Beza Usahawan dan Peniaga

Kita sering membaca iklan ataupun artikel berkaitan usahawan Internet. Pelbagai peluang dan kursus untuk mereka yang mahu menjadi usahawan Internet. Namun, adakah benar mereka akan menjadi usahawan Internet atau sekadar peniaga (penjual)?

Mungkin perbandingan berikut boleh menjawab persoalan ini.

Usahawan:

  1. Ada produk dan bisnes berjenama sendiri.
  2. Segala operasi perniagaan didokumentasikan.
  3. Fokus pada satu bidang sampai jadi jutawan. Mereka berusaha “habis-habisan”.
  4. Bukan sekadar buat untung, tetapi membina sebuah empayar perniagaan.
  5. Urus database pelanggan dengan baik.
  6. Ada pekerja (jika perlu).
  7. Usahawan adalah “pemimpin” (leader) dan memberi inspirasi kepada masyarakat.
  8. Empayar bisnes adalah lebih meluas, melebar dan berkembang besar.
  9. Sentiasa berinovasi dalam bisnes yang dilakukan.
  10. Mencipta peluang perniagaan.
  11. Perniagaan boleh diwarisi oleh sesiapa sahaja.
  12. Sampai satu tahap, keuntungan perniagaan boleh diautomasikan tanpa usahawan melibatkan diri. Bisnes ‘bekerja’ untuk usahawan.
  13. Suka bermain dengan risiko dan buat perkara yang belum pernah dilakukan.
  14. Perniagaan dilakukan untuk jangka panjang.
  15. Membina rangkaian bersama usahawan lain.
  16. Membina kejayaan, keuntungan dan kekayaan untuk bisnes sendiri.
  17. Menggunakan kaedah “leverage” (guna tenaga, masa dan kepakaran orang lain).
  18. Menghasilkan produk berjenama sendiri.

Peniaga:

  1. Barang yang dijual bukan milik sendiri. Biasanya dibeli secara borong.
  2. Lebih kepada menjual dan buat untung semata-mata.
  3. Jual macam-macam jenis produk.
  4. Tidak begitu membina jenama (hanya jual beli dan buat untung).
  5. Lebih kerap mencari pelanggan baru tanpa mengurus pelanggan sedia ada.
  6. Tidak terlalu memerlukan pekerja.
  7. Biasanya peniaga melakukan perniagaan untuk diri sendiri.
  8. Disebabkan sekadar jual beli sahaja, walaupun untung besar, namun bisnes peniaga hanyalah setakat jual dan beli sahaja. Ia tidak berkembang ke tahap lebih tinggi.
  9. Tidak perlu berinovasi kerana peniaga hanya menjual.
  10. Mengambil / menyertai peluang perniagaan yang disediakan oleh usahawan.
  11. Perniagaan sukar diwarisi.
  12. Biasanya peniaga akan terus bekerja untuk bisnes.
  13. Biasanya tetap berada dalam zon selesa.
  14. Perniagaan dilakukan untuk jangka pendek. Biasanya tiada perancangan untuk lebih serius bagi satu tempoh yang panjang.
  15. Berniaga dengan konsep persaingan.
  16. Membantu mengembangkan perniagaan orang lain dalam tidak sedar. Contohnya, dengan mengambil stok barang daripada pengeluar, peniaga telah memberi keuntungan mudah kepada pengeluar itu.
  17. Menggunakan tenaga diri sendiri sepenuhnya.
  18. Produk yang dijual bukan berjenama sendiri.

Perbandingan di atas bukan untuk menyatakan siapa yang lebih hebat, sebaliknya untuk menjelaskan betapa bezanya usahawan dan peniaga. Sama ada usahawan ataupun peniaga, kedua-duanya boleh dilakukan mengikut keperluan masing-masing.

Cuma, apabila kita tersalah menggunakan istilah dalam sesuatu penyampaian, kita mungkin telah memberikan janji yang palsu kepada orang lain. Contohnya kita mahu jadikan seseorang itu usahawan, namun rupanya kita melatih mereka dengan minda seorang peniaga.

Kedua, dengan memahami istilah yang benar, kita akan tahu apakah tindakan yang perlu dilakukan. Lihat pada perbandingan di atas, begitu banyak perbezaan di antara usahawan dan peniaga. Jika kita menganggap kita adalah usahawan, tetapi bertindak atau berfikir seperti peniaga, maka kita tidak akan pergi lebih jauh dan berkembang lebih besar.

Maka sebab itulah kita mungkin pernah tertanya-tanya, mengapa orang lain sudah jauh ke hadapan, tetapi kita masih di takuk yang sama. Salah satu sebabnya, mungkin kita sudah tersalah jalan.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. Artikel tuan ini membuatkan saya terpaku seketika di hadapan komputer. Sukar untuk saya kongsikan rasa di hati ini.

    Terima kasih tuan. Saya sudah kenalpasti di mana salah dan silap saya selama ini.

  2. Artikel yang menarik. Saya ingat lagi masa sekolah menengah dulu pernah keluar topik ni dalam subjek kemahiran hidup.

    Dulu saya kurang faham apa perbezaan antara kedua-dua terms ini. Bila dah besar dan alami sendiri baru saya faham 🙂

  3. Artikel yang menarik. Terima kasih. Bertambah lagi maklumat mengenai keusahawanan ini. Ramai juga yang saya perhatikan tersalah guna istilah usahawan ni

  4. Pingback: Beza Usahawan dan Peniaga : Episod Kedua

  5. Terima kasih atas perkongsian yang menarik.Baru saya nampak perbezaan besar diantara usahawan dan peniaga.

    • Bagi saya, peniaga adalah tahap permulaan. Kita buat duit dengan produk orang lain dulu. Kemudian baru kita buka perusahaan sendiri / produk sendiri.

  6. memang betul apa yang tuan katakan diatas. Saya juga pernah terfikir akan 2 istilah ini. Memang berbeza antara peniaga vs usahawan. Perkongsian tuan memang memberi kata2 semangat kepada saya untuk bergelar usahawan dan bukan peniaga lagi.. terima kasih