Bisnes VS Program : Anda Wajib Faham

Kebelakangan ini, industri ‘buat duit di internet’ heboh mengenai satu report khusus yang membicarakan tentang kematian adsense (the death of adsense). Sehubungan dengan itu (macam karangan lak), ramai yang takut dan gelisah terutama di kalangan newbie kerana tak dapatlah mereka merasa pendapatan melalui program adsense. Atau sekurang-kurangnya dapat hidu sekali bau cek adsense pun jadilah. πŸ˜† Baru jer nak start, adsense dah nak mati lak!! Hohoho.. Relaks.. Relaks..

Tulisan saya kali ini bukan nak review pasal report tu atau nak suruh anda download (dan saya akan dapat komisen kalau ada orang download), sama sekali saya tak akan letak link download tersebut, tapi kalau anda nak anda boleh carilah link tu di blog atau di laman web lain. Ok, pertama sekali relaks, tenang… Kenapa?

Sebab anda perlu tahu, adsense adalah salah satu sumber pendapatan di internet, BUKAN hanya satu, tapi SALAH SATU. Ya, adsense is the best, tapi seperti yang saya katakan, ia adalah salah satu cara anda nak buat duit di internet. Banyak lagi cara lain atau pelbagai model untuk anda buat duit di internet ( nanti akan keluar satu ebook panduan untuk ini, bukan saya punya, tapi rakan kita.. πŸ˜‰ ). Jadi, anda tak perlulah nak takut, gelisah, sedih atau putus-semangat.

Saya:

Ini perihal saya. Walaupun saya tahu dengan hanya buat adsense boleh bagi income ribu-ribu sebulan, kenapa saya tak buat sungguh-sungguh? Sebab saya fikirkan masa depan. “Sampai bila adsense is still the best?”. “Hmm, adsense is not the business, it’s only a program. Not our own business.” Hohoho, jangan marah yer kalau anda ‘ahli adsense’ yang aktif, ini hanya pendapat saya sahaja, perihal saya.

Maka dipendekkan cerita, saya mahu bina tapak yang kukuh dahulu dengan bisnes sendiri. Buat duit dengan program nombor dua (atau sampingan). Psst, saya pun buat adsense, affiliate pun buat, tapi sampingan, business sendiri no 1. πŸ™‚

Bisnes VS Program

Tak perlu saya hurai dalam ayat, cukup saya nyatakan dalam bentuk senarai begini:

BISNES:
– Perkhidmatan / Servis (banyak cabang..)
– Jual produk fizikal
– Jual produk digital

PROGRAM:
– Program PPC seperti adsense
– Program affiliate

Jadi, adsense dan affiliate adalah program, bukan bisnes anda, bukan bisnes internet anda. Sebaliknya, ia adalah bisnes milik google dan milik orang lain, anda hanyalah AGEN atau ‘pekerja’ mereka sahaja, ia adalah ‘money making program’. πŸ™‚

TAPI!

Hehe, nak bagi semangat sikit…

Usah gelisah.. Katakan adsense ‘mati’. Anda tak perlu risau, sebab, kaedah kajian niche market, promotion dan marketing, lebih kurang sama sahaja dengan menjual produk sendiri. Yang bezanya, program affiliate dan adsense adalah milik orang, produk / servis sendiri adalah milik anda. Cuma, perbezaan tetap ada.. Hanya mereka yang buat bisnes sendiri (produk / perkhidmatan) sahaja yang akan tahu atau akan faham apa perbezaan tersebut. πŸ˜‰

Ya, saya tahu, anda akan kata, “tapi saya minat adsense jer. Jual-jual produk atau buat servis ni tak sesuai untuk saya..”. Hmm, yang ni saya no komen, terserah kepada anda. πŸ™‚

Kesimpulan, tulisan ini ingin membawakan maksud:

1. Mempunyai bisnes atau dalam erti kata lain, ada produk atau servis sendiri adalah LEBIH BAIK daripada melakukan program. Program bukan bisnes anda, tapi ia bisnes orang lain. Tapi kalau anda tuan punya program tu, maka ia bisnes milik anda. πŸ˜‰

2. Anda boleh buat program-program tersebut, tapi sebaiknya, anda mesti juga memiliki produk sendiri. Bagi saya WAJIB! Barulah anda layak digelar USAHAWAN INTERNET yang sebenar. Opss.. Habis yang buat program affiliate, adsense tu, bukan usahawan internet ker?? Relaks, hal ini akan saya kupas nanti.

3. Pendek kata, ANDA MESTI MEMILIKI PERNIAGAAN SENDIRI. 8)

PS. Tulisan saya di atas hanya pandangan peribadi, setiap orang memiliki pandangan tersendiri. Maka, saya sama-sekali tidak mengatakan apa yang saya tulis adalah betul 100%. Saya pun manusia jugak lah… πŸ˜‰ hehe..

PPS. Anda mesti faham apa itu keusahawanan internet yang sebenar… πŸ˜‰

PPPS. Asyik join program affiliate orang jer, anda tak nak jadi tauke affiliate ke? hehe..

Selamat berjaya!

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

25 thoughts on “Bisnes VS Program : Anda Wajib Faham

  1. setuju dengan zul. memang sebaiknya kita ada bisnes sendiri. Sebab kita sendiri yang akan tentukan jatuh bangunnya biz kita tu.

    Pasal adsense, bagi akak ia sebaiknya dijadikan sebagai program sampingan. MUngkin ia takkan mati untuk masa yang terdekat, tapi masa akan datang.. who knows?

  2. Betul tu Zul. Sampai bila kita nak menumpang je.. takkan bila dah kena halau baru kita nak cari rumah? Saya pun setuju adsense ni kita buat sampingan je.Tapi kalau ada produk sendiri atau bisnes sendiri kan jauh lebih baik.Untung pun direct kita dapat dan tak perlu tunggu cek atau tunggu orang click.Kita sendiri yang pantau dan kita jugak mesti banyak belajar dari pengalaman kita.

    Kalau kita berpegang kepada adsense semata-mata kalau adsense tutup atau dibekukan buat sementara, kita baru nak mula cari binses sebenar kan susah.Kita mesti ada backup plan.Macam kerja jugak la.. kalau kita kerja makan gaji, mana tau satu hari company tu “bungkus” lepas tu baru kita nak buat bisnes kan susah tu..

    Salam Usahawan! πŸ™‚

  3. Betul tu Zul. Sampai bila kita nak menumpang je.. takkan bila dah kena halau baru kita nak cari rumah? Saya pun setuju adsense ni kita buat sampingan je.Tapi kalau ada produk sendiri atau bisnes sendiri kan jauh lebih baik.Untung pun direct kita dapat dan tak perlu tunggu cek atau tunggu orang click.Kita sendiri yang pantau dan kita jugak mesti banyak belajar dari pengalaman kita.

    Kalau kita berpegang kepada adsense semata-mata kalau adsense tutup atau dibekukan buat sementara, kita baru nak mula cari binses sebenar kan susah.Kita mesti ada backup plan.Macam kerja jugak la.. kalau kita kerja makan gaji, mana tau satu hari company tu “bungkus” lepas tu baru kita nak buat bisnes kan susah tu..

    Salam Usahawan! πŸ™‚

    Azahari

  4. Usahwan internet ialah yang menjual produk atau perkhidmatan sendiri, spt saya juga lah, oleh itu, mari semua kita fikir satu produk/perkhidmatan dan jualkannya menerusi internet. Barulah kita menjadi pemilik bisnes itu dan tak salah juga kita tambah pendapatan kita melalui program buat duit di internet seperti adsence dan affiliate.

    p/s Untuk jadi usahawan internet sebenar – Fikirkan satu produk/perkhidmatan, mesti niche, buat research tentang produk itu, bina website, dan market the product/service, kalau ada masalah, tanya zul, dia akan bantu dari A-Z.

  5. Saya setuju sangat².Semua orang patut wat MSI (Multiple Source Income).Kalo something happened kat Adsense.Kita still ada sumber lain bagi mengantikan Adsense tu.

    Jangan terlalu bergantung kepada 1 sumber. Pelbagaikan sumber pendapatan.Seeloknnya mempunyai produk sendiri sebagai sumber utama.

  6. Rasanya mamat yg kuarkan DoA tuh just nak create hype supaya org “baca” report dia. Tapi apa yg dia ckp dlm report tuh ada gak mcm betul bunyinyer.. Ape-apehal pon kita tuan punya badan kena la fikir sendiri nak buat apa. Takkan still nak layan adsense sampai ke-tua.. tak “USAHAwan” internet la camtuh.. πŸ˜‰

    By the way, setuju dgn statement bahawa adsense adalah program buat duit. Cuma program adsense lebih bagus kerana mengajar basic2 marketing pada newbies nih.. πŸ˜‰ At least, ilmu2 niche, keyword research, blogging dan traffic generating boleh jugak di gunakan untuk biz2 internet yg lain kan ? … Thumbs Up to google!

  7. Aku tahu pasal DoA ni dari webmaster usdota.com pada 13 sept tuhari.
    Mengarut je la benda ni.. jangan ambik pusing sangat..
    Sibukkan diri anda dengan perniagaan anda sendiri.

    Tapi kalau anda mahir dapat income dengan “Program” seperti yang disebut oleh zul tu, tak salah teruskan. Memang dah terbukti ramai yang berjaya dengan “Program”

  8. Penerangan yang seperti ini boleh membantu,tapi kalau pasal cerita itu dan ini tidak tentu pasal,bukan memberikan pengetahuan tetapi menghuru harakan orang yang tidak ada sekolah dan langsung tak tahu pasal ni.Ok, Zul , ni barulah dinamakan smartusaha. : ),Nobody perpect,kadang-kadang smartusaha pun boleh jadi nosmartusaha, sebab manusia juga.hehehe.,

    Terlalu jarang sekali orang zaman sekarang ni dapat membezakan mana satu program buat duit dan mana satu perniagaan Internet sebenar.Apatah lagi, di Malaysia, saya kira baru setahun jagung bertapak didalam dunia internet dan dihalang pula oleh kewujudan skim-skim yang tidak sah didalam dunia internet,tentulah banyak menhalang pemahanam mengenai kaitan antara program buat duit dengan perniagaan Internet sebenar.

    Jadi,kalau mereka tak tau,janganlah jadi hakim bulat-bulat.Kena terangkan perkara sebenar.Ni barulah motivasi yang dianggap sebagai smartusaha.kalau tak, smartusaha sekadar nama saja, tapi tak dapat memberikan penjelasan terperinci mengenainya.. Byk orang dahagakan pengetahuan , termasuk saya..

    Ok, ini ruangan untuk komen,mesti beri komen. : )

    1. kalo semuanya jadi sama bermakna tiadalah orang yang membuat perniagaan. mereka hanya akan nampak program sebagaimana yang digembar-gemburkan macm skim pelaburan yang entah apa-apa itu…

      1. kalau kira, program buat duit lebih senang buat duit berbanding perniagaan betul…
        tapi perniagaan sebenar lebih lumayan berbanding program kalau kena caranya…

        han

  9. Eh,
    Program adsense ni memang menguntungkan walaupun ianya bukan satu bisness,dapat duit dari pendapatan adsense pun boleh beli buku buat bisness”master resel Rights” dan boleh beli handpon satu lagi,boleh makan dikedai KFC lagi,pe lagi ah,hah ! bayar hutang kat kedai tu, belum lunas lagi hah dan boleh teruskan perkhidmaran domain dan hosting agar terus wujud didalam internet semula.Siapa yang tak mahu ? bagi saya, saya rela teruskan sahaja google adsense ni walaupun ada orang cakap ianya dah mati ..

    Saya memang suka baca ni (adsense dah mati) , cuma satu , saya belum join lagi.Nanti lah..byk kerja lagi yang sa nak buat ni… Teruskan saja untuk program adsense tu,kalau mula dah dapat $ dari sana,nah, maknanya adsense yang dianggap mati tu hidup semula”

    Saya mempunyai website yang penuh dengan adsense,dan dah tersebar keseluruh pelusuk asia tenggara,satu je yang aku komen,aku cuma dapat US$1.75 sen je dalam masa 3 bulan tu,Wow !!! Lumayan ni,sebab belum pernah tengok $US masuk dalam akaun,memang lumayan tapi 3 bulan tu adalah masa yang terlalu jauh dan memang dah jauh.400Km dari bandar Kota Kinabalu menuju ke perairan Laut China Selatan.Baru US$1.75 aku dapat, tanpa membuang masa , aku terus resign, tapi nak balik lagi kemudian,… kerana mungki saya masih ada kesilapan , menyebabkan saya tak dapat earning lebih….

    Kena baca ke sekolah lagilah saya ni dan baca peraturannya . Kalau tak,masa bagi kawat untuk jadi super affiliate pun tak sampai gred 1.

  10. Saya pun masa mula2 cuak jugak bila baca pasal the death of adsense ni…almaklumalh org baru nak menceburkan diri…apehal pun jgnlah patahkan semangat newbie baru yg nak merasa income dari adsense..tp bila dptkan pandangan dari rakan2 lain, ternyata berita ni tak benar. Anyway saya setuju dgn zul, kita mesti ada bisnes sendiri & tidak bergantung sepenuhnya dr sumber2 lain…at least klu apa2 berlaku kita ada backup plan kita sendiri…tak gitu…chowww!!

  11. San, betul, tak dinafikan adsense boleh bagi pendapatan yangn tinggi. Apa yang saya maksudkan di tulisan ini adalah:

    1. Bezanya bisnes dengan program

    2. Lebih baik ada bisnes sendiri di samping buat program seperti adsense

  12. Senang macam ni la, nak buat income internet kena..

    1) Bisnes Sendiri – Untuk kita kaut 100% untung darinya.

    2) Bisnes Tumpang – Program-program sampingan tu ler.

    πŸ˜‰

  13. To me kalau jual something in return of profit, tak kiralah produk tu produk kita atau produk org, still dikira businessman jugaklah tu. Dlm buku Cashflow Quadrant, Kiyosaki panggil ‘the power of leverage’, yakni guna kreativiti untuk dapat untuk dpt profit tp berdasarkan effort org lain. Patrick Chan salah sorang yang berjaya dlm ni…

  14. program dan perniagaan memang berbeza. bisness memerlukan satu bentuk pelaburan yang perlu dikuarkan. program pun perlukan modal untuk menjadikan satu2 program itu menguntungkan…

    bermakna program dan perniagaan tidak dapat lari daripada mengeluarkan sedikit modal dan ia tetap berbeza sakan…

  15. bagi saya,
    bisnes dengan program adalah sama saja…
    walau dia tak sama…
    sebab dua2 boleh buat duit…
    kalau bisnes, kena usaha yang lebih berbanding program…
    tapi bisnes untung lebih banyak berbanding program…

    kalau baru nak belajar buat ebiz, program lah lebih sesuai dan mudah…

    han

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *