Mengejar September 2007 | Rangkaian Blog

Sekarang adalah bulan Jun 2007. Dah separuh tahun dah. Cepat betul masa berlalu. Saya yakin, bahkan diri saya sendiri, ada perancangan yang sudah tercapai dan ada yang tak terbuat lagi. Tak apa, ia pelajaran yang baik untuk hidup kita dan perniagaan yang dijalankan. Yang bestnya perniagaan Internet skala kecil ini, risikonya tak lah sebesar projek juta-juta yang mengerikan. Kalau rugi, taklah rugi sangat. Start Small… Nanti-nanti baru buat yang besar-besar.

Seiring masa-masa yang berlalu, sudah semestinya banyak juga pelajaran dan pengajaran yang kita telah dapat bukan?

Begitu juga dengan SmartUsaha.com, apabila masuk sahaja September 2007 nanti, maka genaplah dua tahun ia ‘bernafas’ di dunia online ini. Adakah ia satu tempoh yang lama? Ya, lama. Saya tidaklah perlu membandingkan dengan blog orang lain yang mungkin sudah bertahun-tahun wujud di alam maya ini, tetapi cukuplah saya melihat kepada prestasi sendiri.

Dua tahun. Sebenarnya secara ikhlas saya nyatakan, untuk mengekalkan sebuah blog dalam masa yang lama atau entiti perniagaan itu sendiri, ia memerlukan satu pengorbanan masa, tenaga, pembelajaran yang terus-menerus dan motivasi yang kuat. Blog tidak sama dengan laman web statik, kerana blog adalah medium komunikasi kita dengan pembaca, sama ada kita kenal mereka atau anonymous (tidak dikenali). Biasanya, yang tidak dikenali itulah yang akan mendatangkan ‘masalah’ kepada kita dan itulah salah satu cabaran.

Apabila menyebut SmartUsaha.com, ia terbahagi kepada TIGA ENTITI iaitu blog ini sendiri, entiti perniagaan dan diri saya sendiri. Sebenarnya, saya masih terus mencari-cari kekuatan diri sendiri agar lebih kuat dan stabil di dalam bidang perniagaan Internet ini. Bagi saya, kekuatan kita tidak dapat dicungkil dan diketahui dengan begitu mudah, sebaliknya ia memerlukan sebuah perjalanan dan usaha yang sabar sebelum berjumpa dengan prinsip, formula dan pegangan untuk diri dan perniagaan yang dibina.

SmartUsaha.com pula akan terus berusaha untuk melakukan sesuatu yang terbaik kepada mereka yang memerlukan. Jika anda tidak nampak apakah pemberian SmartUsaha.com, mungkin anda tidak nampak pada blog ini, sebenarnya saya ada cara dan jalan saya sendiri dalam memberikan motivasi, ilmu, panduan dan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Biarlah ia rahsia…

Saya seboleh mungkin tak mahu mengungkit apakah sumbangan saya, tetapi sebaliknya saya akan berikan apa yang mampu untuk diberi walaupun sepatah perkataan. Maka harapnya janganlah dipersendakan sepatah perkataan tersebut. Terimalah seadanya, kritiklah dengan berakhlak dan ambil yang baik. Elakkanlah memaki, komen negatif dan memfitnah kerana ia bukanlah sifat yang baik walaupun anda saja-saja melakukannya.

Semua Blog Ada Sumbangan

Begitu juga dengan blog-blog yang lain, hargailah penulisan mereka. Mana yang baik, kita ambil, mana yang kurang, berlapanglah dada dan amalkanlah sifat maaf-memaafkan dan bertoleransi. Tiada manusia yang sempurna melainkan mereka saja-saja sengaja melakukan kesilapan tersebut. πŸ™‚

Cuba anda ingat kembali, bagaimanakah kali pertama anda mengenali dunia perniagaan Internet? Biasanya melalui individu tertentu bukan? Dan biasanya juga melalui blog mereka bukan? Ya, mungkin daripada blog yang anda lemahkan semangat mereka dan yang anda caci-maki. Tak eloklah begitu. Dari situ anda mengenali ebiz, tapi tak kan di situ juga anda menyusahkan mereka. Itu tak syukur pada nikmat namanya.

Pernahkah anda berterima kasih kepada mereka, atau sekurang-kurangnya mendoakan mereka sesuatu? Atau memberikan mereka sokongan dan semangat? Atau paling kurang menyebut-nyebut akan kebaikan mereka? Menyebut kebaikan di sini bukanlah bermaksud memuji-muji. Tetapi di kala mereka difitnah, diumpat, maka apa salahnya kita membantu dengan sedikit daya yang kita ada. Di sini, ia menunjukkan bahawa kita ada sifat berterima-kasih dan syukur akan ilmu yang mereka berikan walaupun perkara yang mudah-mudah.

Inilah kehebatan blog. Ia merangkaikan manusia yang sebelumnya tidak kenal antara satu sama lain. Kemudian menjadi sahabat dan kemudian menjadi rakan perniagaan. Sebab itu saya katakan, kalau zaman sekarang handphone dianggap satu keperluan, begitu juga blog. Hanya satu ayat mengenai blog: “Anda boleh buat apa saja dengan menggunakan blog!”. Nak buat duit, nak cari kawan, nak bina kredibiliti, nak kongsi ilmu, nak pasarkan produk, nak asah bakat penulisan, nak isi masa lapang, semuanya boleh. Maka, milikilah blog dan jika boleh, guna nama domain sendiri, elakkan guna yang percuma. πŸ™‚

Nak tahu blog siapa yang paling bagus? Jawapannya…

“Tak ada blog yang paling hebat, tapi blog yang hebat adalah satu rangkaian blog”. Maksudnya, semua blog memainkan peranan masing-masing dalam penyampaian ilmu. Kalau hanya satu, tak ada yang akan mengisi kekurangan yang ada pada blog itu. Tapi jika ada blog yang lain, maka kekurangan di satu blog itu akan diisi dengan kelebihan blog yang lain. Tidak kisahlah blog itu newbie, baru, otai atau lama, semuanya memainkan peranan. Setuju? Mungkin sebab itulah Islam menggalakkan melakukan sesuatu secara jemaah (bersama-sama).

Maka, jika ada sesuatu kekurangan di blog SmartUsaha ini, maka pergilah ke blog lain yang boleh mengisi kekurangan tersebut. Jelas, blog yang hebat adalah RANGKAIAN BLOG, iaitu semua blog yang wujud di Internet ini melainkan blog yang suka mengumpat, mencaci dan memfitnah orang lain. Yang dibincang di sini hanyalah blog yang baik-baik sahaja. πŸ˜‰

Oklah, sebelum saya jauh melalut, saya tak sabar menunggu masuknya September ini nanti (2 bulan setengah lagi). Saya berharap, blog smartusaha.com ini dan entiti perniagaan SmartUsaha sendiri akan lebih maju dan lebih baik dalam penyampaian ilmu. InsyaAllah. Tiada yang sempurna dalam dunia ini, tetapi sebaliknya yang ada adalah penambahbaikan dari semasa ke semasa. Itulah namanya kehidupan.

Wassalam.

PS. Usah ditangguh niat untuk memiliki blog. Ia satu keperluan di zaman sekarang, bukan suka-suka. Saya akan bimbing anda sehingga anda memiliki blog sendiri dengan panduan mudah yang telah terbukti dapat menjimatkan masa anda. Tak perlu pening-pening belajar sendiri. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

11 thoughts on “Mengejar September 2007 | Rangkaian Blog

  1. betul tu zul.. setiap blog tu ada fungsinya..;
    yang pentingnya dapat membina rangkaian persahabatan sesama kita…
    terima kasih kerana anda merupakan salah satu sebab saya mencuba membina blog yang tak seberapanya..

  2. a’a. bagus juga pendapat zul dengan rangkaian blog tu. satu blog x mungkin lebih hebat daripada rangkaian blog. ia sudah lama dipakai dalam istilah perniagaan offline. rangkaian adalah paling penting untuk memberitahu maklumat seperti apa yang sedang dibuat di dalam dan di luar satu2 syarikat. semoga suskes zul. πŸ™‚

  3. Tahniah Zul kerana anda sentiasa kuat. Kuat dalam ertikata membina kekuatan dalaman. Ada banyak sebab. Salah Satu macam yg anda tulis tu la. Manusia ni memang sukar ‘melepaskan’ dirinya dari rasa tak puas hati, dengki hati dan segala yang -v.

    Memang tepat rangkaian itu akan saling melengkapi. Klu tidak tak adalah orang tua kita pesan ‘sepakat membawa berkat’

    Salam Siaran!

  4. Yup, hidup ni kena ada ‘rangkaian’. Blog akan sunyi tanpa pembaca dan blog tak akan dilihat bagus di sisi enjin carian jika tiada orang lain yang buat back link untuk kita. So kat situ dah nampak bahawa, kejayaan sesebuah blog merupakan satu usaha sepakat, bukan hanya usaha individu.

    Sebelum saya terlupa, terima kasih kepada semua pembaca, pemberi komen dan juga supporter yg sentiasa memberikan sokongan dan datang ke sini. Tanpa anda, apalah blog ini.

    Zool, langkah pertama tu yg penting, lama-lama ok lah tu.

    Affuan, yup, semoga kita dilindungi daripada sifat bangga diri yg kononnya kitalah terbaik. Padahal kejayaan kita sebenarnya ada kaitan juga dengan orang lain (asbab). Saya tetap ingat ada beberapa teguran yg affuan bagi kat saya mengenai blog ni mcm salah eja, thanks a lot! πŸ™‚

    Abang DJ EmR! Dah bertahun baca blog saya, akhirnya bagi komen juga yer kat sini. Saya dah masuk blog abang tu, tahniah! Akhirnya siap juga blog yer. πŸ™‚

  5. Salam bro Zul,

    Saya mula kenal perniagaan internet dan program buat duit di internet hampir setahun yang lepas.

    …dan laman web pertama saya adalah blog percuma di Blogspot.

    …dan orang pertama yang bagi komen kat blog saya adalah bro Zul sendiri.

    Saya masih ingat kata-kata semangat yang bro bagi kat saya;

    “dan sekarang amirul dah dapat talian internet kan? Tahniah.. Boleh lah fokus ebiz.. hehe.. ”

    Jadi hari ni, jika saya tengok balik pencapaian setelah setahun saya belajar hal-hal perniagaan internet ni, bro Zul,

    You deserve to get my compliment! Thanks a lot bro!

    Terima kasih, terima kasih, terima kasih!

    Regards,
    Amirul Faisyal

    p.s: Ehem..Pak Lah dan kahwin, bro bila lagi yek? πŸ˜›

  6. Amirul, terima kasih. Tu dulu, skrg Amirul dah pergi jauh. Tahniah!

    Eh, saya dah kahwin lah. Dengan blog dan ebiz. πŸ˜‰ InsyaAllah, tahun depan jika diizinkanNya. πŸ˜‰

  7. betul apa yg dikatakan… kita memerlukan network (rangkaian) jika ingin berjaya tidak kira didalam apa sekali lapangan pun (politik, bisnes online/offline) jika kita tiada network bagaimana kita mahu maju… contoh – kalu kita buka kedai tiada sapa yg supply dan tiada sapa beli ..cukup bulan bungkus… (kita membuka kedai coz ada supplier dan client) tetapi jgn lupa juga rintangan, aral, halangan, dengki, khianat dan sewaktu dgn juga menjadi penyebab sama ada kita maju atau berkubur…

    kita tak perlu mendabik dada mengatakan kita yg terbaik coz kita perlu pk dan renung kembali dari mana ianya datang? kenapa ianya berjaya? adakah ianya akan bertahan lama? dan mcm2 lg..

    seelok2nya bersyukur dan berterimakasih…

  8. ye… sy setuju dgn zul… mmg setiap org tu ada kelebihan dan kekurangan… ini dimana zul dgn cara zul dan begitu juga dgn mereka yg lain dgn cara mereka yang lain.. yg penting xperlulah kita terlalu mengikut bulat2 dgn meniru cara seseorang tu.. xsalah kita meniru tp cara kita meniru itu biarlah dgn potensi dan cara kita yg membentuknya mengikut acuan kita yang sesuai dgn kebolehan dan kemampuan!!!!

  9. Betul Zul, membaca blog pada saya adalah “separuh ganti” kepada baca buku. (Buku memang wajib kena baca, tapi kalau sibuk sangat2, kita boleh lah krgkan frequencynya.) Yang penting membaca.

    Dulu saya mengikuti kurang dari 10 blog, sekarang nyaris-nyaris 30 blog yang bagus2. (guna Netvibes, jadi saya dapat tengok 30-30 serentak)

    Rangkaian blog is powerful sebab, tak ada satu blog pun yang lengkap dengan sendirinya tanpa maklumat2 blog lain.

    Sabri

  10. Pingback: Diari Seorang Lelaki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *