Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Bengkel ASAS Perniagaan Internet : Edisi Pantai Timur

Kepada penduduk pantai timur khususnya, satu bengkel asas perniagaan internet akan diadakan pada 19 Ogos 2006, bersamaan hari Sabtu, di Kuantan Pahang. Namun, kepada mereka yang berada di pantai barat seperti di KL, Johor dan lain-lain juga boleh menyertai jika beminat.

Program ini dianjurkan oleh MHL Techno Art Sdn Bhd dan fasilitator yang dijemput adalah saya sendiri dan Sham RajaAdsense. ;)

Saya akan menyampaikan modul perniagaan internet dan juga pemasaran internet. Manakala Sham akan mengajar para peserta mengenai adsense dan affiliate.

InsyaAllah, saya akan menyampaikan langkah demi langkah agar semua yang baru ingin bermula mudah memahami. Untuk maklumat lanjut, sila ke laman web berikut:

http://www.ebizmalaysia.com

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi pihak penganjur.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

12 Responses to “Bengkel ASAS Perniagaan Internet : Edisi Pantai Timur”

  1. matzfain says:

    Yup.. Saya amat bminat ni..

    Rasanya 5 jam pjalanan saya msti berbaloi..

    Mudah-mudahan saya berjaya sprti Zul dan Sham juga Internet Marketer yg lain..

  2. wah.. dah sampai ke pantai timur. sama date ngan workshop saya le zul. cuma saya di pantai barat.. hehe

    anyway.. all d best!

  3. FATAH says:

    hehe… 5 jam ok jugak laa. kena tempah tiket bas. dan kena sediakan duit poket cuti-cuti malaya. pasnih kalu ada rancangan yang setrusnya bolehlah buat gempar kat negeri KELANTAN pulak.

  4. cikguonline says:

    Seronoknye kalau dapat gi ni…

  5. Labanon says:

    Uwaaaaaa………. x dapat pegi jauh2 huhuhuhu dekatkan sikit bro zul

  6. anas says:

    Saya galakkan pakat ramai2 pi… Nak bisness online ni kena hadir kursus dulu, samalah macam bisness offline..

  7. Bitol says:

    Zul, good luck for your talk! Jgn jadi kitorg yg terketar-ketar bercakap mase seminar saifulsham aritu, hehehe…

    BTW, Zul ni senyap je orangnye ek… ;)

  8. smartzul says:

    Labanon, fatah, insyaAllah pihak penganjur nak buat juga kat Kelantan. ;)

    En anas, thanks.. :)

    Bitol, saya senyap dan pendiam orangnya.. huhu.. Tapi bila speech, hmm, entahlah, saper nak tengok saya bercakap kat depan, tahulah saya cakap mcm mana nanti. :lol:

  9. asfaniz says:

    sham dengan Zul,,

    saya harap semoga semua berjalan dengan lancar,, kalau ada rezeki nak join gak bagi talk ni tapi jauh sangat saya tinggal,,, itu kalau dijemputlah,,

    anyway good luck.. from moderator rajaadsense/forum

    http://hair-loss-hair.blogspot.com

  10. asfaniz says:

    sham, dan zul,,
    tahniah buat anda semua,, nanti jangan lupa roadshow kat lain lak, ingat nak join gak bagi talk tapi jauh sangat,, itu pun kalau dijemput,, semoga berjaya
    from moderator rajaadsense/forum
    http://hair-loss-hair.blogspot.com

  11. Hamid says:

    InsyaAllah,
    jika ada kesempatan saya pi :wink:

  12. Din Beramboi says:

    Ha’ah Smartzul, harapnya nanti dpt buat la jgk kat Kelate kito…hehe. Biar bukak mata sket sek2 kito tu.. :)

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 
| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)