Berbisnes Di Rumah aka SOHO : Sudah Sampai Masanya

Small Office Home Office (SOHO) atau dalam bahasa Melayunya Pejabat Di Rumah (ni istilah saya) adalah melakukan kerja atau perniagaan hanya di rumah. Bermaksud, rumah dijadikan sebagai pusat utama untuk menguruskan perniagaan. Apa yang akan saya bincangkan di sini adalah bisnes dan bukan telekerja iaitu bekerja dengan orang lain dari rumah.

Perkembangan perniagaan secara SOHO ini begitu maju dan terus meningkat bilangannya di luar negara, tetapi di Malaysia, ia masih sedikit baru dan agak sedikit ‘jengkel’ atau janggal bagi kebanyakan orang.

Pihak kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi juga sudah mula sedar akan peluang dan kelebihan SOHO ini yang amat sesuai untuk para kaum ibu dan kepada sesiapa sahaja yang berminat. Sebab itulah, pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah melakukan banyak aktiviti dan program untuk memastikan konsep SOHO ini sedikit demi sedikit akan diambil peluang oleh kaum ibu atau suri rumah yang ingin mendapatkan pendapatan, di samping menjalankan tanggungjawabnya di rumah.

Selain itu, di dalam rancangan Malaysia ke-9 pun, ‘isu’ SOHO ini juga ada disentuh secara umum dan diambil perhatian oleh pihak kerajaan. Malah, SOHO ini juga dibahaskan di dewan rakyat dan mendapat reaksi positif kebanyakan pihak.

Di antara petanda yang SOHO ini akan menjadi satu style di masa hadapan adalah, wujudnya teknologi komunikasi yang semakin canggih dan mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja. Komputer, telefon, talian internet, jalur lebar, telefon selular, 3G, GPRS/Egde, faks dan lain-lain lagi semakin bertambah maju dan harganya turut menjadi murah.

Di dalam buku daripada KSE kepada KBE tulisan Billi P.S. Lim, beliau menyatakan antara jenis perniagaan di zaman millenium atau di abad ini dan mendatang adalah e-dagang, francais, rangkaian pemasaran dan pendidikan. Kenyataan beliau ini juga ramai dinyatakan oleh pakar-pakar di dunia akan jenis perniagaan yang akan ‘meledak’ dan menguntungkan. Tiga daripada jenis perniagaan itu iaitu e-dagang, pendidikan dan rangkaian pemasaran adalah termasuk dalam SOHO iaitu boleh dilakukan hanya di rumah. Beliau juga mengatakan dalam buku itu, konsep SOHO adalah pilihan terbaik manusia di abad ini dan juga mendatang.

Sudahlah, usah lagi kita bercakap banyak akan kelebihan dan peluang SOHO ini atau hanya memikirkan kekangannya sahaja tanpa sebarang usaha memajukannya, kerana ia sudah terbukti dan memang terbukti banyak manfaatnya. Kita di sini masih ramai yang mahu mempertikaikan dan membincangkan soal yang kecil-kecil, namun akhirnya tiada apa-apa hasil. Malah, masih ramai yang meremehkan usaha perniagaan secara SOHO ini. “No class” dan tak professional katanya.. 😉

Saya amat berharap, melalui kerjasama pihak kerajaan, swasta dan juga NGO, bidang SOHO ini akan berkembang pesat suatu hari nanti. Pandangan saya kepada pihak kerajaan, adakan kerjasama dengan pihak yang pakar dalam bidang ini agar bidang SOHO ini juga akan maju di Malaysia termasuk perniagaan internet. Apa yang saya lihat, tiada kertas kerja atau panduan hitam putih mengenai SOHO ini yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan melalui Kementeriannya yang boleh dijadikan rujukan oleh rakyat Malaysia. Namun, saya amat yakin, pihak kerajaan begitu komited akan hal ini dan saya pasti, sesuatu anjakan akan berlaku kelak.

Bercakap mengenai SOHO ini, anda perlu tahu, ia bukan hanya perniagaan internet, malah lebih daripada itu. Contohnya ialah seperti perniagaan mail order yang kini sudah lama dilakukan oleh segelintir rakyat Malaysia secara serius dan sudah ada yang berjaya. Membuka kelas tuisyen, servis komputer, membina laman web, pengaturcara, menulis, menjahit pakaian, membuat kuih-muih dan sebagainya, semuanya boleh dilakukan di rumah. Dan, dengan adanya internet, maka anda boleh mendominasi dua pasaran sekaligus iaitu kawasan perniagaan anda (offline) dan juga global (melalui internet). Samada berniaga di internet sepenuhnya atau menggunakan internet sebagai medium pemasaran perniagaan offline anda.

Banyak aspek yang perlu diperbincangkan lagi mengenai SOHO ini dan sebab itulah sedikit lambat ia diimplementasikan di Malaysia oleh pihak kerajaan seperti kaitannya dengan undang-undang perniagaan. Jangan hanya menunggu usaha pihak kerajaan, kita juga perlu bersama melakukan sesuatu. Antaranya, jangan memutar-belit dan menyalah gunakan istilah SOHO. Jika tidak, tanggapan orang yang tidak tahu akan serong terhadap bidang ini. Saya perhatikan, orang yang menganjurkan skim cepat kaya juga menggunakan istilah SOHO ini. Tidakkah ia akan memburukkan bidang ini? Selain itu, kita sebagai ‘usahawan SOHO’ juga perlu melakukan gerak kerja yang profesional walaupun hanya bekerja di rumah. Kelak, orang akan meletakkan bidang ini juga setaraf dengan perniagaan yang lain.

Akhir kata, SOHO adalah satu bidang perniagaan kecil yang amat sesuai kepada sesiapa sahaja. Kita perlu tahu, sumbangan perniagaan kecil (IKS) adalah satu industri yang banyak memberikan sumbangan ekonomi yang amat besar juga kepada negara ini malah di lain-lain negara pun, dan adalah sesuatu yang amat merugikan jika bidang ini tidak dipandang serius oleh pihak kerajaan. Sesungguhnya, ia memberikan impak yang amat besar kepada perkembangan dan pertumbuhan ekonomi negara.

Anda pula bagaimana? Ingin menjadikan perniagaan internet sebagai salah satu perniagaan SOHO anda? Teruskan setia dengan blog smartusaha.com ini untuk mendapatkan pelbagai informasi, panduan dan teknik perniagaan internet samada untuk pasaran tempatan ataupun global. Saya di sini, akan terus membantu anda dengan menulis semampu dan sedaya yang mungkin. InsyaAllah.

Salam sukses untuk semua.

Nota:

Saya di SmartUsaha.Com begitu komited akan bidang perniagaan internet ini dan bidang perniagaan di rumah. InsyaAllah, beberapa perancangan telah dilakukan untuk masa terdekat, tahun ini dan seterusnya agar bidang ini berkembang maju di Malaysia. Nantikan perkembangan usaha ini…

TERKINI:

Bengkel Perniagaan Internet seterusnya akan diadakan di UKM Bangi pada 27/1/2007 ini. Sila ke http://ebizmalaysia.com/bengkel untuk maklumat lanjut.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. SOHO ni bergantung kepada disiplin… kene rajin… buat kerja kat rumah banyak dugaan. TV,katil, anak-anak…

    Mungkin kita perlu buktikan bahawa perkara2 tersebut boleh diatasi dengan disiplin… maybe kerajaan tidak nampak justifikasi nak buat undang2 SOHO…

    nak buat loan perniagaan pun, masih tanya alamat kedai… dan tak boleh alamat rumah pulak tu…! macam mana nak buat pinjaman kalau SOHO ye tak…

  2. zul, tq for info.

    setakat hari ni, saya amat bersyukur kerana ditemukan blog zul dan pakar2 IM yg lain, banyak maklumat utk buat SOHO ni.
    setiap hari, waktu mlm menjadi “peak time” bagi saya utk memberi 100% komitmen utk SOHO ni. kadangkala, terfikir dan berdoa agar saya akan buat SOHO ni “full time” spt zul, seronok juga jika kita tidak di arah oleh sesiapa/boss/pengarah utk buat kerja seharian kita. cuma apabila kita “full time” membuat SOHO ni, kita wajib disiplin diri dan tegas utk melaksanakannya kerana tiada siapa yg akan mengawal kerja kita seharian.

  3. wah! header baru.. nampak lebih kreatif gitu.
    SOHO mmg idea yg bagus, mat saleh ramai yg apply concept sbb buleh lebih tumpuan kat anak2, buleh settle banyak masalah lah katakan tapi kena berdisiplin laa…. jangan asik nak meng’ular-sawa’kan diri. saya pun dalam keadaan anak sekolah dan clash meeting pukul 7 dan 8 pagi buat call dari rumah saja. memang menyenangkan, lepas tu buleh laa hantar anak pi tadika ke rumah babysitter ke. kerja swasta atau MNC mungking agak senang sikit berbanding dengan kerajaan sebab tak terikat sangat dengan kad tumbuk (punch card), kena pulak dengan boss yg memahami lagi sempoi. tapi kerja sediri mmg lagi besh sbb buleh susun atur jadual sendiri kat rumah.

  4. Assalamualaikum…
    Ini kali pertama saya komen setelah lama mengikuti perkembangan blog ini dan perniagaan internet 🙂 Saya baru sahaja memulakan langkah dalam ebiz khususnya bekerja kat SOHO sendiri…Apa pun banyak maklumat yg dapat dari blog zul…tq

  5. Berbisnes di Rumah aka Soho :

    Mula Kecil dengan Impian yang Besar.

    pada saya ianya memerlukan displin yang amat tinggi dan sentiasa bermotivasi kerana ada masa rasa malas. ada masa rasa sungguh bersemangat.

    Memerlukan Rakan kongsi ,

    Bila bekerja sendiri. semua perkara kena buat, lepak beb.. untuk menjadi kaya mestilah ada lebih dari satu perniagaan.. Bila ada Rakan kongsi , kita dapat besarkan perniagaan dengan cepat.

    Berkongsi dengan orang lain.

    Jika anda sudah berjaya, apa salahnya jika anda berkongsi kejayaan anda bersama dengan orang lain.. tak gitu zul

  6. Walaupun masih baru dalam bisnes SOHO ni, tapi kepuasan yang dapat lebih daripada kerja makan gaji. Bisnes SOHO ni memang sesuai terutamanya untuk surirumah. Disamping dapat menguruskan rumahtangga dapat juga membantu menambah pendapatan keluarga. Ke dua-dua bergerak seiring. Bisnes ini sama je dgn biz lain, tetap memerlukan komitmen yang tinggi untuk berjaya.

  7. Saya benar- benar berminat untuk mengetahui mengenai SOHO ini dan bagaimana ingin memulakannya. Bilakan bengkel akan di adakan lagi?

  8. oh… berniaga dari rumah menggunakan internet sebagai medium pemasaran memang bagus. kita hanya melakukannya hanya dari rumah sahaja. terima order secara online dan hantarkan ke rumah mereka yang order tersebut…

  9. salam..saya ni buta internet…inilah kali pertama saya mengenali dan sedang belajar melayari internet..saya sangat teruja ingin melakukan perniagaan internet tetapi bagaimana…