Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Bisnes: Apa Yang Paling Penting?

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Di dalam perniagaan (tidak kisah perniagaan online atau offline), dua perkara berikut adalah perkara yang penting untuk dikuasai:

1. Kemahiran Teknikal

2. Promosi dan Pemasaran

Itu yang penting, tapi bukan paling penting.

Mesti ada yang tertanya-tanya mengapa saya berkata begitu. Ya, walaupun pengetahuan teknikal seperti penggunaan komputer dan Internet adalah penting, namun ada lagi yang lebih penting. Yang pasti bukan promosi dan pemasaran, walaupun aspek ini nadi kehidupan sebuah perniagaan.

Jadi, apakah perkara yang paling penting?

Bagi saya, diri kita sendiri adalah aset atau penentu jatuh bangun perniagaan yang kita lakukan. Sebagai seorang usahawan, kita mesti mempunyai minda yang tenang dan bijaksana di dalam merancang dan bertindak.

Kita juga perlu mempunyai kesihatan badan yang baik, mental yang kuat, tahap kerohanian yang memuaskan serta akhlak yang terpuji. Inilah perkara yang amat penting.

Tidak guna anda pandai ‘marketing’ jika anda suka menipu dan melakukan sesuatu yang salah di sisi Agama atau undang-undang.

Tidak guna anda pandai mempromosi perniagaan jika anda tidak berani menghadapi cemuhan dan kritikan orang lain.

Tidak guna anda ada kemahiran menjual jika anda bukan seorang yang sabar, berdaya tahan dan berani gagal.

Kesemua ini memerlukan kita mempunyai kekuatan dalaman yang baik (lagi tinggi lagi bagus) agar kita dapat terus ’survive’ dalam apa jua keadaan sekarang dan mendatang.

Kita memang manusia biasa, namun manusia adalah sebaik-baik makhluk yang diiktiraf sendiri oleh Tuhan Yang Esa. Jadi, apakah alasan kita untuk tidak berusaha menjadi yang terbaik sekurang-kurangnya untuk diri sendiri? Jika kita tidak mahu, maka kita secara tidak sedar merendah-rendahkan diri kita sendiri. Maka jangan salahkan orang lain jika kita gagal kerana kita sendiri yang telah menentukan itulah diri kita.

Di dalam mencapai kejayaan, kekuatan dalaman (inner strength) adalah penentu ’segala-galanya’. Jika dalaman anda lemah, perniagaan anda akan mudah terhenti di pertengahan jalan, tidak tahan lama atau akhirnya tidak lagi berdaya saing. Ini semua gara-gara lemahnya pengemudi perniagaan itu. Pengemudi itu adalah ANDA.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

6 Responses to “Bisnes: Apa Yang Paling Penting?”

  1. Hafiz says:

    Dalam bahasa kelantan, dipanggil ‘cepat ugoh’. :)

    Almaklumlah, bila trend orang buat duit dengan Ebay, kita pun berangan nak buat (tak buat lagi, tapi baru berangan). At the end,yang terkendong memang terus tercicir.

  2. Norfazli says:

    Betul kata saudara zul

    Yang paling penting ialah diri sendiri.

    Maju,tidak maju,kekal lama atau kekal sekejap sesuatu perniagaan adalah terletak kepada diri sendiri.

    Dulu saya anggap perkara ini tidak penting.

    Namun sekarang baru saya sedar sebenarnya jatuh bangun sesuatu perniagaan terletak kepada diri sendiri.

  3. Shukor says:

    Artikel yang menarik! Lama dah tak baca artikel yg best mcm ni dari blog Smartusaha.

    Kita ni sama mcm kereta.Walaupun kereta tu ada bodykit,sport rim dan spoiler yang hebat…tapi jika enjinnya tak dijaga dengan baik, pasti perjalanan akan terkandas.

  4. shah says:

    Artikel yang berguna
    anyway bile nk launch
    ebook kuasa forum?
    dh lame menanti

  5. Dhiaqis says:

    Memang benar diri sendiri adalah yang paling penting untuk memperolehi kejayaan. Tanpa ilmu, usaha, kekuatan dalaman dan tawakal, tiada kejayaan akan ditempuhi.

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 
| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)