Belajar Sedikit Itu Lebih Bagus Daripada Belajar Banyak

Ramai orang yang baru ingin memulakan perniagaan internet tetapi mereka telah berhabis banyak duit membeli rujukan-rujukan dan juga material berkaitan. Sampai ada yang mengatakan, “orang rumah dah sound” sebab dah banyak keluar belanja, tapi hasil satu sen pun belum dapat.

Tidak salah trial & error, tapi bagi kita yang sudah tahu jalannya ini, apa salahnya membimbing mereka yang berminat dan serius untuk belajar dengan cara yang betul dan ikhlas. Jika boleh, langkah demi langkah, tersusun, teliti dan bukan secara ‘pukal’. Jika buat kursus atau keluarkan ebook, jika boleh tunjukkan direct to the point tanpa meleret-leret penerangannya.

Salah satu pemahaman yang mengelirukan oleh kebanyakan para pemula perniagaan internet adalah mereka perlu tahu banyak. SEO, PPC, 101 trafik, blogging, kaedah itu dan kaedah ini, rahsia itu dan rahsia ini. Malah pada pandangan mereka, hal teknikal pun perlu belajar semua.

Tidak.. Kita hanya perlu belajar apa yang perlu sahaja. Tanya diri anda, anda nak belajar apa? Atau, perkara apa yang perlu diketahui untuk model ebiz yang dilakukan? Jika bisnes ebook, apa yang perlu diketahui? Jika bisnes ebay, apa yang patut dikuasai?

Banyak rujukan di internet terutama yang berbayar memberikan 1001 maklumat sekaligus. Contoh, video panduan yang tempoh masanya puluhan jam dan manual yang beratus-ratus mukasurat. Phew, penat badan nak tengok semua. Video yang 5 minit pun dah mengantuk.

Soalnya, perlukah semua itu? Dalam marketing, itu semua hanya umpan sahaja agar pembeli rasa berbaloi apa dengan apa yang mereka bayar. Tapi lepas bayar dan dapat, tak diusik pun apa yang dibeli.

Mereka yang menjual itu tidak salah sebab itu strategi mereka. Tapi kita yang membeli, tentukan apa yang kita mahu dan perlu. Boleh saja beli produk sebegitu, tapi senaraikan apa yang kita perlu tahu dan ambil yang itu dulu. Tak perlu belajar semua.

Saya tertarik dengan satu kata-kata seorang Internet Marketer luar di mana katanya, “elakkan menambah maklumat-maklumat baru yang anda tidak perlukan kerana ia adalah hanya gangguan (distraction). Ambil dan guna maklumat yang diperlukan sahaja”.

Saya sehingga kini jika ditanya mengenai Adsense, Ebay atau PPC, saya hanya menggelengkan kepala sebagai isyarat tidak tahu. 🙂 Saya tak tahu sangat perkara tersebut. Saya belajar satu demi satu perkara dan bila sudah mahir sekurang-kurang asasnya, barulah saya beralih kepada ilmu yang baru. Tidak ada sebab untuk kita ribut-ribut atau mengejar sesuatu yang tidak perlu.

Apa Yang Perlu Dipelajari?

Berikut adalah tiga cabang ilmu yang perlu kita mahirkan diri:

1. Cara dapatkan targeted traffic

2. Copywriting

3. Email marketing

Cukup tiga di atas. Cuma bagi perkara pertama, ia adalah umum. Anda perlu tentukan beberapa cara untuk dapatkan trafik. Contohnya seperti pemasaran forum, pengiklanan dan social network seperti facebook. Cukup sikit, tak perlu banyak. Boleh tambah satu persatu nanti.

Copywriting: Senjata Jualan

Rahsia perniagaan internet yang sebenar adalah ilmu menukarkan prospek kepada pembeli. Ini yang penting. Bukan SEO, PPC, trafik dan lain-lain. Apa guna dapat trafik ribu-ribu tapi seorang pun tak membeli atau mendaftar di squeeze page.

Dalam perniagaan internet, ilmu menukarkan pelawat laman web kepada pembeli boleh dipelajari dengan memahirkan diri dengan ilmu copywriting. Laman web yang tidak menjual biasanya laman web yang amat rendah kadar penukarannya (conversion rate). Apa guna targeted traffic yang banyak kalau conversion rate amat rendah.

Jadi, belajarlah ilmu ini. Ada banyak rujukan percuma di internet, tapi hati-hati dengan nasihat mereka yang bukan pakar. Malah banyak rujukan yang tidak sesuai untuk zaman sekarang. Copywriter yang boleh anda rujuk adalah seperti Michel Fortin (ada lagi yang lain, tapi dia ni antara terbaik).

Jika di Malaysia, setakat ini ada satu buku mengenai cara menulis surat jualan untuk laman web, yang mana ditulis oleh Zahrul Azua dan rakannya yang bertajuk Rahsia Membina Senjata Jualan. Anda boleh beli secara online atau dapatkan di mana-mana kedai buku.

Saya sehingga kini pun masih terus belajar. Satu tip saya, kalau jualan produk kita kurang laku, sepatutnya kita gembira. Mengapa? Sebab kita ada banyak peluang untuk belajar daripada kesilapan.

Saya sehingga kini pun sedikit demi sedikit memperbetulkan dan mencuba teknik copywriting untuk beberapa surat jualan laman web produk saya. Setkan di minda bahawa proses sebegini adalah satu perkara yang menyeronokkan dan ia satu proses ke arah kejayaan.

Sebelum terlupa, saya ada satu temuramah bersama seorang copywriter iaitu Fai. Dah siap edit. Nanti saya berikan kepada anda. Banyak juga yang beliau kongsikan mengenai copywriting.

Email Marketing

Ini pun tak kurang penting. Tanpa kemahiran email marketing yang baik, emel anda tak dibaca pun oleh subscribers (penerima emel) anda. Malah yang paling teruk, emel anda tidak dibuka pun.

Banyak juga rujukan di internet mengenai email marketing ini sama ada yang berbayar atau yang percuma. Cuma secara asas, kalau anda menguasai ilmu copywriting, secara automatik anda sudah ada sebahagian ilmu email marketing. Ya, ilmu copywriting bukan hanya untuk laman web, malah untuk iklan, emel dan juga penulisan di blog.

Alatan Yang Perlu Ada

Perkara berikut juga amat perlu jika anda mahu benar-benar berjaya di dalam perniagaan internet. Antara alatan yang perlu anda ada:

1. Autoresponder (seperti Getresponse, Aweber)

2. Sebuah Blog

Autoresponder amat penting untuk menyimpan emel dan nama prospek serta pembeli. Mereka dapat dihubungi pada bila-bila masa sahaja dengan sekali klik sahaja. Tulis emel dan klik button send. Siap. Inilah salah satu ‘rahsia’ kebanyakan usahawan internet buat duit dengan cepat dan mudah.

Blog pula adalah tempat kita berkongsi maklumat berkaitan produk dan bidang perniagaan. Mengapa perlu blog? Jawapannya adalah persoalan ini: Apa yang biasanya orang cari di internet? Ya, maklumat. Jadi, blog adalah salah satu cara yang amat berkesan untuk mendapatkan trafik dan prospek.

Ada dua alatan di atas pun sudah memadai buat permulaan. Asas, jika kita urus dan guna secara maksimum, insyaAllah ia tetap membantu. Malah kalau diperhatikan top internet marketer luar negara, mereka banyak fokus kepada beberapa perkara sahaja. Itu pun kalau anda cuba memerhatikan mereka.

Rumusan Artikel

1. Anda perlu ada kemahiran terhadap tiga ilmu: Trafik, Copywriting dan Email Marketing.

2. Perlu ada Autoresponder dan Blog

Semua di atas adalah tunjang utama di dalam perniagaan internet. Tiada rahsia dalam perniagaan internet melainkan PENGALAMAN anda sendiri iaitu anda tahu apa yang menjadi dan berkesan untuk anda.

Sekian.

ps. Jika anda perasan, kebanyakan ebook saya adalah fokus kepada satu topik sahaja dan menerangkan step by step. Bagi saya cara ini lebih membantu dan berkesan. Saya directly berikan panduan apa yang orang mahu.

pps. Ada orang bagi alasan, “saya takde modal nak buat perniagaan internet”. Tapi pelik, mengapa di antara mereka boleh buat personal loan puluhan ribu ringgit untuk buat pelaburan skim cepat kaya??? Padahal modal perniagaan internet bagi model tertentu tak cecah RM500 pun! 🙂

ppps. Ramai yang hubungi saya nak berkenalan dan mahu jumpa untuk borak-borak pasal perniagaan internet. Maafkan saya tidak dapat memenuhi. Kalau nak penuhi semua, habislah saya. Tunggu saya buat kursus nanti kita belajar ramai-ramai. 🙂

_______________

Iklan: Peluang untuk menjadi reseller bagi ebook Kuasa Forum tinggal 27 sahaja lagi. Bilangan ini akan berkurangan dari semasa ke semasa. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

19 thoughts on “Belajar Sedikit Itu Lebih Bagus Daripada Belajar Banyak

  1. Salam bro Zul. Tips yang berguna kepada newbie seperti saya yang belum kenal erti perniagaan internetyang sebenarnya. Sebelum ini dalam pemikiran saya untuk memulakan perniagaan internet saya perlu belajar dan mahir kesemuanya. Tapi tak disangka-sangka saya silap rupanya.

    Tips dari bro Zul kali ini telah membantu saya untuk set kan kembali pemikiran saya mengenai apa yg perlu dan apa yang tak perlu mengenai perniagaan internet.(dalam nichie yang saya pilih).

    Selepas membaca post bro kali ni, baru saya tahu yang dari ketiga -tiga perkara yang perlu saya tahu tu. Tidak ada satu pon yang saya mahir lagi. mungkin saya perlu berusaha untuk pelajari lebih mendalam lagi apa yang berkaitan dengan cara dapatkan targeted traffic, Copywriting, dan Email marketing.

    Terima kasih bro Zul.

    Salam Sukses….

  2. tulisan en. zul kali ni betul2 buat saya tersenyum. saya setuju sgt, terutamanya di perenggan ketiga. macam saya, lepas banyak trial & error, saya dah tau apa yg saya kena fokus & tuju.

  3. Terima kasih Zul, di atas tulisan ini. 🙂

    Emmm… tumpu kepada satu-satu perkara adalah lebih utama dan baik daripada tahu 1,001 perkara kan Zul? 🙂

    Zul, boleh tak nanti-nanti disenaraikan nama-nama copywriter tempatan? Berminat untuk belajar lebih lagi tentang aspek ni.

    ps. Saya ada hantar pertanyaan di ruang contact. Harap Zul dapat membantu ya… Thanks. 🙂

    – Ushawan Internet, Zainun Mat Deris

  4. apa yang zul ckp tu kene dgn saya. saya rasa dah beratus ringgit dah abis. mungkin beribu kot beli ebook macam2. tapi bile dah beli tak usik pun lagi sampai sekarang. skrg baru nak fokus satu2. terima kasih zul atas nasihat tersebut.

  5. Betul cakap Zul tu..buat satu-satu..banyak traffic pun tak guna kalau tak ada sales.Bila dah stabil dengan satu-satu cara tu, boleh mula pulak dengan cara yang lain untuk menambah jualan. Peringatan bagus untuk semua dan saya sendiri.

  6. Sebenarnya berusaha untuk berubah dalam sekelip mata dengan mengamalkan puluhan tip itu secara serentak, bukan satu tindakan yang tepat. Kadang2 buatkan kita sentiasa terkejar2 untuk dapatkan semua maklumat.

    Satu teguran & ingatan yang tepat dari SmartZul. Thanks Zul.

  7. Kadang2 dah siap buat, cuba kita jadikan diri kita sebagai pembeli
    ada ker ati nak beli jugak
    kalau xde mmg sah2 kena overhaul balik

  8. Bila dah mula yang penting fokus
    n berusaha smpai berjaya
    gagal seklai bukan gagal selamanya
    kegagalan guru terbaik
    kalau kita belajar daripada kegagalan

  9. Haaa… betul… betul.
    Aku setuju sangat dengan entri ni Zul. Cuma bagi mereka yang merasakan ebook jenis macam tu lebih berbaloi, mungkin mereka akan suka.

    Tapi kadang-kadang kena tengok jugak pada tahap penerimaan pembeli tu. Macam aku dulu-dulu masa mula-mula nak duduk dalambidang internet ni, aku suka dengan ebook yang beratus muka surat, siap ada video lagi.

    Tapi sekarang lebih suka pada ebook yang straight to the point.

  10. Bagi saya, bila saya belajar banyak, lagi banyak benda yang saya tak tahu dan kena kuasai. Lebih baik tahu tak berapa banyak, tapi rasa macam dah tahu dan kuasai banyak benda…

  11. bagi saya pula.
    lagi banyak kita tahu sekurang2nya, bila orang cakap, atau bincang pasal isu itu ke, kita tahu, dan boleh join. secara tak langsung ilmu itu berkembang dgn sendirinya.
    tetapi ada jugak kontranya, seperti dalam ebook MXE Azizi Ali, ilmu kalau kalau banyak tetapi tak praktik sampai menjadi takder gunanya. dan pepatah arab, ilmu tanpa amal tiada gunanya.
    jadi disini, ianya berbaik kepada kita sendiri. adakah kita jenis menyerap semua info dan dapat mengaplikasikan atau kita just ambik tahu dan wat modal bercakap.
    harap2nya, kepad smua kawan2, lebih baik ilmu tersebut kita praktikkan walaupun sedikit, dan dalam masa yang sama juga, kita sentiasa belajar benda baru. it better.
    he

  12. Terima kasih semua dengan komen yang membina.

    Artikel saya ini keseluruhannya bermaksud BILANGAN topik. Contohnya SEO. Maka, sudah pasti kita perlu tahu banyak mengenai SEO. Begitu juga mengenai topik-topik yang lain kita juga perlu tahu banyak setiap satunya. Yang kurang digalakkan adalah ambil tahu banyak topik sehingga terabai habis topik yang lain padahal belum dikuasai sepenuhnya. Jadi ini maksud utama artikel kali ini.

    Keduanya, artikel ini ditujukan khas kepada mereka yang baru bermula dalam bidang perniagaan internet. Jadi belajar sedikit demi sedikit itu amat digalakkan berbanding dengan belajar banyak sehingga hilang fokus dan motivasi.

  13. betul tu kalau traffic beribu2 pun kalau tiada jualan tidak ada guna juga.yang kita nak adalah unique traffic iaitu traffic daripada pembeli yang memang mahukan produk kita

  14. Salam.
    Hi Zul. Wahh.. makin hebat usahawan ilmu ni. Tahniah2 sy ucapkan. Sekarang apa cerita? dah kawen ke? hehehe…

  15. Saudara Zul telah memberi tip tip yang amat berguna terutama kepada newbie dan sebagai peringatan kepada yg dah agak advance.

    Penting fokus dan mahirkan diri kepada satu satu topik at one time untuk satu satu projek. Pemahaman secara teori dan praktikal amat penting. Penulisan dalam Ebook juga terkadang agak sukar di fahami bagi newbie yang tidak ada asas, olih itu amat penting jika di ikuti dengan pembelajaran melalui video, tapi biarlah diajar secara step by step, tentu lebih berkesan. Buat pilihan yang bijak dan berhati2 dalam membeli ebook2 dan video yang dijual bagai cendawan di internet pada masa kini.

    Selamat menimba ilmu dan semuga rakan berjaya!.

  16. Memang betul… 3 perkara tersebut adalah sebagai core. Yang lain2 akan ikut sebagai penguatnya. Satu nasihat saya buat rakan2 dan diri saya sendiri… mulalah belajar untuk transformkan diri dari sebagai penjual ebook kepada pemasar informasi.

    Dalam usaha transformasi tersebut macam bro Zul jugak ada 3 perkara untuk digrab sebagai basic core…

    1) Tahu apa yang nak dijual dan tahu apa yang orang nak beli

    2) Tahu dan mahir mcm mana nak sampai mesej jualan (Salesletter lah tu). Walaupun upah org untuk tulis salesletter anda patut tahu apa
    yang bakal anda perolehi dari copywriter tersebut.

    3) Belajar, berfikir dan bertindak seperti seorang marketer. Yang ini ilmunya luas… antara cabangnya adalah bagaimana nak sampaikan mesej anda melalui traffik dan pembinaaan list yang betul. Bagaimana boleh membantu prospek dalam menyelesaikan masalah, bagaimana membina rakan niaga serta pelanggan setia dan bagaimana membuat hubungan baik secara berterusan dengan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *