Binalah Bisnes Anda Sendiri..

Jika anda sentiasa mengambil kisah atau ‘alert’ dengan perkara-perkara di Internet terutama yang berkaitan dengan “buat duit” atau “cari duit”, saya amat pasti anda tahu program-program buat duit yang bersepah-sepah di Internet. Kebanyakannya hanya SCAM dan panas di permulaan sahaja.

Lihatlah program perigi buta dot com (bukan nama sebenar) yang sebelum ini amat panas dan kecoh, tapi kini sudah pun terjunam jatuh ke dalam perigi buta. Dan yang terkini, sedang heboh satu program buat duit yang menyalahgunakan Ebook-Ebook tempatan yang menyalahi Akta Hakcipta.

Saya tidak mahu komen dan bercakap banyak mengenai penyalahgunaan tersebut mahupun memberikan ulasan terhadap kejahilan mereka yang terlibat. Sudah banyak perbincangan lepas mengenai sikap, perangai, skim cepat kaya dan sebagainya. Jadi, terserahlah kepada diri sendiri untuk menentukan apa yang perlu dilakukan untuk hidup yang sementara ini.

Bina Bisnes Anda Sendiri

Jika anda sibuk dengan program buat duit yang entah apa hujung pangkalnya yang hanya mengayakan pihak penganjur program sahaja, atau bersubahat berkongsi-kongsi dosa, adalah lebih baik berusaha membina bisnes sendiri.

Masalah tidak tahu, tidak pandai, tak ada modal, itu semua boleh diatasi. Jangan terlalu menyelubungi diri anda dengan alasan yang dicipta sendiri tanpa ada usaha untuk menyelesaikannya. Orang-orang yang berjaya juga bermula dengan tidak tahu, tapi kerana mereka ada usaha dan kesungguhan yang kuat, akhirnya mereka berjaya. Ingat, tiada istilah jalan pintas!

Jangan sesekali melihat orang yang berjaya dengan penuh sinis atau dengan perasaan dengki kerana mereka berhak merasa kejayaan yang mereka nikmati itu. Mereka telah banyak melalui pahit manis dalam usaha mereka, mereka kuat berusaha dan ada keazaman yang tinggi, maka mereka berhak merasai kesenangan. Sudah menjadi ‘hukum alam’, siapa yang berusaha tanpa putus asa, kejayaan pasti akan jadi miliknya, insyaAllah.

Binalah bisnes anda sendiri, Online ataupun Offline. Dengan memiliki perniagaan anda sendiri, maka anda tidak perlu lagi memandang program buat duit yang picisan (tiada nilai) itu walaupun dengan sebelah mata. Malah, anda dengan mudah mendapat ribuan ringgit sebulan tanpa perlu merosakkan, menipu atau memperbodohkan orang lain..

Sekian.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

40 thoughts on “Binalah Bisnes Anda Sendiri..

  1. setuju tu zul.. mereka tak sedar langsung(atau buat2 tak sedar) yang mereka sedang buat duit haram..semuanya pasal nafsu yang telah mempengaruhi mereka ni. langsung tak fikir duit tu dari sumber halal atau haram..dah la tak berkat..kejap je abih duit tu tanpa sedar..yang lebih malang kalau gunakan untuk beli makanan. jadi darah daging..sedarlah ya, biarlah duit dapat tak banyak, tapi keberkatan ada..coz kita bukan selamanya di dunia nih, ada alam lain yang mesti kita tempuhi..

  2. nama lagi program entah apa-apa yang akan membuatkan penganjurnya dapat duit segera dengan mudah. memang mudah terpedaya laa kalo nak cepat kaya. sekadar terkejar2 lepas satu-satu-satu-satu. timbul tenggelam dan timbul tenggelam. terkejar-kejar nak kejar duit semata-mata.

    macam mana nak hidup aman kalo asyik terkejar duit aje?

    kalo buat bisness sendiri lagi bagus. buat laa apa yang patut untukmembolehkan diri kita membina perniagaan kita sendiri.

    nak berapa? seribu, 100 ribu? sejuta yang tak mustahil? memang dah ada yng dapat satu juta dengan perniagaan sendiri.

  3. Nampak tulisan saudara Zul kali ni macam “panas” telinga je…Marah ke?? 😎

    Apepun, pengajaran yang penting dalam hidup ni ialah kita janganlah sekali2 hidup senang di atas kesusahan orang lain.

    Apalah ertinya sangat harta dunia yang tak seberapa jika dibandingkan dengan nilai kemanusiaan yang sejati. Lebih-lebih lagi, kita sebagai orang yang beragama Islam pasti yakin dengan balasan buruk dan baik bagi setiap perbuatan yang dilakukan. Kita akan bertemu denganNYA di akhirat kelak dan segala amalan akan diperhitungkan.

    So, Jadikanlah bisnes yang kita lakukan ini sebagai ibadah bukannya maksiat!!

    p/s: Saya tak marah..( 😀

      1. hantan apa tu pyan??

        aku sokong yang ni
        …………….
        Jadikanlah bisnes yang kita lakukan ini sebagai ibadah bukannya maksiat!!
        ……………..

  4. slmt pagi zul,
    marah nampak…tapi memang patut marah tu…hehe..
    nak buat program pun ambil buku IM tempatan…
    kalau nak buat benda gitu,cari lah ebook yang dibenarkan…
    ni dah kira curi hakcipta ni…
    kena saman ni tuan punya program tu…hehe

    han

  5. Slmt pagi semua.

    Scam sekarang memang dah banyak, kadang2 diaorang dah berani iklan guna adwords atau YPN. Saya pun ada terkena satu produk scam (melayu). Geram jugala, tapi nak buat mcm mana. simpan jea lah dlm hardisk, produk dia tu siap dgn master resell right. Tapi saya tak sampai hati nak jual sebab saya rasa mcm menipu org lain.

    Diorang nie sebenarnya menipu dan makan duit haram (maaf bahasa agak kasar). Yang menjadi mangsa adalah org2 yg masih baru.

    Kepada sesiapa yang buat benda salah nie harap2 cepatlah bertaubat. ingat duit haram tak berkat. kepada yang masih baru carilah guru sebenar seperti en. Zul

    Wassalam

  6. slmt ptg zul,

    Apabila terbaca perkara cam nie terjadi , terutama cam otai2 internet biz sebenar , rasa geram pun der , rasa keciwa pun der , mengambil kesempatan atas usaha org lain seperti “makluk” tu tak kan ke mana.

    hasil yang haram …. tiada keberkatan …

  7. Ni masalah mentaliti, saya cukup geram post kat CG tu..Ramai orang kat sana yang tak kisah halal haram.. nanti bila dapat anak jadi kacang hantu,salahkan cikgu sedangkan salah sendiri sebab bagi makan harta yang haram..

    Apa yang dibuat akan efek zuriat.. sanggup ke?

    Kalo kita buat baik,baik la zuriat kita..kalo wat jahat,jahat la zuriat kita..

  8. Betul tu Zul,

    Jangan suka beralasan. Be Part of the solution, do not be the problem.

    Saya paling lemah kalau orang cakap macam ni, “Kamu bolehlah, muda
    lagi. pakcik ni dah tua dah susah nak belajar” (satu versi)

    Semua orang boleh. Nak tak nak je…

    Sabri

    1. kalau lah..kalau lah…
      ayat ni sampai tua pun takde apa yang boleh berubah…hehe
      nak sesuatu kena lah usaha…
      takde usaha, takde kerjayaan…

      han

  9. hikayat sudah berakhir. huhuu… tamat sudah hikayat kuasawang dot com 😆 😀 🙂 :mrgreen:

    agak2nya dia akan buat program yang lain pulok ke? mana boleh nak buat lagi? kalo ada lagi kita repot aje. terus berkubur tanpa nesan…

      1. kuasawang tutup dah ke?
        bila tu?
        kenapa?
        geng2 wangcyber marah kat dia ke?
        em…kesian pula orang yang join kuasawang tu…
        kalau orang yang dah join tu rugi lah RM40…hehe

        han

        1. berlambak lagi program yang mereka akan kejar. kejap itu kejap ini. macam-macam laa asalkan dapat hasilkan duit untuk sementara waktu bila dah matanya kelabu. wahahahahaa

        2. memang berlambak lagi yang boleh dikejar…
          tapi kalau mereka ni dah join dengan kuasawang tu, rugi lah RM40 kalau kuasawang tu tutup…
          kesian pula mereka ni…
          kena cari yang lain pula…
          saya rasa kalau guna duit tu buat bisnes sendiri kan lebih baik…

          han

  10. Salam Semua
    Betul tu ….. Jadilah usahawan sejati ( usaha cari kawan , usaha jadi kaya tapi dgn cara yang di redai Allah dan banyak yg baiknya ya …. ) 😆
    Jadi usahawan kayu jati pun boleh…

    1. bukan kena spam tapi pakej kit blogger tu kena jual tanpa izin…
      jadi bundle pula…
      banyak ebook IM tempatan kena ambil…
      di jual dengan RM40 saja…
      isk…rosak harga produk baik2 tu…
      orang susah2 buat, dia senang2 ambil…

      han

  11. Salam semua.. wah patutlah sy lama tak dapat emel sebegitu lagi..walaupun di musim peperiksaan saya sempat juga menjenguk ke sini.. tapi ada juga program yg mcm bagus jer bunyiknyer nak promote produk ‘halal” tapi gunakan kaedah spamming.. mmg tak pro langsung.. offer la aper-aper yg menarikkan dulu utk menarik pelawat jgn dok main spam jer.. habis emel saya kena spam selamat lah dok buka tiap hari..jenuh dok del msg2 sebegini..oh, sy br bc repot dr saifulsham tu.. diorg tekankan “list” tu kunci utama…list yg terhasil dpd autoresponder lah mksudnyer.. so mulakan perniagaan anda dgn mengumpul list..semua rujukan telah disediakan cuma nak n taknak mulakan aja perniagaan nih.. 🙂 tak terlewat lagi nak ucap selamat hari raya aidilfitri kpd semua..maaf zahir batin.. 🙂

  12. saya ada terima satu dari puluhan email spam dari bebudak kuasawang, ade kee dia buat bukti duit masuk guna excell, ingat macam kita ni bendul sangat macam diorang sampai tak tau beza ke Maybank layout ngan yang create sendiri. hampeh tul!!

    1. ni niat nak tipu ni…
      kena report polis ni…hehe…
      nak berniaga, biarlah jujur…
      baru pelanggan kekal sampai akhir hayat…

      han

  13. Macam2 skrg org nak cepat kaya,tapi buat bisnes sendiri jugak paling untung.Klu x de modal pinjam dekat “kami bukan along,kami cuma nak tolong”.Peluang dah ada,cuma kita je nak x nak.

    9/10 sumber rezeki datang dari perniagaan.

  14. Klu sesiapa yg masih baru, slalu terjebat dgn program2 referral. Dh la program2 cam tu berlambak2. Sy pun dh terkene. Skg nk mulakan bisnes sendiri, biar pun lambat dan perlu lebih usaha drpd dijanjikan duit segera seperti dulu.

  15. mane ade orang nk bg duit zman skg ni..merapu jelah..wat jual myk wngi lg bgus kot..jual kat org byk2 nmpk gak duit tu byk bole kaya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *