Bengkel Perniagaan Internet : UKM Bangi

Assalamu’alaikum para pembaca semua,

Semasa saya sedang menulis post ini, saya sedang berada di bengkel perniagaan internet di UKM, Bangi. Kepada para peserta semua, semoga anda memahami teknik dan panduan yang saya berikan. InsyaAllah, saya akan membantu anda untuk menjana pendapatan di internet.

Juga sebagai motivasi, ketika saya sedang mengajar, kita juga ‘sedang berniaga’ kerana orang membeli produk kita walaupun di mana kita berada dan apa yang sedang kita lakukan. Sebagai contoh, ketika saya sedang mengajar para peserta di bengkel ini, duit tetap masuk ke akaun bank saya tanpa disedari. Sedikit perkongsian, saya baru sahaja menyemak pesanan ebook saya dan menyemak baki akaun bank saya. :p

Penutup post ringkas ini, jika anda ingin merasa apa yang saya dan juga usahawan internet lain rasakan, maka mulakan langkah pertama anda dengan menuntut ilmu dan faham cara yang praktikal dan sebenar.

Kata-kata hikmah kali ini, “membina sebuah perniagaan memerlukan kesabaran dan pengorbanan. Tidak mudah untuk senang, tapi segalanya tidak mustahil untuk dicapai”.

Wassalam, jumpa lagi.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

33 thoughts on “Bengkel Perniagaan Internet : UKM Bangi

  1. Usahawan yang berjaya tidak akan terjebak dalam kesilapan yang sama berkali-kali tetapi cuba menjadikan kali keduanya lebih baik untuk mengatasi kesilapan yang pertama..

  2. saya sentiasa berdoa agar bengkel zul dan sham akan diadakan di alor star, kedah dan paling best lagi, tarikh tersebut saya free.

    maklumlah, saya ni masih mkn gaji kat uum, so terikatlah dgn tanggungjawab di sini.

  3. Alhamdulillah.. satu perkembangan yang sihat… nampaknya industri perniagaan Internet di Malaysia sudah semakin rancak.. πŸ™‚

  4. …Zul dan Sham tengah terangkan tentang pembayaran online…Alhamdulillah…Tak sia2 saya mai dari Gerik,Perak…Banyak gak info yang saya dok cari2,ari dapat gak…

    Kepada semua peserta…Selamat mempraktikkan ilmu2 yang dapat ari ni…Kemahiran Resepi Kekayaan…

  5. Tahniah semua dan selamat menimba ilmu, saya memang teringin nak menyertai bengkel2 begini, cuma ada hal yang tak dapat nak dielakkan.
    Bagi yang telah menyertai bengkel ini, gunakanlah ilmu tersebut, semoga berjaya semua. saya memang berharap satu hari nanti saya dapat juga menyertainya.

  6. mmg rugi la tak pergibengkel ni…
    zul, btl tu…nak senang bukan senang, nak susah mmg senang…
    yang penting belajar dr kesilapan..

  7. Haa..akhirnye dapat jugak saya pegi ke satu bengkel yang penuh dengan informasi dan praktikalnye sekali. Secara peribadi, memang puas hati la. Kurang-kurangnye bila balik dah siap satu blog dan hampir siap satu laman web gitu. Kelakarnye masa bengkel tu ada banyak gangguan eg letrik putus, server down. Angap lah ini satu cabaran.

  8. Lupa pula nak cakap. Terima kasih banyak-banyak kepada En Zul yang bersungguh-sungguh memberi ilmu kepada para peserta. Kepada kawan-kawan yang lain, kalau serius (maksud saya betul-betul serius!) untuk buat business di internet, daftar lah ke bengkel yang akan dianjurkan nanti. Bila ye? Tunggu …..

  9. Saya x dapat sertai kerana terikat dengan tugasan πŸ™
    Walaupun apapun, Tahniah kpd peserta2 yg sertai bengkel tersebut. Harap Zul dapat buat bengkel kat kelantan plak lps nie …
    Heheheh apa salahnya curah ilmu kat negeri asal plak …

  10. Saya baru je sampai rumah dari KL pukul 8 mlm tadi…letih betul…Nampaknye ramai yang teringin nak ke sana… Bile lagi akan buat belum ditentukan..kemungkinan info dari management ckp..bulan 1,tempat belum ditentukan lagi.. Tapi kalo ada permintaan..diorang akan buat la..contohnya ada permintaan dan dah ada peserta seperti organisasi yang mintak…

  11. saya dah pegi kursus tu, saya tgh rancang apa nak buat seterusnya. tp masih lagi tahap baru belaja. kursus tu mmg berguna la, rugi sapa2 yg tak sertai, ia telah membuka minda & persepsi negatif saya ttg perniagaan internet, syabas saya ucapan utk ebizMalaysia kerana menganjurkan bengkel ini, tahniah juga saya ucapakan utk Zul & Sham kerana memberi tunjuk ajar kepada kami semasa di bengkel itu. Saya bangga dgn mereka kerana ada juga anak muda Melayu yang sudi membantu dan memberi galakan dan sokongan supaya sama-sama kita memperolehi keuntungan daripada internet

  12. saya pun teringin gak.

    saya akan berbincang dgn management zul dan sham. lps tu, kalau ok, saya akan bincang dgn bhg latihan kat uum utk peserta staf dan student. kalau semuanya ok may be, thn depan kot. so, kalau ada org utara yg nak join, boleh la.
    ok tak zul?

  13. Sape yg tak pergi tu mesti tengah merancang utk join bengeklkan??

    Tapi saya dan rakan-rakan bengkel yang lain mesti rasa bertuah kerana kami semua telah berada di dalam bengkel bersama zulsmartusaha dan sham rajaadsense..

    Kpd rakan-rakan bengkel, kita semua dah dapat sesuatu yang rakan yg tidak hadir bengkel tak dapat, so kena lar buktikan kat diri sendiri dan kwn2 di luar sana kita telah mendapat sesuatu..

    gud luck

  14. Tak rugi naik bas dari jb kol 11.00 mlm, pas tu tidur kat stesen komuter seremban sampai kol 6.01 pagi. Dari seremban ke stesen UKM. Naik kereta sapu, tak tahu tempat kena tingal tepi jalan tapi bayar 5 riyal.. Dalam gelap jalan kaki cari pusat komputer UKM. Pagi, mana ada orang nak tanya jalan. Tapi lepas habis kursus, amat puashati. Undi SMS kalah raja SMS. Kursus ni lagi hebat. pengetahuan bertambah, keyakinan lagi le bertambah, makan pun tambah. Patut diperluaskan ke seluruh negeri dan dibuka kepada semua usahawan kecil & sederhana. Minta le geran dari MITC ke, Kementerian Pembangunan Usahawan, Kementerian Belia dan Sukan …
    Memand puashati. Semoga bertambah lagi usahawan kita di internet.
    Kawan dah terima mesej dari mior, tahniah!!
    Lawatilah blog sayaklik sini
     

  15. Tahniah! to the organizer and speakers En Zul and En Sham.

    Sekarang ni tengah dok buat research… thanks for your tips. So many…:)

    Kepada yang belum pegi ke seminar tu… luangkan masa untuk menimba ilmu yang inysa Allah boleh dimanafaatkan. Pegi jgn tak pegi…pegi jgn tak pegi…

    Good Luck guys!

  16. Terima kasih semua. Tak dapatlah nak komen satu-satu apa yg anda taip tu. πŸ™‚ Apapun, ada banyak lagi ruang perlu diperbaiki. Kepada para peserta, saya dah siapkan satu pelan tindakan kepada anda, apa yg perlu dibuat selepas bengkel. Nantikan ia sampai di emel anda. πŸ™‚

    Kepada en hapisol, bincanglah dengan pihak ebizmalaysia yer.

    Kepada en cikgu Nayan, insyaAllah ada plan juga untuk JB. Nantikan sahaja..

    Kepada Sani Rahman, insyaAllah. Saya tak pasti lagi ada ke tak masa tu. Kalau ada, saya akan konfirmkan untuk kita jumpa.

    Kepada… SEMUALAH terutama kepada PARA PESERTA, terima kasih atas sokongan dan juga kesabaran pada masa bengkel. Server down, letrik putus, semuanya adalah cabaran. Seperti janji saya, anda jangan risau, kami tetap akan support sampai anda bina perniagaan internet sendiri.

    Wassalam.

  17. assalamualaikum..

    mintak maaf banyak2 pasal lambat kirim komen. Tak sempat nak online.. Terus terang saya bgtau, saya memang TAK PUAS HATI pasal bengkel ni terlalu singkat. Memang tak puas berjumpa dengan sifu smartzul, sham rajaadsense & suhaimy wangcyber. Rasa2 kalau ajak berkampung bersama diorang di UKM pun peserta sanggup kot πŸ˜› Ilmu yang dicurah memang BEST! Tahniah. Anda yang tak pi memang rugi..

    Apa pun…saya kasi 5 bintang untuk tenaga pengajar & penganjur.

  18. ZUL,

    alhamdulillah, saya dah bincang dgn saudara hilmi, ebiz malaysia semalam. skrg, tgh tunggu email drpd dia. doakanlah semuanya ok, so ada peluang la ebiz kat utara ni berjumpa dgn zul dan sham.

  19. Tahniah kepada semua peserta bengkel ebizmalaysia pada 25 / 11 / 2006 . Kami dari ebizmalaysia mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen anda dan apa yang kami harapkan ialah semua perserta dapat membawa puang ‘sesuatu’ dari bengkel tersebut . Insyallah kami akan sentiasa memberi sokongan dan bantuan yang kami mampu sehingga para peserta dapat membina peniagaan sendiri di internet..
    Doa kami semoga semua peserta akan terus cemerlang,gemilang dan terbilang di arena perniagaan internet malaysia dan seluruh dunia ..

  20. En hapisol, insyaAllah, kita akan jumpa di utara sana kalau tiada aral melintang. πŸ™‚

    Kepada para peserta, transkrip yang saya berikan kepada anda itu menghasilkan RM1000 lebih kepada saya dalam masa seminggu tau. Hayati dan fahami walaupun ia sekadar catatan ringkas saya. Ingat apa yang saya pesan, ‘kumpul prospek walau produk belum siap.’ Dan saya dah bagi sikit guide.

    Satu lagi, pastikan semak inbox anda nanti kerana saya akan send pelan tindakan untuk anda memulakan langkah pertama dengan baik.

    Wassalam.

  21. Assalamualaikum.Terima kasih kepada pihak pnganjur yang telah menjayakan seminar tersebut.Ada hikmah juga…terlewat sampai pada pagi tu.Walaupun duduk di belakang..tapi dapat juga bbrp tips dari shuth mengenai IM.Lepas maghrib pun…boleh borak2 sikit lagi dng beliau dan rakan2 lain.Apa2 pun…saya still tgh buat planning..nak kena baca e-books..dan mulakan apa sikit2.If u fail to plan..u plan to fail πŸ™‚
    Apa2 pun…bak kata shuth ‘ JANGAN JADI KATAK ‘ πŸ™‚

  22. Askum semua…err..yeye sememangnya bengkel itu memang best dan berhasil dlm mencari duit sebanyak mungkin. Tapikan..aku ade 1 perkara la nak kasi tau kat anda semua…em itu harikan kite ada bergambar ramai2 kt bengkel 2…

    AKU NAK GAMBAR 2…HUUUU….rugi woo xde gambar 2..kenangan 2 jumpe ngan 3 org IM Malaysia…adus..

    Kepada sesiapa yg prihatin ngan masalah sy sila la bagi tau..kat mana patut sy dptkan gambar 2…(sebenarnye ade gambar sy kat dlm 2..huhuhu…)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *