Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Bila Internet Down : TMNet Streamyx

Bila internet down, tak boleh nak akses internet, atau tiada talian internet dalam satu-satu masa keadaan, saya akan:

1. Membuat perancangan untuk tambah-baik smartusaha.com

2. Membuat perancangan untuk projek-projek perniagaan internet

3. Membaca ebook, artikel atau nota mengenai perniagaan dan pemasaran internet

4. ‘Mengemas’ komputer seperti susunan folder dan fail (dokumen). Kadang2 sebab nak cepat, main letak (save) jer. :lol:

5. Kemas meja dan persekitaran tempat kerja saya. Ruang kerja saya kecil jer. Nanti saya letak gambar meja dan komputer saya. Dengan komputer buruk dan kelengkapan yang sederhana, “you can make money man!”. ;)

6. Menyemak beberapa perkara yang belum siap seperti projek untuk pelanggan

7. Merancang plan pemasaran untuk smartusaha dan juga projek perniagaan

Dan buatlah apa yang patut. :)

Persoalan: Perlukah anda memiliki komputer yang berkuasa tinggi untuk bisnes internet?

Jawapan: “Komputer saya dah berusia 5 tahun. Kipas pun dah berbunyi.. :) ”. Faham-fahamkanlah.

Hint: Besederhana

Persoalan: Zul, how do you manage your business?

Jawapan: “Can i speak Malay? Hehe. Tuan puan, nak uruskan sebuah perniagaan bukan semudah membaca buku mengenai pengurusan perniagaan. Anda perlu melaluinya sendiri dan dengan teori yang anda baca / pelajari, baru anda boleh membina sistem pengurusan tersendiri untuk bisnes anda. Orang kata, ukur baju di badan sendiri. Saya sendiri sehingga kini masih terus bersikit-sikit meningkatkan kualiti pengurusan bisnes saya. Ikhlas saya katakan, masih banyak ruang-ruang dan kelemahan yang perlu saya baiki.”

Back to the topic, bila internet down (kat sini kerap juga berlaku dalam sebulan), itulah yang akan saya buat. Jika anda ada kemampuan, gunalah 3G. Sekali lagi, jika mampu dan perlu.

Eh Zul, satu soalan lagi, kalau elektrik tak ada (blackout), nak buat apa yer?

“tidur… zzZZzzZZ”. ;)

Tak ada lah, gurau jer. Terserah lah, biasanya saya akan buat benda-benda yang bertulis termasuk yang saya cerita kat atas tu. Kalau siang, baca something. Kalau malam…..

Hmmm, tidur kott.. :lol:

Facebook comments:

12 Responses to “Bila Internet Down : TMNet Streamyx”

  1. fai says:

    Saya pnah jgak internet down sminggu..

    Sbb bngang saya bcuti sambil fikirkan rancangan masa depan..

    PS: Nantikan sesuatu dari saya..

  2. bunnyrich says:

    saya kalo dan server down..main game flash je..banyak game2 flash termasuk game2 menguji IQ kita..hehe..itu juga saya lakukan semasa berada dirumah sewa…nk pegi cc mahal lak..so kite main game..
    game paling best BLOCK200
    boleh didownload…

  3. BAGAK says:

    Saya mempunyai 15 perkara kalau STREAMYX ni buat hal….
    rujuk sini …

    http://bagak.com/bizblog/2006/09/09/perkara-offline/

    semoga antispam blog ni boleh luluskan url tu :)

  4. SmartZul says:

    Bagak, blog saya ni dah kenal saper yang baik saper yang tak, dan tahu, mana kawan saya, mana orang yang benci saya. hehehe.. ;)

  5. suhaimy says:

    salam,

    setakat ini kalau streamyx down saya masih lagi ada alternatif.

    1.Pertama saya akan guna VSAT. Dapat percuma access kerana ada kawan bagi laluan.Tapi jarang guna kerana benda percuma.

    2.Melalui talian 3g dan edge.Ini selalu guna jika berjalan-jalan.

    3.Kalau semua tiada alamatnya pergi bersiar-siar

  6. cikgubiz says:

    Kalau tak boleh online selalu kemaskan desktop yang berselerak…

  7. hasrul says:

    kalau internet down… buat kerja offline. belek buku, buat artikel. review balik kerja² internet.

  8. ktom says:

    Kadang2 internet down bawa kebaikan juga…sebab apa? Sebab masa tu la peluang nak baca ebook yg di download dan menulis, dan juga spt apa yg Zul buat tu. Jika tak asyik dok buat lawatan je…sedar2 dah 4 jam melawat. Jadi nak baca ebook yg didownload tu tak de byk peluang…

  9. abdfatah says:

    ukurlah baju di badan sendiri, jangan sekadar nak ikut ikutan semata-mata kelak nanti anda juga yang kerugian…

    internet slow biasalah tu dan ia memberikan kita ruang untuk berehat seketika dari kerja harian. hihii…

    ataupun masa blackout letrik tetiba. time itu jugak kena berehat selain dari rehat yang telah dijadualkan. rehat sambil berkemas mana yang patut sebab dah dekat nak raya dah nih… raya 2007.

  10. Han says:

    internet sekarang ni pun agak slow…
    boleh dikatakan streamyx semakin slow sekarang ni…
    kadang2 terputus2…
    tu yang geram nya…
    kita tgh download benda ye terputus…
    huh…panas hati ni…hehe…

    han

  11. starline says:

    Kalau internet down hidup jadi kosong dan sunyi.Tapi rumah mesti bising sebab semua mula menyembang sebab x tau nak buat pe :)

  12. kidus says:

    kalau sya, internet down sya akn menghabiskan mase sya ngn solat sunat.. hehe

    jgn jadikan internet sbgaia temn hidup anda, ade perkare yg lebih penting drpd internet :)

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)