Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Berita Terkini daripada SmartZul

Apa khabar semua?

Post ini hanya berita terkini sahaja:

1. Saya tidak dapat memasuki Internet selama tiga hari yang lepas kerana line streamyx (internet) di sini mengalami masalah. Jadi, kepada yang menghantar emel, pelanggan Kit Blogger di bahagian support dan juga kepada pembaca blog ini, sebab itulah saya ‘diam’ dan tidak dapat memberikan respon kepada anda…

*Sekarang ni pun talian Internet belum stabil. Kejap ada, kejap tak ada.

2. Saya akan keluarkan satu produk Master Resale Rights dalam masa terdekat. Tak perlu tanya, anda cuma perlu tunggu sahaja.

3. Kepada yang belum tahu, episod pertama program Realiti WebTV The NextInternetMillionaire.com telah pun bermula!

Sila ke http://www.nextinternetmillionaire.com untuk menonton. Anda memerlukan talian Internet broadband seperti Streamyx untuk menonton kerana tempoh video itu adalah 51 minit ++.

4. Saya telah membuka kembali ruangan komen tanpa perlu anda mendaftar dahulu untuk memberikan komen. Cuma harapan saya, berikanlah komen yang matang, positif dan beradab…

Itu sahaja ‘quick note’ daripada saya.

Minggu ini merupakan minggu yang amat padat untuk saya selesaikan beberapa perkara.

Jumpa lagi.

Daripada,

- SmartZul

Facebook comments:

26 Responses to “Berita Terkini daripada SmartZul”

  1. zool says:

    00000.
    Apsal dah tak perlu login???
    Tanya je… saya pun sebenarnya tak suka kena login …
    .

    p/s :-ntah bile ntah nak pakai streamyx pun tak tau lagi…mungkin bila dah ada rumah sendiri..

  2. dikmal says:

    streamyx prob bro? aiseh sy pun pagi ni hangin gak :D tapi takpe, alhamdulillah kembali ok.

    produk master resale right? guessing. akan tepatkah guessing ku kali ini… hikhik

  3. Han says:

    patutlah lama sangat blog ni takde post baru…
    emmm….rupanya internet bermasalah…

    produk baru? produk tentang apa tu???

  4. smartzul says:

    Haha dikmal, fokuskan minda anda. Cuba teka…. ;)

    Tunggu jer lah Han. :)

    Zool, saya tak nak menyusahkan pembaca. :)

  5. manja says:

    saya bukan nk bg komen tapi saya nk bertanya tentang pay pal.
    Kalau kite takde kredit kad camne nk transfer duit masuk lam akaun pay pal. saya harap sudi membantu saya. sekian terima kasih

  6. emzek says:

    ade nak kuar produk baru? wahhh.. tak sabarnye… harap jangan lama sangat zul ye.. :grin:

  7. asharudin says:

    Tentang transfer duit ke dlm akaun paypal tu, Manja kena ada debit card, top-up kemudian sahkan debit kad drpd akaun paypal Manja. Blh apply debit kad dgn Public Bank @ Ambank. Pendaftaran adalah RM25.00 :smile:

    :idea: Ha…. zul, sy pasti produk berguna & berkualiti serta mampu di miliki.

  8. smartzul says:

    Manja, dah download Ebook saya tak pasal paypal?

    http://smartusaha.com/news/

    ————————————————–

    Just a quick survey kpd pembaca semua. Anda ada hadapi masalah streamyx tak?

    Saya start jumaat lepas sampailah masa sy menaip ni, Internet very very slow. Nak buat kerja pun tak dapat… Ni taip part ni pun dgn penuh sabar je. :)

    Kalau tempat anda Ok, mungkin kat sini sahaja kot yg bermasalah. :(

  9. dikmal says:

    saya alaminya zul..tapi pelik sket la keadaan saya kat Ampang ni..

    pagi tadi masa cuba connect via laptop, boleh connect tapi nak masuk google pun dekat 20 minit? masuk google je la, nak surf page lain memang tak dapat la..

    so, saya pun cek2 la kot2 kabel prob, takde pon..last2 saya alihkan streamyx ke desktop…ok je pulak ha… kuing2…tak tau apa masalah sebenarnya..arap bukan streamyx la..sakit woo..pakai Wifi kang ha..keh keh keh :D

  10. sham says:

    Pkai broadband plak la zul.. Sabtu lepas,saya ke low yat.. lagu gak maxis broadband.. RM68 sebulan..

  11. smartzul says:

    Eh, Sham ke KL ke sabtu lepas? Naper x habaq? Saya pun ke KL sabtu lepas.

    Yg Sham cakap tu broadband kan? Tak semua area dia support kan?

    dikmal, saya rasa tu masalah laptop tu. :)

    Entahlah. Kalau sehari dua tak apa, ni dah melarat ke 4 hari ni…

    Harap2 TMNet buat sesuatulah agar servis Streamyx meningkat dari semasa ke semasa… ;)

  12. dikmal says:

    hukhuk..maybe la..ni la godek2..keh keh..malam tadi ok aje pulak..sy namakan simptom ni simptom merajuk :D err, rasanya kejap aje tu..tk pun Zul cube kol meke..

    maxis bb, not really support dgn berkesan kat sume area..a friend of mine berhadapan masalah dgn maxis bb nya, kat KL ok je, bila alih ke tempat lain, slow.. tapi JB, support kot :)

    wifi la :D

  13. Raymond says:

    Hey, saya suka akan program Simpleology Joel Comm. :razz: :razz:

  14. zool says:

    memang betul la zul.. saya pun lebih suka yang cam biasa nie..
    tak yah nak login..
    lagipun bukan semua yang singgah blog kita ni seorang blogger..
    mungkin ada yang tidak memiliki web dan tak kenal wordpress dan hanya suka membaca je..

  15. smartzul says:

    Raymond, saya memang suka konsep simpleology tu. Kalau seorang usahawan Internet yg faham konsep tu, kejayaan akan dapat diperolehi dalam masa yg ‘singkat’ sahaja. :)

  16. Raymond says:

    Betul, programnya memang simple tapi amat bermakna dan berguna.

    Ramai orang yang pandang ringan akan perkara-perkara yang mudah-mudah ini yang sebenarnya merupakan asas kepada suatu kejayaan. :lol:

    Tapi… saya tak faham sangatlah pasal konsep free agent yang beliau katakan salam WIMS itu. Saya tanya rakan-rakan yang lain pun mereka tak faham. :shock: :shock:

    Mungkin Zul boleh kongsikan dengan saya :grin:

  17. smartzul says:

    Adakah yg dimaksudkan tu Mark Joyner? Nanti saya semak balik yer Raymond. Utk makluman, masa tu saya tengah ngantuk. Hehe… :D So mungkin ter-miss beberapa perkara yg dia sampaikan. Apapun, presentation dia mmg superb…

  18. emzek says:

    erm.. nape saya kat sini tak bleh nak bukak? rasenye dah betul dah.. sy klik watch.. pastu lepas je click download file tu terus keluar connection was reset. Kenape ye? Adakah saya silap atau memang line kat sini ade masalah?

  19. smartzul says:

    emzek, cuba refresh balik. Takkan kat China pun ada masalah Internet kot. ;)

  20. Raymond says:

    Oh ya, Mark Joyner. Lupa pulak.

    Saya suka akan gambar-gambar pada presentationnya.

    Menarik sekali. :grin:

  21. abdfatah says:

    negatif ramai orang tak suka. kalo membina orang suka untuk memajukan diri sendiri atau orang lain. kalo tiap kali nak komen kena login, kena tengok jugak pasaran masa hadapan… apohal sekalipun selamat maju jaya dengan kerjaya masing-masing…

    kalo banyak yang suka negatif apa kerja pun takkan menjadi kualiti. mereka yang komen negatif sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja… dah selesai mereka komen itu ini, apa jadi dengan mereka? mereka dah lupa komen2 negatif yang mereka lontarkan tersebut… lepas tu mereka komen lagi dan lagi….kita yang menerima stress bagai nak rak, tak sudah dengan itu terngiang2 dalam kepala minda sehinggakan terbawak2 dalam tido… walaupun sekadar membaca komen negatif… tak gitu????

    huhuuuu… malas laaa nak layan komen negatif nih…

    opss, sori zul… silap tempat terkomen daaaa….

  22. manja says:

    :smile: time kasih zul bg info pasal pay pal.
    maknanyer sy kena kena g ambank or public bank untuk wat akaun kad debit kan? nak buka akaun debit rm25 je. takder tambah charge yang lain kan? terima kasih banyak zul. sy baru nk tgk pasal e-book 2. terima kasih bebanyak222222222222
    :smile: :smile: :smile: :smile: :smile: :smile: :smile: :smile: :smile:

  23. manja says:

    :???: hai zul….
    Saya dah download e-book awak pasal pay pal. tapi tak leh buka. file 2 problem. tk tau naper…………bleh bg info mcm mane saya nk mengatasi masalah ni
    :???: :???: :???: :???: :???: :???:

  24. smartzul says:

    Manja, cuba download Ebook itu sahaja dalam satu masa. Jangan download banyak2 sekaligus, kalau tak download tak akan complete dan file akan corrupt. :)

    Try sekali lagi yer.

  25. manja says:

    :???: hai zul…..
    sy dh download file e-book tentang pay pal tp still tk leh buka. bile buka file corrupt.

  26. smartzul says:

    Ermm, saya tak tahulah apa masalah tu.

    Saya cuba download, ekstrak dan buka file PDF tu. Semuanya Ok sahaja.

    Pastikan download file zip tu dgn sempurna. Saiznya lebih kurang 1Mb.

    Line internet biasanya yg jadi punca.

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)