diteruskan sambil menjaga hati mereka. 😐

  10. cikgu azleen
    saya dah contact cikgu melalui contact form di site cikgu, tak tau sampai ke tidak(saya cari alamat email cikgu tak jumpa) timer kasih cikgu.
    disebabkan cikgu sibuk, takpa lah..
    saya dah dapat selesaikan masalah itu.

    TQ cikgu

  11. slmt tgh hari zul…

    bg pendapat saya, kalu dia ade keje dah, baik jgn berhenti dan bt e-biz secara part time…

    kalu tak berhenti keje, keluarga suka…dan bt e-biz kita suka…
    kan bgs kalu dua2 belah suka…adil kan… bila e-biz hampir berjaya tu bolahlah cuba2 nk henti keje…

    tu lah pendapat sy…

  12. asmkm Zul.. pekabar? shueqry here.

    Saya dah “immune” ngan benda camni, saya dah set minda saya, situasi camni takkan ada kesan pada saya, minda saya dan matlamat saya.

    Jika saya berada dalam situasi kawan baik Zul, saya mulakan bisnes part time dulu, establish diam-diam, jangan bagitau fam tentang segala teknik promosi mahupun model bisnes yg dijalankan. Diam berisi, biar kecil asal berhasil, biar berbisnes dengan penuh excited dan penuh minat. Bila dah ada return tetap dan untung pun masyuk, baru gitau..

    Hmm.. teringat dulu, saya mula berbisnes guna line Internet Astro.. haha πŸ™‚

    I love this post !

    Thanks Zul, artikel yang sangat memotivasikan.

    the one-of-a-kind,
    shueqry

  13. Makan gaji sebenarnya boleh cukup makanjer kalau hidup di bandar besar.
    Dulu-dulu saya boleh menyimpan 1/3 drp wang gaji. Sekarang tidak lagi…

    Pendek kata boleh tengok NOMBOR jer pada skrin komputer. Klik sana, klik sini semuanya masuk pada akaun orang lain.
    Yang ada untuk hidup sampai akhir bulan.

    kesimpulan…mulakan bisnes, tak pandai; kita sama-sama belajar.

  14. bisnes internet sebenarnya sangat relatif kepada bila anda bermula, semakin awal, anda akan makin experience dan anda makin mantap…

    modal permulaan : streamyx bulanan, πŸ˜‰

    semakin lama bertangguh, semakin lama kita akan jauh dari impian kita dan kita makin hanyut dalam ‘the crowd’…the crowd says, don’t go there, dangerous !! mama said dangerous so i won’t go….my friends said don’t go, so i don’t go

    youl’ll die being average and never improve at all…

    kredit kepada zul dan sahabat2 lain yang sama2 berjuang dalam IM….

    ”Menuju Puncak”

  15. Don’t DIe As Average

    Die As Heroes… You proud of yourself because what you believe, finally is believed by those who oppose you and hate what you believe..

    they hate when you always talks about that IM jargon that will never tick in their head.. they hate when you talks about market research, keyword research….they hate you when you said you’re not SCAM and not any scheme…they think you’re a fat liar..full of BS and don’t walk the talk..

    those who laugh at your vision and questions your action and judgement

    those who ask you ‘when will you be there?’

    those who 100% think this is some SCAM and BS and should not walk the earth telling others about it

    those who felt safe already and suggest you to stop doing internet business and focus on your day job work instead

    those who smile when you say, you have internet business…and they start talking at your back, laughing at you…

    those who think you’re small and weak and like to fantasize thing a lot

    those who are very close to you and didn’t see what you see, didn’t feel what you feel…they afraid you will fall..they love you..they don’t want you to join the ‘bancrupt club’..they said money is the root of evil…

    there will be a day….when all of us is united…in a grand ceremony….sweet..just sweet….ahh… that day my friend will be our day when we shed our tears and head up straight and proud….proud for what is started long time ago and never fails to believe in it ever since

  16. Pendapat saya sebagai usahawan tidak perlu kecewa dengan jatuh bangun sesuatu projek atau bisnes yang sedang atau sudah dilakukan.

    Menarik cerita ini. Sebab bila saya baca jadi motivasi kepada saya walau saya cadang usahawan hanya sebagai bidang part-time sahaja.

    Oleh kerana usahawan adalah seorang yang membuat sesuatu berdasarkan usaha, ilmu, pengalaman, potensi, peluang, dan pencapaian. Adalah wajar supaya rakan anda meninjau kembali apakah pencapaian yang telah dicapai setakat ini?

    Bolehkah diteruskan atau perlu kepada tunjuk ajar yang lebih pakar. Bukan semua orang mempunyai kepakaran tertentu.

    Semoga berjaya.

  17. Wah..topik best..rasanya semua Im yang full time terasa benda ni..betul tak? Mereka yang buat e-biz akan dilihat sebagai pengangur..kerana kita dilihat terlalu relak,dok depan pc je..

    Sebab lain mereka tak paham konsep e-biz..lantak diorang la..

    p/s:Bulan 9 ni,target nak beli avanza satu. Harap diorg jgn ckp saya jual dadah cukup la..:P

  18. Kak Linn dan lain2 yg bagi pendapat buat ebiz scr part time, yup, saya setuju. Saya dulu pun buat part time jer. Tapi mcm kata cikgu Azleen, tak ada guna pergi kerja tapi jiwa dan fikiran tak ada kat situ. πŸ™‚ Dan saya termasuk dalam jenis cikgu Azleen, melangkah je kaki masuk tempat kerja, jiwa saya dah mula tak tenteram. So, terserah kepada sendiri lah nak pilih cara macam mana. πŸ™‚

    Boleh juga guna istilah lain. Biasanya kalau saya jumpa member lama atau nak buat apa2 urusniaga, saya akan kata saya kerja kat rumah as freelancer. Ada la buat projek2 web sikit… Fahamlah diaorang tu. πŸ™‚ Kalau sebut usahawan Internet, mesti tak faham punya. That why saya kata di post sebelum ni, kita kena bangga dan do something agar orang tahu apa itu perniagaan Internet. Jgn low profile sangat.

    Dikmal, teruskan usaha. Baguslah kalau parents dah faham. Pendekatan dikmal tu pun satu cara yg boleh dipakai. Thanks for sharing.

    Sham, Avanza? Hehe, nak bawak satu family jalan-jalan ker? πŸ˜‰ Sama mcm Sham, kini setiap bulan ada la sikit saya hantar wang belanja ke kampung. Tiap kali mereka suruh saya cari kerja, saya diam. Tapi saya bagitahu setiap aktiviti yg saya lakukan dan apa saja pencapaian saya yg terkini. Dari situ sikit2 harap mereka akan yakin usaha saya.

    Kepada semua yg memberikan komen, thanks all. Sama-samalah kita berusaha sehingga berjaya.

  19. Oh ya, lupa nak pesan. Walau kita tak suka dgn tekanan parents terutamanya, pastikan jangan sampai ke tahap menderhaka Ok. Jangan tinggikan suara dengan mereka. Lebih baik diam sahaja dan buat apa yg sebaiknya.

    Berdoalah agar Allah bukakan pintu hati mereka agar memahami usaha kita dan semoga mereka menjadi orang kuat yang menyokong segala apa yg kita lakukan (yg baik2 jer la). πŸ™‚

    Jadilah anak yang soleh dan taat pada kedua ibubapa. Penting tu.

    Wassalam.

  20. Salam. Saya sangat suka artikel ni. Bagi motivasi pada saya. Yer, saya pun setuju kalau kawan zul tu buat part time dulu. Bila dah kukuh, baru terus step seterusnya.. πŸ™‚
    Kat sini, sajalah nak kongsi pengalaman. Saya sebenamya sangat minat pada bisnes. Tapi sejak 3,4 bulan ni, barulah hati saya jumpa bisnes yg betul2 sebati dengan jiwa saya. Bisnes internet. Sebab tu, saya ambil peluang cuti 3 bulan ni (saya masih student ipt) untuk fokus bina asas dalam ebiz saya.
    Jadi, terpaksalah guna streamyx kt rumah. Dengan income tak seberapa dari ebiz & poket yg tak seberapa, saya terpaksa bagtau parents yang sy akan tanggung semua bayaran streamyx setiap bulan. Kemdian, barulah saya dapat green light utk pasang streamyx.
    walaupun begitu, parents asyik merungut jer sbb saya asyik depan komp jer. Macam benda tak elok, kata mereka. Yelah, mereka tak bersalah sebab mereka tak faham pasal ni. Tapi lepas explain yang ebiz ni pun macam bisnes lain, barulah mereka faham..
    Alhamdulillah, parents saya dah terima. Cuma, mereka tak nak saya sibuk lagi dgn ebiz bila bukak semester baru nanti. Tapi, dalam diam, walaupun saya tengah belajar, saya berniat tetap akan jadikan ebiz sebagai part time.. tapi, pelajaran saya tetap takkan abaikan.
    Thanks atas cerita yang benar2 memberi motivasi. Semangat & kesedaran saya dah bertambah. Yerlah, rupa2nya ramai lagi yang keadaannya lbih truk dari saya. Apapun, saya ucapkan selamat berjaya pada semua. πŸ™‚
    Maaf sebab panjang sangat

  21. Berhubung masalah sahabat berkenaan beliau perlu memikirkan semasak-masaknya dalam membuat keputusan…. kita perlu fikirkan dalam jangka pendek dan jangka panjang… dengan ingin menjaga hati ni kadang2 ia memberikan kita sbg satu penghalang…. bg kes ibu bapa yg memahami ianya tiada masalah namun tidak semua ibu bapa diluar sana yg memahami kehendak kita n apa yg kita ingini… untuk menanganinya perbincangan dan komunikasi yang baik perlu diutamakan…

    Spt sedia maklum kita perlu juga memahami ibu bapa kita iaitu mereka sebenarnya menginginkan kita hidup bahagia di masa depan dan mengambil berat… terutama sekali jika anaknya telah berjaya sehingga dimenara gading tentulah mereka ini menginginkan yang terbaik betul x… perkara penting kita perlu beritahu adalah ibubapa perlu memahami apakah yg disukainya…. yer kita semua tahu bahawa pelajaran adalah penting… sy pn merupakan bekas pelajar yg telah berjaya di menara gading dgn segulung ijazah namun sijil ini bukan lah penamat kejayaan semata-mata… kita perlu faham bahawa idup ini adalah ibarat roda… kpd sahabat berkenaan wpn telah berjaya di menara gading, jadikan kejayaan berkenaan sbg satu KREDIBILITI kita ok… ini membuktikan bahawa kita mampu untuk membuat suatu perkara iaitu dgn belajar… aplikasikan apa yg kita harungi semasa waktu kita belajar kita gunakan kpd apa yg kita lakukan sekarang… maksud saya kita sebenarnya mempunyai bakat dalam menyelesaikan suatu masalah dan bukannya memberi masalah kpd org…. jgn kita halang apa yg kita minat kerana perkara yg kita minat lakukan akan kita usahakan dgn bersungguh-sungguh…

    Kita perlu memahami bahawa rezeki adalah dimana-dimana dgn syarat bijak mencari peluang dan kreatif… untuk menjadi usahawan juga kita perlu ketahui bahawa ia bukan lah jalan mudah seperti jln ‘highway’ ttp ia adalah jln yg penuh dgn cabaran… tiada jln mudah/shortcut untuk senang dan itu perlu kita hadapi… namun semua keadaan ini hanya layak kepada mereka yg suka kpd cabaran, tidak mudah mengaku kalah dan sentiasa berdisiplin…

    Akhir kata drpd saya manusia tidak akan berjaya klu kita takut pada kegagalan…

    Sekian,

    Best regards,
    Best in Shah Alam πŸ˜‰

  22. zul, saya dah ada projek. Dalam proses. huhu. Tapi perlukan khidmat nasihat zul kot. nanti saya bagitau bantuan apa yang saya perlu. boleh? πŸ™‚

  23. dan yang seronoknya, tadi baru tahu yang cuti saya sekarang ni, dah ditambah 3 minggu lagi! 😈
    oklah. t je. melebih-lebih pulak. maaf

  24. Huhu, susah jg klu kene mcm kes mcm ni. Sy pn ala-ala mcm tu juga dlu tp nsb sbb ms tgh study lagi dh start.

    Mak sy dr family bekerja bkn bisnes. Lain dgn ayah sy, die mmg dr famili bisnes. Awl2 dlu, mak sy tnye, tkkn nk tinggal jd engineer, belajar pnt2. Ayah sy mmg on je, die tk kisah, lagipun die yg ks idea dlu2 time nk start internet business.

    Mak sy pn bimbang la tkut sy tsngkut study sbb tumpukan benda ni. Bt, it take time laa ntuk yakinkan diorang. Lepas sy dh buktikan pelajaran sy tk terjejas dan income bertambah2 baik, hati dia dh mula lembut.

    Skrg mak sy pembaca setia SaifulSham. Kkdg dia gelak dgn artikel yg sy tulis. Tp, dia faham, itulah kehendak anaknya.

    Cuma, yelaa…kalau family kita mmg dr keturunan makan gaji, mmg susah nk kikis perasaan takut berbisnes. Perasaan secure tu.

    Sy yakin, benda mcm ni masalah kecil sahaja. Jgn terlalu beremosi. Just do the right thing, n sooner, keluarga akan faham. Sy doakan kawan Zul tu dpt bermula dan berakhir dgn cemerlang sbg usahawan.

    -hehe-

  25. Pendapat saya juga sama seperti orang lain. Setup bisnes secara part time dulu. Buatlah senyap2 ker.. tak kisah lah. Nanti bila bisnes tu dah berkembang, besar dan maju, tiba masanya nanti maklumkan kepada family..

    Lepas tu boleh la cerita pada family yang selama ini wang bulanan, hadiah atau apa jua barang yang pernah diberikan kepada family hasil daripada bisnes tersebut. Bukan nak berlagak, tapi nak menunjukkan bahawa bisnes ni lebih baik dari bekerja makan gaji. πŸ™‚

  26. baik baca buku jutawan ekstrem. buat menda yang kita suka. satu lagi kerja yang keluarga suruh buat tu… kita buat biar nampak berjaya depan mereka. bukan bermakna kita nak menipu tetapi kita nak sorok je dari mereka.

    kenapa? sebabnya kita kena bersedia dari awal. biar apapun orang nak kata kita tetap dengan usaha kita secara sorok2 terlebih dahulu. kat mana kita berada?

    cari kerja tempat lain. biar mereka tahu kita GENERAL MANAGER, tetapi kita goreng mee macam citer dalam buku mula niaga dengan modal kecik oleh chef li. buku tersebut beliau tak beli ker?

    oh… masalah kena sekat oleh keluarga yer?

    macam mana pula citer kerani bank? beberapa tahun pun takkan dapat duit ribu2 sebagaimana yang beliau usahakan. budak sekolah menengah jual kacang rebus boleh buat income…

    lepas nih boleh tunjukkan bukti bahwa inilah hasilnya apabila anda dah buat bisness. mungkin selepas ini mereka akan ikut jejak langkah anda. siapa tahu????

    saya pun takder kerja orang tanya macam mana skang? tak kerja ker? saya jawab tidak… hanya duk sajer2 je. macam mana pulak dengan anda yang terpaksa bekerja? saya mencari menda yang minat hendak dibuat sebagaimana sekarang… seronok! very seriuos in what you like, you can make your generator income… hahhha

    usah risau pasal keluarga yang menyekat, namun anda mesti punya tekad yang kuat.

  27. abdfatah, jutawan ekstrem? Siapa penulis buku tu? Mcm pernah dgr, tapi tak pasti.

    Kalau buku2 Chef Li, kalau nak tahu, saya kenal Chef Li tu melalui kawan saya tu la. πŸ™‚ Dan kalau nak tahu lagi, saya bertambah menyintai keusahawanan ni melalui kawan saya tu la. πŸ™‚ Pendek kata, dialah tempat saya bercerita dan mencari motivasi keusahawanan. Anywhere, anytime, 90% kami banyak bercakap pasal bisnes ajer. πŸ˜‰

    Jiwanya begitu cintakan keusahawanan, tapi kesian, keluar rumah nak pergi kerja, jiwa tetap di rumah. Seolah-olah hanya badan sahaja yg bekerja.

    Kepada anda yg mungkin ada anak-anak yg mahu menjadi usahawan, bantulah mereka menjadi seorang usahawan yg berjaya, jangan kecewakan mereka.

    Wassalam.

    1. kita kena lihat potensi anak-anak dengan penuh minat. jangan sekali-kali mengikut apa yang kita kehendaki sahaja. mereka mempunyai minat yang tersendiri untuk berjaya dengan apa yang mereka inginkan… kalo dah suka sangat nak berniaga takkan nak paksa mereka kerja untuk menjadi doktor. apa akan jadi nanti… hanya sekadar menjadi doktor hendak tak hendak sahaja…

      boleh jadi doktor kah kalo memaksa mereka kerja sebagai doktor?

  28. Salam..
    bila Zul sebut kerjaya itu satu benda yg kita happy laksanakannya, enjoy melakukannya, saya teringat kata2 seorg kawan. Kerjaya sebenarnya sesuatu yg kita kerjakannya dgn berjaya. knp kita berjaya kerjakannya? sebab ianya suatu yg kita minat utk lakukan. kita bebas utk mengarah tuju haluan hidup kita…

    -ahfatlim-

  29. buku dia memang bagus… cubalah bagi kat dia satu. baca bahagian minat tu tentu lebih ekstrem lagi dan takkan berundur lagi biar apapun halangannya… wahahha… hendak dengan tidak aje laa… (semangat aje nih, meniaga maju ke tidak belum lagi)

    kawan zul memang ekstrem benar dah tu cuma terhalang sikit je… kalu ikutkan perancangan senyap2, dah tentu dapat hulurkan bukti kepada keluarga dia. jangan takut dan jangan gundah gulana. dah bagi dia baca pasal beliau kat sini. tentu lebih berkobar2 lagi…. sokongan padu dari kami semua di sini…

    ibu bapa tak suka biarkan dulu, jangan tetiba je kita naik hangin.

    sebagaimana citer dalam KISAH BENAR di tv3 pekebun pisang. mak dia beriya2 benar nak suruh dia kerja dengan cara makan gaji. maklumlah graduan fresh. sebijik kisah kawan zul tadi, tapi ayah dia takder halangan sehinggakan penduduk kampung ingin mengikuti jejak langkah menjadi usahawan tani.

    cheewah… terkejut besar mak ayah dia, dapat rm5,000 seorang selepas berhempas pulas berusaha. dapat lebih dari gaji rm5,000 sebulan. siap bawak balik keter pulak. tercengang ler… gembira bukan kepalang mak ayah dia.

  30. Salam semua,

    Peristiwa yg berlaku sama dengan peristiwa yg saya sekrg alami.Keluarga dan org terdekat tidak memahami dan tahu betapa besarnya potensi internet biz.Saya akan cuba jua menempuh rintangan ini walaupun sejuta penghalang berada di hadapan..Harapan semoga saya berjaya.

  31. sori zul..cite ko kali nih..betul2 kene sebijik dgn aku..cam ko gak..ada kawan aku cam kawan ko gak..kiranya sebijik gak la..tapi alhamdulilah la..dia keje makan gaji..aku online 24 jam kt umah..

    so far..mcm ko cakap..setat kecik..finihing BIG..

    Walapun income takde juta-juta..tapi at least, time minang anak orang nanti. aku pakai duit bisnes internet aku ni..ahaks..:)

  32. aaaaaaa…. apa citer? citer taukey pisang dah masuk tv3. lulusan kejuruteraan buat bisness pisang. kejuruteraan pisang. banyak lagi bisnes yang boleh dimajukan… member zul camana?

    saya pulak? hihi… macam ginilah… maintain blog yang ada nih…

  33. oh ya… citer nih dah lama dah… bagaimana perkembangan sahabat zul yang minat dalam bidang perniagaan tersebut? adakah beliau telah meneruskan usaha beliau untuk menjadi usahawan idaman hatinya itu…?

    adakah beliau telah memulakan langkahnya untuk berdegil untuk berusahawan?

    moga beliau terus tabah untuk menjayakan misi usahawan beliau.

    sekian terima kasih… :mrgreen:

  34. memang begitulah kehidupan di dunia ini. macam2 hal dan kerenah yang akan kita tempuhi untuk bermula dalam bidang perniagaan. kalo dah minat kita dalam perniagaan dah tentunya kita boleh mencubanya secara sambilan dan menghasilkan pendapatan kita sbelum memberikan bukti kpd mereka sebagai tanda yang kita telah berjaya dalam perniagaan yang kita ceburi tersebut… selagi bukti belum kukuh kena tunggu laa masa yang sesuai…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *