Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak di'endorse' oleh kami.

Emel Saya di RTM 1

21 04 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Pada hari semalam (Ahad, 19 April 2008), RTM 1 telah melangsungkan satu segmen rancangan TV yang bertajuk “Blog: Apa itu blog?”. Tak silap saya, ia adalah melalui rancangan yang bernama “Galeri Perdana” selama 15 minit sahaja bermula jam 8.45 malam. Rancangan tersebut telah menjemput Datuk A. Kadir Jasin untuk mengupas tajuk tersebut.

Saya tidak dapat mengikut secara jelas rancangan tersebut kerana saya terpaksa melayan tetamu yang datang ke rumah saya, tetapi saya hanya menonton sambil melayan tetamu sahaja (tak fokus). Jadi saya tak pasti persoalan yang diperbincangkan, namun apa yang saya dengar, ia hanya membicarakan mengenai persoalan asas sahaja terutama mengenai “kuasa blog”.

Sebelum itu, rancangan tersebut telah memberi peluang kepada penonton untuk memberikan pendapat melalui SMS, Telefon atau Emel. Di kesempatan yang ada, saya terus menaip emel pendapat saya secara ringkas mengenai blog.

Pada rancangan tersebut, emel yang saya hantar itu dipaparkan beberapa saat sahaja sebab rancangan itu sudah menghampiri waktu tamat siarannya. Jadi pengacara TV tak dapat mengulas dengan detail emel saya tersebut (sekadar tunjuk dengan scroll down).

Berikut adalah emelnya:

emel zul

*Emel saya ini ditaip dalam beberapa minit sahaja. Nak kejar masa sebenarnya sebab rancangan tu cepat sangat tempoh dia. Tambahan pula, tak sangka ada tetamu datang ke rumah semasa saya menaip emel ini. So, ada kesalahan typo sikit sebab nak cepat (sebab nak layan tetamu). Harap tak kisah lah yer. ;)

Emel ini secara ringkas ingin menyatakan bahawa, blog bukan untuk topik politik atau isu semasa semata-mata. Dan blog bukan hanya ada ‘kuasa’ untuk mempengaruhi orang ramai di dalam pemilihan kerajaan. Sebaliknya, blog juga berkuasa untuk perkara-perkara yang lain seperti untuk pemasaran perniagaan, pendidikan dan lain-lain lagi.

Adalah sesuatu yang tidak wajar jika blog hanya dikaitkan dengan politik semata-mata sehinggakan sampai satu tahap, apabila disebut blog atau blogger, orang ramai hanya menganggap blog hanya untuk ‘luahan’ perasaan mengenai politik semata-mata. Padahal blog boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk sebarang tujuan.

Ini adalah kali pertama saya menonton rancangan ini sebab saya jarang menonton TV. Sekarang ni pun, saya sedang berada di kampung (cuti dua minggu). Sebab tu ada masa untuk menonton TV (bersama keluarga). Kalau tak, jangan haraplah nak menonton TV.

Cadangan saya kepada pihak RTM, teruskan rancangan sebegini kerana topik mengenai blog ini amat menarik untuk diperbincangkan. Dan saya menyarankan, jemputlah para blogger yang betul-betul mempraktikkan ilmu dan kemahiran ‘blogging’ ini untuk berkongsi ilmu dan pengalaman mereka. Tak kisahlah blogger politik ke, blogger bisnes ke, janji blogger yang ada pengalaman.

Saya tidak pasti hanya pada kali itu sahaja perbincangan mengenai blog atau selalu disiarkan pada hari dan waktu yang sama. Atau RTM ada rancangan TV sendiri untuk topik blog seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini? Ada sesiapa yang tahu?

Nota: Ahli panel yang dijemput untuk rancangan ini iaitu Datuk A. Kadir Jasin adalah juga seorang blogger. Beliau ada menulis beberapa buah buku dan salah satunya bertajuk “Blogger A. Kadir Jasin”.

Sekian.

Popularity: 35%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Beritahu Artikel Ini Kepada Kawan Anda. Klik Di Sini. Beritahu Artikel Ini Kepada Kawan Anda. Klik Di Sini.


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Subcribe Post Terkini Blog SmartUsaha
  • Hubungi Saya
  • Tiada Tajuk… ?
  • Saya Sudah Kembali… :)
  • Saya Tak Online Sabtu & Ahad (2 Hari)
  • Teknik Mudah Tarik Trafik Ke Blog
  • Pemenang ‘Contest’ + Bayaran Affiliate
  • Jangan Lakukan KESILAPAN Ini…
  • Perhatian Kepada Pembeli Kit Blogger
  • Mengapa Anda Perlu Subscribe (daftar) Newsletter Saya? :)

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    Ada 21 Pendapat Bernas »

    Pendapat oleh NayanMohd
    2008-04-21 04:35:53

    Assalamualaikum Zul dan semua pembaca blog SmartUsaha.

    Rugi rasanya tak dapat tgk Rancangan “Galeri Perdana” RTM 1 tu. Biasanya saya akan tgk Berita TV3. Sebabnya siaran RTM di kawasan saya tidak jelas langsung.

    Kalau RTM adakan rancangan khas tentang blog, blogger, blogging memang mendapat sambutan yang HANGAT. Blog dah semakin popular.

     
    Pendapat oleh Zack
    2008-04-21 11:43:41

    saya memang menantikan slot BLOG tersebut…
    tapi sayang, sekejap saja… 8.40-9.00 jadi tak banyak yg boleh dikupas…
    saya juga perasan email tersebut… dalam hati, “Ni smartzul yg email agaknya…”

     
    Pendapat oleh Han
    2008-04-21 14:12:09

    saya sama lah dgn zul…hehe
    langsung tak mengadap TV…
    saya habiskan masa saya di depan komputer je…
    memang tak minat sangat TV ni…hehe

    han

     
    Pendapat oleh Maizul
    2008-04-21 16:54:29

    Tak sempat nak tengok rancangan ni… bagus jugak Zul memberikan penjalasan mengenai blog ni supaya orang lebih paham mengenai blog ni. Bukan ke kata diorang akan ada jemput blogger jemputan?

     
    Pendapat oleh starline
    2008-04-21 18:57:51

    Saya pun tak sempat jugak tapi kat WangCyber kalau tak salah ada post tentang rancangan ni.Cuba tengok

     
    Pendapat oleh zool
    2008-04-21 20:53:50

    Hm tak dapat nak tengok plak..
    Semua buka cerita lain…

     
    Pendapat oleh taukey
    2008-04-21 22:13:00

    bagus gak lah kalau zul buat gitu……..takut ramai pandang negatif kat dunia blog. Terutamanya org yang tidak faham. gua caya sama lu

     
    Pendapat oleh Raymond Chua Subscribed to comments via email
    2008-04-21 22:40:47

    Mengaitkan blogeer dengan politik sahaja merupakan satu pandangan yang kurang tepat.

    Selain itu, ia menunjukkan ketidakprihatinan seseorang ataupun sesebuah masyarakat terhadap blog.

    Ia juga menggambarkan kekurangan ilmu dalam diri seseorang dalam memahami “blog”.

     
    Pendapat oleh Asharudin
    2008-04-22 00:01:59

    Mengapa blog harus dipandang pada politik saja sedangkan pelbagai aspek boleh kita muatkan dalam blogger. Pihak media pun tanggapannya sama berblog adalah tempat melepaskan perasaan dari segi politik aje. Diorang tak terfikir pun blog boleh jana side income.

    Pendapat oleh Raymond Chua Subscribed to comments via email
    2008-04-22 00:08:25

    Mereka telah membuktikan kepada kita betapa rendahnya pemahaman mereka terhadap konsep blogging ini dan sekaligus menukar persepsi saya terhadap kebijaksanaan mereka.

     
     
    Pendapat oleh IM Dreamer
    2008-04-22 01:09:09

    perghhh!!! post panas nih! huhuhu… :D

    yap, sumer yang Zul cakap tu btul! Raymond Chua pun! (tapi Raymond… kesiankanlah mereka… mereka mungkin arif dalam lapangan politik, tapi tidak di blogging….. huhuhu…)

    apa pun, saya pun cukup terkesan gak ngan blogger politik nih! blog DSAI (top 50K!) Jeff Ooi pun (top 100K!) tensen!!!

    apa pun, huhuhu… bangga dengan ‘pe’el’ yang dikekal Zul… yap, layan tetamu tu is the 1st! emmm………. pembawa rahmat la katakan…….. huhuuhu……. :D

     
    Pendapat oleh IM Dreamer Subscribed to comments via email
    2008-04-22 06:50:00

    Zul, semua, pergi ke blog Amanz… ye ader letak video ni kat sana…

    ish ish ish… banyak kesongsangan maklumat… yang paling ‘bengang’ sekalipun, ye cakap yang blog ‘cari duit’ cam tak sepatutnya ditumpukan! sedangkan faktor ini yang sebenarnya membangunkan hampir keseluruhan internet! kalau tak, takkan la enjin pencari cintun benar ngan mana-mana blog… blog ni termasuknya… huhuhuhhh….

    geram……….

     
    Pendapat oleh Nizam
    2008-04-22 13:13:29

    Sebenarnya bagus juga En Zul hantar email tersebut. Sebab selepas PRU12 hari tu banyak orang politik mula salah anggap mengenai blog.
    Bukan semua blog yang ada dalam pasaran internet Malaysia ini berbau politik.Akan datang jika ada topik ini lagi elok kita semua beri pandangan.Sebab ia akan mengganggu industri blog Malaysia yang sebenarnya banyak potensinya dari segi ilmu & pendapatan yang diberikan.

    Pendapat oleh IM Dreamer Subscribed to comments via email
    2008-04-22 15:14:52

    yap! sokong! tapi… dorang tak sempat ar tunjuk emel Zul tuh…

     
     
    Pendapat oleh pakdi
    2008-04-23 11:16:27

    oho.. dah lama tak tengok tv1. ada rupanya rancangan pasal blog di mainstream media ;)

     
    Pendapat oleh Shueqry
    2008-04-25 00:09:14

    Mudah-mudahan lebih ramai blogger muncul di media!

    -Shueqry-

     
    Pendapat oleh firdaus
    2008-04-25 11:41:13

    zul..mana posting terbaru…rasa macam ada sesuatu yg kurang klu zul tak buat posting.. posting la apa2…asalkan ada..

    terima kasih

    Pendapat oleh IM Dreamer Subscribed to comments via email
    2008-04-27 15:48:42

    ar2 kan… misteri nih… :)

    musti yer nak kejutkan kiter semua nih! jaga…! :D

     
     
    Pendapat oleh IM Dreamer Subscribed to comments via email
    2008-04-27 15:50:32

    oh ya! orang cakap kat MHI pun ader wat slot cam nak wat blog ngan blogspot kan…? ader saper2 yang dah tengok???

     
    Pendapat oleh tpduyung Subscribed to comments via email
    2008-04-27 23:56:43

    ZUL, saya selalu baca u punya catatan (blog) amat bagus utk bisnes, dan banyak juga promosi yg u buat saya ikut, Tahniah. Kini saya cuba gunakan blog utk bantu pelajar dlm stpm, harap ZUL dapat bagi tip utk lebih ada pikap kat blog saya. tq.

     
    Pendapat oleh dhomidyaz Subscribed to comments via email
    2008-05-30 19:23:31

    saya ingat boleh suruh rtm ulang tayang kot…

     
    Name (required)
    E-mail (required - never shown publicly)
    URI
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong> in your comment.



    Terbaik Untuk Anda: