Bersama Cikgu Azleen: Bahasa Inggeris Untuk Usahawan Internet

Sebelum saya memaparkan artikel sumbangan cikgu Azleen lagi pada kali ini, saya ingin menyatakan cara utama untuk pandai bercakap dalam bahasa Inggeris (BI). Caranya adalah, bergaul dengan kawan-kawan (tak kira bangsa) yang lebih banyak menggunakan english sebagai bahasa perantaraan dalam seharian. Saya dapati, memang terbukti suasana sekeliling kita yang jarang menggunakan BI adalah penyebab utama kita tidak pandai bercakap dalam BI dan takut untuk mencuba. Setuju?

Terbukti dan jelas, selama 5 hari berada di Singapura baru-baru ini, saya dan kawan-kawan banyak menggunakan bahasa Inggeris sama ada dengan kami sendiri, lebih-lebih lagi apabila berkomunikasi dengan bukan orang Malaysia. Selama berada di sana saya mengatakan kepada diri sendiri, “agaknya kalau aku stay kat sini dalam sebulan, mesti prestasi bahasa inggeris aku akan lebih baik..”. ๐Ÿ˜‰ Maksud saya, disebabkan persekitaran di sana banyak menggunakan english sebagai bahasa utama, maka nak tak nak kita terpaksa dan mesti berbahasa Inggeris.

Semasa di WIMS, saya membuangkan perasaan malu dan banyak mencuba untuk bercakap dalam BI walaupun saya tahu, grammar saya taklah begitu baik sangat. Namun terbukti, janji apa yang kita sampaikan itu difahami, orang yang mendengar akan faham apa yang kita sampaikan.

Semasa perjumpaan bersama ahli Warrior Forum, saya sebenarnya takut untuk bercakap-cakap dan berkenalan antara satu sama lain sebab itu adalah pertama kali saya menyertai majlis dengan pelbagai jenis bangsa dan negara. Namun, saya cuba juga bercakap dan memperkenalkan diri dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Biarlah lidah saya keras atau terbelit-belit, namun yang penting adalah MENCUBA. Jika saya tidak memulakan langkah pertama di situ, bila lagi? Sama keadaan dengan anda, janganlah menangguh-nangguh untuk melakukan sesuatu jika sudah ada ruang dan peluang. Just grab it and try the best.

Kesimpulannya, banyakkan bercakap dalam BI dengan orang sekeliling dan cari seseorang yang boleh dijadikan sebagai kawan untuk berborak dalam BI. Di sini, tidak timbul soal bencikan Bahasa Melayu atau tiada sifat nasionalis (cintakan Bahasa), tapi alangkah bagusnya jika kita dapat menguasai banyak bahasa? Harapnya pegangan kita tidak begitu dangkal dan pendek dalam bab-bab Bahasa ini. Tiada sama-sekali soal benci akan Bahasa Malaysia tetapi di sini kita perlu berfikiran jauh sebab secara tidak langsung apabila kita dapat berkomunikasi dengan orang luar, kita sebenarnya sudah mempromosikan akan kehebatan orang-orang kita.

Akhir kata, baca dan amati tulisan cikgu Azlen berikut.

Wassalam.

=======================================================

Hmmm.. namanya pun internet marketer dan kerjanya adalah internet marketing. Istilahnya saja sudah dalam Bahasa Inggeris. Takkan nak melakukannya dalam Bahasa Melayu kot? Tidak, saya sama sekali tidak merendahkan Bahasa Melayu, apatah lagi mengagungkan Bahasa Inggeris. Kedua-duanya pun hanyalah bahasa, yang penting adalah maksud yang ingin disampaikan tercapai. Itu adalah tujuan komunikasi.

Berbalik kepada persoalan internet marketer. Sejak kebelakangan ini, saya menyaksikan pertumbuhan begitu banyak sekali websites dari Malaysia. Sama ada ianya menjual produk mahupun menjual maklumat. Yang tak menjual pun banyak juga. Siapakah yang membangunkan websites ini? Sudah tentu saja mereka yang bercita-cita menjadi netpreneur ataupun internet marketer. Bahasa Melayunya adalah usahawan Internet ataupun pemasar Internet (betul ke ni?).

Kebanyakan websites ini dibangunkan dalam Bahasa Melayu, namun tidak kurang juga yang menggunakan Bahasa Inggeris. Dan lebih banyak yang campur-adukkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Seperti yang saya katakan dalam artikel sebelum ini รขโ‚ฌโ€œ Bahasa Inggeris: Susah Sangat Ke? รขโ‚ฌโ€œ anda tidak akan rugi jika tidak mahu menggunakan Bahasa Inggeris, tetapi dengan menguasainya anda akan mendapat lebih banyak manfaat. Nah, kalau dalam bidang internet marketing, manfaat bagi saya bermakna lebih banyak masyukkkk.. Hehehe.. atau lebih banyak keuntungan.

Mengapa IM Perlu Menguasai Bahasa Inggeris Dengan Baik?

Kalau kita betul-betul membincangkan isu ini, ada 1001 sebab mengapa sesiapa jua yang ingin menjadi IM (internet marketer) perlu menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Tetapi nanti tak cukup pulak blog SmartZul ni. Hehehehe.. Oleh itu, saya akan menjelaskan lima (5) sebab mengapa kita sebagai IM perlu menguasai Bahasa Inggeris dengan baik:

1. Pengaruh BI Dalam Internet

Umum mengetahui betapa besarnya pengaruh Bahasa Inggeris pada Internet. Sebab itulah ianya dipanggil Internet, bukannya jaringan. Sebagai bahasa kedua yang paling banyak dipelajari di dunia (adakah anda tahu apakah bahasa pertama yang paling banyak dipelajari di dunia?), siapapun tidak boleh menafikan bahawa kebanyakan transaksi dan komunikasi yang berlaku di Internet adalah dalam bahasa ini. Sama ada ianya dalam ruangan forum, chatting ataupun transaksi jualan. Bahkan kebanyakan laman web utama yang popular seperti Yahoo! dan Google juga menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraannya.

2. Meluaskan Pasaran

Pasaran Bahasa Melayu agak besar. Ianya meliputi Malaysia, kaum Melayu di Singapura, Indonesia dan Brunei. Bahkan terdapat juga sebahagian daripada penduduk Filipina dan Thailand yang boleh berkomunikasi dalam bahasa ini. Namun, Bahasa Inggeris difahami oleh sebahagian besar daripada penduduk dunia. Jika anda ingin mendominasi serta meluaskan pasaran anda, anda perlu menguasai Bahasa Inggeris. Ini kerana pasaran yang mempunyai kuasa beli tinggi seperti Amerika Syarikat, Jepun, China dan United Kingdom boleh anda tembusi dengan menggunakan Bahasa Inggeris.

3. Tools Untuk Perniagaan Disediakan Dalam BI

Cuba anda perhatikan dan buat sedikit penyelidikan tentang tools (peralatan?) untuk perniagaan yang disediakan di Internet. Daripada autoresponder system (contohnya Aweber), payment gateway (contohnya PayPal) sehinggalah tools untuk menganalisa pasaran (contohnya Word Tracker). Kesemua tools ini disediakan dalam Bahasa Inggeris. Beritahu saya jika anda ada menggunakan tools untuk perniagaan dalam Bahasa Melayu.

4. Rangkaian Pengiklanan Lebih Banyak Dalam BI

Kebanyakan newbie yang ingin berjinak-jinak dengan Internet Marketing memilih untuk mendapatkan keuntungan melalui rangkaian pengiklanan. Biasanya dari Google Adsense. Ada seorang pembaca blog saya yang berkali-kali memberitahu tentang iklan Google Adsense di laman webnya memaparkan iklan kemasyarakatan. Beliau meminta saya mengajar bagaimana membuatkan iklan Google sebenar keluar.

Apakah cara terbaik untuk membuat keuntungan melalui rangkaian pengiklanan seperti Google Adsense? Anda tentu sedia maklum bahawa bukan saja Google Adsense disediakan dalam Bahasa Inggeris, malah pengiklannya juga kebanyakannya menggunakan Bahasa Inggeris. Jadi, cara terbaik untuk membuat keuntungan melalui rangkaian pengiklanan seperti Google Adsense adalah membina website dalam Bahasa Inggeris.

Selain daripada Google Adsense, terdapat beratus-ratus lagi rangkaian pengiklanan internet. Antaranya Kontera Contentlink, Text Link Ads, ReviewMe, Bidvertiser, Auction Ads, dan Feedburner Ad Network. Dan semua rangkaian pengiklanan ini mempunyai satu requirement yang sama, iaitu penggunaan Bahasa Inggeris dalam website anda.

Baru-baru ini, ada dua rangkaian pengiklanan muncul dari Malaysia, iaitu Advertlets dan Nuffnang. Anda boleh menjadikan ini sebagai alasan untuk tidak menggunakan Bahasa Inggeris, tetapi pilihan anda terhad terhadap dua syarikat ini. Bagaimana kalau tiba-tiba salah satu dari mereka banned website anda? Hilang 50% pendapatan anda. Dan adakah anda pasti kedua-dua rangkaian ini tidak memberi keutamaan kepada Bahasa Inggeris? Lihat kembali website dan blog mereka. Adakah ianya dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris?

5. Maklumat Teknik Terkini Disiarkan Dalam BI

Internet marketing berasaskan teknologi maklumat yang berkembang dengan pesat. Untuk memastikan dapat bersaing dengan baik di pasaran, mana-mana IM perlu up-to-date dengan teknik marketing terkini. Dan apakah cara terbaik untuk mendapatkan maklumat terkini?

Majoriti IM terkenal di dunia berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Dan anda boleh mendapatkan maklumat terkini teknik marketing dengan menghubungi mereka. Samada membaca blog dan website mereka, atau menghubungi mereka melalui e-mel dan telefon. Bahasa apa yang perlu anda gunakan? Anda sendiri tahu jawapannya bukan?

Nak, Tak Nak

Saya telah memberikan kepada anda lima (5) sebab mengapa anda perlu menguasai Bahasa Inggeris jika anda ingin menjadi IM. Adakah anda masih tidak percaya bahawa IM yang unggul perlu menguasai bahasa ini? Anda tidak perlu menjadi pakar bahasa, atau menjadi guru yang mengajar bahasa ini kepada orang lain, tetapi mencukupi sekiranya anda mampu memahami orang lain, dan orang lain juga faham anda. Itukan tujuan komunikasi? Sekarang, segalanya terpulang kepada anda untuk menguasainya atau mengabaikan artikel ini.

————————————————
Penulis artikel, Cikgu Azleen adalah blogger KelasEnglish.com yang mengajar Bahasa Inggeris secara mudah di Internet. Format pengajaran berasaskan Modul Pemulihan Bahasa Inggeris yang berjaya digunakan ke atas pelajar-pelajar menengah rendah tetapi tidak mengikut KBSM. Beliau juga memberikan khidmat tuition Bahasa Inggeris untuk pelajar sekolah bagi kawasan sekitar Pasir Gudang, Johor. Beliau boleh dihubungi di blog peribadi beliau iaitu CikguAzleen.com atau melalui Forum KelasEnglish.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

16 thoughts on “Bersama Cikgu Azleen: Bahasa Inggeris Untuk Usahawan Internet

  1. setuju 100% dengan apa yang Cikgu katakan tu..
    buleh katakan 90% market di internet menggunakan bahasa English sebagai perantaraan.
    Jadi akalu nak berniaga atau cari duit di internet wajib fasih membaca ,menulis mahupun bertutur dalam bahasa English..

    sebelum ni pun dah berhajat nak berguru dengan Cikgu,tapi asik tergendala dengan kerja lain.

    Tapi persekitaran saya ni masih tak menggalakkan berbahasa English..ermm..nampaknya kene cari port utk hari-hari praktik la pulak ;D

  2. Yes, the internet pretty much runs on the English language, so it is best that the Malaysians work on improving theie English, especially spoken english.

    I noticed that many of the Malaysian Marketers in Singapore trying hard to speak in English. Keep it up.

  3. Pingback: Blog Perniagaan Internet dan Tips Motivasi » Blog Archive » Bahasa Inggeris..apa kata anda?
  4. ๐Ÿ˜ˆ Terima kasih kerana membaca.. Memang mahu atau tak, bahasa inggeris lebih banyak digunakan.. Saya rasa agak susah nak berjaya sebagai IM kalau anda tak faham bahasa ini – sila tunjukkan saya satu IM berjaya yang langsung tak faham BI.

  5. Betul tu Cikgu. Bagi saya, BI ni mesti difahami bagi dua kegunaan sama ada dua2 sekali digunakan atau satu sahaja:

    1. Digunakan untuk menulis sales letter, iklan, emel, post di forum, blog dan chatting. Mudah cerita: KOMUNIKASI.

    2. Faham BI sekadar untuk menggunakan sesuatu, menjadi pembeli atau membaca bahan rujukan.

    Saya galakkan pembaca semua masuk ke forum dan blog cikgu Azleen untuk belajar BI secara percuma.

  6. Memang tak dapat nak dinafikan lagi kepentingan bahasa inggeris pada masa kini. English bukan sahaja menjadi medium dalam internet semata2 tapi ia adalah bahasa dunia masa kini.

    Oleh itu, penguasaan dalam bahasa ini akan memberikan kredit kepada mana2 IM yang ada di malaysia.

    Sebenrnya yang menjadikan kebanyakan masyarakat kita hari ini lemah dalam BI adalah tidak berani berkomunikasi dalam bI. Perkara ini bukanlah perkara lama.

    Apa nak dihairan, jangankan masyarakat, pensyarah universiti yang berkelulusan master dan phd pun ada yang masih tak mampu berkomunikasi dalam Bi ngan baik.

    Saya teringat semasa di kuliah, dalam subjek statistik, lecturer kitorang ni lemah sket dalam BI (Sekanrang ni dasar kerajaan mewajibkan maths n sains diajar dalam bahasa inggeris). So, ape lagi, lecturer ni pun ketaq lutut la nak mengaja. Dia sllu silap sebut banyak term dalam stats. Last2 kitorang yang kene betulkan cakap dia. Kitorang lak nak kene ajar dia balik…hahahahaha

    Macam2 ragam….

  7. haha… apa kes? sehinggakan buku latihan bahasa inggeris tidak terhantar kepada teacher untuk semakan?

    adesh bahasa inggeris punya pasal. namun mmbaca memang boleh, tapi bleh buat broken inggeris daaaaaaaa…..

  8. huhuhu mmg benar apa yg dikatakan… adalah satu kerugian kepada sesiapa yg tidak mahir berbahasa inggeris… at least kite kena belajar menulis dlm bahasa inggeris daripada bercakap bhs inggeris… itu yg lebih penting coz dlm blog, kite kena/perlu menulis… bercakap kurang ๐Ÿ˜‰ x gitu…

    walau apa pun mmg apabila kita mahir bercakap inggeris.. bab menulis dh seperti makan kacang goreng…coz bercakap kena spontan tp kalu tulis kite boleh duk pk lama2 ๐Ÿ™„

  9. Salam dari Singapura

    Zul apa khabar? Saya ingin mengucapkan syabas kepada Zul kerana memberanikan diri di WSO meeting dan mengenalkan diri dalam bahasa Inggeris tetapi begitu merendah diri. Sekurang-kurangnya Zul tidak cuba “slang mat saleh”, begitulah hendaknya selalu – tidak hilang Melayu di dunia!!

    Stay true to yourself dan bangsa mu, tetapi terus meningkatkan diri in the commercial world, if you wish to go global…..

    Nora M
    Tip: The more you read in English, the better you will be fluent. Dan jangan shy berkata2 in English.

  10. Kak Nora… Sebenarnya masa jumpa kat WSO hari tu saya nak cakap BM jer dgn Shafir dan kak Nora, tapi saya rasa, that better mencuba dalam english. ๐Ÿ˜‰ Hopefully, kita boleh jumpa lagi di mana2. Maybe here, Malaysia. ๐Ÿ™‚

    Terima kasih kerana melawat blog ini.

    Good luck for you, Kak Nora & Shafir.

  11. Pingback: Mengapa IM Perlu Menguasai Bahasa Inggeris?
  12. Pingback: Jangan Ambil Hak Orang Lain
  13. ia memang begitu penting kepada mereka yang terlibat dalam perniagaan yang melibatkan urusan antarabangsa. kalo tak kuasai BI macam mana nak teruskan ke pasaran global? hendak tak hendak mereka perlu belajar bahasa inggeris untuk bergerak ke arena antarabangsa. jika tidak ia akan menjadi sia-sia tanpa batasan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *