Bayar hanya sekali, belajar pelbagai topik

Saya ingin ajukan satu pertanyaan mudah di sini:

Adakah tuan/puan suka (bersetuju) jika hanya perlu membayar sekali sahaja untuk belajar pelbagai topik Internet Marketing secara Online? Bahan pelajaran adalah dalam pelbagai bentuk seperti PDF, audio dan video.

Contoh beberapa topik:

  • Asas perniagaan dan keusahawanan.
  • Persediaan minda, motivasi, matlamat dan perancangan bisnes.
  • Pemasangan blog WordPress seperti blog Perniagaan Internet SmartUsaha ini.
  • Facebook Marketing.
  • Search Engine Optimization (SEO).
  • Copywriting.
  • Domain, Hosting dan Cpanel.
  • Pemasaran Emel.
  • Produk informasi.
  • Perniagaan dropship.
  • Panduan Paypal.
  • Buat duit dengan Affiliate.
  • Surat jualan (sales letter).
  • dan lain-lain lagi…

Jika bersetuju, klik Like di bawah ataupun berikan pendapat pada bahagian komen.

Saya sedang merancang sesuatu yang pada saya belum pernah dilakukan oleh kebanyakan Internet Marketer. Klunya, saya mahu wujudkan satu komuniti yang boleh juga kita panggil ia sebagai ‘satu keluarga’. Belajar bersama-sama, bekerjasama dan saling bantu membantu.

Sesungguhnya (tanpa niat riak), saya banyak mengetahui beberapa ilmu termasuk topik-topik yang saya senaraikan di atas. Jadi untuk memastikan ilmu itu bermanfaat kepada semua dengan lebih terurus, maka saya perlu merancang sesuatu.

Jika tuan/puan mengenali diri saya sekian lama, saya banyak menulis di pelbagai tempat seperti di forum, Facebook, ebook percuma dan di beberapa buah blog termasuk blog ini. Cara sebegini tidak terurus dan sukar untuk dirujuk semula.

Saya berdoa kepada Tuhan, agar usaha ini menjadi satu titik tolak untuk membangunkan umat dan bangsa dengan lebih serius. Namun saya tidak mahu terlalu teruja, kerana usaha ini menuntut kesabaran, masa dan perlaksanaan secara berperingkat fasa demi fasa. Jadi kita mulakan dengan apa yang ada dahulu.

Semoga ALLAH permudahkan.

ps. Bayar hanya sekali, apa yang saya rancang akan dibuka kepada sejumlah peserta sahaja. Kemudian setelah jumlah itu dipenuhi, kemungkinan kaedah bayaran lain akan digunakan. Sungguh, saya tidak sabar untuk melaksanakan projek ini. Jika tuan/puan berminat untuk menjadi seorang daripada kumpulan pertama (bayar sekali sahaja), maklumkan kepada saya di bahagian komen di bawah. Saya akan hubungi apabila semuanya sudah siap sedia.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

24 thoughts on “Bayar hanya sekali, belajar pelbagai topik

  1. Assalamualaikum Tuan Zul yang budiman. Semoga tuan ceria bahagia.

    Idea yang dimaksudkan menarik. Saya sokong. Mohon dimasukkan nama saya ya tuan. InsyaAllah niat bagus itu akan dimudahkan Allah.

    Ranjaunya pasti ada…, pun begitu kerja berjemaah tentu lebih seronok dan bermotivasi.

    Salam ceria & inspirasi
    PI

    1. Salam Rohiah,

      Sesiapa sahaja bermula dengan rasa takut, termasuk saya dahulu. Tetapi kita perlu melakukannya untuk melihat hakikatnya.

      InsyaAllah, boleh cuba dengan ‘projek’ saya ini.

  2. wow banyak topik biasanya program ilmu begini yurannya mahal,saya nak tengok jugak berapa harga untuk sertai,jika mampu insyallah akan sertai juga

    1. Insya Allah, mampu untuk kebanyakan orang. ๐Ÿ™‚

      Saya mungkin akan buat percubaan untuk 40 orang pertama dahulu dengan harga istimewa. Secara asas, segala produk saya selama ini akan distrukturkan kembali dan saya akan tambah satu dua modul baru sebagai permulaan. Kemudian akan tambah lagi dari semasa ke semasa. Kemungkinan forum perbincangan juga akan diwujudkan agar ada interaksi sesama peserta (networking dan JV).

  3. Belum pernah dibuat IM sebelum ini. Bila tuan dapat membuatnya, ianya hebat! InsyaAllah, sekiranya berkemampuan dengan harga yang ditawarkan saya turut serta.

  4. Assalammualaikum En. Zul.

    Saya kagum dengan idea dan pemikiran En. Zul dalam memvariasikan Internet Marketing di negara kita Malaysia yang tercinta ini.

    1 harga untuk 1 komuniti dalam ruang lingkup sebagai sebuah institusi keluarga untuk berkongsi ilmu mengenai perniagaan internet merupakan satu idea yang amat mantap dan penuh makna untuk manusia seantero dan juga untuk pahala di hadapan ilahi. Nyata dan jelas konsep CSR (Corporate Social Responsibility; Tanggungjawab Sosial Korporat) dipraktikkan dan diadun dengan nilai-nilai komersial dan ditambah dengan kejuruteraan sosial yang canggun (canggih dan anggun) mampu melahirkan satu komuniti keluarga yang inovatif dan berketrampilan. Segala tajuk-tajuk berbentuk modul yang bakal dipelajari nanti boleh dijadikan satu silibus atau sukatan pelajaran untuk subjek Internet Marketing. Lebih canggih dan tidak mustahil untuk mewujudkan satu laman portal dengan menghimpunkan segala tajuk-tajuk ini dan ianya boleh dilanggan dengan bayaran sekali seumur hidup. Integrasi ilmu dan struktur jaringan sosial yang wujud nanti akan menjadikan โ€˜keluargaโ€™ ini mempunyai modal insan yang tinggi serta produktif dan seterusnya memacu pembangunan negara Malaysia. En. Zul, senaraikan saya dalam 40 orang yang bertuah ini. Terima kasih.

  5. tuan,
    saya berminat untuk menyertai bayar sekali belajar sampai pengsan yg tuan sediakan ni.(hehehe jangan marah gurau je).diharap tuan dapat masukkan nama saya dalam list ini ok.terima kasih tuan.

  6. Assalamualaikum saudara zul, saya sokong sangat usaha yang cuba saudara lakukan ini sebab ramai yang masih terkapai-kapai macamana nak start walaupun dah dua tiga e-book dibeli tapi masih tenggelam punca(saya la tu).So dengan idea saudara nak ajar sampai pandai hanya bayar sekali tu memang kurang tapak tangan nyiru saya tadah. harga saja yang masih jadi tanda tanya. berapa ya?

    1. Waalaikumussalam.

      Terima kasih kerana berminat. Harganya belum ditetapkan lagi. Tapi untuk peserta terawal, saya akan berikan harga istimewa. Saya akan maklumkan nanti.

  7. Salam,

    Saya juga berminat untuk bimbingan dari saudara SmartZul. Jika jadikan sebagai yearly membership untuk komuniti ini juga saya sangat bersetuju.Terima kasih atas pengumuman ini. Saya amat mengharapkannya.

  8. Salam.

    Terima kasih atas perhatian saudara Smartzul. Saya ingatkan dah terlepas peluang ini sebab hari tu saya baca entri yang 175 orang dah grab peluang. Saya ingatkan peluang ni. Kecewa rasanya kalau peluang belajar bayar sekali itu yang saudara Smartzul maksudkan.Semoga Allah merahmati saudara dan bahagia dunia & akhirat ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *