Bisnes Kekal Lama.. Bagaimana, Mengapa?
Kali ini saya ingin tulis satu entry yang pendek sahaja dan saya akan meninggalkan persoalan untuk anda jawab sendiri. Apa kata kita sama-sama berikan pendapat dan mencari jawapan bersama-sama..
Dalam perjalanan balik dari bandar seketika tadi dengan menaiki bas (saya suka naik bas – travel), saya terlihat seorang pakcik, tapi taklah tua sangat. Sejak tahun lepas lagi saya memerhatikan bisnes yang dia lakukan di sebelah malam. Mungkin anda dapat mengagak apakah bisnes tersebut, yang biasanya di sebelah malam dan di tepi jalan. Ya, bisnes burger.
Sejak dari tahun lepas lagi dia memulakan bisnes tersebut dan saya amat kagum, dia masih lagi kekal berniaga sehingga kini. Dia kekadang dibantu oleh isterinya juga. Dan kalau anda ingin tahu, beliau adalah seorang staf sepenuh masa di satu tempat dan di sebelah malam beliau berniaga.
Apa yang ingin saya persoalkan di sini, bagaimanakah dia dapat mengekalkan perniagaan tersebut? Padahal apa yang saya perhati di sini, ada beberapa lagi yang sama menjual burger di tepian jalan. Bagaimana dan mengapa individu yang saya contohkan tadi kekal sehingga kini? Tidak seperti orang lain, berniaga sekejap, kemudian meninggalkan peralatan begitu sahaja sehingga buruk. Apakah ‘rahsia’ dia? Saya yakin, para pembaca semua tahu apakah perkara atau faktor yang boleh mengekalkan perniagaan kita kan?
Saya bold-kan perkataan kekal kerana, tak kiralah untung besar atau kecil, yang penting adalah, perniagaan kita bertahan lama…
Begitu juga dengan perniagaan internet, kita sepatutnya memikirkan jalan bagaimana untuk kekal lama, sebaliknya bukan memikirkan bagaimana untuk untung cepat. Fikir-fikirkan….









Banyak perlu diketahui dan dipelajari kalau nak kekalkan perniagaan. Tak kisahlah walau apa perniagaan yang dijalankan. Kalau makanan mestilah yang sedap dan menepati citarasa. Kalau dalam bisnes internet macam mana pulak ye?
P/s:Selalu beli burger RM 1.20 di pasar malam
dah tentunya kualiti kena ada dan servis lepas jualannya cukup berkesan. maka akan kekal lama bertahan laa kalo pandai menguruskan perniagaan dengan sebaik mungkin… senyum mesti selalu…
dalam perniagaan internet pun kena senyum ke abdfatah…hehe
bukannya orang nampak pun…hehe…
tapi senyum tu sedekah…
han
Saya setuju. kekal dlm perniagaan sgt ptg. Jgn nak untung cept je. semalam saya beli durian. Suruh org tu kopek sikit nak tengok isinya. Saya tekan macam ada keras sikit tapi dia kata tak. Sampai kat rumah sah tak blh makan. Rasa nak baling kat dia saje. Ini org melayu berniaga. Sumpah tak singgah lagi kat kedai tu
Salah satu sebab utama yang saya pasti adalah burger pakcik tu mesti sedap dan berpatutan dengan harganya… Kerana 2 perkara itu adalah faktor utama dalam mendapatkan repeating customer dan hanya dengan repeating customer sahaja satu-satu bisnes itu boleh bertahan. Lebih-lebih lagi kalau bisnes jual makanan!
Robotys saya setuju….
kisah fasal durian nie.. teringat saya pada isteri saya.. sama ler jugak macam kisah yusli. saya beli durian, bawak balik, lepas tu isteri saya kata tak leh makan, dah busuk, dah ler mahal. Dia packing balik dalam guni, pegi kedai tu dia lempar jer kat apek tu.. Apek tu macam paham², terus jer hulur duit kat dia. Padahal saya yang beli tadi. Kalau nak ikutkan ketegasan, isteri saya lebih tegas daripada saya. hahaha.
OK. Mempertahankan perniagaan itu adalah satu tanggungjawab sebenarnya. Bagi saya bukan setakat tanggungjawab kepada diri sendiri, tapi tanggungjawab kepada agama dan bangsa. Saya tak mahu kita dicap sebagai buat kerja semua separuh jalan. Sebab itulah saya sedaya upaya mencari jalan untuk mengekalkan perniagaan saya. Alhamdulillah. Memang kena kerja keras. Sebelum memulakan langkah tentulah ada perancangan. Bukan main cebur jer. POLC – Planning, Organising, Leading, Controlling.
Pasal pakcik tu plak, dia sememangnya rajin. Saya salute orang-orang yang macam nie. Mesti dia ada resepi istimewa yang menyebabkan orang suka beli dengan dia. Lagi satu, memang bisnes burger ni menguntungkan kalau kena gaya. Mudah. Modal kecil, profit margin boleh sampai 50%.
Kawan saya kat tempat saya ada jugak ada bukak gerai burger. Sebaya dengan saya. Masa orang sibuk-sibuk pergi belajar dulu, dia berniaga burger jer. Kalau cuti semester ke, saya ada jugak tolong² dia. Saja jer, nak tau cara camner buat burger, resepi dsb. Sampai sekarang dia masih lagi komited dengan bisnes dia tu. Dari 1 cawangan sekarang dah ada 5 ke 6 gerai. Saya percaya, dia punya income dari burger jer sehari lebih RM 1,000-00. Tapi masih pakai kereta buruk. Selamba jerk. Saya rasa dia dah jutawan. Jutawan burger, tapi low profile.
Eh.. dah melalut ke saya ni?…. Salamzz
nak kekal berniaga nih jangan trlalu terkejar nak brniaga. orang nak berniaga burger… kita sibuk nak berniaga burger… orang nak bukak pasar ramadhan… kita seibuk jugak nak bukak pasar ramadhan… namun dari segi kualitinya macam mana?
kalo nak ingatkan pasal buah-buahan memang kebanyakkanya payah nak beri buah yang elok semuanya. lain citer kita takleh nak describe elok atau tidak… takkan takleh tahu elok atau tidak… jika tak tahu dah tentu mereka yang baru nak mula berniaga…
mak saya memang bising sakan laa. membebel tak sudah kalo jumpa peniaga sedemikian rupa. macam mana nak kekal berniaga dapat costumer yang sentiasa lari dan lari dan lari sahaja…?
nak bisnes kekal lama…
boleh kot.. tapi rasa nya agak susah juga…
kalau kedai runcit akan bersaing dengan supermarket…
jadi agak susah lah…
tapi kalau kena dengan cara kedai runcit pun boleh kekal lama…
kalau kita peniaga internet ni, kita tengok pada bisnes apa juga…
kalau sesuatu yang bermusim, susah lah nak kekal…
kalau sesuatu yang selalu dapat permintaan orang ramai, mungkin boleh kekal…
han
hurm…mulut kena manis, sales after services, bukan setakat dah dapat jual just terus abaikan dia…kita kena anggap pembeli/customer kita itu adalah raja…. (tapi kena berpada-pada lah)…
Sebenarnya mau kekal lama berniaga, dalam hati mesti mau buat selama-lamanya biz tu…kata orang kalau dah tak cinta…diaorang tinggal je lah
Betul. Perlu ada niat sebegitu.