Bisnes internet-ku yang pertama : Case Study

Hmm, mungkin ada yang bertanya, apa benda yang saya jual kat internet. Inilah salah satu ‘produk’ yang saya jual di internet pada awal kegiatan saya di bidang ini. Namun sekarang, ia dah tak terjaga dan insyaAllah saya akan update untuk memasarkannya semula.

Linux Knoppix versi 3.9 dalam bentuk CD-ROM ini adalah sekeping CD yang mengandungi perisian Linux yang tidak perlu di-install ke dalam hard disk komputer anda, sebaliknya hanya perlu dilarikan melalui CD drive sahaja. Unik bukan? Sebab itulah saya hanya menjual CD ini sahaja dan tidak menjual sepertimana orang lain jual kesemua linux dalam satu tempat. 😉

http://knoppix.smartusaha.com

Baiklah, bukan nak cerita pasal CD linux tu, cuma apa yang ingin dikatakan adalah produk yang anda jualkan mestilah unik dan menarik minat orang untuk membeli. Hasil jualan saya? Hmm, nak kata banyak tak juga, sebab saya jual CD Linux itu pun atas dasar nak cuba perniagaan internet. Ternyata, pertama kali dapat bayaran kat internet, memang seronok!! Sudah lama tak buat pemasaran untuk CD ini kerana sekarang saya ‘beralih’ dan sibuk dengan perkhidmatan lain seperti membina website dan ‘system’ integration seperti setup sistem affiliate kepada laman web sedia ada.

Berbalik kepada CD dan website saya kat atas, pastikan website anda ada nilai USP atau perbezaan daripada orang lain. Di mana USP saya? Saya hanya jual sekeping linux untuk satu web dan fokus kepada linux tersebut.. Dan ternyata ramai yang berminat nak cuba CD tersebut.. Mengapa? Salah satu sebabnya adalah, orang tidak ‘bosan’ dengan web kita yang hanya fokus kepada satu perkara sahaja. Sebaliknya kebanyakan website lain penuh dengan bermacam-macam jenis linux, dan membuatkan mereka (pembeli) tidak tahu untuk memilih yang mana satu!! Lebih-lebih lagi yang ‘buta’ Linux!! hehe.. Sebagai penyelesaian kepada mereka, saya syorkan mereka mencuba CD ini sahaja untuk menggunakan linux di PC mereka sendiri tanpa perlu susah-susah install. Hanya perlu run semasa start / boot pc sahaja. Mudah bukan?

Dan yang hebatnya pada sekeping CD ini adalah, kalau anda sudah berminat dan jatuh cinta dengan linux ini dan ingin memasang/install-kannya di komputer anda, anda boleh install linux terus dari CD tersebut!!! Sekali lagi, hebat bukan??

Konklusinya, tentukan atau pilihlah produk yang unik, ‘hebat’ dan berguna untuk orang ramai.. Yang dapat menyelesaikan masalah orang. Dengan sekeping CD linux ini, semoga mereka yang ‘buta’ linux, akan mengenali perisian linux yang mana ia adalah percuma dan open source, satu alternatif untuk windows dan yang berbayar. Juga, ia bersaiz dalam 700MB dan sudah tentu menjadi satu masalah bagi yang tiada internet atau pengguna dial-up untuk men-download linux tersebut. Anda nampak? Sekali lagi saya menjimatkan masa dan menyelesaikan masalah mereka. Hanya perlu beli daripada saya dengan harga yang amat murah.

Alhamdulillah, bermula daripada menjual CD tersebut, saya terus mendapat ‘momentum’ dan semangat untuk bergiat di dalam bidang ebiz ini… ‘Eksperimen’ saya untuk mencuba perniagaan internet melalui sekeping CD ajaib ini menjadi akhirnya.. Banyak yang saya belajar, dari memasarkannya, terima order dan bayaran, pembungkusan dan juga penghantaran.

Apa? Mesti anda tertanya, boleh jual ke Linux ni? Hehe, satu persoalan yang meragukan diri saya dahulu.. Ya, Linux Knoppix berada di dalam lesen GPL, yang mana kita boleh mengubah kod dia, mengedarkannya, malah menjualnya (kenakan sedikit caj). Anda boleh rujuk di beberapa laman web ini untuk pengesahan:

http://en.wikipedia.org/wiki/Knoppix

http://en.wikipedia.org/wiki/GNU/Linux_distribution

Berikut adalah salah satu petikan di dalam lesen GPL:

“If not otherwise specified, the software on the CD falls under the GNU GENERAL PUBLIC LICENSE. Similar to other Open Source licenses, this means that you can copy, modify, redistribute and even resell the CD without restrictions, as long as the recipient receives the same license.“.

Sumber: http://www.knopper.net/knoppix-info/index-en.html#license

Di manakah kekuatan saya menjual CD ini?

# Setahu saya, saya jer kot kat Malaysia yang jual sekeping CD ni jer kat satu website (walaupun subdomain). Sebaliknya kebanyakan orang menjual pelbagai jenis linux pada satu web. Ingat! Orang kita ni tak tahu sangat nak memilih jenis Linux yang sesuai untuk mereka atau yang diperlukan oleh mereka

# Pelawat ke website saya boleh fokus dan fokus kat satu benda ‘ajaib’ ni jer.. Nyatakan kelebihan CD Linux ni, insyaAllah dengan fokus tersebut, mereka berminat untuk membeli

# Rata-rata orang Malaysia tak reti sangat nak guna shopping cart, sebaliknya dengan cara meletak satu barang kat web, mereka mudah nak membeli! Inilah kelebihan mini-site! Sekali lagi, satu barang pada satu website

# Hmm, apa lagi yerr.. Ada lagi, tapi rasanya yang di atas dah memadai untuk anda faham.

Pendek kata, anda kena ada USP (Unique Selling Proposition), laman web yang niche, memudahkan pelanggan dan yang penting produk yang anda jual adalah menyelesaikan masalah orang ramai.

Sekian dulu satu kes studi bagi salah satu website jualan saya yang mana di awal penglibatan saya di dalam ebiz ini. Pokok pangkalnya, anda perlu mulakan dan lakukan trial & error. Tak cuba tak rasa, dan tak tahu.

PS. Ops, anda nak jual jugak ke Linux ni? Huhu, boleh ajer.. Takder saper yang boleh larang, sebab ia open source dan semua orang atas dunia ni boleh dan berhak untuk mengenakan caj bagi setiap keping CD Linux yang dia sediakan. Cuma anda perlu faham tulisan saya kali ini.. Faham tak? Saya ulangi sekali lagi: USP. Ya, USP, hatta beribu orang lain jual jugak pun (lebih2 di Malaysia), saya ada nilai USP. Baca balik tulisan saya dari awal. Anda akan faham. 😉

PPS. Kalau anda masuk ke website tu nanti, masih banyak ‘kecacatan’ yang perlu diubah dan kurangnya fungsi seperti form dan lain-lain lagilah. Anda perlu faham, website tersebut tidak di-update sangat sejak dari saya mula bergiat menjual di online.. nantikan versi terbaru laman web tersebut

PPPS. Anda pernah guna Linux? Kalau nak rasa guna Linux, belilah Knoppix ni satu!! Ahakss.. 😉

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

4 thoughts on “Bisnes internet-ku yang pertama : Case Study

  1. erm…baca-baca balik ade btulnya. Sebagai contoh belajar membuat html. Saya percaya golongan IT atau surfers pasti berkata:

    “alah, nak belajar html senang..orang bleh googling je…wat ape aku nak ajar orang, pasti tak laku”

    Tahukah bahawa en. Fuad latip telah mampu menjual hampir 800+ dari penjualan cd 1 Jam Belajar Membuat website HTML (asas).

    Mungkin inilah yg melanda sesiapa sahaja termasuk saya. Kadangkala ilmu yang kita dpat sebenarnya berguna dan menjadi “rahsia” pada orang lain walaupun dianggap senang.

  2. hahaha, tu la pasal.. “run” dalam BM kan lari.. 😉 Harap2 sabri dapat komen keterangan saya di atas. Banyak lagi nak kena belajar. hehe..

    ramzwatcher, betul. Kebanyakan orang hanya tahu bercakap jer, buat tak der. So, just do it apa yang kita nak buat. Bila kita dah berjaya, entah apa lagi yang akan dikatakan. Pekakkan telinga, buat keje kita. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *