Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Blook?

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Ada yang tahu, ada yang tak tahu apa itu “blook”.

Blook adalah ringkasan bagi blog book di mana panggilan untuk sebuah buku yang dihasilkan dengan menggunakan artikel-artikel yang ditulis di blog.

Antara contoh buku yang mana sebahagian besar isi kandungan bukunya adalah daripada artikel dari blog adalah:

1. Siri Nota Jutawan Irfan Khairi

2. Wang, Anda dan Islam – Ustaz Zaharuddin

3. Jiwa Kacau – oleh Geng Jurnal

Saya tidak pasti berapa banyak buku yang dihasilkan melalui cara ini. Dan konsep blook ini sudah lama digunapakai di luar negara, cuma mungkin masih baru di Malaysia.

Walau pun begitu, tidak bermakna semua artikel dicopy paste sahaja dari blog, sebaliknya ia perlu diedit dan dipersembahkan dalam format yang lebih baik.

Selain buku, sebenarnya artikel-artikel yang anda tulis di blog boleh dipersembahkan dalam pelbagai bentuk seperti audio dan video.

Hakcipta Terpelihara

Artikel yang anda tulis di blog adalah satu harta atau khazanah anda yang amat bernilai. Sebab itu anda perlu jaga ia baik-baik dan jangan sesekali biarkan orang lain mengambilnya tanpa kebenaran.

Pastikan anda tidak memandang remeh hal ini terutama mereka yang mengambil artikel anda untuk tujuan komersil. Jika ini terjadi, yang ruginya adalah anda..

Kesimpulan

Koleksi artikel anda adalah salah satu jalan pintas untuk anda menghasilkan buku tanpa perlu mula menulis dari A hingga Z. Semuanya siap sedia, cuma yang perlu dilakukan adalah mempersembahkannya dalam bentuk yang lebih baik dan menarik.

Anda ada blog yang mengandungi artikel dan ia berpotensi untuk dipasarkan dalam bentuk buku? Jika ya, anda mungkin boleh mencubanya sama ada secara penerbitan sendiri atau melalui mana-mana pihak penerbit.

Namun, tidak semestinya buku bercetak. Anda juga boleh terbitkan dalam bentuk ebook jika sesuai dengan pasaran.

Selamat mencuba.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

21 Responses to “Blook?”

  1. Norfazli says:

    Saya perhatikan artikel dalam blog zul ini sesuai untuk dijadikan buku.

    Saya yakin zul akan menjadi penulis buku pula nanti.

    Hanya sekadar pendapat sahaja.

  2. jedi79 says:

    oh namanya Blook ye Zul, blog + book.Memang satu idea yang bagus ni dan tak perlu mula dari awal nak fikir idea kalau dah ada artikel kat blog yer. Saya tunggu buku Zul bila nak kuar ni?dah lebih dari cukup wat buku ni

  3. sham says:

    Bila nak kuarkan 1st buku zul? blook pun jadi.. :)

  4. Raymond Chua says:

    Hmmm … bagus idea ni.

    Kandungan dalam blog saya sudah boleh jadi blook yang “tebal”

    Blog Zul juga. :)

  5. dengan adanya buku ni dunia IM akan lebih terseber dengan cepat lagi.

  6. Raja Kamil says:

    Macam-macam ;

    Yang saya tahu
    -Podcast
    -Vlog

    Baru tahu
    -Blook

    Mungkin akan tahu
    - Blor /Radiolog
    - Blof /Filog

    Erm….wonder :D

    Anyway, thanks for the post.

  7. hujanemas says:

    Selain publish sendiri, jual kepada publisher sekiranya ada yang berminat. Contohnya ada publisher yang terbitkan tulisan blog Tun Mahathir ke buku

  8. usri says:

    Kat Malaysia blook ini masih baru lagi. Memandangkan ramai di kalangan rakyat Malaysia sudah ada blog, kemungkinan besar banyak blook akan muncul.

  9. MIJI says:

    Salam,saya orang baru kat sini jadi salam kenalan :)
    Oh,blook ni buku +blog rupanya…
    Erm,Zul boleh saya letak link blog ni di web saya?

  10. Yusoff Kamil says:

    Salam semua,

    Satu idea yang baik. Tak terfikir nak buat blook, alhamduliah dah ada idea untuk project baru. Terima kasih Zul.

    Kalau nak guna article dari blog buat Newsletter pun boleh jugak.

    Sekadar berkongsi pengalaman.

  11. smartzul says:

    Mungkin ramai yang bertanya, mengapa perlu bukukan blog? Jawapannya:

    1. Tak semua orang suka baca blog.
    2. Tak semua orang dapat akses internet.
    3. Buku mempunyai kumpulannya tersendiri seperti kumpulan pengguna internet.

    Pendek kata, kita mahu tulisan kita sampai kepada semua golongan dan kumpulan.

    Just do it!

  12. zool says:

    Mungkin juga saya mampu buat blook…
    tapi kena sukses tentang perkara yang perlu diblookkan tu..
    tak semua blog boleh diblookkan..
    blog , blook
    naik pening kepala ,,

  13. alfie says:

    He,he….satu benda baru untuk aku….BTW,kalau nak buat blook nih,
    blog mestilah yang ader lebih 1 juta hits atau impression macam Dr.M punya blog,lagi tinggi dari RPK dan dah dibukukan tak sampai setahun, apa2 pun COPYRIGHT,Dr.M punyalah…..

  14. hafiz says:

    zul, bagaimana nak buat hak cipta.

  15. Shueqry says:

    Setakat ini masih sedikit buku-buku motivasi keusahawanan di dalam bahasa Melayu terutama yang ditulis oleh usahawan Internet sendiri selain Dr Irfan, Raja Lelong, Irwan Dahnil dan Osman Affan.

    Masalah besar juga ni, sebab ramai orang tercari-cari panduan perniagaan Internet di dalam bentuk buku.

    blog Zul dah saya ikuti sejak 2006. Berpotensi besar diterjemahkan ke dalam sebuah buku fizikal.

  16. jebon says:

    salamm..macam mana nak kekalkan hak cipta tuh erkk….bukan apa senang jer org copy n edit skit2 dah melayang hak kita…hehehhe

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 
| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)