Blog untuk perniagaan ubat-ubatan secara kecil-kecilan

Saya menerima satu soalan berikut melalui emel:

“Saya ini ada menjual ubat-ubat secara kecil-kecilan tapi tak pandai nak promosi. Adakah saya kena ada blog sendiri?” – Cikpuan S.

Jawapan:

Secara ringkas, mempunyai blog adalah satu kelebihan untuk mendapatkan prospek dan kemudian menyakinkan mereka. Dengan adanya blog, kita dapat kongsikan tip-tip kesihatan, maklumat produk, testimoni dan sebagainya.

Blog juga adalah salah satu ‘alat’ untuk kita berinteraksi dengan pelanggan dan akhirnya mereka yakini bahawa kita benar-benar wujud.

Selain menulis tip-tip di blog, kita sebenarnya juga dapat membuka tempahan (pembelian produk) terus melalui blog. Pilih produk-produk yang terlaris dan paparkan ia pada bahagian tepi blog (sebagai contoh salah satu cara).

Kesimpulannya, kita mampu mendapat pelanggan tanpa mengeluarkan kos pengiklanan. Inilah kelebihan menggunakan blog kerana kebanyakan pelanggan datang daripada enjin carian seperti Google, tanpa perlu mengeluarkan bayaran.

Hubungi saya jika inginkan panduan membina blog dot com atau layari terus website di sini.

Terima kasih.

Smartzul

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *