Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Berikan Ia Nafas Baru

Adakah perniagaan anda hampir mati?

Adakah perniagaan anda sudah nyawa-nyawa ikan?

Adakah bisnes anda sudah tenat?

Atau… Adakah usaha perniagaan anda menemui jalan buntu?

Pelanggan sudah mula cerewet, sudah beralih arah atau sudah susah untuk membeli.

Jika ini berlaku kepada anda, sudah tiba masanya anda MENUKAR STRATEGI.

Saranan ini dicadangkan oleh seorang mentor saya. Jika kita menggunakan cara yang sama sahaja, sudah pasti pelanggan kita akan bosan dan mereka akan mencari yang lain.

Malah kita pun akan bosan dan tidak bersemangat kerana asyik melakukan perkara yang sama sahaja. Kita dan perniagaan kita perlukan ‘nafas yang baru’.

Soalnya bagaimana?

Biar saya berikan berikan beberapa contoh.

Jika kini sudah ramai orang buat ebook, mengapa tidak anda buat produk berbentuk fizikal, video dan audio?

Jika ramai yang hanya berkomunikasi melalui emel / internet sahaja, mengapa tidak adakan program untuk bertemu dengan para pelanggan / peminat anda?

Jika selama ini anda melakukan kerja bersendirian, cubalah lakukan sesuatu projek secara berkumpulan dengan usahawan yang lain. Barulah nampak meriah dan berbeza.

Dan mungkin juga anda boleh berikan perniagaan anda dengan warna, logo atau slogan yang baru. Bagi ia ‘bombastik’ dan menyengat sikit.

Atau yang paling mudah, persekitaran tempat anda melakukan kerja. Kalau sebelum ini tidak kemas, kemaskan ia. Atau alih kedudukan dan sebagainya.

Banyak cara sebenarnya untuk menukar strategi bagi mencapai matlamat yang sama. Jangan salah sangka di sini. Anda tidak perlu ubah impian dan matlamat anda, tapi cukup ubah strategi sahaja.

Usah bertangguh lagi, berikan perniagaan anda NAFAS yang BARU. Lupakan yang lama.

Kini sudah tiba masanya anda melakukan U-Turn!

Facebook comments:

6 Responses to “Berikan Ia Nafas Baru”

  1. naz says:

    Thx abg smartzul.Hehe.Dalam umur yang baru masuk 22 tahun ni saya baru nak plan berniaga..boleh gak tampung duit untuk belajar.Bukan keluarga tak mampu..tapi rasanya lebih seronok cari duit sendiri kan..?

    Dengan peluang kerja yang semakin terhad..saya amat hargai ilmu2 yang diturunkan dalam ni.Perlahan-lahan saya akan belajar supaya sedikit demi sedikit ilmu tu akan bertambah..terutamanya perniagaan melalui internet.

  2. thanks for ideas :D rasanya bleh apply neh. simple but rasanya leh bagi quite good impact

  3. pakteh says:

    Jualan Semakin Berkurangan sejak kebelakangan ni… mungkin kena ubah teknik promosi kot.. dulu guna google adwords.. tapi rugi.. ni nak cuba lagi sekali, semoga kali ni sukses… :)

  4. rahimah says:

    Bagus idea ni Zul ! Boleh di applikasikan terutama sekali hari bertemu pelanggan :)

Trackbacks/Pingbacks

  1. Ketahanan Perniagaan Ebook di Pasaran Malaysia? | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet
  2. Adakah Saya Perlu Terus Menulis? | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)