Belajar Bahasa Inggeris : Susah Ke? – Siri 2

Jika anda belum membaca siri 1 artikel ini, anda boleh membacanya di post yang lepas.

Klik di sini untuk membaca siri 1 tersebut.

Semoga artikel mengenai bahasa Inggeris ini memberikan manfaat untuk semua.

Terima kasih kepada Cikgu Azleen kerana berkongsikan artikel yang menarik ini.

—————————————————————————————-

Tidak Pandai Grammar

Masihkah anda ingat kali pertama anda meminta ibu anda makanan? Atau kali pertama anda memberitahunya bahawa anda ingin memakai seluar? Jika anda tidak ingat, cuba anda perhatikan kanak-kanak kecil berusia 4-5 tahun bercakap dalam Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu juga ada Grammar nya – iaitu tatabahasa. Sebab itu bila meminta makanan anda akan kata “Mak, saya nak makan nasi”. Tetapi adakah kanak-kanak 4-5 tahun bercakap begitu? Tidak. Biasanya mereka hanya menyebut “Mak, makan”. “Mak, seluar pakaikan”. Sedangkan ayat yang betul adalah “Mak, tolong pakaikan seluar saya ni”.

Tetapi bila mereka mencecah 7-8 tahun mereka mula bercakap dalam ayat yang betul. Adakah anda telah mula belajar tatabahasa seawal 7-8 tahun? Seingat saya tidak. Lalu bagaimana mereka boleh bertutur dengan betul? Ini kerana mereka mula didedahkan dengan bahasa yang betul, dan mereka juga mula membaca.

Sama juga keadaan kita belajar Bahasa Inggeris. Kita akan lebih memahami grammar apabila kita menggunakan Bahasa Inggeris – samada menulis atau bertutur. Anda tidak perlu menghafal apakah itu past present tense, apakah suffixes, apakah article. Ianya akan datang sendiri apabila anda lebih banyak membaca bahan-bahan dalam Bahasa Inggeris.

Sewaktu saya bekerjasama dengan Tun Mahathir untuk Perdana Global Peace Forum yang pertama, dalam satu mesyuarat seseorang telah bertanya beliau apakah rahsia dan kaedah beliau belajar Bahasa Inggeris. Umum mengetahui bahawa Tun adalah seseorang yang berucap dengan baik dalam kedua-dua bahasa – BM dan BI. Soalan tersebut ditanya kerana kami bertugas sebagai Liason Officer untuk delegasi luar negara.

Kata Tun Mahathir,
“I do not know about grammar. I know that my grammar is correct when the sentence sounds right to my ears. When it doesn’t sounds good, then it means the sentence are not grammatically correct!”.

Terjemahan:
“Saya tidak tahu tentang grammar. Saya tahu bahawa grammar saya betul apabila ayat tersebut berbunyi sedap. Apabila ianya tidak sedap didengar, maka ianya bermakna ayat itu mempunyai kesalahan grammar!”

Dan anda akan tahu apa yang sedap dan apa yang tidak sedap, jika anda banyak membaca. Untuk rekod, Tun Mahathir adalah pustakawan semasa bersekolah.

Kesimpulannya, belajar Bahasa Inggeris tidaklah sesusah mana jika disertai dengan azam dan keinginan yang kental. Yang pentingnya adalah banyakkan membaca bahan-bahan dalam Bahasa Inggeris. Apapun alasan anda, Bahasa Inggeris adalah penting untuk memajukan diri dan perniagaan kita. Tidak rugi jika anda enggan belajar Bahasa Inggeris tetapi anda akan dapat lebih banyak manfaat dengan menguasainya.

————————————————
Penulis artikel, Cikgu Azleen adalah blogger KelasEnglish.com yang mengajar Bahasa Inggeris secara mudah di internet. Format pengajaran berasaskan Modul Pemulihan Bahasa Inggeris yang berjaya digunakan ke atas pelajar-pelajar menengah rendah tetapi tidak mengikut KBSM. Beliau juga memberikan khidmat tuition Bahasa Inggeris untuk pelajar sekolah bagi kawasan sekitar Pasir Gudang, Johor. Beliau boleh dihubungi di blog peribadi beliau iaitu CikguAzleen.com .
————————————————

Tambahan Oleh SmartZuL: Video Kelakar “French Learn English”. Tekan ikon Play pada video di bawah. Perlukan masa untuk load, bergantung kepada talian Internet.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

24 thoughts on “Belajar Bahasa Inggeris : Susah Ke? – Siri 2

  1. Askum zul.

    Saya setuju benar dengan artikel Cikgu Azleen kerana penggunaan bahasa inggeris yang kerap lebih penting daripada menitik beratkan soal grammar semata-mata. Tips yang diberikan Tun itu sudah menjadi bukti untuk kita ikuti.
    Saya nak tambah satu, saya rasa ada sikit silap dalam petikan kata-kata Tun, … when it doesn’t sound good, than..saya rasa bukan than tapi then..
    Jadi, mari sama-sama kita belajar. Tak susah, Zul!

  2. A’kum Ryzal,

    Terima kasih sebab menegur.. Selalunya kalau dalam kelas bila ditegur sebegini, saya akan cakap “Cikgu saja je nak tengok awak semua ni alert atau tak!” 😈

  3. Saya nak ucapkan tahniah kepada Cikgu Azleen dan tak lupa pada Zul kerana tak jemu mendidik dan memajukan anak bangsa melalui bidang masing-masing.

    Saya fikir walaupun ramai yang masih tak setuju tentang murid sekolah yang diajar ilmu Sains dan Matematik dlm B.I, ia mungkin sikit sebanyak dapat membantu mereka sbg pendedahan awal supaya berani bercakap B.I sbb tak perlu risau pasal grammer.. betul ke cikgu ❓

    1. citer pasal bahasa inggeris nih teringat citer dr tuah iskandar berkenaan kawan beliau berjaya dalam kariernya sebagai cikgu bahasa inggeris setelah berhempas pulas belajar dengan jayanya akan bahasa tersebut.

      sebelum ini beliau adalah pelajar yang corot dalam BI, kemudian bangkit berusaha dan menjadi guru bahasa inggeris yang berjaya… huhuuuu….

      1. kuat betul semangat kawan abdfatah tu…
        bukan senang nak bangkit berusaha…
        kalau kita boleh jadi macam dia tu kan bagus… :mrgreen:

        han

  4. Yup sokong juga. Belajar BI nie yang penting ngan malu untuk bertutur BI tu. Belasah jer.. Nie cikgu saya kata time skolah dulu. Kalo malu sampai bila pun tak akan pandai. Buktinya saya nie.. sebab masa sekolah malu nak cakap BI.. la ni nyesal.. he..he..

  5. BELAJAR dan terus BELAJAR.Pua Chu Kang punya Eng pun entah apa2 tapi ‘Famous’.Kalau kita terlibat dengan penulisan urusan rasmi, grammar mesti penting ya tak?Klu just berborak bagi kita asalkan sama2 faham.Try lah borak ngan rakan mat/minah salleh guna YM ker.Tapi klu sorg bhs ‘itik’ dan kita bhs ‘ayam’ payah ler!

  6. Ohhh.. Secara amnya pembelajaran BI ni terbahagi kepada dua kategori – formal english dan practical english.. Kaedah yang kita belajar kat sekolah tuh adalah formal english.. sebab tuh grammar amat ditekankan.. Struktur bahasa mesti betul.. Kira-kira lengkaplah untuk menjadi pakar bahasa.. Tapi kalau dengan saya, kita belajar practical english.. Practical english ni bahasa yang digunakan untuk bercakap seharian.. Grammar? Yang penting-penting aje.. Struktur? Janji kita paham orang cakap dan orang cakap kita paham.. Tujuannya nak mencapai maklamat komunikasi.. Pendek kata macam beza menulis blog dengan menulis kertas kerja minta pinjaman dari kementerian.. Haaa.. gitulah..

  7. i belajar bahasa ingeris dgn hanya membaca komik seperti spiderman, xmen .. etc .. bila tak faham, bukak kamus, bila dah tahu maknanya mak akan suruh buat ayat dengannya untuk menguatkan kefahaman …

  8. itu cara yang baik untuk belajar menulis BI, Azwan.. Mungkin sesapa kat sini boleh praktikkan cara ni jugak untuk menulis.. Kalau dalam kelas penulisan saya pun saya buat lebih kurang macam ni.. Mula2 bagi satu perkataan.. dengan meaning dalam BI.. kalau tak faham jugak, cari dalam kamus.. Students selalu tension bila dorang kena carik sendiri perkataan dalam kamus.. saya tak pernah dan tak akan translate untuk mereka.. 😈 Lepas tuh buat ayat.. Usually end up dia buat ayat paling mudah yang dia tahu.. Tapi saya akan force students buat ayat tuh panjang.. Lagi panjang.. Lagi panjang.. Sampai dah tak boleh dipanjangkan lagi.. 😆 Baru beralih ke perkataan yang seterusnya..

  9. Pingback: Jadilah Diri Anda Yang Terbaik
  10. asmkm Zul dan Cikgu Azleen… pekaba?

    shueqry here. Video tu dari filem Pink Panther, memang lucu ..

    Teringat dulu time sekola rendah saya mula minat bahasa inggeris sebab suka tengok katun Transformers dan katun lain yang ditayang dalam BI, bila kat UiTM pula most of the syllabus dalam BI hanya Pendidikan Islam dan Arab Komunikasi saja dalam BM, time jawap exam dalam BI sepenuhnya..

    masa kerja kat Astro, kebanyakan pelanggan lebih senang cakap Inggeris, lagi mencabar sebab kebanyakan dari mereka English spoken family dan highly profesional, sampai ke hari ini, i’m still work hard improving my english, tambahan pula kebanyakan customer utk khidmat copywriting datang dari luar negara.. yg penting kita ada kemahun tinggi mahu merubah diri ke tahap yang lebih baik dari sebelumnya.

    Well, a good, inspiring article from Cikgu Azleen.. Thank you 🙂

    – shueqry –

  11. bahasa inggeris memang penting untuk kita pelajari. bleh buat ayat2 pendek pun kira okeh juga dalam peringkat prmulaan ini. kalo tak usahakan untuk belajar dah tentu kita takkan yakin untuk menulis atau bercakap. ayat pendek dan simple sertai mudah difahami mungkin boleh dicuba untukmenjayakan misi berbahasa inggeris…

    tulis dan bercakap bahasa inggeris bila kelapangan…

  12. nak belajar bahasa inggeris, tak susah kalau hati tu betul2 nak…
    susah2, hentam je…
    apa nak keluar tu keluarkan saja…

    han

  13. Hai, bercakap topik BI ini mengingatkan kepada diri saya sendiri. Yah, kalau nak belajar BI ini jangan hiraukan sangat pasal grammar. Masalah grammar ini akan selesai selangkah demi langkah..percaya tak! Tak guna kita menghafal seratus perkatan BI sehari sekiranya kita tak praktikkan perkataan tersebut melalui pertuturan ataupun penulisan..Org puteh sendiri..byk menggunakan gaya penulisan yang mudah dalam blog atau ebook mereka..apa yang penting usaha dan tindakan kita dlm menguasai bahasa tersebut – sekadar pandangan saja.

  14. Salam,

    Bahasa inggeris memang sesuatu yang dibenci oleh saya suatu masa dulu.
    Tapi jika diteruskan amatlah rugi. Kerana dimana kita pergi pasti memerlukan Bahasa inggeris. Nak taknak kita perlu kuasainya juga..

  15. hi semua,
    Saya di sini ingin berkongsi ilmu. Ilmu Mahir Bahasa Inggeris. Sila dapatkan maklumat lanjut di mahirbahasainggeris.com . Saya jamin, anda akan menemui jalan yang terbaik untuk menguasai bahasa inggeris dengan cara semulajadi dan otomatik.
    Layari lah… mahirbahasainggeris.com

  16. Tips Belajar Bahasa Inggeris dengan berkesan

    1. Never Study A Single English Word
    That’s right, do not memorize words. Native speakers do not learn English by remembering single words. Native speakers learn phrases.
    2. Never Study Grammar
    Right now. Stop. Put away your grammar books and textbooks. Grammar rules teach you to think about English, you want to speak automatically– without thinking!
    3. Learn With Your Ears, Not Your Eyes
    Spend most of your study time listening- that is the key to great speaking.
    4. Slow, Deep Learning Is Best
    Its not enough to know a definition. Its not enough to remember for a test. You must put the word deep into your brain. To speak English easily, you must repeat each lesson many times.
    5. Use Point Of View Mini-Stories
    You must learn grammar by listening to real English. The best way is to listen to the same story… told in different times (points of view): Past, Perfect, Present, Future. How do you do this? Easy! Find a story or article in the present tense. Then ask your native speaker tutor to write it again in the Past, with Perfect tenses, and in the Future. Finally, ask him to read and record these stories for you.
    6. Only Use Real English Lessons & Materials
    How do you learn Real English? It’s easy. Stop using textbooks. Instead, listen only to real English movies, TV shows, audio books, audio articles, stories, and talk radio shows. Use real English materials.
    7. Listen and Answer Mini-Stories (not Listen and Repeat)
    Because the teacher constantly and quickly asks easy questions, you don’t have time to think about grammar. You just immediately shout a couple of words– which teaches you to respond faster, and faster, and faster.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *