Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com


Ada Dua Berita Di sini…

Post kali ini adalah berita terkini yang berkaitan dengan perniagaan Internet dan juga ‘blogging’.

Berita 1: Episod ke-2 Next Internet Millionaire telah bermula

Berita 2: Versi WordPress versi 2.3 Beta-1 telah dikeluarkan. Tapi versi release-nya dijangka pada 24 september 2007 ini.

Untuk berita satu, anda boleh klik di sini untuk ke laman web program realiti WebTV tersebut. Secara ringkas, episod kali ini para peserta ‘belajar’ buat blog dan itu adalah satu challenge untuk mereka. Kemudian, Armand Morin pula memberikan talk mengenai branding terutama logo. Para peserta kemudian diberikan satu task berkumpulan untuk siapkan logo dan mempersembahkannya.

Daripada pembentangan dan kerja berkumpulan, mereka dinilai dari daya usaha dan semangat berkumpulan. Jika episod lepas dua orang dimasukkan ke dalam “sandbox”, di episod kedua ini dua orang lagi dimasukkan ke dalam “sandbox”.

Sandbox di sini bermaksud peserta itu tercalon untuk disingkirkan tetapi diberi peluang sekali lagi untuk menunjukkan daya usaha yang baik. Mereka diberikan masa untuk tingkatkan usaha dan sebab mereka berada dalam senarai “sandbox”, mereka tidak boeh menyertai apa-apa pertandingan sehingga ke satu masa ditentukan.

Pendek cerita, konsep program realiti webTV The Next Internet Millionaire ini lebih kurang sama seperti program The Apprentice kelolaan Donald Trump.

Saya amat amat syorkan anda menonton program ini terutama anda yang mahu menjadi usahawan Internet… Pelbagai aspek perlu dimiliki dan di dalam program realiti itu, Joel Comm memang ‘straight’, menyatakan apa yang perlu dan jangan.

Untuk berita kedua, anda boleh membaca di sini (klik di sini).

Secara ringkasnya, saya telah ‘test’ versi 2.3 Beta-1 tersebut. Ia merupakan satu versi yang hebat dengan beberapa pertambahan seperti ‘auto-detect update plugin’ dan juga ‘tagging function’. Inilah WordPress, sebuah sistem ‘blogging’ yang tak dapat disangkal lagi akan kewibawaan Team mereka.

Nasihat saya, anda jangan lagi upgrade menggunakan versi Beta itu kerana masih ada Error dan kekurangan. Tunggu versi 2.3 di-releasekan pada 24 September 07 ini.

Wassalam.

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) memulakan perniagaan Internet sejak tahun 2005. Fokus beliau lebih kepada penghasilan produk informasi seperti ebook, video dan audio. Selain mengurus perniagaannya sendiri, beliau juga membimbing individu lain melalui kursus, konsultasi, coaching dan seminar yang memfokus kepada memulakan perniagaan Internet, bisnes produk informasi dan "Wordpress Blogging". Hubungi beliau untuk maklumat lanjut.

Incoming search terms:

  • berita perniagaan


10 Responses to “Ada Dua Berita Di sini…”

  1. Raymond says:

    Hmm… video yang menarik.

    Harap-harap saya boleh dapatkan update versi wordpress yang terkini di sini. :)

  2. kene tunggu lg sebulan laa nampaknya… :lol:

  3. Azahari says:

    Pada saya, yang terbaru tidak semestinya terbaik. Kalau OS Linux biasanya orang ambil yang stable release. Elok tunggu bagi bug semua fix pastu baru upgrade. Versi lama pun rasanya saya tak habis explore lagi…kekekeke

  4. Han says:

    saya setuju dengan Azahari..hehe..
    yang lama pun tak habis explore lagi…

    han

  5. smartzul says:

    Raymond, Joel Comm tu ‘serius giler’ dalam program tu. hehe…

    Azahari dan Han, yup, memang banyak lg tak explore, tapi saya dah test dah versi 2.3 Beta-1 tu. Ada beberapa pertambahan yg memudahkan kita sbgai pengguna.

    Tujuan versi Beta ni dikeluarkan adalah utk mereka yg mahu Test. Kalau nak tahu, sesiapa yg ada ilmu programming, boleh turut serta dalam proses pembangunan sistem WordPress ni. Mereka ni dipanggil “Beta Tester”. Apa2 Error, bug dan sebagainya boleh terus lapor kpd Team WordPress.

    Ini yg dikatakan open source, komunitinya seluruh dunia.

    Kelebihan kalau kita upgrade kpd yg terkini adalah, SECURITY. Belum sempat lagi penggodam nak crack kod versi skrg, tiba2 keluar versi terbaru. Open source, upgrade tersangatlah penting sebab kod dia saper2 pun boleh dapat. Dah nama OPEN. :)

    Mcm kes versi 2.1.1 hari tu, kan berlaku kes hack. Means, dah ada orang yg tahu di mana kelemahan sistem ni. So, lebih baik beralih ke versi yg lebih terkini walaupun belum habis di-explore atau versi terkini tak semestinya ada nilai tambahan atau tak bagus. Hakikatnya kita tak nampak improvement dari segi security sebab kita hanya pengguna biasa (last user). :)

    Dalam penghasilan sesebuah sistem, ada beberapa fasa, biasanya:

    Alpha –> Beta –> Release

    Setiap fasa pula, ada cara2 testing tersendiri sebelum di-release-kan…

    Apabila disebut “release”, ia bermaksud sudah stabil. Sesebuah software sama sekali tak akan dikeluarkan (release) selagi tak melepasi tahap ujian tersebut. :)

    - zul

  6. Azahari says:

    Betul kata Zul tu… tengok Gmail sampai sekarang pun masih beta lagi… tengah testing & testing. Bila agaknya yang takde beta ? Kebaikan open source ni ramai yang boleh mencuba dan inform developer untuk fix bug. Ada juga perisian yang tidak keluarkan versi beta untuk public dan terus keluar versi penuh.Bila ada bugs, mereka suruh kita patch untuk baiki bugs tersebut

  7. smartzul says:

    Konsepnya sama mcm Ebook.

    Buat Ebook dan jual. Kalau ada silap taip ke apa, pembeli akan “tegur”. :D

  8. Raymond says:

    Saya dah beli ebook tu melalui link Zul.

    Sekarang tengak mempraktikkannya. CCleaner tu nak aku tutup firefox aku pulak.

    Isyh! Bye. Dah nak tutup browser dah. :wink:

    Raymond

  9. Amer says:

    Open Source banyak kelebihan sebenarnya. Kelebihan seperti security dan support dari worldwide. Masih belajar nak guna WordPress…

  10. Han says:

    saya masih buat blog guna WP 2.07…
    belum upgrade lagi…
    tengok lah nanti kalu rasa nak upgrade tu baru upgrade…
    sb kalau tak de mod…upgrade tak tahu apa akan jadi…

    setakat ni, saya lihat WP adalah blog yang terbaik…

    han

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)