Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Bisnes Ikut-Ikut + Tiada USP + Tak Buat SWOT

Pernah tak anda sedang jalan-jalan anda melihat penjaja di tepi jalan menjual benda yang sama? Ya, saya lihat! Hehe.. Petang tadi selepas balik berjumpa dengan kawan saya, saya ‘terkejut’ melihat beberapa orang membuka ‘kedai sementara’ di tepi jalan. Kedai sementara atau payung tu…

Mereka menjual buah-buahan seperti durian dan rambutan. Sebelum ini, kawasan tersebut hanya ‘dikuasai’ oleh dua orang sahaja. Sorang murah dan sorang lagi mahal. Ada ke patut, 1kg durian (termasuk kulit) RM6.00. Dia ingat kita nak makan kulit sekali ker? :) Sorang lagi 1kg RM3.00.

Tapi, bak cendawan yang tumbuh selepas hujan, beberapa pendatang baru juga membuka jualan yang sama di situ. Apa yang saya perhatikan, semua letak harga 1kg, RM3.00, termasuklah dua orang pertama tadi… haha.. Macam manalah diaorang ni bisnes. Dah lah dekat-dekat, pembeli pun pening nak singgah kat penjual mana satu.. Dalam hati, diaorang ni ada plan ke jual kat sini, pesaing dekat-dekat. Dah lah harga sama..

Saya tinggalkan persoalan ini untuk anda memberi pendapat dan komen.

Bagi saya, kita nak buat bisnes perlu ada kelainan dan strategi. Dalam istilah perniagaan, iaitu USP (Unique Selling Proposition). Tak cukup dengan tu, kita kena buat analisis SWOT (Strengths, Weaknesses, Oppostunities, Threats). Nak tahu pasal ni, ada satu web yang anda boleh download spreadsheat percuma untuk buat analisis ni:

http://www.mindtools.com/pages/article/newTMC_05.htm

Begitu juga dengan perniagaan internet, kalau anda jual apa yang orang lain jual. Begitu sukar perjalanan anda, lebih-lebih lagi pesaing anda mempunyai kekuatan dan menggunakan segala peluang dan ruang yang ada.. Fikirkan…

Facebook comments:

4 Responses to “Bisnes Ikut-Ikut + Tiada USP + Tak Buat SWOT”

  1. hasrul says:

    itu sudah mesti.. kelainan

  2. cikguonline says:

    Macam mana berniaga cam tu..

  3. smartzul says:

    Satu kisah lain kat pasar malam, sorang abang dan kakak ni dia guna konsep RM1 untuk nasi lemak kukus diaorang. Fuuh, tak menang tangan! India, cina dan melayu, semua setia menanti.

    RM1 untuk sebungkus nasi, sambal bilis dan sepotong telur rebus. :)

    Saper tak nak, dah lah sedap! ;)

  4. ada juga yang kata, tumpuan pada suatu tempat. contohnya Lowyat Plaza (lebih dikenali sebagai tempat beli barang PC) dan masjid india (tempat beli kain). semua jual barang yang sama.
    so, tempat2 tu jadi tumpuan orang ramai untuk beli barang pc dan juga kain. tapi peniaga kena la buat kelainan, tak salah dan bagi pendapat saya, 1 niche 1 tempat adalah sangat2 sesuai, cuma peniaga kena la buat kelainan. lagi satu, peniaga boleh buat persatuan, beli dari pemborong yang sama, dengan kuantiti yang sangat2 banyak, so dapat harga lagi murah pastu dapat tawarkan harga yang murah untuk costumer. so costumer berpusu2 la g sana.

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)