Untuk Apa Blog? Sekadar Buat Duit Sahaja?
8 02 2007Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Tidak.
Ramai yang salah anggap, blog tujuannya hanya untuk buat duit. Ini adalah pegangan dan fahaman yang amat bahaya!
Ketahuilah, blog banyak tujuannya:
1. Membina rangkaian persahabatan secara online - personal blog
2. Memasarkan produk dan servis di internet - business blog
3. Buat duit dengan program affiliate dan adsense - making money blog
4. Berkongsi ilmu dan pengetahuan. Anda hebat dalam masakan? Blog satu medium yang amat berkesan untuk berkongsi resepi! - content blog
5. Berita terkini (politik, agama, perkembangan dunia..) - news blog
6. Membina kredibiliti dan menarik bakal pelanggan - business blog
Ya, itulah dia. Banyak tujuannya bukan? Cuma, untuk semua jenis blog itu, ia boleh menghasilkan pendapatan sampingan seperti meletak iklan adsense, menyewakan ruang iklan di blog dan program affiliate (letak banner, review..).
Jika anda adalah seorang usahawan internet, penceramah, pensyarah, saintis, doktor, peguam, penulis, pengaturcara, ustaz, ulama’, tukang masak, cikgu sekolah, CEO, pengurus, peniaga eBay atau Lelong, ada shopping cart, seorang coach, atau siapa sahaja anda, maka anda memerlukan blog! Blog adalah salah satu komponen yang amat wajib untuk anda di dalam mencapai sesuatu tujuan samada untuk menarik trafik ke laman jualan anda, membina kredibiliti (tunjuk kepakaran), berkongsi ilmu, berita, dan sebagainya.
Maka jelas: Buat duit bukan matlamat utama, tetapi yang lebih penting adalah menguruskan blog agar kandungannya (content) bertambah, menarik trafik dan fokus kepada usaha memantapkan forum. Duit datang dengan sendirinya.
Tak faham? Kurang jelas? Macam ni.. Anda buat blog mengenai apa-apa topik dan tumpu kepada penulisan atau kandungan yang bermutu untuk blog tersebut. Bila sampai masanya, anda boleh membuat duit dengan blog tersebut. Blog adalah salah satu ‘tools’ yang amat disukai oleh enjin carian kerana ia mengandungi content yang unik dan sentiasa dikemaskini. Ini bermaksud, pengguna di internet pada asalnya adalah bertujuan mencari maklumat dan bukan untuk membeli. Maka, dengan blog, kita boleh menulis dan menulis, iaitu memberikan mereka maklumat percuma. Tetapi, dalam masa yang sama, kita boleh ‘mempromosikan’ produk kita pada blog tersebut.
Pendek kata, tujuan pertama dan sebenar buat blog BUKAN untuk buat duit.. Tetapi duit itu adalah kemudian dan akan datang ’sendiri’ kelak bila sampai masanya, dengan cara tertentu.
Ikuti langkah yang betul ini dalam membina sebuah blog:
1. Kaji dan buat perancangan
2. Bina (set-up) blog
3. Masukkan kandungan dan tarik trafik (pelawat)
4. Pastikan blog terus ada pembaca setia (beribu-ribu?)
5. Dan, kini anda sudah boleh buat duit dengan pelbagai cara
Dan bukan dengan bina blog dan terus menjual atau buat duit.. Tetapi, bina, ‘maintain’, masukkan kandungan yang bermutu dan unik serta dapatkan trafik yang tinggi. Kemudian, baru anda boleh ‘goyang kaki’ - monetize.
Langkah mudah di atas telah saya lakukan.. Dan kini saya telah dan akan terus menikmati hasilnya. Cuma pesan saya, jangan mengharap bulan jatuh ke riba. Hasil yang lumayan takkan datang sekelip mata! Bukan sehari dua, bahkan mungkin berbulan lamanya.. Adakah anda sanggup? Jika ya, teruskan usaha anda..
Wassalam.
Popularity: 26%
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Beritahu Artikel Ini Kepada Kawan Anda. Klik Di Sini.
Vote Artikel Ini:
Artikel Berkaitan:









tq for info;
action plan saya;
1. Membina rangkaian persahabatan secara online - personal blog
4. Berkongsi ilmu dan pengetahuan. Anda hebat dalam masakan? Blog satu medium yang amat berkesan untuk berkongsi resepi! - content blog
6. Membina kredibiliti dan menarik bakal pelanggan - business blog
ok ker?
camne nak tarik traffik?
tq..=)
nak tarik traffic banyak cara…
contoh dari forum, memberi komen di blog org, search enjin dan banyak lagi…
kena belajar lah satu2…
han
Betul tu Zul… bukan sahaja untuk mendapatkan duit sahaja.. malahan boleh memberikan banyak info berguna.
nak tarik trafic pakai tag and ping
alhamdulillah, setakat ni blog saya ada memberi kesan positif walaupun baru berumur sebulan
Yang paling best, saya dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan-rakan dan bertukar-tukar pendapat dalam perniagaan internet..
Insyallah, saya akan meneruskan pelan rancangan saya untuk membina blog informatif macam blog smartzul ni..
Thanks,smartzul
bukan setakat duit aje akan anda dapat, bahkan lebih dari itu. kalo sekadar bermatlamatkan untuk mendapat duit. satu-satu blog tersebuat takkan bertahan lama tatkla kecewa datang melanda…
betul tu…
kalu terlalu mengharap nanti kecewa…
bye bye lah usaha tu…
han
Baru terima emel dari Sdr. Zul semula setelah mendiam diri sekian lama. Alhamdulillah, banyak perkembangan terbaru. Saya akui memang saya yang bersalah kerana sudah lama tidak mengunjungi blog SmartUsaha dan juga laman2 web yang lain.
Bagi saya yang penting ialah menyampaikan maklumat. Jangan overload dah lah!
Itu sahaja pendapat 2 sen saya. Hingga ketemu lagi.
Saya selalu pentingkan persahabatan secara online. Membuat duit adalah sebagai compliment sahaja.
Selain dari tag and ping, antara yang paling membantu utk menraik traffik ialah melawat dah meninggalkan komen di blog orang lain terutamanya yang mempunyai tajuk/tema yang sama. or just do link exchange. In a way, it helps. Saya menggunakan ketiga-tiga cara ni. Tetapi yang paling penting is ‘content’, tanpa content susah utk attract organic traffic.
btw Zul, bila nak releasekan versi terbaru kit blogger tu, saya dah tak sabar dah ni
yeaa… nama lagi blog. tanpa content apalah ertinya sebuah blog yang sepi dari traffik dan sepi dari duit datang bergolek dan sepi dari dunia maya dan tenggelam di hutan belantara google… hihiiii
kalau dikirakan content lah benda susah nak kekalkan…
kalau takde content memang tenggelam di hutan goole la…
han
aku buat blog tuk tambah kenalan…
Saya dah mula suka dngan blog nie. La nie blog teman saya jika boring. Tmbah penulisan blog, baca blog kekawan dan bagi komen. Banyak info pecuma
.Memang tujuan utama buat blog nak tarik traffic.. Tapi la nie saya percaya blog juga dapat membantu saya menambah kenalan cyber nie.. La ni dah kenal SmartZul, hapisol, Maizul, Matzis dan ramai lagi.. walaupun tak penah jumpa kan 
banyak kenalan yang boleh dicari kalo dah ada blog yang tersendiri dan bukan mengharapkan duit segera dari blog semata-mata dan peluang buat duit akan datang dengan sendiri selepas bebrapa lama kita berblog dan menguruskan blog dengan jayanya…
abdfatah..
dunia sekarang ni ramai yang pentingkan duit dari kawan…
mereka sanggup khianati kawan untuk dapat duit…
kejam betul…
han
Saya dah buat blog selama 6 bulan tapi belum mencapai $10 lagi. Mungkin salah teknik kot………………
La ni dah kenal SmartZul, hapisol, Maizul, Matzis dan ramai lagi.. walaupun tak penah jumpa kan ..jebat said..
maybe, jika ada rezeki kelak, kita akan jumpa.
anyway, skrg pun kita dah berkwn secara online.
betul tak zul?
yea… perkenalan online persahabatan online. ada gathering dah tentu boleh jumpa ramai-ramai. bila zul nak buat gathering haaaa…?
idea yang bagus tu…
zul kena pertimbangkan tu…hehe..
boleh lah kia berjumpa beramai2…
boleh kenal lebih rapat lagi…
han
[…] Baca artikel tersebut : KLIK DI SINI. […]
Ya, network (kenalan..). Itulah kelebihan teknologi siber ni..
Mana tahu nanti saya buat satu program gathering perjumpaan bersama pembaca blog smartusaha.. hehe..
aff, nak tarik trafik banyak cara, cuma apa yg saya nak cakap, kena sabar sikit. Sebab satu2 cara tu kadang2 take time.. Join forum, submit artikel, bagi komen kat blog orang, tag&ping, link exchange dan banyak lagi.. Pesan saya, buat satu-satu cara sampai berjaya. Kalau x berjaya, cuba cara lain.. Try & error.
Mana tahu nanti saya buat satu program gathering perjumpaan bersama pembaca blog smartusaha.. hehe.. zul said,
insyaAllah, jika diizinkanNya, kita akan berjumpa.
best juga tu, boleh la kita pakat2 kongsi idea terutama drpd pakar2 IM spt zul, sham, shuth, alang, saifulsham, irfan, sufian, bitol dll.
masa mula-mula buat blog - 2002 - tujuannya untuk personal jer.. tulis kisah-kisah harian.. cerita sakit hati dah lepaskan tension.. ala-ala diari gitu.. langsung tak terfikir yang blog ni buleh buat duit..
la ni.. guna blog untuk share information and knowledge.. and juga jual produk.. hmmm.. ada peningkatan kot..
memang ada peningkatan dari semasa ke semasa bagi menyemarakkan lagi dunia bloggers malaysia masa kini…
peningkatan yang baik cikgu…
dari personal jadi profesional…
han
Smart Zul,
saya belum lihat lg kit blogger Zul yg lepas kerana banyak sangat informasi yg saya terima dan tak punya banyak masa. Saya buat eBiz ni secara part time. Lepas ni memang nak buat blog. Jd saya nak tunggu pakej kit blogger Zul yg baru. Berapa harganya ya?
Tujuan utama berblog sebelum ni adalah utk bertukar2 pandangan dan menyuratkan apa yg tersirat….sbb kata seorang teman , kalau tak de tempat nak berkongsi atau dapatkan pandangan atau nak memahirkan skill penulisan…berblog lah…
Tak tahu pula dgn berblog boleh jana pendapatan sehingga saya terjumpa blog Smartusaha.com dan terus membeli ebook tu. ok jugak sambil2 menulis kita jana pendapatan.Jadi kenapa melepaskan peluang yg dah ada di depan mata? Rebut je peluang yg ada tu..lagi pula bila dah beli ebook tu, bukan hanya ebook yg kita dpt..tapi perkhidmatan selepas jualan amat2 memberangsangkan. Tks to Zul.
Kini dgn berblog…jalinan persahabatan maya terjalin…bukan seorang tapi ramai dan di merata tempat….itulah antara kelebihan berblog.
yeaa… dengan adanya blog sedikit sebanyak akan merungkaikan apa-apa yang terbuku di ruang minda terutamanya yang melibatkan ebiz dan suku-sakatnya… dan lain2 citarasa blog yang tersendiri…
berblog ni banyak faedah nya…
boleh berkawan dan buat duit…sambil berblog tu…
memang menarik…
tapi masih ramai yang takde blog…
rugi betul…
han
Terima kasih kepada misi jutawan kerana memperkenalkan saya kepada smartzul.. Saya memang dah lama tercari-cari ebook berkenaan blog jadi seperti ….pucuk dicita ulam mendatang..diharap zul n ebook u dapat merealisasikan impian berblog saya.
kegunaan blog adalah sgt penting dan ia merupakan satu medium atau alternatif kepada mereka yg tidak mempunyai laman web sendiri…kegunaan blog masakini semakin meningkat dprd hari ke hari..dan itulah dikatakan the power of blogger
[…] bukan untuk sekadar cari duit. Baca artikel ini Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover […]
[…] makluma lanjut baca disini:Â Sekiranya anda mahu membina Blog klik disini. Terima kasih. Share and Enjoy:These icons link to […]
wah keliatannya enak2 banget nih menunya… ada gak cara bikin es krim yang mudah. komposisi nya yang oke gitu thanks
salam

http://www.cobalagi.com
mana mungkin untuk membuat duit semata-mata. kalo kerja seharian dengan makan gaji dah tentunya untuk duit semata-mata, malahan terpaksa pulak tu untuk bekerja lantaran nak cari sedikit duit…
dengan blog anda boleh ikut mana yang termampu anda lakukan tanpa sebarang paksaan. cuma ada idea dengan kering idea sahaja…
kekeringan idea ni yang tak boleh kekal ni…
saya pun macam tu juga…
kadang2 takde idea untuk menulis…
tapi blog yang saya tinggal masih ok lagi…hehe..
han