Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak di'endorse' oleh kami.

Jangan Buat Blog Pasal Internet Marketing Boleh Tak?

20 02 2007

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Pertama sekali, saya tidak tuju kepada sesiapa dalam penulisan ini. Ia adalah secara global, Malaysia dan international keseluruhannya.

Apa yang saya perhatikan sekarang, kebanyakan orang yang ingin membina blog, mereka hanya nampak satu topik sahaja : Perniagaan Internet. Niche atau topik lain sudah tidak dipedulikan lagi. Salah anggapan newbie atau sesiapa sahajalah, jika buat blog, hanya pasal buat duit, pasal perniagaan internet, dan seumpama dengannya yang mana topiknya tersangat umum atau ‘general’ sepertimana blog smartusaha.com ini.

Kepada yang baru nak bina blog, fikir-fikirkanlah hal ini sebelum anda ingin membina blog yang topiknya mengenai perniagaan internet:

1. Mampukah anda bersaing dengan blog-blog ‘gergasi’ yang lain? Mereka mempunyai populariti bukan sahaja dari segi nama, malah dari segi SEO juga. Blog-blog sedia-ada ini akan terus menjadi pilihan utama bagi mereka yang berminat bagi tajuk perniagaan internet, dan blog baru pasal topik ini mungkin blog hanya diingati di peringkat awal dan kemudian, ia dilupai dek kerana kuatnya blog ‘gergasi’ sedia-ada di samping BANYAKNYA blog mengenai cara buat duit..

2. Mengapa? Untuk apa? Apakah tujuan anda menulis mengenai perniagaan internet di blog anda? Nak tunjuk kepakaran? Nak mengajar orang? Nak berkongsi liku-liku hidup dalam ebiz? Ya, ia satu tujuan yang baik, tidak disangkal. Tetapi, anda masih baru dalam perniagaan internet, maka yang lebih utama adalah, belajar, faham, praktis dan amalkan sehingga anda berjaya menghasilkan pendapatan di internet. Dan ketika itu, anda nak bercerita mengenai ebiz ke, SEO ke apa ke, silakan. Hal ini saya ada nyatakan mengenai kisah Mr. A di dalam 7 siri newsletter saya. Dia berjaya dalam ebiz, dan kemudian bina blog dalam sehari dua, terus orang melekat. Kenapa? Sebab dia telah berjaya dan tulisannya bukan kosong semata-mata, tetapi tulisannya lebih kepada pengalamannya sendiri, sebab itu orang suka baca. Baca kisah Mr. A dengan daftar newsletter di sini :

http://bloggingsteps.com/kit/tips-teknik-blog.html

Saya bukan ingin memperkecilkan usaha anda, dan bukan saya ingin menyatakan blog saya ini terbaik. Tidak. Blog saya ini antara blog terawal mengenai perniagaan internet, sebab itu ramai yang kenal dan selalu datang ke sini dan kekal no. 1 di Google, bahkan sebab itu ada orang hack. ;) Apa yang saya nyatakan ini adalah pengalaman saya yang mana, jika anda asyik menulis mengenai perniagaan internet, maka sebahagian masa anda telah habis digunakan tanpa mendatangkan keuntungan di saat awal anda berkecimpung dalam bidang ebiz ini. Tujuan pertama dan utama sekarang adalah, “generate income”, BUKAN “waste the time” dengan asyik menulis sesuatu yang banyak persaingan. Hayati cerita ini :

“Ali dan Ahmad dua sekawan. Ali buat blog pasal internet marketing yang mana sudah beribu-ribu bahkan berjuta-juta blog mengenai topik tersebut. Ahmad pula buat blog mengenai kerja yang dia buat iaitu menternak ayam dan lembu. Penulisan Ahmad amat santai, mengasyikkan, malah beliau memasukkan sekali cerita mengenai anugerah yang pernah beliau dapat (penternak ayam daging terbaik). Ali pula, begitu syok dengan anggapan, “aku nak jadi expert dalam ebiz. Nak kalahkan master-master ebiz sedia-ada”. Sebaliknya Ahmad, sambil memerhatikan lembu-lembunya di padang ragut, beliau sempat menulis apa yang beliau sedang buat semasa menjaga lembu2-nya itu (ehem, Ahmad pakai GPRS kot.. hehe). Blognya diminati ramai kerana tidak banyak blog sebegitu. Santai dan unik! Ali pula, terus menerus berkerut-dahi, “mengapalah dua-tiga kerat jer yang masuk blog aku ni?”. Tidak dengan blog Ahmad, beribu-ribu pelawat masuk untuk menatap tulisannya dalam sehari.

Rezeki Ahmad murah, bukan setakat ramai ‘peminat’, malah pihak Kementerian sudah mengenalpasti yang ada usahawan menggunakan internet untuk berkomunikasi dan menceritakan usaha mereka. Malah, ada pihak-pihak yang ‘import’ atau memesan ayam dan daging dengan Ahmad. Tak cukup dengan itu, Ahmad juga mendapat kunjungan dari orang perseorangan untuk mendapatkan ayam atau lembu yang mana mereka itu kenal Ahmad melalui blog. Ali pula?? Masih berkerut-kerut dahinya, tak senang duduk, panas punggungnya tak selesa. Kononnya ingin mengalahkan blog2 ebiz sedia-ada (tempatan dan international - blog dia dalam english!), namun sebaliknya, usaha dia hanya sia-sia. Si Ahmad kini lebih berjaya berbanding Ali di dalam arena ‘blogging’. Malah Ahmad juga telah dijemput untuk memberikan ceramah kepada usahawan lain ‘bagaimana menggunakan blog untuk perniagaan!’.” - tamat - Cerita ni best, tapi tu lah, hanya rekaan semata-mata. Tapi best jika anda ada blog macam Ahmad. ;)

“Jika saya jadi anda, dan jika saya masih tiada blog, saya TIDAK akan buat blog mengenai perniagaan internet…”. - smartzul

Jadi? Fikirkanlah topik lain. Banyak lagi topik lain yang belum disentuh dan dijamah ramai orang. Saya pernah menerima emel daripada seorang pembaca blog saya, beliau mengatakan, “zul, sekarang dah banyak blog perniagaan internet, takut saya.. Overload..”. Maksudnya, beliau hanya memilih blog tertentu sahaja untuk merujuk mengenai perniagaan internet.

Dari cerita di atas, satu pelajaran amat bermakna untuk kita semua iaitu :

“Ingin berjaya dalam blogging atau perniagaan samada offline atau online, tidak semestinya kita bercerita dan menulis mengenai buat duit atau bisnes semata-mata. Jadilah seperti Ahmad dan elakkan menjadi seperti Ali!”.

“Tapi zul, saya dah buat blog pasal ebiz, takkan saya nak stop kot..”. Jawapan saya: “Anda sudah melangkah, teruskan usaha anda sebaik mungkin”.

Maka saranan saya bagi anda yang baru bermula untuk menjana pendapatan di internet melalui blog :

Pilih satu topik niche di luar skop perniagaan internet. Contohnya seperti motivasi, kesihatan (mungkin hanya mengenai penyakit kanser?), blog pasal motor, kereta, mengenai masakan, beladiri, elektronik dan lain-lain lagi. Maksud saya di sini ialah dalam bahasa melayu kerana tidak banyak lagi di Malaysia. Jika anda seorang mekanik kereta, haa, tulislah kepakaran anda tu. Kalau anda expert perkakasan komputer, tulislah pasal yang tu. Jika anda pakar sangat-sangat buat macam-macam kek, buatlah satu blog khas untuk kek! Jelas? :) Jika target anda international, maka kaji dahulu topik tersebut dari segi demand & supply. Ehem, ingat pengguna internet ni semuanya minat pasal perniagaan internet ker? Ketahuilah (anda memang tahu pun), manusia ni ada kemahuan dan minat sendiri. Ada yang suka pasal komputer, ada yang suka pasal beladiri, ada yang minat sakan dengan permainan komputer, ada yang asyik baca pasal bola sepak, dan sebagainya…. Jadi? Target mana-mana kelompok tersebut, dan bina blog untuk topik berkaitan.

HASIL - Bila dapat tuai?

Anda juga perlu faham, menulis di blog hasilnya bukan dalam sehari dua. Anda akan mendapat faedahnya mungkin dalam 3 bulan, 6 bulan, setahun atau lebih. Konsep ‘blogging’ amat mudah, anda tulis dan usaha mendapatkan pelawat, optimize blog dan manage sebaik mungkin secara konsisten. InsyaAllah, satu masa nanti, anda akan merasai hasilnya yang tak terhingga. Apa yang saya kata ini, apa yang saya lalui sendiri. Kalau anda nak dapat hasil dalam masa yang singkat, ia hanya mimpi di siang hari. ;)

Maka, tidak perlulah risau jika dalam sebulan dua anda tidak dapat hasil daripada blogging. Eh, blog tu tujuannya nak buat duit jer ke? TIDAK. Anda boleh bina kredibilti, bina nama, dedahkan kepakaran anda, promosi perniagaan sedia-ada, tambah kawan dan rangkaian perniagaan anda. Bukan hanya untuk buat duit! Buang jauh-jauh pemikiran buat duit semata-mata ini, jika tidak, sampai satu masa, anda merasakan apa yang anda buat TIDAK BERBALOI dan seperti terpaksa. Jelas, dengan blog, anda boleh dapat macam-macam, bukan hanya duit. Lakukannya dengan hati yang gembira dan duit bukan sasaran utama.

Oklah, dah banyak saya menulis. Tak sedar, masa pantas berlalu. Apapun, saya suka untuk menyenaraikan beberapa blog pembeli Pakej Kit Blogger saya yang ada topik bukan perniagaan internet, antaranya:

1. Blog mengenai komputer: http://azumass.com/blog

2. Blog mengenai jamu: http://jamuonline.com

3. Blog pasal anak-anak: http://planet-fahmi.com/blog

Kepada blog-blog lain yang tak tersenarai, usah berkecil hati, tulisan saya kali ni pasal niche, tiba masanya nanti, kita ulas pasal blog ebiz pulak yer. :D

“Tapi zul! Saya nak tulis juga topik mengenai perniagaan internet, boleh?”. Ermmm, tunggu next article boleh? ;)

PS. Nak jumpa saya? Meh join bengkel ebiz. Klik link berikut :

http://ebizmalaysia.com/bengkel.

Wassalam.

Popularity: 38%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Beritahu Artikel Ini Kepada Kawan Anda. Klik Di Sini. Beritahu Artikel Ini Kepada Kawan Anda. Klik Di Sini.


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (3 votes, average: 4.33 out of 5)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Nak Buat Blog Pasal Ebiz Jugak Ke?
  • Tentukan Bidang Anda dan Fokus 100%
  • Mengapa Saya Masih Belum Berjaya? - Siri III
  • 7 Dalil Anda Perlu Memiliki Blog Sendiri Hari Ini Juga
  • Lawak Jenaka Di Hujung Minggu..
  • “Tak ok ke kalau buat blog pasal ebiz?”
  • Bisnes Ebook Dah Tak Relevan!
  • Kejayaan Orang : Apa Kata HATI kita?
  • Baca, Faham, Catat, Buat..
  • Teknik Mudah Tarik Trafik Ke Blog

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    Ada 42 Pendapat Bernas »

    Pendapat oleh lynn
    2007-02-20 09:05:53

    Hi Zul, mmg tepat pd masanya entry Zul kali ini. Terus terang saya setuju dgn pendapat peribadi Zul ini wpun ianya agak tegas, mgkn stgh org kurang setuju. Tp bg saya mmg betul, belum ada lg blog2 yg hebat seperti yg ‘En Ahmad’ miliki dan kalau ada pun mgkn bukan dot com. Jadi terima kasih Zul, saya dlm proses memiliki blog2 spt itu di ms akan dtg.. insyaallah, tunggu saja kemunculannya nanti. ;)

     
    Pendapat oleh Sabri SaifulSham
    2007-02-20 09:26:59

    5 Bintang Lagi! Setuju Sangat…

    Sabri

    p/s: Zul, apa pak Ahmad guna GPRS. Saya terserempak dia pilih henpon 3G ari tu kat Sg Wang. Dia cakap duit Adsense…hehe ;)

     
    Pendapat oleh Jebat Mesranet
    2007-02-20 10:24:19

    Eeemmm.. masa mula-mula tulis blog hari tu fikir juga benda nie. Tapi kepakaran dan minat saya lebih pada internet marketing. Pendapat saya nak buat sesuatu benda kena ada minat mendalam.. Kalo tak usaha akan jadi sia-sia :-) .

     
    Pendapat oleh mirul
    2007-02-20 13:11:48

    Assalamualaikum Zul..

    Saya setuju sangat dengan Zul.. membina Blog tak semestinya terhad kepada topik ‘bisnes internet’ sahaja.. anyway, kita memahami bahawa topik yang tengah “HOT” sekarang nie memang berkaitan ‘bisnes internet’, so thats why blog-blog seumpama ini semakin banyak di Malaysia sekarang.

    Resepi Asas kejayaan seorang Blogger:
    1. Kreatif dalam mencipta topik perbincangan,
    2. Infomasi yang terkini (updated),
    3. Bijak berinteraksi dengan pelawat,
    4. Mantap dari segi hujah dan ulasan,
    5. Tak lokek ilmu - bermakna sedia untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bersama pembaca dengan seikhlas hati,
    6. Sedia menerima pendapat, kritikan dan teguran,
    7. Belajar dan terus Belajar… ;-)

     
    Pendapat oleh shueqry
    2007-02-20 14:39:22

    hi semua..shueqry here.. topik yang Zul tulis kali ini amat menarik. Very interesting dalam bahasa Bajau..hehe..gurau jak..teguran Zul amat bermakna sebab saya melihat blog internet marketing makin berlambak di alam maya internet malaysia ini. Apa yang dipaparkan sebenarnya? maybe teknik masing2..maybe juga ‘pengkopian’ dari blog experts.

    Saya lulusan Banking & Finance. Oleh sebab saya mahu lain dari yang lain, saya tak berkerja jadi pegawai bank tetapi usahawan internet. masih banyak lagi yang perlu diperbaiki rasanya. Pernah jugak terfikir nak buat blog pasal internet marketing, tetapi saya tiada kepakaran dan ilmu yang mendalam. Tambahan pula, saya mahu bezakan diri.

    Oleh sebab itu, saya cari niche tertentu. Dah jumpa! tetapi saya gunakan sumber percuma saja, sebab belum cukup ilmu dan suntikan modal untuk beli hosting, domain name, autoresponder, opt in email dan merchant account.

    Thanks for the advice Zul :-)

     
    Pendapat oleh pak_aen
    2007-02-20 15:12:51

    Saya setuju banget dengan topik nie :) , terus terang, mula2 saya buat gak tentang perniagaan internet, pastu x der idea. sebab apa, saya bukan dari bidang perniagaan internet. x tahu langsung tentang perniagaan internet, mcam mana nak tulis.. tapi sekarang dah tahu skit2..he33

    Minat saya pada komputer, jadi dari situ banyak idea akan dapat kerana minat.. :) . jadi tulis kat blog pun seronok sebab kita tahu segalanya2.. Buat tajuk atau blog tentang sesuatu yang anda minat, Insya’Allah anda tak kering idea punya.. dari minat anda secara tak langsung anda akan kenal perniagaan internet.. :)

    Sebenarnya blog saya tu x der topik niche, masa buat blog dulu x tahu apa itu niche..he333 :) .Gambarajah pokok yang menerangkan segala2 tentang niche pada saya. gambarajah pokok? :) .. nak tahu tanya Zul, nak tahu sangat gilah bengkel ebiz.. :)

     
    Pendapat oleh AzizMansor
    2007-02-20 15:59:15

    Memang blog psal internet mkting banyak la ni. Masa saya mula2 buat dulu puas saya fikir nak buat blog psal apa. Tapi mandangkan saya pernah buat MLM, pernah gi kos motivasi, dan saya suka baca buku-buku pasal bisnes. Setiap bulan saya mesti beli buku. Kalau tak beli, saya cukup gelisah. Tak kira apa jua bidang, baik bisnes online mahupun offline mcam hartanah ke dsb. Jadi saya pun teringin la nak kongsikan dalam blog saya. Lalu terbitlah tag linennya Mengecapi Impian… tu.

     
    2007-02-20 16:37:30

    Thanks sbb bagi link ke blog saya JAMU+online.

    Cerita tentang pilih tajuk niche ni memang pening kepala.. kalau tak tahu JAMU+online tuh adalah domain saya yang entah ke berapa.. hehehe.. ada sebahagian daripada domain yang dibeli dibiarkan begitu sahaja sbb bile dah start, tetibe kat tengah jalan (takdelah tengah sangat) idea hilang.. tunggu berhari-hari berminggu-minggu, idea tak mari..

    Lepas baca kit blogger zul, saya pikir berkali-kali apa benda yang saya sangat minat, tahu banyak, dan orang selalu tanya.. dan itulah jumpanya JAMU+online. Nama domain ni, husband yang bagi.. mule nak letak tokeijamu.com , kedaijamu.com, tokojamu.com ..

    Dan sejak akhir-akhir ni memang jumpa banyak sangat blog psl internet marketing.. taktik saya nak pilih blog? Tengok tarikh posting yang pertama.. kalau dah lama.. dan ada ramai commentator.. dan lagi satu, cube selidik kalau penulis yang sama ada juga blog topik lain..

    Yerlah, kalau blogger tuh tak pernah pun menjual/ meniaga produk lain, macamana dia terer psl bagaimana berjaya dalam perniagaan internet.. Mungkin dia tahu teori jerlah.. tapi dia tak laluinye sendiri..

    In short, find blogger that walk the talk!

     
    Pendapat oleh Helmi Hakim
    2007-02-20 16:52:02

    hehehehehh…

    Betul tu… :) Semua asyik buat blog pasal internet marketing, pasaran lain terabai…

    Kalau anda minat memasak, buatlah blog tips memasak… Ibu ibu, anak anak gadis akan selalu layari blog anda, setia menantikan tips anda.

    Kalau anda suka berpantun, bersyair, bergurindam, buat blog tentang sastera. Tarik minat penulis, pembaca novel…

    Kalau anda minat main golf, hehehh… buat blog tentang tips bermain golf… Rasa rasanya kalau bahasa inggeris nie, mesti ramai yang kunjung blog anda…

    Kalau semua blog bertumpukan internet marketing, memang susahlah nak mencipta kelainan. Payah nak bersaing dengan yang marketer yang lain… :(

     
    Pendapat oleh fauzan
    2007-02-20 18:01:52

    hi zul,

    dengar tu para blogger semua..jgn dok fikir nk buat blog inet marketing jer ye..cuba sket baca2 kisah ali dan ahmad tu ye..

    walaupun blog ahmad pasal nk pemeliharaan ayam/lembu, tp content blog die lain dr yg lain..so, bila content dh lain (org kata unique) maka dengan sendiri keinginan visitor utk melawat tersebut adalah tinggi..x bgtu zul??

    lagi satu, kita berblog mengikut minat. Dalm kes ahmad td, beliau berminat dan mengetahui selok-belok dlm pemeliharaan ayam/lembu jd beliau mmpunyai cukup pengalaman utk bercakap pasl lembu/ayam.

    sekain..

     
    Pendapat oleh Ibnu Hassim
    2007-02-20 18:01:58

    Betul tue zul.. saya sokong 1000%… Buat blog yang kita minat… Insyaallah.. akan ada hasil…

     
    Pendapat oleh alang
    2007-02-20 20:42:55

    Orang kita lebih suka mengikut apa yang mentor / sifu dia buat. Apabila mereka membaca blog mengenai perniagaan internet yang ditulis oleh mentor / sifu mereka dan kagum mengenai apa yang ditulis, lalu mereka pun berazam untuk membuat blog yg sama sedangkan mereka tidak tahu apa yang hendak ditulis kerana pengalaman mereka masih cetek.

    Nasihat saya kepada semua yg pernah bertanya kepada saya, buat apa yg kita minat dan kita tahu. Minat penting kerana tak nak blog kita nanti terkandas di tengah jalan dan pengetahuan juga penting sebab kalau tak, apa yg kita tulis nanti, lebih banyak dicedok dari blog lain daripada datang dari tulisan kita sendiri

     
    Pendapat oleh Labanon FlareBIz
    2007-02-20 23:05:42

    Setuju bro ;)… asyik2 pasal Internet Marketing huhu

    p/s:hehe blog2 gergasi memang hebat :P ni salah satu blog gergasi ni wow besarnya

     
    Pendapat oleh smartzul
    2007-02-21 00:15:05

    Thanks semua.. Hmm.. Komen saya ialah, kita baca tulisan saya yang seterusnya. :) InsyaAllah esok hari.

    Komen yang saya menarik hati saya ialah, komen Alang. Jangan ikut2, tapi buat apa yang anda tahu dan minat. To Jebat, teruskan sebab itu memang minat anda, saya juga menulis sebab saya minat dan ia bidang / kerja saya (full time internet marketer).

    Kepada yang lain2, mungkin tulisan saya yang seterusnya mengembirakan anda. Tunggu…

     
    Pendapat oleh edy_sifuku
    2007-02-21 00:39:27

    bagus en zul…coretan en zul ni tepat pada masanya..saya sebagai newbie pun perasan akan trend blog di malaysia yang kebanyakan tertumpu pada internet marketing sahaja. saya ni mula2 tu nak buat jugak…tapi keyakinan kurang untuk bersaing dengan blog “gergasi” disamping takut blank jer di tengah jalan….kini saya dah paham apa yang sepatutnya kita lakukan dalam penghasilan sesuatu blog…kita patut tulis apa yang kita minat dan telah mepunyai kepakaran..jika tidak, mesti tgh jalan,sangkut…. terima kasih atas nasihat anda…coretan anda kali ni betul2 dah berikan saya satu jawapan pada hala tuju dunia blog saya…

    p/s-sekarang ni, saya dah tumpu pada niche biz yang saya telah ceburi dan tak mungkin nak buat blog tentang internet marketing coz kat blog ni pun banyak saya boleh belajar ;)..tumpukan pada niche lain pulak…lagi bagus…supaya orang malaysia ni dapat mempelbagaikan ilmu pengetahuan mereka, bukan sekadar pandai cari duit sahaja :)

     
    Pendapat oleh soulof99
    2007-02-21 04:40:06

    Erm… saya tak katakan selain ‘Setuju’ dengan kenyataan bro. Punyalah banyak blog tentang internet marketing ni, agak2 boleh ke kita bersaing dgn blog yg dah established?

    Pada saya, kalau rasa mampu, teruskan sahaja. Kalau tidak, cari sahaja niche yang lain.

    Apapun, sekarang ini, saya lebih selesa berblog yang tidak terlalu terhad kepada niche. (Rojak mungkin istilah yang paling sesuai.)

    Rakan2 nak buat blog rojak? Saya tak galakkan… :P

     
    Pendapat oleh fahmi
    2007-02-21 08:34:00

    Terima kasih saudara zul, Pandangan zul tu memang ada banyak kebenarannya, Bukan senang bersaing dengan pesaing gergasi. Proses nak niche pun kena berkali ubah topik dan ubah barulah akan timbul idea. Sayapun sedang menuju kearah itu. Itupun belum lagi yang terbaik.
    Pada pandangan saya perkembangan ebiz malaysia akan bergantung kepada berapa banyak niche rakyat malaysia hasilkan. Setuju tak? Satu lagi sifu-sifu internet malaysia tak kedekut….over deliver.

     
    Pendapat oleh izzuan
    2007-02-21 09:51:46

    Begitu juga pada pandangan saya..Memang tepat dan bernas aper yg diperkatakan.., kerana saya juga mengalaminya..heheh..:)

    Dulu penah jugak buat pasal internet marketing nie, tapi tak boleh pegi..skang nie tgh kumpulkan artikel berkaitan internet marketing ajelaa…
    buat projek lain…

     
    Pendapat oleh capoeira power
    2007-02-21 10:45:33

    hahahaha…inilah komen dari zul yg saya tunggu-tunggu.

    dahlah email saya mengenai fenomena ni zul tak layan. kihkihkih

     
    Pendapat oleh hustlesoft
    2007-02-21 16:21:32

    Nak buat blog memang senang tang nak cari idea yang payah …tahniah kat smartzul leh maintain sampai sekarang dengan idea yg tak pernah kering …

     
    Pendapat oleh luvlee
    2007-02-21 17:54:18

    Ape yang Zul cakap tu betul. Contohnya macam saya, sewaktu saya nak bina website, blog Zul ni saya jadikan panduan. Sampaikan theme blog pun saya ikut Zul punyer blog. Tapi nak saya tulis tentang internet marketing mmg saya tak mahir bidang tu. Jadi saya bina blog untuk kumpulkan apa yang saya suka buat dan merupakan hobi saya iaitu design banners. Saya kumpul semua banners saya, skali org lawat blog saya terus minat nak beli banner. So nasihat saya buat apa yang anda suka, pasti ada keuntungannya.

     
    Pendapat oleh nuwa
    2007-02-21 20:17:39

    Wow..! Menarik betul artikel dari Zul kali nie. Saya juga sependapat dengan kawan2 semua..Pasal internet biz n marketing biarlah org2 lama yang dah masak dgn dunia ebiz n internet marketing meneruskan penulisan mereka. Bagi mereka yg masih baru seperti saya perlu fikir 2 kali utk wujud kan blog seperti mereka dgn penagalaman yg masih cetek.. Anyway, thanks a lot Zul!

     
    Pendapat oleh Galadriel
    2007-02-21 22:40:35

    Well, niche internet marketing pun banyak cabangnya:

    1.) Affiliate
    2.) Adsense
    3.) List-building
    4.) SEO
    5.) dan lain-lain …

    Tak salah buat general IM blog, just to berkongsi ilmu dengan orang ramai.

    Saya dulu buat niche websites (bukan IM) tapi timbul lak rasa rajin nak kongsi pengalaman dan pengetahuan dgn kawan-kawan sebab tu blog internetmelayu diwujudkan.

    Zul,
    Biarlah orang nak kata general IM blog ke, same stuffs ke, yang penting you know what you are doing.
    Orang yang dah berjaya will admire you for your determination to teach others. Biasanya yang tin kosong tu yang make the most noise.

     
    Pendapat oleh Galadriel
    2007-02-21 22:45:17

    ….bersambung ….

    Zul,
    Biarlah orang nak mengata, maybe mereka frust kerana belum berjaya lagi.
    Yang penting kita ikhlas membantu orang dan mencri rezeki yang halal.

    insyaAllah satu hari nanti mereka yang mengata tu akan appreciate all your efforts untuk membantu orang melayu belajar tentang perniagaan internet.

    Jangan give up dalam membantu orang. Be yourself.

    Cheers.

     
    Pendapat oleh cruzertech
    2007-02-21 23:06:14

    Bagi saya blog ni macam dairi, Kita mula buat blog perniagaan dari mula hingga kita berjaya. Untuk berjaya seharusnya tiada alasan. Tunjukkan anda mampu buat dari mula hingga akhir. Dulu blog gergasi tu pun blok amatur juga. Dengan pengalaman dan usaha baru le blog tu jadi gergasi.

     
    Pendapat oleh blog AMBO
    2007-02-21 23:55:00

    askum..

    saya ade satu blog nk tunjuk kt korang sume..ni url nye: http://kumikosuzuki.blogspot.com/

    blog ni br launch beberapa bulan jer..tp link technorati dh ade beratus2 lebih dh..cuba tgk content blog ni..unique kn..

    darren of problogger pon respect blog ni..tgk ape yg darren komen..

     
    2007-02-22 08:01:42

    […] janjikan sebelum ini, saya akan menulis satu artikel susulan untuk tajuk sebelum ini iaitu "Jangan buat blog pasal internet marketing boleh tak?". Ramai yang memberikan pelbagai respons, terima kasih kepada yang memberikan […]

     
    2007-02-23 09:01:21

    […] internet dan buat blog pasal kumbang-kumbang emas hehe secara tidak langsung menyahut seruan bro SmarZul supaya jangan buat lagi blog tentang […]

     
    2007-02-25 19:11:30

    […] ni kecoh satu perkampungan WC apabila bro SmartZul mengeluarkan post ini. Namun post ini ada betulnya jugak, semakin hari semakin banyak blog tentang Internet Marketing(IM) […]

     
    2007-03-01 11:04:37

    […] tertarik dengan tulisan Smartzul Jangan Buat Blog Pasal Internet Marketing Boleh Tak? di mana beliau menyentuh tentang betapa banyaknya blog-blog tentang perniagaan internet. Disini, […]

     
    Pendapat oleh batagolek
    2007-03-01 18:17:08

    Sejak 2 menjak ni pun saya asyik nak datang ke beberapa blog je, tak gi semua, faktornya kita dok ingat2 setiap posting yg dia buat, menyentuh di hati dan unik ( pengalaman sebenar yang nampak hasil )…campur pula dgn seo optimization, memang lagi mantap lah..saya pun…sampai skang blom ada blog sendiri, dok buat blog2 eksperimental lagi…biler puler aku nak ada blog ni…hehe,

     
    2007-03-15 15:25:58

    […] isu lambakan website dan weblog berkaitan perniagaan internet. Isu ini boleh di baca di blog smartusaha. Mungkin ianya lebih tertuju pada newbie2 meskipun tidak dinyatakan. Adakah aku terasa hati? Oh, […]

     
    2007-03-27 19:29:02

    […] perlu menulis mengenai perniagaan internet sedangkan dah banyak blog mengenai perniagaan internet? Owh.. Secara dasarnya, saya ingin menceritakan pandangan, pengalaman dan eksperimen saya sendiri […]

     
    Pendapat oleh 3R
    2007-04-01 01:03:13

    Ntah la labu… korang banyak cakap jer jalannye tidak!! pikirla

     
    2007-04-05 18:28:28

    Rahsia buat duit dengan blog…

    Ramai yang telah mengetahui kita boleh menghasilkan duit dengan blogging. Dan saya rasa ia bukannya satu rahsia lagi kerana ada di antara rakan-rakan kita yang menjadi fulltime blogger.
    Di sini saya tidak akan menceritakan apa-apa pun tentang blogging,…

     
    2007-05-12 12:08:48

    […] atau tidak.. Kalau nak buat bisnes, kenalah ada produk dulu…Sebagai panduan, anda boleh baca disini: oleh SmartZul. Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can […]

     
    Pendapat oleh abdfatah
    2007-05-14 00:43:20

    haha… ebiz oh ebiz, yer betul… nampaknya dah sampai masanya untuk mencari niche… kalu nak citer pasal perniagaan internetpun dah berlambak.

    kena mulakan semula nampaknya…

    niche oh niche…

    niche yang ekstrem…

    kalu dah punya niche yang ekstrem dah tentunya anda akan menghasilkan income secara sambilan… dah tentu menda yang anda betul2 minat.

    buat menda yang anda minat dan duit akan datang secara sendirinya bukan kita yang terkejar2 akan duit…

    selebihnya jadikan ia sebagai satu rutin yang ekstrem dengan latihan dan latihan untuk menjadi yang lebih baik dari kebiasaan…

    hehe itu sahaja laa citer fenomena ebiz dari sudut pandangan saya. memang patutpun takder idea nak citer pasal ebiz. wahahahha…

    adesh! perkataan ekstrem saya pinjam ler sikit. jangan marah yer…

     
    Pendapat oleh alicyber
    2007-06-06 02:55:16

    semua dah setuju, aku pun setuju je. memang tak reti langsung nak cerita pasal biz ni, jadi dlm proses pembelajaran ni buat blog rojak dulu le.

    tapi aku bangga dgn contoh Ali dan Ahmad tu….hehehe???????????????

     
    Pendapat oleh titan
    2007-06-07 01:40:00

    sebab nama aku setat ahmad..aku suka cite ahmad tu..hoho..:)

     
    2007-06-10 14:24:54

    […] atau tidak.. Kalau nak buat bisnes, kenalah ada produk dulu…Sebagai panduan, anda boleh baca disini: oleh SmartZul. Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can […]

     
    Pendapat oleh abdfatah
    2007-10-17 00:36:39

    produk yang niche dan bukan semata-mata citer pasal ebiz dalam talian internet. lebih baik jugak bawak produk yang ada permintaan ramai ke arena internet untuk dipasarkan dengan jayanya….

    idea baiki basikal okeh jugak untuk dijadikan produk jualan. ebook baiki basikal dengan harga yang berpatutan. maka takperlu laa bersusah payah lagi nak hantar ke kedai kalo basikal rosak…

     
    2008-02-29 04:26:48

    […] satu tulisan saya yang amat hangat mendapat respon daripada pembaca ialah bertajuk “Jangan buat blog pasal Internet Marketing boleh tak?“. Nak kata topik tu panas, tak juga. Tapi ia mendapat respon yang amat menggalakkan daripada […]

     
    Name (required)
    E-mail (required - never shown publicly)
    URI
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong> in your comment.



    Terbaik Untuk Anda: