Home » Buat Duit Dengan Blog » Kenapa Suka Salahkan Orang Lain dan Sifat Buruk Si Blogger

Kenapa Suka Salahkan Orang Lain dan Sifat Buruk Si Blogger

Saya perhatikan, apabila seseorang itu (bukan semua orang) sudah sampai kepada peringkat ‘berjaya’ (ye ke?), maka mereka akan mula memperkatakan sesuatu mengenai orang lain yang mereka tidak suka. Mereka perasan dalam perasan iaitu mereka tak perasan yang mereka sedang perasan. Erm, mungkin saya juga melakukan hal ini tapi rasanya tak ada atau kurang kot. ;)

Apa yang saya ingin katakan pada hari ini adalah, saya begitu pelik dengan perangai manusia (tak semua) yang menganggap diri mereka sahaja yang betul dan orang lain salah walaupun salah orang lain itu hanya 1 dalam 1000 kebaikan. Mengapa? Dalam 1001 perkara, yang 1000 mereka tidak nampak tetapi yang satu itulah mereka gunakan untuk membenci seseorang.

Adakah mereka lupa bahawa manusia itu bukan maksum? Adakah mereka lupa yang manusia itu tidak dapat mengelak melakukan kesilapan? Mengapa mereka tidak bertanya atau berhubungan dengan yang melakukan kesilapan itu dahulu sebelum mereka menggembar-gemburkan? Tidakkah itu boleh memburuk-burukkan individu tersebut?

Adakah mereka tidak tahu yang mereka akan mendapat dosa jika membongkar aib (keburukan) orang lain??? Adakah mereka tidak tahu banyak sebab dan faktor sesuatu kesilapan itu dilakukan atau mungkin ia tak sengaja dilakukan? Jelas, kalau akal sudah diletak di lutut, maka fikiran dah tak terkawal dan sudah tidak memikirkan sesuatu secara baik.

Manusia, memang suka melihat kesilapan orang lain sehingga tidak sedar rasa ujub sudah melanda pada jiwa mereka walaupun mereka mengatakan mereka tidak ujub dan riak… Hakikatnya, mereka tidak nampak akan diri mereka kerana sifat ujub itu berada dalam bahagian tetingkap “buta”.

Anda boleh rujuk teori tetingkap Johari yang mana kata teori ini, kita tidak nampak sifat buruk atau kelebihan diri sendiri, tapi orang lain sedar dan nampak sikap dan sifat tersebut. Boleh rujuk di sini (klik). Mudah cerita, si tukang ‘pengumpat’ itu buta akan sifat buruknya tapi orang lain seperti saya sedar yang dia sedang melakukan kesilapan.

Adalah satu kejahilan jika kita menggembar-gemburkan sesuatu kesilapan itu jika ia hanya perkara kecil sahaja. Oh, lawak betul. Tak ada benda lain ke nak tulis atau disampaikan kepada orang ramai? Al-maklumlah diri sudah glemer dan ramai supporters. ;) Maaf jika ada yang terasa, tapi yang pasti, anda tidak melakukannya, insyaAllah dan saya juga sentiasa mengingatkan diri saya sendiri akan hal yang “lawak” ini.

Dalam konteks blogging, kadang-kadang kita sudah tiada idea untuk menulis sesuatu lantas mulalah mahu mengata dan mengumpat orang lain mengenai perkara yang remeh-temeh seperti aib orang. Kalau tak suka dengan seseorang, kan mudah tegur terus. Kalau malu nak menegur, maka Islam telah memberikan petuanya: DIAM. Tak perlulah mengata-ngata dengan menulis di blog dan membuatkan orang lain pula terasa dan tak sedap hati.

Ketahuilah, begitu buruk dan hinanya sifat mengumpat di sisi Islam. Begitu juga sifat memfitnah, ujub, riak dan takabbur. Semoga Allah menjauhi kita semua daripada sifat-sifat BURUK sebegini.

Jika anda seorang blogger, rasanya tak perlulah bercerita-ceriti mengenai seseorang lagi-lagi jika tak ada fakta yang kuat. Kalau ia salah, apa namanya? Ya, FITNAH. Kalau perkara tu aib (buruk) orang? Ya, ia adalah MENGUMPAT. Semuanya berdosa di sisi Islam melainkan pengecualian bagi keadaan tertentu.

Memanglah blog itu hebat, canggih dan satu alat media terkini untuk menyampaikan idea, pandangan, info dan sebagainya, tapi… TAPI….

Jalan-jalan Islam kita nak letak kat mana?

Menulis sesuatu yang baik amat digalakkan dalam Islam, tidak kisah topik apa pun, janji ia berfaedah. Tapi ada satu lagi sifat buruk para blogger, namun bukan semua bloggerlah. ;)

Sifatnya adalah, memperlekehkan penulisan orang lain!

Kononnya si blogger ni tak ikhlas berkongsi ilmu.

Tulisannya hampeh kata mereka.
Kononnya dia dan blogger lain sahaja yang ikhlas menulis.

Blogger ni bagus, tapi blogger lain tak Ok. Sikap apakah ini?

Oh, tidakkah ini satu sikap takabbur dan menuduh? Islam ajar ke sikap macam ni? Lainlah kalau si blogger tersebut menulis karut-marut yang tak baik, itu lain ceritalah. Tapi kes yang saya bawakan ini, blogger yang dikatakan tak bagus itu menulis benda-benda yang baik, tapi sedih, mereka dituduh tak ikhlas menulis. Kan pelik tu.

Saya menulis di blog ini, saya ada cara saya dan ada strategi saya sendiri. Shuth, SaifulSham, Dr Irfan, Alang, Kak G, Hasrul, Sufian, Jebat, JimieRay, Cikgu Azleen dan ramai lagilah blogger-blogger lain, ada cara penulisan sendiri. Itu cara mereka, style mereka, kehendak mereka, jalan mereka, maka berhak dan patutkah anda mengatakan mereka tidak bagus?

Ya saya tahu, sebagai seorang pembaca blog, kita mahukan isi yang relevan, seronok dibaca dan boleh diguna-pakai. Maka kepada blogger, improve your writing skills. Namun bagi saya, selagi penulis blog itu berkongsikan sesuatu yang baik, maka tak salah bukan? Biarlah hanya satu ayat, itu juga perkongsian ilmu namanya. Jika satu tulisan itu biasa-biasa bagi anda, tapi tidak untuk orang lain. Anda tidak dahaga sepertimana orang lain yang dahaga… Janggan anggap semua orang macam anda.

Adakah patut kita menilai tulisan seseorang blogger dari segi isi semata-mata?

Bagi saya TIDAK.

Saya melihat kepada masa yang mereka luangkan untuk menulis, itu sudah cukup membuktikan mereka ikhlas menulis! Sepatutnya kita berterima kasih kerana mereka sudi berkongsi ilmu, bukan mengutuk atau mengata. Apabila blogger tidak menulis, pembaca bising kebosanan. Tapi bila ditulis sesuatu, tidak pula diambil manfaatnya. Tapi sedih, bila ada “slack” sikit, mula nak dikutuknya. Manusia, manusia, dikau begitu mudah lupa yer.

“Ya ke mereka ikhlas menulis?”.

Jawapan saya mudah kepada soalan itu. “Agama Islam menggalakkan kita bersikap berbaik-sangka”. Mudah sahaja kan? Ikhlas atau tak, itu urusan dia dengan Allah, bukan tanggungjawab kita. Tak perlulah berdengki atau berburuk sangka. Setiap orang (dalam kes blogging ini) ada kekuatan masing-masing, tak perlulah dicari keburukan mereka. Buang masa namanya tu.

Jadi jelas, apa sangat kejadahnya nak komen-komen penulisan orang lain Ok atau tak? Atau untuk apa nak salahkan perilaku seseorang yang kita sendiri tak jelas apa puncanya?Tak payah lepas geram dengan membongkar cerita-cerita yang tak berfaedah.

Kesimpulan di sini (dalam kes blogger), hormatilah penulisan orang lain, atau berbaik sangkalah dengan orang lain. Islam itu mudah, jangan menyusahkannya. Kalau nak komen dan kritik, tulis secara baik-baik, profesional dan berilmiah. Bukan kutuk orang lain dan kemudian angkat (puji) diri sendiri. Apa kes?

Maafkan jika ada yang terasa tetapi diri saya terasa terpanggil untuk menyuarakan hakikat keadaan sekarang yang mana wujudnya “geng” tersendiri dalam arena blogging ini iaitu “aku betul, kau salah, aku hebat, mereka lagak je lebih”. Astaghfirullah, semoga tidak berlaku perpecahan dalam ummat ini. Ya, setiap blogger ada pegangan dan group masing-masing, tapi jika tak dapat nak terima pegangan orang lain, lebih baik diam dan buat kerja sendiri daripada berkata-kata buruk.

Walaupun blog satu alat yang hebat sehingga boleh membuat orang terpegun dengan tulisan kita, namun nilai-nilai murni yang dianjur oleh Islam tetap perlu diamalkan jika mahu menjadi hamba yang diredhaiNya. Tulislah sesuatu yang baik di blog anda tidak kisah anda pakar atau tidak. Kongsilah apa sahaja yang anda mahu dan orang lain tak berhak untuk mengatakan tulisan anda tak ikhlas atau tak bagus. Hakikatnya, anda menulis itu pun sudah satu usaha yang baik, maka wajarkah mereka berkata begitu???

Kembalilah ke jalan yang murni dan semoga menjadi seorang blogger yang yang diredhaiNya.

Kepada blogger yang merasakan anda tidak hebat, ketahuilah, di saat anda mara untuk menjadi blogger dengan langkah pertama, itu adalah saat yang begitu hebat untuk anda!! Maka wajarkah orang lain mempersendakan usaha anda? Katakan TIDAK kepada mereka kerana hakikatnya di saat mereka ‘mengutuk’ usaha anda, mereka sebenarnya sudah tidak hebat lagi! Noktah.

Akhir kata, setiap apa yang saya tulis, saya mengingatkan diri saya sendiri dan semoga Allah melindungi kita daripada sikap berburuk-sangka. Jalinkan hubungan baik dengan blogger-blogger yang lain dan milikilah sifat maaf-memaafkan. Islam itu indah.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

commentscomments

  1. emizul says:

    Assalamualaikom.
    Saya bersetuju sangat!! Memang baik apa yang Zul tuliskan. Saya pun baru belajar untuk menulis blog. Kadang-kadang kita terlalu perasan yang kita dah bagus dan tidak dapat menerima kebagusan orang lain. Saya pun kadang-kadang ada juga sifat tu, tetapi dalam usaha untuk mengikisnya. Usaha untuk bersihkan hati ni satu kerja yang sukar. Kerana hati adalah raja kepada segala amal perbuatan dari segi batiniah. Kalau hati busuk, busuklah amalnya. Wslm

    • Han says:

      saya sokong apa emizul katakan…
      hati busuk, busuklah amalnya…
      kebanyakkan orang ingat diri nya bagus…
      tu satu kesalahan tu…
      menyesal kita nanti…

      han

  2. abdfatah says:

    aaaa… bagus? bagus apanya kalu dah semuanya duk kat malaya aje? perasan memang satu hal? apa yang bagus sangat kalu setakat nak mengutuk orang… alahai macam2 hal… nama lagi manusia. yer tak?

  3. WaWa says:

    saya setuju sgt2. tak payah la nak komen psl penulisan org lain, bagus ke tidak. kesudian diaorg nk tulis dan berkongsi ilmu itu pun sudah cukup bagus.

  4. smartzul says:

    Emizul, that why saya kata manusia tu “lemah”, kesalahan adalah normal. Jangan asyik nak lihat benda betul jer sebab manusia tu bukanlah ada kuasa nak betul jer. Kalau terbuat silap, cepat2 betulkan dan orang lain perlulah faham.

    Wawa, that right!

  5. abdfatah says:

    haha… ada satu citer menarik bukan pasal blog je, suka-suka dia main hentam saja jika ada yang tak bagus bagi ceramah, lepas tu pergi dengar ceramah orang lain pulak kata tak bagus jugak…

    banyak kali pergi pun, asyik perkataan tak bagus je untuk orang yang berceramah tu pada dia…

    habis tu, bagus tak bagus tang mana jika ramai yang dikatakannya itu tak bagus pada pandangan dia.

    dia pulak macam mana? apa yang bagusnya utk dirinya?

  6. smartzul says:

    Fatah, dia tak cermin muka sendiri kot… Maklum ler, ada jerawat batu kat muka tu. ;)

  7. Johari says:

    Bak kat Dr Fadillah Kamsah -”kalau orang baling taik kita baling bunga” so, kalau terjumpa “spesies” manusia yang macam tu, keep yourself positive! Insyallah, lambat laun dia akan sedar kesilapannya nanti.

    Cuma perlu diingat, untuk mengubah diri sendiri adalah amat susah inikan nak mengubah orang lain. Sebab itu, satu cara yang berkesan yang boleh kita lakukan ialah, sentiasa bersangka baik dan kekalkan sikap positif anda.

    Kalau boleh, elakkan bergaul dengan org2 ber “spesies” begini kerana jika hati dan minda anda tidak kuat, mereka mampu melemahkan motivasi anda.

    -Selamat Beramal! – :)

    • abdfatah says:

      namun nak melihat mereka hambik masa untuk tersedar itu yang sukar. sekiranya sepanjang hidup asyik mengutuk aje … apohal? moga-moga kesedaran dalam diri mereka itu tetap ada atau wujud…

    • Han says:

      tips yang bagus tu johari…
      be posotive…more important…
      jangan tengok pada kelemahan orang saja…
      cuba cari kehebatan orang juga…

      han

  8. smartzul says:

    Betul tu Johari, membetulkan diri sendiri adalah lebih utama sebelum nak ubah orang lain. Begitu juga dengan menulis, kadang2 ramai yang asyik nak komen orang lain sehingga lupa yang mereka juga ada kelemahan. Itu yg dikatakan sebagai syok sendiri. ;)

  9. ktom says:

    oh…ini rupanya liku-liku kehidupan. Ingatkan yang dapat bersua muka je yang boleh kata mengata..di alam siber pun boleh buat macam tu..astaghfirullah…

    Keadaan dunia sekarang semakin kecil, buka dr segi saiznya tetapi disebabkan kecanggihan teknologi kita mampu utk berhubung dgn sesiapa saja, dimana saja dan dalam masa yang singkat. Kenapa kecanggihan teknologi ini menjadi medan fitnah memfitnah, hasut menghasut, kata mengata. Dunia bloggers di Malaysia khususnya masih sempit. Diruangan yang sempit ini mengapa kita tidak boleh bersatu untuk memperluaskannya dgn harapan utk masing 2 memberi informasi dan menjana pendapatan.

    Rupanya bila nama manusia tu…dia kan tetap punya perasaan yang buruk dan berfikiran negatif. Seharusnya kita yang majoritinya beragama Islam tidak bersikap sebegini dan kita harus malu pada yang bukan beragama Islam yang nampak dikalangan kita tidak tahu nak bersatu padu dan mencerminkan kebaikan ajaran agama Islam sendiri.

    Maaf jika agak emosional dan tersilap bahasa……

    Zul dan semua yg terlibat, teruskan usaha, anggaplah kata2 itu sebagai satu dorongan untuk anda lebih berjaya. Insyaallah.

  10. Labanon says:

    Adakalanya kita perlu menegur kesalahan blogger lain dengan nada yang agak keras jika sudah berlembut tetapi tidak jugak dengar ;)

  11. cikgu azleen says:

    Menegur takpe labanon.. Lagipun semua kita pun kadang2 melakukan kesilapan yang kita tak perasan.. Sebab tuh perlu tegur menegur.. Tapi saya rasa yang Zul maksudkan ni kes mengutuk.. Ada sedikit sangat perbezaan antara mengutuk dengan menegur :twisted: .

    Kalau menegur, kita bukan saja beritahu apa kesilapannya, kita juga bagi cadangan atau beritahu dia apa yang patut dilakukan untuk memperbaikinya..

    Tapi kalau kes mengutuk.. dia kutuk jer.. Apa orang lain buat semua tak betul.. Itu tak kena, ini salah.. Tapi macamana nak betulkan? Dia tak kasik tau pun.. Sebabnya dia sendiri pun tak tahu macamana nak lakukan perkara yang betul..

    • abdfatah says:

      menegur kenalah secara berhikmah secara lebih profesional. kalo ikut suka hati je nak menegur memang tak ada budi bahasa langsung laa. ikut suka hati aje nak tegur macam-macam yang tidak sepatutnya…

      kalo ada yang membuat kutukan karma pulak dah tentunya mereka betul2 tak suka dengan cara kita atau diri kita… itulaj hakikatnya yang terpaksa dilalui oleh ramai orang… bukan sebarangan kutukan. kutukan berbisa karma dibuatnya… hihiiii :mrgreen:

  12. smartzul says:

    Yaaa, itulah maksud saya cikgu. :)

  13. emizul says:

    Ok…sekarang bgaimana kita nak selesaikan hal ini? Kalau kita saling mengutuk, masalah takkan selesai. Orang berpolitik pun mengutuk, takkan kita nak jadi IM atau blogger yang mengutuk sesama sendiri. Saya ada idea:

    1. Kita jumpa face to face mereka-mereka ini dan buat slow talk. Adakan satu web komuniti yang boleh kumpulkan mereka dan buat gathering.
    2. …sapa nak tambah (hilang idea)..

  14. CekDEt says:

    Inilah 1 fenomena yang tak sihat menular dalam masyarakat pada hari ini- hasad dengki.

    Adakalanya manusia agak sukar menerima orang lain melebihinya. Sehinggakan ada yang sanggup menjatuhkan nama baik orang lain semata2 untuk menaikkan nama sendiri.

    Benar pandangan saudara zul, adakah kita merasakan bahawa kita ni maksum sehingga tanpa segan silu mencerca dan memburukkan nama orang lain??

    Bukankah manusia ni sama saja walau siapapun dia. Dia tetap manusia yang lemah dan tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.

    Saya mencadangkan 1 sifat yang boleh kita amalkan untuk mengurangkan perasaan hasad dengki iaitu merendah diri.

    Suka nakmemetik kata2 hukamak – “Merendah diri ibarat bintang, kelihatan di permukaan air, tetapi ia tetap tinggi”.

    Sebagai seorang yang mempunyai pegangan, kita perlu sentiasa merendah diri dengan apa yang telah dimiliki. Tidak perlu menonjolkan kehebatan diri kerana kehebatan itu tetap akan disedari walaupun tak dipertontonkan.

    Saya yakin dengan sifat sebegini kita takkan bermusuhan dengan sesiapa sebaliknya akan lebih dipandang tinggi.

  15. abdfatah says:

    memang itu hobi dia mengutuk orang. apa lagi yang hendak kita buat… takkanlah sampai ke tua ganyut pun nak mengutuk itu ini…

    jika demikian rupanya memang sah hobi beliu memang suka mengutuk orang lain… wiahahahahahaa…

  16. En Baha says:

    Suka dengan artikel ini.

  17. Hidier says:

    melayu cepat lupa diri..
    melayu je ke ye?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

CommentLuv badge

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.