Bisnes Ebook Dah Tak Relevan!

*Artikel ini saya tulis untuk forum WangCyber.com sebenarnya..

Bisnes Ebook Dah Tak Relevan?

Hajat nak letak tajuk “The Death Of Ebooks”, tapi guna je lah tajuk yang sedang diguna oleh Team Flarebiz di majalah IM. Mudah sikit anda semua nak faham apa ‘isu’ sekarang.

Adakah ebook masih relevan di masa kini?

Bagi saya, soalan ini tidak patut ditanya, tapi amat bagus untuk diperbincangkan, disenaraikan idea dan pandangan oleh para usahawan ebook.

Konsep asas bisnes ebook adalah bukan “i jual you beli”. Itu bukan bisnes. Ramai yang kata dia buat bisnes internet, tapi yang dia buat hanyalah make money iaitu jual ebook semata-mata. Buat duit biasanya untuk jangka pendek sahaja. Berbeza kalau buat bisnes, boleh bagi keuntungan jangka panjang.

Bisnes ebook yg sebenar ialah:

1. Kita ada ebook sendiri (unik). Bukan ebook MRR, RR atau PLR, tapi kita tulis dan hasilkan sendiri. Ini baru boleh dikatakan sebagai produk sebenar. MRR apa semua tu hanyalah sebagai produk sampingan sahaja, bukan produk utama bagi perniagaan. Ebook sendiri adalah satu aset bagi kita, harta kita. Hakciptanya adalah milik kita.

2. Ada senarai pelanggan dan prospek (list of buyers & prospects). Bila-bila masa sahaja kita boleh hubungi mereka untuk promosi ebook kita. Senarai pelanggan inilah sebenarnya nadi kepada sesebuah perniagaan. Cuba tengok perniagaan offline, kebanyakan pelanggan mereka adalah pelanggan yang sama. Mereka jaga betul-betul pelanggan sedia ada mereka.

3. Ada banyak produk terutama yang sama bidang. Kalau dah ada (jual) ebook pasal resepi satay, apa lagi resepi masakan yg lain yg boleh dijual? Ini dipanggil sebagai ‘product positioning’. Sebagai contoh, saya tahu banyak pasal blogging. So selepas ini, saya akan banyak keluarkan ebook mengenai blogging.

Salah satu tujuan perkara ini ialah agar kita ada fokus dan dapat memanfaatkan senarai pelanggan sedia ada. Kalau buat pasal topik lain, maka anda perlu bermula dari zero semula untuk market tersebut. Tapi tidak untuk market yang sedia ada anda masuki.

4. Ada produk back-end. Ini rahsia besar dalam ebiz. Back-end secara mudah bermaksud kita tawarkan produk lain kepada pembeli sedia ada. Ada orang pertikai jual ebook murah tak bagus. Tapi hakikatnya tujuannya ialah untuk dapatkan list of buyers. Then selepas tu boleh follow up dengan produk yang mahal sikit.

5. Ada produk high ticket (harga tinggi). Contohnya coaching program, seminar, bengkel, talk dan sebagainya. Ini adalah kemuncak di dalam usaha perniagaan anda. Jadi, ebook adalah sebenarnya jambatan kepada produk high ticket tersebut.

Perkara 3, 4 dan 5 di atas dipanggil sebagai marketing funnel. Bermula menjual ebook yang murah, jual harga medium dan akhirnya harga tinggi. Marketing funnel ni ia berbentuk piramid (atas ke bawah).

Saya senaraikan 5 perkara itu sahaja dulu. Saya tak kata ia lengkap. Banyak lagi aspek lain yang perlu diambil kira untuk mengatakan anda benar-benar buat bisnes internet. Jadi, hati-hati. Jangan anggap anda buat bisnes selagi anda belum pasti adakah anda betul-betul buat bisnes?

Kesimpulan yang dapat saya katakan ialah, ebook akan tetap relevan sampai bila-bila. Mereka yang mengatakan ebook ini sudah tak relevan sebenarnya mereka tak faham apa itu bisnes ebook. Sorry to say, tapi ini hakikatnya. Mereka bermain dengan bayang-bayang sendiri.

Mereka tak faham konsep marketing funnel. Maka sebab itu mereka tak yakin dengan ebook. Ebook itu selain dapat ‘buat duit‘, ia juga dapat dijadikan sebagai platform untuk membina jenama dan juga membawa customer untuk servis atau produk lain yang lebih tinggi bayarannya.

Malah, mereka juga tak ada keyakinan di dalam bisnes ebook. Takut takut dan ragu ragu. Semuanya bermain dengan fikiran sendiri (konflik dalaman). Pesanan saya, jual je lah. Kalau tak ada orang beli, buat kajian kenapa takde orang beli. Kat situ bertambah lagi pengetahuan kita dalam aspek marketing.

Banyak lagi sebab ebook tak laku dan tak dapat saya senaraikan di sini satu persatu. Cuma tiga perkara untuk pastikan ebook laku ialah:

1. Topik ebook ada permintaan – Ini wajib
2. Kadar conversion rate laman jualan adalah tinggi
3. Trafik ke laman jualan mesti tinggi dan targeted

Di luar sana, ramai yang mahukan bantuan anda. Dan dengan ebook lah salah satu cara untuk membantu mereka. Saya banyak terima emel dan SMS pasal ebiz dan perkara teknikal. Dari dulu sampai sekarang, tetap ada orang baru dalam market yang anda ceburi. Market ebiz ke, market masakan ke, market hosting ke, permintaan tetap ada..

Tapi, anda perlu faham konsep supply & demand juga. Kalau permintaan ada, tapi persaingan banyak, maybe tak profitable nak masuk bidang / pasaran tu. Tapi tak semestinya tak boleh sebab nak seribu daya. Di sinilah peri pentingnya keunikan produk dan jenama (brand) perniagaan dan diri anda sendiri.

Soal marketing pun salah satu sebab ebook tak laku. Ebook tu bagus, tapi cara marketing tak efektif dan tak begitu bagus. Itu belum lagi nak cerita mengenai strategi keusahawan si usahawan tersebut. Macam mana hubungan dia dengan bakal pelanggan dan pelanggan sedia ada? Dia menjual atau buat bisnes dengan pelanggan?

Untuk kejayaan jangka panjang, anda ‘jangan menjual’, tapi buat bisnes. Bisnes ni bermaksud, wujudkan hubungan baik dengan pelanggan (bukan hubungan sulit ok!). Jangan hanya takat ‘aku jual kau beli then habis’. Itu bukan bisnes. Dengan wujudnya hubungan baik, mereka tak anggap anda sebagai seorang penjual atau salesman. Tapi mereka anggap anda seperti seorang kawan.

Akhir kata, ebook akan tetap laku sampai bila-bila. Kalau anda usahawan internet atau usahawan informasi yang serius, jangan sesekali mengatakan ebook sudah mati, tak laku, tepu atau dah tak relevan. Kalau anda kata begitu kepada pakar infopreneur, anda akan malu besar dan mereka akan ketawa besar kepada anda.

Industri informasi akan terus berkembang maju selari dengan permintaan setiap masa dan zaman. Kita sebagai usahawan hanya perlu mengikut permintaan pada masa tersebut. Sebab itulah kena buat market research dan mengikuti perkembangan semasa.

Ini adalah pandangan peribadi saya dan saya tetap yakin ebook tetap laku bak pisang goreng panas jika kena caranya. Ingat, manusia mahukan kesenangan, kekayaan, ketenangan, keselesaan, sihat, cergas, mudah dan sebagainya. ANDA sebagai usahawanlah yang boleh memenuhi kehendak mereka itu. Salah satunya adalah melalui ebook.

Dengan penerangan ringkas saya di atas, semoga anda terus bermotivasi untuk berbisnes ebook. Jangan buat macam-macam alasan lagi!

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

21 thoughts on “Bisnes Ebook Dah Tak Relevan!

  1. Salam Zul,

    Betul tu saya sokong.Dari sehari ke sehari permintaan eBook ni memang tinggi sebab pelanggan tak perlu susah payah nak cari dalam internet.Semua maklumat sudah disusun dengan lengkap dalam eBook

  2. fuhh banyak lebar ceramah zul hari ni..namun saya sokong 100% apa yang zul katakan…tujuan utama orang guna interent adalah untuk mencari maklumat.bila i dah ketemu dengan ebook yang penuh dgn maklumat,,mereka akan terus beli kerana tidak perlu bersusah payah mencari dinternet.

  3. Dengan bertambahnya peralatan elektronik yang dapat membaca file pdf ataupun txt seperti handphone, ipod, mp4 dan sebagainya, ebook akan mendapat sambutan yang lebih hangat daripada buku fizikal pada masa akan datang.

  4. betul tuh…takdenyer tak laku, kena dengan cara,sasaran, pasti boleh dijual.. lagipun, banyak lagi ebook dalam BM belum dihasilkan…bukan ebook sahaja, buku dalam BM pun masih lagi tidak banyak dimalaysia berbanding bahasa lain…kalau nak majukan orang kita, tingkatkan lagi penghasilan karya dalam BM malaysia, bukan berharap pada buku BM indon sahaja…

    so, pada yang mampu, teruskan menghasilkan ebook kerana masyarakat malaysia sangat memerlukan karya bermutu anda semua.

    apa kelebihan ebook berbanding buku? pastinya dari segi support. terutama hal teknikal. memang perlukan support tambahan,coz setiap orang tahap pemahaman berlainan. 🙂

  5. Yang menjadi permintaan bukan ebook, tetapi maklumat yang diketengahkan. Buat apa nak mempersoalkan ebook masih relevan atau tidak? Ebook hanya salah sebuah media penyampaian maklumat. Jika ia tidak relevan bermakna maklumat sudah tidak relevan lagi? Mustahil….

    Soal buat bisnes dengan ebook itu bergantung kepada strategi marketing

  6. Ebook dipersoalkan sebab banyak ebook scam dan lambakan pelbagai ebook di internet (persaingan & isu ketepuan). 🙂 So, maybe perlukan ‘cara baru’ atau something yg boleh buatkan tafsiran org ramai pada ebook ni tetap positif.

    Apa yg wanwma kata memang betul spt yg saya hurai kat atas. Kalau faham apa erti bisnes ebook sebenar, kita tak risau.

  7. Ada apa dengan ebook??

    Ebook akan terus relevan…

    1. Jika kita lihat begitu banyak buku fizikal di pasaran. Semakin hari semakin bertambah. banyak topik yg dibincangkan. Begitu jugak dengan ebook, banyak lagi topik atau niche yang ada dan yg boleh ditulis dan dijual di internet.

    2. Ebook berkualiti bergantung kepada topik dan isinya. Jangan ebook itu dijual semata-mata untuk dapat keuntungan. Penulis perlu ada tanggungjawab untuk menulis sesuatu yang baik dan bagus untuk pembaca.

    3. Topik yang ditulis hendaklah unik.

    4. Harga ebook ada yg murah sangat, sederhana dan mahal. Ini bergantung kepada topik yang ditulis dan juga bergantung kepada penulis itu sendiri. Penulis semestinya mahukan ebooknya terjual. Maka penulis harus memikirkan harga yang sesuai.

    5. Siapa pembeli ebook? Orang yang memang mahukan satu-satu maklumat akan beli ebook itu. Jika dia mahukan ebook tentang cara membina blog, pasti dia akan cari ebook berkaitan topik itu.

    P/S : Ini just pandangan saya…

  8. betul apa yang dibincangkan di atas tu.. ebook ni kalo tak pandai market maka ia hanya jadi tukun sahaja.. sebaliknya jika ebook yang unik, ada market dan promosi yang betul ia memberi pulangan lebih lumayan.. bak kata mentor apa jua bisnes kene ada USP – unique selling preposition.. kalo takde yg tu maka ebook anda sama saja yg lain bertaburan dalam net sekadar memenuhkan ruang sahaja.. USP penting utk differentiate.. sama ada utk membezakan produk pesaing anda atau untuk membezakan anda sebagai pengusaha ebook yang berwibawa…

  9. Adakah harga sesuatu ebook itu memainkan peranan yang penting? Jika benar,ada tak cara-cara yang patut dilakukan supaya harga dan ebook itu nampak sesuai antara satu sama lain?

      1. saudara Raymond…Adakah saudara ‘testing’ dengan tempoh yang tertentu seperti yang kebanyakan sales letter yang ada di internet?

  10. Cabaran perniagaan memasarkan ebook ini tinggi jugak… makin lama makin sengit… jangan terkejut mungkin sampai satu masa nanti orang dah tak jual ebook tapi edarkan percuma dengan tujuan untuk memasarkan perniagaan sebenar mereka. Ebook hanya dijadikan sebagai senjata / alatan pemasaran.

  11. ebook tu masih relevan cuma penjualan ebook tu yang tak relevan sebab sekarang ni ramai sangat orang kemaruk nak kaya cepat dengan jual ebook.

    fungsi ebook dah dirosakkan dengan meletakkan duit di hadapan.

    kalau lah ada akta nak terbitkan satu satu ebook mcm kita nak terbitkan buku cetakan tu baru lah kita tau sapa yang betul2 ikhlas dan sapa yang hanya ingin mengejar duit semata mata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *