Bila Sudah Berjaya…

Mungkin topik kali ini lari tajuk sedikit, tapi ia juga ada kaitan dengan perniagaan dan keusahawanan internet. Ini hanyalah pendapat saya semata, mungkin ada salah dan silap.. Perbetulkan.
Kelak, bila anda sudah berjaya menjadi usahawan internet, telah menerbitkan buku, menjadi pengajar mengenai perniagaan internet (mengadakan seminar, bengkel, kursus..), apakah yang akan anda lakukan? Dan, bagaimanakah anda ketika itu?

Daripada pemerhatian saya, tidak kisahlah di negara mana sekalipun, kebanyakan usahawan internet yang telah berjaya masing-masing ingin mengatakan mereka adalah yang terbaik, yang terbagus dan tidak perlu merujuk orang lain lagi. Cukup mereka seorang sahaja. Sifat ini bagi saya bukanlah satu sifat yang wajar diutamakan.. Lebih-lebih lagi jika kita mengatakan, kita datang membawa kelebihan yang tiada pada usahawan internet yang lain, lantas mengatakan mereka yang lain itu hanya teori semata-mata, hanya mahukan wang semata-mata..

Jika kita melakukan sebegini dengan menyatakan yang kita hebat, lain dari yang lain, produk kita bagus; dengan membuat pernyataan sebegitu, sebenarnya kita telah ‘menempah’ satu tiket ‘kebencian’ daripada pelbagai pihak.. Ya, andaikata kata-kata kita itu tidak terbukti, maka kita akan dicaci, dikeji dan akan ‘disenarai-hitamkan..’. Hati-hatilah di dalam berkata-kata, kerana ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya..’. Setelah berkata, anda sudah mula berada di dalam ‘zon bahaya’.

Jadi apa yang perlu kita katakan? Pertama, jika benar dakwaan orang lain ada kekurangan, apakah salahnya jika kita saling bantu-membantu? Hulurkan idea, pandangan dan cadangan yang bernas untuk mereka memperbaiki apa yang silap atau kurang itu? Bukan dengan menperkatakan mereka, kerana ia amat mudah tergolong di dalam fitnah dan umpatan.. Amat besar kesannya.. Selain itu, cukuplah kita melaksanakan apa yang kita ada, gunakan kelebihan kita dan bukan mengambil kelemahan orang lain untuk memperjatuhkan mereka.

Dalam soal ini, adalah menjadi hak pengguna untuk memilih, menilai dan menentukan siapakah yang terbaik, bukan kita. Kita hanya menyatakan apakah perbezaaan kita dan kelebihan kita, bukan berlebih-lebih mengatakan kita adalah yang terbaik. Dan kita hanya menyatakan apa yang patut atau tidak patut dilakukan. Orang kata, angkat bakul sendiri; Walaupun hakikatnya benar kita adalah lebih hebat daripada orang lain, namun kita tidak layak untuk mendakwa kita adalah yang terbaik.

Kesimpulannya di sini, janganlah merendah-rendahkan orang lain dan jangan memperburukkan orang lain walaupun dengan cara sindiran, lebih-lebih lagi apa yang mereka lakukan adalah perkara yang betul, walaupun ada ruang-ruang kekurangan. Jangan terus menolak mereka, kerana ia umpama berlian yang diselaputi lumpur.. Sama-sama kita mengambilnya dan menggilapnya.. Tinggal yang kurang dan ambil yang baik.

Harapannya agar, kita tidak bersaing dengan cara yang ‘kotor’. Di dalam Islam, persaingan dengan menjatuhkan dan merendah-rendahkan orang lain adalah dilarang sama sekali, lebih-lebih lagi orang yang kita perkatakan itu samada dengan sindiran atau terangan adalah saudara seIslam kita sendiri. Persaingan cara kotor itu adalah metod dan kaedah yang tidak terdapat di dalam Islam. Sebaliknya Islam mengajar kita bekerjasama, tegur-menegur dengan hikmah dan saling lengkap-melengkapi antara satu dengan yang lain. Pokoknya adalah, BUKAN KEPENTINGAN INDIVIDU, tetapi kepentingan bersama. Islam juga melarang kita memperkatakan kelemahan dan keburukan orang lain secara terang-terangan lebih-lebih lagi mereka itu bukanlah golongan yang merbahaya. Kaitan dengan kita sebagai pengajar atau usahawan internet yang telah berjaya, adalah, hati-hati dengan ayat-ayat ataupun tulisan kita samada semasa berkata, berceramah, di laman web, artikel atau buku.

Ketahuilah, tiada manusia yang sempurna atau lengkap di dunia ini! Semua saling perlu memerlukan, bantu-membantu.. Jika anda mengatakan orang lain tidak hebat, tunggulah masanya untuk orang lain pula mengatakan anda bukanlah hebat sangat!

“jangan menipu diri sendiri dan jadilah orang yang cerah akal dan hatinya..”.

Ikhlas,

mohd zulfadli

Bakal Perunding Cara Pemasaran Internet. 🙂 InsyaAllah.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

3 thoughts on “Bila Sudah Berjaya…

  1. Hello smartusaha,

    Yes u r rite. U r trully a good kind of netrepreneur. Yes,mmg betul, tak perlu nk compare2 dgn ssiapa ntuk mjlnkn bisnes. Evry single people have their own strength. Sharing strength will come out better solutions.

    Even though u r new in internet business, we can see ur kindness n everyday u have improved very-very much. Ur blog now nmpk lebih friendly dan sedap mata mmndng (puji nih..!).

    Mm, anything we are doing wrong, plz let us know. We really hope to learn from comments straight towards us. Every single comment is like a gold to us. Keep it up ur comments. Nice post.

  2. Thanks syazwan.. Ermm, saya rasa team saifulsham lebih berpengalaman dan ada banyak pengalaman bisnes. Siap dah pergi ke pasaran antarabangsa. Saya baru jer melangkah beberapa tapak. 🙂

    Pasal compare, bukan tak boleh compare langsung, boleh untuk memajukan lagi bisnes kita. Tapi yang tak sedapnya, kita compare + dengki & nak menjatuhkan. Yang ni kena elakkan.. Sebab itu mencari lawan namanya.

    Post saya kat atas hanya pendapat peribadi sahaja dan maybe ada silapnya.

    Then, tahniah kepada saifulsham & teruskan usaha anda.. Saya sentiasa berada di belakang anda.. 🙂

    Ikhlas,
    Zul.

  3. sy pernah jumpa terang2 an peniaga internet yg bersikap negatif seperti diperkatakan penulis itu. Saya terus terang amat tidak puas hati dan sekarang saya kurang berurusan dengan dia..Dia selalu mendakwa barangan produk dia yg terbaik dan melemah2 kan produk lain..Saya memang kurang setuju apatah lagi apa yang diperkatakan hanyalah dari s egi sangkaan dan mentalitinya sahaja bukanlah berdasarkan bukti-bukti yang sah…saya berharap peniaga2 internet sekarang lebih bijak dan sama2 membantu sesama sendiri…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *