Projek 7 Blogger LIVE!
16 04 2007Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Seperti mana yang dinyatakan tempoh hari, saya akan melancarkan satu projek mini yang bernama “7 Blogger Malaysia”. Jadi, dengan rasminya saya lancarkan projek ini untuk anda semua men-download material yang telah dihasilkan.
Secara mudah, projek 7 blogger ini memaparkan 7 orang blogger (rakyat Malaysia) bersama review ringkas blog mereka. Malah, saya juga telah menemu-ramah mereka dengan hanya menanyakan 7 soalan mudah tetapi berguna terutamanya untuk para newbie.
Sebanyak 3 material yang disediakan untuk fasa 1 Projek 7 Blogger ini iaitu:

1. Ebook Interview Bersama 7 Orang Blogger Malaysia

2. Video Case Study Blog 7 Blogger

3. Pengguna Wordpress: Apa Kata Mereka
Item pertama iaitu eBook “Interview bersama 7 Blogger” adalah temuramah ringkas bersama 7 orang blogger yang telah terpilih untuk fasa pertama projek 7 Blogger ini. Mereka telah disoalkan dengan soalan-soalan asas dan tak kurang penting juga. Diharapkan para pembaca mendapat insprasi dan menjadikan blog-blog mereka sebagai contoh.
Manakala video yang tempoh masanya dalam 15 minit akan memaparkan blog milik mereka untuk dijadikan contoh atau sebagai case study bagi mereka yang ingin membina blog atau mereka yang telah memiliki blog.
Item ke-3 pula adalah ebook “Pengguna Wordpres: Apa Kata Mereka” mengumpulkan kata-kata ringkas atau testimoni daripada pengguna baru atau yang telah berpengalaman dalam menggunakan sistem Wordpress untuk blog. Testimoni penggunaan ini bertujuan agar mereka yang belum mempunyai blog melihat bahawa Wordpress itu mudah dipasang dan seronok digunakan.
Cukup sahaja dahulu 3 item tersebut walaupun banyak yang saya ingin berikan. Pengalaman saya, jika kita beri banyak-banyak item/perkara, ia biasanya tak diusik atau kurang efisyen.
So, baca dan dapatkan maklumat yang berguna untuk anda daripada 3 item tersebut.
3 item tersebut adalah untuk fasa pertama dan item-item lain akan menyusul kemudian. Saya berharap, projek ini memberikan serba-sedikit manfaat dan faedah kepada semua walaupun ada kekurangan yang masih perlu diperbaiki terutamanya video.
Sekadar perkongsian, untuk membuat video, ia sedikit sukar kerana selain perlu masa yang sesuai, suara yang ok, keadaan persekitaran rakaman juga perlu tiada gangguan. Malah, idea yang kreatif juga diperlukan. Saya berharap, video tersebut ok lah yer walaupun tempohnya dalam 15 minit. Tonton, hayati dan take note… InsyaAllah, banyak lagi video-video lain akan dikeluarkan dalam masa yang terdekat dan masa mendatang.
Usah bercakap banyak lagi, lawati laman web berikut untuk mendownload item-item yang telah dinyatakan:
http://smartusaha.com/7blogger
Di sana, ada satu link untuk download dan file download tersebut bersaiz dalam 7Mb yang mengandungi semua item tersebut.
Anda juga boleh menonton video tersebut di blog di sini yang telah dibahagikan kepada dua bahagian:
Klik di sini untuk menonton video tersebut di blog ini
Semoga semua yang anda dapat memberikan idea, ilmu, tips dan inspirasi.
Sahabat ebiz Anda,

PS. Dapatkan Pakej Kit Blogger di http://bloggingsteps.com/kit. Peluang lesen resell rights akan SOLD OUT (habis) bila-bila masa sahaja! Jadilah salah seorang daripada 100 orang reseller untuk Pakej Kit Blogger.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Vote Artikel Ini:
Artikel Berkaitan:


















wah Zul, akak org pertama yer yg tunggu dpn pintu blog Zul ni
dah download dah! tq Zul! link akak pun ada, org jepun kata honto ni arigatou!
tahniah…aku dah dload dah..jap lagi pas abis baca aku review kat blog aku…
terima ksih bro zul,bru tdi dpat e-mail trus donlod..trma ksih byk2..tgh donlod nie..pas2 nk bce,jdikan panduan..heee..
Terima kasih, Zul kerana menyediakan pakej yang
menarik ini.
Saya amat berpuas hati dengan video yang Zul rakamkan
untuk Rahsia MLM, dan video-video yang lain pun amat
menarik.
Terima kasih daun keladi.
-Zamri Nanyan
Terima kasih daun keladi, kalau ada benda yang bagus kasi lah lagi…
thanks zul for the download and also the link inside..
hmmm… menda macam nih nampak kacang je…
itu masa belum tahu ler… tatkala dah tahu, eleh semua orangpun boleh buat,
macam citer bagaimana nak meletakkan telur dalam kedudukan menegak. siapa tahu bagaimana nak tegakkan telur?
semua dah tahu jawapannya… wahaha
ini bukan setakat 7 blogger je yang boleh dijadikan panduan. tetapi sekurang-kurangnya boleh dijadikan rujukan yang terbaik buat masa kini.
nampak mudah kan? mudah sungguh dengan wordpress nih…
orang yang dah guna sepenuhnya ler… orang yang belum?
Congratulation! Tahniah kerana menghasilkan satu laporan yang cukup bermanfaat untuk para blogger terutamanya yang newbie. Kewujudan ebook ini akan merancakkan lagi industri blog di tanah air kita.
Syabas diucapkan… say dah pun download..
Terima kasih semua. Ini baru fasa 1. Ada lagi next series.
Fatah, Wordpress memang mudah. Bukanlah maksudnya petik jari jer. Kena lah belajar dengan sabar dan bersungguh. Prinsip ni tetap kena ada. Hakikat asas, wordpress seronok dan mudah untuk digunakan. Yes, mula2 jer susah, lama kelamaan, ia akan jadi mudah. Bergantung kepada kesungguhan dan tujuan kita buat blog. Kalau sekadar cuba2 atau sekadar melepas batuk di tangga, memanglah susah sebab takder matlamat buat blog. Then, ia terbiar begitu saja & datanglah rasa susah.
Zul, aku dah download taip tak habis baca lagi. Terima kasih, byk yg boleh dipelajari dr interview tu.
Lagi satu, izinkan aku menambah - Fatah, aku adalah antara orang yg baru dgn wordpress ni. memang mudah, petik jari je, tak tipu. terima kasih to Zul.
Zul Tq, dah download dah..
zul…yet another great piece of quality there… jelas dan mmg menarik, ;)…saya enjoy tgk video tu
Thanks Zul untuk video free ini. Sedang download sekarang.
Thanks once again.
Tks…sesuatu yg sangat bermanafaat pd Ktom dan semua.