BerUsahawan atau Berniaga Dalam Erti Kata Sebenar

Tajuk kali ini telah lama saya mahu menulisnya. Hari ini Sabtu dan Ahad saya akan berada di Pulau Pinang atas satu ‘urusan peribadi’. InsyaAllah, saya dah kat sana sekarang, artikel ini automatik publish. :)

Jadi, sebelum meninggalkan blog ini dan tidak akan online dalam dua hari, biarlah saya berkongsi sedikit perkara yang amat penting jika anda mahu berjaya dan kekal lama dalam perniagaan. Saya menulis bukan sahaja untuk anda, malah sebagai peringatan untuk diri saya juga.

Katakan Tidak Kepada Skim Cepat Kaya

Adalah sesuatu yang amat positif, rakyat di negara ini telah membuka mata dengan bidang perniagaan Internet dan sudah ramai yang meninggalkan skim cepat kaya yang menipu bangsa dan rakyat sendiri. Walaupun masih ada mereka yang menganjurkan skim cepat kaya yang baru, namun percayalah, ia tidak akan kekal lama. Usahlah menjadi seorang manusia yang mendapatkan harta secara haram dengan menipu orang lain lebih-lebih lagi umat Islam sendiri. Na’uzubillah.

Jika anda belum membaca satu tulisan yang padat dan mudah difahami mengenai Perniagaan Internet, silalah membacanya. Tulisan tersebut ditulis oleh rakan saya Mohd Suhaimy atau dikenali sebagai Shuth. Sila klik di sini. Tulisan tersebut adalah salah satu pengisian bagi Kempen Celik Duit atas ilham beliau.

Berniaga Dalam Erti Kata Sebenar

Tulisan ini lebih sesuai kepada mereka yang mempunyai produk atau servis sendiri. Mereka yang mempunyai produk sendiri ini digelar USAHAWAN. Sebaliknya mereka yang melakukan program Affiliate, Google Adsense dan menjual produk orang lain adalah seorang Peniaga.

Sebagai seorang usahawan, kita perlu tahu bahawa di dalam perniagaan, soal untung atau rugi, itu bukan soal yang penting kepada seorang pelanggan. Untungnya hanya kepada kita, tetapi seorang pelanggan mahukan HAK mereka. Tidak kisahlah anda menjual dengan apa-apa harga sekalipun untuk sesuatu produk, yang penting anda tunaikan janji yang anda tabur dan produk atau servis tersebut perlulah memberikan manfaat kepada para pelanggan.

Produk atau servis yang baik adalah produk yang dapat menyelesaikan masalah pelanggan (manusia) atau yang dapat membantu mereka mencapai sesuatu impian, hasrat, kehendak dan jika lebih daripada itu, ia lebih baik. Inilah konsep asas atau intipati kepada perniagaan yang berkualiti. Sebab itulah usahawan (saudagar) diangkat sebagai satu kerjaya yang mulia di dalam Islam kerana ia membantu menyelesaikan atau meringankan masalah manusia. Soalnya, adakah kita begitu? :)

Soal untung atau rugi perlulah diletak secara berasingan, kemudian atau sebagai perkara kedua. Ketahuilah, dengan memberikan khidmat yang baik dan berkualiti kepada pelanggan, anda akan dikenang, diingati dan dihormati oleh mereka (pelanggan). Dengan memberikan sesuatu yang membantu dan bermanfaat kepada pelanggan, mereka akan:

1. Tidak teragak untuk membeli dengan anda lagi jika ada produk terbaru.

2. Mereka akan mempromosikan produk anda dan juga diri anda kepada orang lain. Ini dikatakan promosi mulut ke mulut.

Kata Michel Fortin, salah satu cara untuk kita bersaing tanpa perlu bersusah payah di dalam dunia Internet Marketing yang begitu sesak sekarang adalah:

“Berikan sesuatu produk atau servis yang berkualiti, over-deliver, jaga ‘kebajikan’ pelanggan anda dan bantu mereka untuk mencapai hasrat dan kehendak mereka”.

Inilah satu aspek yang amat-amat perlu dimiliki dan dilakukan oleh seorang Usahawan Internet. Percayalah, tanpa perkara-perkara tersebut, anda susah untuk bertahan lama tetapi sebaliknya dikeji, dicaci, tidak dihormati dan dimusuhi. Mengapa begitu? Kerana anda hanya tahu menuturkan janji indah dan tidak menjaga kebajikan pelanggan anda. Pelanggan akan menuduh anda sebagai seorang peniaga yang hanya mahukan duit mereka sahaja!

Analogi Mudah

Anda juga adalah seorang pembeli. Apakah perasaan anda apabila produk yang anda beli itu tidak berkualiti, menipu, ‘crap’, kosong tak bermanfaat, hype, mudah rosak, tiada support dan tak berfungsi dengan baik tetapi harga mahal?

Sudah semestinya anda geram, marah, kecewa dan lebih teruk anda akan keluarkan kata-kata makian dan cacian terhadap penjual atau usahawan bagi produk tersebut.

Begitulah juga pelanggan anda! Kata orang putih, “put yourself in their shoes“. Dalam bahasa Melayu Malaysianya adalah, anda perlu merasai apa yang pelanggan akan atau telah rasa, dan anda perlu tahu apa yang mereka mahukan. Mereka mahu sesuatu yang baik. Mereka inginkan masalah mereka selesai. Mereka mahu memiliki sesuatu dan berharap dengan produk anda, mereka dapat memilikinya. Juga, mereka mahukan bantuan daripada anda.

Tanya mereka apa yang mereka mahukan atau masalah yang telah mereka hadapi dengan produk anda. ‘Follow-up’ mereka dari semasa ke semasa. Kadang-kadang, mereka malu untuk mengadu kepada anda. Jadilah seorang usahawan yang prihatin dan peka kepada pelanggan.

Ketahuilah, tidak semua usahawan mampu dan mahu melakukan kerja yang memenatkan ini. :) Tetapi percayalah, dengan cara sebegitu, anda akan mempunyai bakal pelanggan yang berulangan atau paling kurang mereka akan menjadi sahabat baik anda…

Tanpa mereka, macam mana anda nak dapat duit?! ;)

Saya menulis perkara ini berdasarkan beberapa sebab:

1. Saya mahu mengingatkan diri saya agar terus memberikan khidmat terbaik kepada pelanggan dan meningkatkan lagi apa yang kurang. Saya banyak juga belajar daripada kesilapan tetapi saya mahu ia tidak akan berulang lagi. Belajar daripada pengalaman dan kesilapan.

2. Jika diperhatikan, ramai usahawan yang tidak dapat bersaing kerana memasuki pasaran yang SESAK. Lihatlah sendiri di forum WangCyber.com, bermacam-macam produk dan servis yang lebih kurang sama sahaja dipromosikan di sana (ruang pengiklanan). Mereka (usahawan dan peniaga) saling bersebut-rebut ruang dan bakal pelanggan di satu tempat yang ‘kecil’ itu.

Bagaimana untuk bersaing tanpa penat dan lelah? Salah satu formula atau cara untuk bersaing adalah, dapatkan pelanggan dan JAGA mereka elok-elok.

3. Saya juga melihat dan memerhatikan, ramai usahawan atau peniaga Internet menjual semata-mata mahu mendapatkan DUIT. Yer, itulah matlamat berniaga, takkan nak daun kering pulak. :) Tapi anda perlu tahu, anda berurusan dengan MANUSIA. Mereka ada akal, ada perasaan dan ada hati.

Soalnya, perlukah anda hanya ‘mengambil’ duit daripada mereka dan membiarkan mereka terkontang-kontangkanting? Bisnes yang sebenar adalah:

1. Menerima bayaran dengan penuh redha di antara penjual dan pembeli. Ini adalah asas di dalam muamalat Islam.

2. Melakukan ‘follow-up’ kepada pembeli/pelanggan dengan bertanya khabar atau bertanya masalah yang mungkin mereka hadapi.

3. Memberikan mereka sesuatu hadiah, bonus, diskaun atau pemberian yang istimewa. Atau berikan lebih daripada apa yang anda janjikan (over-deliver). Mereka akan menghargai anda!

4. Jadikan mereka sahabat secara online atau offline. Saya sendiri pun mempunyai kawan yang mana mereka adalah pembeli produk dan perkhidmatan saya pada mulanya. Jika ada masa dan ruang, tak salah untuk berjumpa dan bersama minum / makan di mana-mana. :) Tak gitu JimieRay? Nanti belanja saya nasiq kandaq noo. :P

Akhir kata, sebenarnya apa yang saya jelaskan panjang-lebar di atas tu boleh diwakilkan dengan satu perkataan yang indah dan suci: “IKHLAS”.

Jadilah seorang usahawan yang ikhlas di dalam membantu manusia yang memerlukan khidmat anda. Pastikan masalah mereka selesai dan bersyukurlah kepada Allah kerana anda telah berjaya membantu mereka dengan sebaiknya!

Komen Saya Kepada ‘Kedai Muram':

Satu masa, saya masuk ke sebuah kedai komputer untuk bertanya mengenai satu produk (memang saya nak beli). Tapi mereka (peniaga) di kedai itu acuh tak acuh atau macam nak tak nak sahaja sambut kedatangan seorang pelanggan (sayalah). Menjawab pun macam tak bersemangat. Katanya mudah, “benda tu tak ada”. Saya pun keluar.

Oh ya, kedai mereka tak begitu bagus sususan barangannya. Macam stor. Bukan nak mengutuk, tapi kita berniaga, maka perlulah ambil kisah hal tersebut. Hehe, best jadi pelanggan ni, boleh komen apa ajerr… ;)

Kemudian, saya masuk pula ke kedai lain. Wah, suasana pun ceria, tersusun barangannya, penuh senyuman, mesra dan serta merta jiwa saya yang muram dan kusam tadi bertukar menjadi ceria. Walaupun mereka mengatakan produk tersebut kehabisan stok, tapi saya gembira…

“Saya gembira kerana belum pun saya mengeluarkan apa-apa perkataan apabila masuk ke kedai mereka, saya sudah disambut dengan penuh keceriaan dan senyuman. Amat BERBEZA dengan kedai pertama tadi”.

Barulah saya tahu, kenapa kedai kedua tadi maju dan berjaya, tetapi kedai pertama tadi seperti hidup segan, mati tak mahu. Lusam, kusam dan muram. Entah betul ke tak perkataan ni… ;)

Itu adalah perniagaan Offline. Apa kata kita praktikkan untuk perniagaan Internet juga seperti mana amalan kedai kedua tadi:

1. Susunan barangan yang kemas: Dalam ebiz, laman web anda perlulah mudah dilayari, jelas maklumatnya dan ada cara membeli yang mudah difahami.

2. Kedai yang ‘cantik’ dan ceria: Laman web jualan anda perlulah ada grafik yang ceria (bukan gempak macam guna Flash). Jika anda mahu tahu bagaimana memiliki laman web yang baik, Ebook Sales Letter Membunuh dapat membantu anda. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

3. Senyuman Pekerja: Erm, dalam ebiz mungkin ada dua aspek mudah. Laman web yang kemas itu satu perkara dan selepas pelanggan membeli, ucaplah terima kasih kepada mereka sama ada anda menghubungi sendiri atau secara automatik (ini yang banyak diguna-pakai). Kalau nak letak ‘smilies’ besar-besar pun sila lah meletaknya. Letak gambar anda yang ceria dan tersenyum manis ke. hehe.. :)

4. Banyak lagi… Kalau nak tahu, teruskan bersama dengan blog SmartUsaha ini. ;)

Terima kasih kerana membaca.

Yang Ikhlas,

SmartZuL

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

8 thoughts on “BerUsahawan atau Berniaga Dalam Erti Kata Sebenar

  1. wah… begitu sekali?

    oh sudah tentu katakan tidak kepada skim cepat kaya. manakan tidak ia memang merugikan ramai orang.

    terima kasih sudah tentu perlu dijadikan rutin harian…

    mula-mula terima kasih kepada diri sendiri lepas tu terima kasih kepada mereka yang mmbeli. esok lusa datang lagi dan lagi…

    dan…

    sekian terima kasih

  2. HI SmartZul,

    Tepat sekali. Ini memang cara berniaga melalui internet yang beretika. Ianya halal dan dapat memuaskan hati nurani kita. Kita todak perlu berasa bersalah kerana menipu duit orang lain atau pasal membuat kerja-kerja yang haram.

    Apabila pelanggan berpuas hati, mereka akan menyebarkan kepuasan mereka kepada rakan-rakan serta ahli keluarga mereka.

    Jika mereka idak berpuas hati, mereka akan melipat gandakan proses penyebaran pengalaman buruk itu.

    Kesimpulannya: Words of mouth amat berkuasa. Ia mempunyai kuasa untuk membina dan untuk memusnah. (bergantung kepada cara kita menggunakannya.

  3. Walaupun saya bukan usahawan tapi saya bersetuju dengan apa yang zul cakapkan tu..
    servis kengkadang paling penting…
    sebab itu kita tgk restoran mamak dikunjungi oleh ramai orang berbanding restoran melayu..
    kalau nak kira restoran mamak nie bukan best sgt pun..
    tapi servis dia yang cepat tu yang buat ramai orang nak datang…
    tak lupa jugak cam Restoran makanan segera.. walaupun makan tak kenyang tapi servis dia yang mengancam..
    ADIOS

  4. ya betul…usahawan dan peniaga adalah 2 karektor yang berbeza sifatnya.
    seorang peniaga boleh jadi usahawan satu hari nanti kalau berusaha nak berubah dan independent.

  5. Dprd sy lihat usahawan itu jika kita ambil singkatannya adalah usaha.. xperlu klu ikutkan usahawan atau pun peniaga itu diasingkan… tajuk utama yg penting adalah usahawan dimana ia adalah kata utama dlm menggelarkan sesuatu panggilan… usahawan adalah dimana kita mengusahakan sesuatu yg memberi sesuatu perkara kpd org lain bertujuan suatu usaha yg kita jalankan dgn matlamat….

    Dgn mudah sekali usahawan boleh terjadi kpd sesiapa shj dgn syarat mengusahakan sesuatu spt yg telah sy nyatakan td… seorang usahawan tidak terhad kepada jual beli shj ttp juga x dilupakan kpd bentuk perkhidmatan dan sumbangan yg ditunjukkan.. contoh mudah spt seorang mekanik.. wpn matlamatnya bukan jual secara gambaran (tp juga menjual) dan memberi khidmat ia merupakan usahawan.. sy rs seringkali kita agak keliru dgn perkataan usahawan ini… Sy rs cukup ringkasan ini sbnrnya ia bnyk aspek yg sy ingin perkatakan ttp ini adalah perkara utama.. sy harap ini sbg makluman shj drpd sy!!!

    Warm Regards,
    Best in Shah Alam

  6. Memang betul apa yang dimaklumkan oleh Zul, dunia perniagaan ini merupakan satu pekerjaan yang mulia. Tambahan pula peratus Bumiputera Islam yang menceburi bidang perniagaan ini amat sedikit jika hendak dibandingkan dengan bangsa lain.

    Islam telah mengajar kepada kita ciri-ciri Usahawan Islam atau Personaliti seorang Usahawan Islam agar kita tidak melencong ke arah kemudaratan atau perniagaan yang tidak halal. Apatah lagi Perniagaan Internet ini bergantung sepenuhnya kepada kepercayaan dan kejujuran kerana saling tidak mengenali antara satu sama lain. Oleh itu amat penting bagi kita menitik-beratkan soal etika dan akhlak terutama dalam konteks kita berniaga ni.

    Jauhilah skim cepat kaya dan pelaburan internet kerana ianya akan mengheret anda kearah kecelakaan di dunia dan juga di akhirat

  7. Jejaka, usahawan yang kita bincangkan di sini adalah mereka yang meniagakan sesuatu secara usaha perniagaan ‘sendiri’, bukan ‘meniagakan’ ilmu dan kepakaran yg ada dengan bekerja dgn orang lain.

    Usaha dan Usahawan berbeza maknanya. Usaha adalah kata-kunci dan usahawan adalah kata nama. Boleh juga nak tafsirkan dgn maksud lain, tetapi apa yg dibincangkan adalah BERNIAGA atau BERUSAHAWAN seperti yg kita sedia maklumi. :) Adalah lebih mudah jika kita mengikut tafsiran standard agar tidak berlaku kekeliruan pada diri sendiri dan juga orang lain.

    Istilah usahawan dan peniaga dibezakan maksudnya kerana ia ada ‘nilai tersendiri’. Usahawan sendiri pun ada level yg berbagai. Tujuannya hanya satu level2 ini dan tafsiran standard diwujudkan iaitu: Agar kita berusaha lebih dan mencapai tingkatan (level) yg lebih baik. Itu sahaja. :)

    PS. Bagaimana nak tahu maksud standard bagi sesuatu perkataan, mudah sahaja. Boleh rujuk kamus dewan. ;)

    *Usahawan Internet juga banyak levelnya walaupun ada produk sendiri. Saya serahkan kepada anda untuk mengkaji dan memikirkannya.

Berikan Komen Anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.