Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Berjumpa Internet Marketer..

Apakah perasaan anda apabila bertemu dengan internet marketer yang telah berjaya? Dan mengapa perlu bertemu dengan mereka secara bersemuka? Ini adalah penting jika anda ingin berjaya kerana dengan bertemu dan mengenali mereka dengan lebih dekat, anda akan lebih bersemangat untuk berusaha mencapai kejayaan.

Tapi, tidak kurang juga ada yang menganggap, siapalah mereka, tak diiktiraf pun oleh mana-mana pihak. Betul, tapi tidak tepat. Mengapa?

Kita sendiri sudah melihat dan mengetahui kejayaan mereka. Untuk mengiktiraf kejayaan mereka, tidak perlu ada badan rasmi untuk pengiktirafan sebegitu, cukuplah kita sebagai saksinya. Namun, bukankah baru-baru ini Irfan Khairi telah mendapat anugerah dan seterusnya mendapat title Dr? Orang luar nampak kejayaan orang-orang kita, tetapi rata-rata ,asih ramai meragui kejayaan orang-orang kita sendiri. Ah, biarkan saja mereka yang berperinsip sebegitu, amat sukar untuk menerima kejayaan orang lain, mungkin dengki? Tak suka? Benci? Tak suka tengok orang berjaya? Biarkan mereka, sebab itu hak  mereka. Sebaliknya, mereka lebih suka dan berkompromi dengan mereka yang melakukan perkara yang sebaliknya seperti skim pelaburan dan piramid. Pelik bukan?

Ok, berbalik kepada topik kali ini. Saya ingin berjumpa dengan mereka yang telah berjaya, memburu mereka dan mendapatkan motivasi untuk mencapai kejayaan. Sabtu lepas, Allah telah memakbulkan dan memudahkan saya untuk bertemu dengan SaifulSham. Dapat berbincang dan berbual dengan mereka, bertukar info dan yang penting mendapat insider secrets mereka.

InsyaAllah, sabtu ini pula saya akan ke KL. Untuk mengikuti kelas adsense yang mana kidino dan shuth akan menjadi tenaga pengajar. Kedua pemuda ini mempunyai kekuatan tersendiri. Bahkan di kelas itu nanti, turut hadir adalah Gobala Krishan dan Sunny Tan. Gobala adalah penulis ebook Chapter-M dan Sunny Tan pula pemilik tips.com.my dan beliau juga ada menulis ebooknya sendiri. Mereka semua mempunyai pengalaman tersendiri dan inilah yang mahalnya..

Ogos tahun lepas, saya telah bertemu dengan irfan khairi. InsyaAllah ada modal, saya akan bertemu beliau pula di workshopnya kelak. InsyaAllah. Semasa berbual dengan Osman Affan sabtu lepas di seminar saifulsham, osman menyatakan bahawa, Irfan sentiasa terlajak waktu akibat begitu banyak yang beliau ingin sampaikan kepada para peserta. Rebutlah peluang ini. Jangan begitu berkira. Kalau anda betul-betul bersungguh, modal yang anda laburkan untuk kelas, seminar atau bengkel akan anda dapat kembali melalui perniagaan anda. Percayalah, jika anda betul2 ada usaha yang kuat.
Berjumpalah dengan mereka yang telah berjaya. InsyaAllah, anda mendapat semangat berganda-ganda.. Namun pesan saya, anda perlu pandai mengekal semangat anda, kerana setiap hari, mesti ada mereka yang ingin melihat kita jatuh dan gagal..

JOM KE KELAS ADSENSE Sabtu ini – 15 Julai 06!! Jangan lepaskan peluang! 

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) memulakan perniagaan Internet sejak tahun 2005. Fokus beliau lebih kepada penghasilan produk informasi seperti ebook, video dan audio. Selain mengurus perniagaannya sendiri, beliau juga membimbing individu lain melalui kursus, konsultasi, coaching dan seminar yang memfokus kepada memulakan perniagaan Internet, bisnes produk informasi dan "Wordpress Blogging". Hubungi beliau untuk maklumat lanjut.



7 Responses to “Berjumpa Internet Marketer..”

  1. surfaddict says:

    insya-allah dpt gak jumpa sifu2 e-biz sabtu ni..1st seronok sbb nak dptkan ilmu dari bro shuth dan kidino, then bertambah seronok sbb smartusaha, gobala Krishan, sunny tan pun ada..huhu..mcm2 ada

  2. smartzul says:

    InsyaAllah surfaddict, saya masih 50-50.. Belum pasti… :)

    Yang mana ada modal dan masa, pergilah……….

  3. galadriel says:

    InsyaAllah…. jumpa di sana…

    Akak memang sure pergi.
    Sayang sekali Akak tak dapat ke kursus Saifulsham 23 July nanti coz kena balik Terengganu pulak…. itupun di-delay-kan balik tganu coz nak hadiri kelas Adsense…

    Bulan July ni memang best, dapat bertemu dengan guru internet Derek Gehl, lepas tu nanti jumpa Kidino, Shuth, Gobala & Sunny Tan…

    Datanglah nanti Zul….
    Akak punya excited nak gi, weekend baru ni dah suruh suami drive ke SHRDC untuk make sure venue yang betul nanti… tak nak le pagi 15 July tu tercari-cari lak…. ;)

  4. cikguonline says:

    Sifoo jumpa Sifoo kalau bergabung power tu.

  5. untunglah korang di semenanjung,, mcm saya ni duduk di sarwak dah lama nak join tapi jauh sangat,, dah tanya kidino,, kata ok je kalau nak adakan kelas tu .. tapi kidino memang best lah,,very supportive guy,, yang lain saya tak kenal lagii.. hopefully semua berjaya

    http://hair-loss-hair.blogspot.com

  6. abdfatah says:

    kalo dah jumpa dah tentulah akan kenal bagaimana rupanya rupa-rupa mereka tersebut sekaligus memberikan inspirasi untuk terus berjaya. tak gitu?

  7. Han says:

    tak pernah lagi saya berjumpa dengan IM-IM ni…
    kalau boleh nak juga jumpa mereka…
    boleh tingkatkan lagi semangat ni…

    han

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)