Berniaga Menurut Sunnah dan Syari’at

Assalamu’alaikum,

Ini adalah post automatik. Masa post ini keluar, tak tahu lah saya kat mana dan sedang buat apa. 😉

Baiklah, tulisan kali ini saya tujukan kepada usahawan muslim yang percaya sepenuhnya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan ketetapanNya terhadap segala rezeki yang telah dan akan kita terima.

Tidak kiralah anda berniaga di internet mahupun konvensional, kita mestilah menerapkan nilai keislaman yang tinggi di dalam perniagaan kita. Senario yang banyak berlaku sekarang, saling berbalah di antara satu sama lain, tidak sepakat dan banyak lagi yang melanda di dalam dunia keusahawanan Islam termasuk di negara ini.
Allah berfirman di dalam kitab suci al-Qur’an:

“Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara.” (al-hujurat:10)

Rasulullah bersabda, “Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Namun, di akhir zaman ini kita sentiasa melihat pertelagahan di kalangan kita sendiri. Saling tuding-menuding, hasad dengki, menceroboh server usahawan semuslim yang lain, matlamat menghalalkan cara dan macam-macam lagi. Jika kita ingin menyalahkan sepenuhnya mereka yang bukan Islam sahaja terutama pihak yang ingin menjatuhkan Islam, pada saya ia tidak cukup, kerana kelemahan kita ummat Islam juga berpunca daripada penganut Islam itu sendiri. Jika dalaman rosak, maka rosaklah ummat. Lemah ummat, maka mudahlah musuh Agama kita ini untuk masuk menyelinap dan menambah burukkan lagi keadaan.

Sedarlah saudara semuslim-ku, cukuplah sandiwara yang kita lakukan selama ini. Dengki, menipu, syak wasangka, umpat fitnah, persaingan tidak sihat, kritikan yang tidak membina.. Itu semua walau memberikan anda kesenangan hati dan harta, namun ia hanya sementara kerana apa yang anda lakukan itu adalah racun kepada ummat sendiri!! Kelak ia akan terpalik kepada diri anda sendiri… Inilah salah satu punca kenapa kita melihat berlakunya pelbagai konflik di dalam ummat Islam sekarang, ia berpunca daripada orang Islam itu sendiri. Maka amat mudah musuh Islam untuk menyelinap masuk dan meruntuhkan peribadi muslim asli yang kita pegangi sejak dulu lagi.

Maka, kepada anda usahawan muslim, erti kejayaan bukan hanya pada keuntungan yang berlipat-lipat ganda, kerana itu bukanlah keuntungan yang hakiki:

“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?

yaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya,

niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adn. Itulah keberuntungan yang besar.” (Ash-Shaff:10-12)

Itulah janji dan firman Allah, Rabb Yang Maha Adil dan Pemurah.

Persoalannya, bagaimana untuk berniaga menurut sunnah dan syarak? Jika anda ringan kaki, pergilah berguru dengan ustaz atau ke kelas Agama. Jika ringan tangan, rujuklah laman web yang kini begitu banyak meletakkan tulisan ulama’ yang muktabar. 😉 Rajin-rajinlah meluangkan masa untuk meningkatkan jati-diri Islam di dalam diri kita agar tidak hanyut dibuai zaman.

Wassalam.

Ikhlas daripada saudara-mu semuslim.

“moga tiada sengketa di kalangan kita, perniagaan dan ekonomi juga adalah satu wadah perjuangan untuk kekuatan dan kegemilangan Agama kita ini.” 

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

9 thoughts on “Berniaga Menurut Sunnah dan Syari’at

  1. Itulah yang patut kita perjuangkan zul, dalam apa jua lapangan yang kita ceburi…pokoknya, matlamat kita adalah untuk UMMAH, agar kembali hebat dan perkasa, malah dapat merintis jalan ke arah kebahagiaan hakiki 🙂 Ingatlah, kalau kita tolong agama ALLAH, maka ALLAH akan tolong kita balik, dengan pertolongan yang tak disangka-sangka…

  2. Terima kasih atas seruan yang saudara Zul kemukakan. Sebenarnya banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki untuk umat Islam kini menjadi umat yang terbaik sebagaimana umat yang terdapat di zaman Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW diturunkan untuk membaiki akhlak manusia. Sekiranya baik akhlak mereka, segala apa yang mereka ceburi akan menjadi baik.
    Untuk menjadi usahawan Muslim sebagai menyahut seruan Nabi yang menyatakan bahawa 99 rezeki itu dari perniagaan tentunya tribulasinya juga amat berat. Sepadan dengan hasilnya. Cekal dan Tabah dalam menghadapinya. Keredhaan Allah jua yang dicari…

  3. Assalamualaikum,
    Benar seperti kata saudara Zul.Sama-samalah kita menuju ke jalan yang diredhai semoga perniagaan kita maju dan berjaya.

  4. Thanx Zul. Rezeki yang Halal dan DiRedhaiNya adalah yang terbaik…

    CypherHackz said: camne lak leh buat auto-posting ni eh?

    Kat dashboard WP, pergi ke WRITE ==> WRITE POST.
    Tulis post.
    Selepas tu tengok sebelah kanan, cari kotak yang tulis TIMESTAMP.
    Tekan simbol + pada Timestamp.
    Tick kotak EDIT TIMESTAMP.
    Pilih tarikh dan masa anda inginkan posting tersebut dikeluarkan.
    Contoh: September 30, 2006 @ 23:30
    Maknanya posting you hanya akan dipublish pada 30 September, pada jam 11.30 malam (24-hour clock).
    Lastly, Tekan PUBLISH.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *