Promosi Terakhir Sebelum Perubahan…
20 11 2008Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Saya akan melakukan beberapa perubahan drastik kepada blog ini dalam masa terdekat.
Antaranya adalah, saya tidak akan lagi mempromosikan sebarang produk affiliate di blog ini. Blog ini saya akan gunakan 100% untuk perniagaan saya, mempromosikan HANYA produk-produk saya dan produk-produk “rakan niaga strategik” saya.
Ini bukan bermakna saya tidak akan mempromosikan sebarang produk affiliate lagi, tapi saya akan gunakan blog lain dan List lain yang akan diwujudkan kelak.
Saya sekarang sedang review beberapa buah produk IM tempatan dan akan promosikan di blog ini. Antaranya adalah Ebook Affiliate A Plus Ammar, Panduan SEO Inspiration, Kuasa Lelong Noorizam dan juga produk terbaru LuvLee.
Selepas saya promosikan produk-produk tersebut, insyaAllah tiada lagi sebarang promosi produk-produk affiliate di blog ini.
Dan dengan ini juga, saya ingin menyatakan, saya tidak menerima apa-apa JV lagi selepas ini sehinggalah saya menyatakan ia dibuka kembali.
Dan jika anda inginkan testimoni daripada saya atau inginkan pendapat terhadap produk anda, sila hubungi saya pada bila-bila masa. Namun, saya tidak menjanjikan apa-apa respon terbaik untuk anda.
Untuk ruang iklan di blog ini, ia telah ditutup dan tidak akan dibuka lagi. Jadi harap tak hubungi saya lah untuk tanya mengenai ruang iklan.
Pesanan Ikhlas
Satu pesanan ikhlas saya kepada semua usahawan Internet, beranjaklah dari level sekarang kepada level yang lebih tinggi. Jangan sesekali berasa selesa dengan cara sama atau satu keadaan.
Jika anda benar-benar usahawan, berusahalah untuk melakukan anjakan demi anjakan. Tiada sesiapa yang dapat membantu kita melainkan diri kita sendiri.
Hakikat yang perlu kita terima adalah, semua usahawan masing-masing mahu ke hadapan. Tidak kisah mereka rakan JV ke, rakan baik kita ke, jika kita leka, selesa dan lambat bertindak, sudah pasti kita ketinggalan jauh.
Hanya kita yang boleh menentukan di mana kita berada dan apa yang kita capai. Bukan orang lain.
Harap maklum.
- smartzul
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Vote Artikel Ini:
Artikel Berkaitan:


















Tak sabar nak tunggu ‘wajah baru’ blog Zul nih
Buat sementara, saya masih pakai theme ni.
Yg berubahnya dulu adalah saya nak optimize blog ni agar lebih fokus dan bersepadu.
Buku Belajar SEO tu best, saya kagum dengan blog ni sebab ,
‘Description meta tag relevancy’ nya 94% dan ‘Keywords meta tag relevancy’ nya pula 100%. Tahniah untu Zul dan saya banyak belajar dari blog ini. :coffee:
Ada anjakan paradigma ni….rasanya betul ckp smartzul kita perlu berubah kehadapan….
Hidup pun mesti ader perubahan,klu tak boring….
Perubahan mesti ader keberanian, tapi jangan takut untuk cuba berubah… :blush: …….
seperti yang zul cakap tempoh hari…dah zul lakukan
Menarik mengenai pesanan Zul tu mungkin kita boleh gunakan azam tahun ni dah tercapai atau pun belum untuk mengetahui level kita sekarang. Tak lama lagi tahun baharu muncul azam yang lama masih belum selesai (masih di level lama) salah satu kayu ukur yang boleh digunakan…. perlukan lebih bahan bakar untuk level ke seterusnya.